Resepi Gulai udang galah masak lemak cili padi - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

May 20, 2018

Resepi Gulai udang galah masak lemak cili padi


Resepi Gulai udang galah masak lemak cili padi | Akak antara peminat tegar Seafood terutama udang. Tak kisah apa jenis udang sekali pun memang jadi kesukaan. Beberapa bulan sudah suami ada request nak makan gulai udang galah masak lemak cili padi, tapi masa tu akak dalam tempoh berpantang lagi so masak untuk dia dan akak telan air liur aje pandang. Sedih sangat. Bila dah habis tempoh berpantang memang suruh suami beli dan repeat masak gulai udang lemak cili padi. Puas hati dapat makan.

Selain daripada masak lemak cili padi, masakan lain untuk udang akak suka buat sambal. Makan dengan nasi lemak. Memang bertambah nasi. Tak pun udang goreng tepung akak suka buat ratah. Terus teringat makan celup tepung di tepi pantai Terengganu. Sedapnya. Tah bila nak pergi lagi.
Gulai Udang Galah masak lemak cili padi mudah
Gulai Udang Galah masak lemak cili padi
Ok back to resepi gulai udang galah masak lemak cili padi ni sebenarnya simple yakmat. Bagi akak makin kurang bahan sampingan kita letak makin sedap dan terasa manisnya udang tu. Bahan sampingan macam sayur tu. Kadang-kadang boleh jejaskan rasa kuah lemak tu nanti. amboi macam chef kau.

Selalu kalau terlupa beli santan fresh memang akak standby santan kotak jenama Kara. Serius suka sebab tak ada bau hamis, pekat dan berlemak. Guna santan kotak pun ok. Jom tengok apa bahan akak letak dalam gulai udang galah masak lemak cili padi ni.

Udang Galah
Santan satu kotak kecil
Cili padi ikut tahap kepedasan yang korang suka
Kunyit hidup/serbuk
Asam keping
Belimbing buluh – optional
Terung telunjuk – optional
Bahan perasa

Tumbuk serai bagi pecah. Tumbuk halus cili padi dengan kunyit hidup. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Kerapkan kacau gulai untuk elak santan berketul. Dah menggelegak masukkan bahan perasa. Siap!

Makan gulai ni dengan nasi panas memang sedap yakmat. Tak perlu lauk lain pun. Cadangan makan dengan ulam dan sambal belacan. Selamat mencuba.
 
Gulai Udang Galah masak lemak cili padi menu berbuka
Udang Galah fresh

1 comment:

  1. sedapnya diah, tgk udang galah boleh tergoncang iman... hehe

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.