Jakel Barulah Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel Shah Alam


Jakel Barulah Raya bersama Duta Raya Jakel di Wisma Jakel Shah Alam | Seperti tahun sebelumnya, tahun ini sekali lagi Jakel mengadakan kempen Jakel Barulah Raya yang merupakan salah satu aktiviti wajib dalam kalender Jakel bagi mempromosikan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Jakel Shah Alam merupakan destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya yang bertempat di Wisma Jakel Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam.
Jakel Barulah Raya
Sembang Santai Jakel Barulah Raya
Sabtu lepas telah berlangsungnya Majlis Sembang Santai bersama Duta Jakel 2018. Majlis santai yang meriah dengan kehadiran Duta Jakel 2018 iaitu Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (SchAwalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak ketinggalan Harith Iskander dan pastinya Upin dan Ipin. 
Jakel Barulah Raya Shah Alam
Jakel Shah Alam
Sempoi habis bila semua Duta bercerita tentang kehebatan koleksi mereka yang boleh di dapati di Jakel. Yang pastinya Upin & Ipin, Yusuf Iskandar dan Lara Alana yang paling mencuri tumpuan dengan keletah yang mencuit hati. Comel sangat. Oh ya, Awal Ashaari ada terangkan yang dia selalu mendapat soalan daripada peminat, kenapa bila dia pakai Baju Melayu nampak terletak pada badan dan tidak selekeh. Awal Ashaari cakap rahsia dia ialah Baju Melayu Raya dekat Jakel ni ada pesak dan potongan baju nya lebih moden, sebab tu nampak cantik di badan orang yang memakai.
Jakel Barulah Raya
Maskot Upin Ipin 
Jakel Barulah Raya
Duta Raya Jakel 2018
One Stop Centre & Happy Hour Di Jakel Barulah Raya

Jakel Shah Alam mengambil inisiatif dengan menawarkan pakaian berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung atau One Stop Centre untuk pelanggan nak dapatkan koleksi baju raya selebriti kesukaan masing-masing.  Macam tahun-tahun sudah Baju Melayu suami dan anak memang aku beli dekat Jakel sebab jatuh cinta dengan kualiti kain dan rekaan Baju Melayu. Tahun lepas beli Baju Raya Nabil, tahun ni terpikat dengan rekaan Baju Melayu Awal Ashaari pulak.  
barisan artis Jakel Barulah Raya
Meriah nya Sembang Santai Jakel Barulah Raya
Kecoh habis bila Jakel buat Happy Hour Jakel Barulah Raya bila semua artis ni promot koleksi baju mereka dan jual pada harga lebih rendah. Siapa tak nak weh. Berebut pelanggan menunggu artis melelong baju. Baju raya berharga dari RM299 diturunkan harga sehingga RM150 sahaja dan ada yang lebih murah. Dapat samping dan juga butang Baju Melayu. All in one. Berbaloi la dengan harga dan kualiti kain.
Jakel Barulah Raya Ysusf iskandar
sesi happy hour Jakel Barulah Raya
Koleksi Baju Raya Jakel Barulah Raya di Jakel untuk Seisi Keluarga

Koleksi baju Raya tahun ni memang Jakel tapau habis. Dari kanak-kanak sehingga lah dewasa, dan dari bujang sehingga yang dah berkahwin. Tak ada pilih kasih. Yang dah berkeluarga boleh pilih Koleksi Baju sedondon. 

Koleksi Schawalara

Koleksi Schawalara memang sesuai sangat. Baju Kurung Scha ada detailing jahitan manik, beaded dan lace serta potongan yang menampakkan Baju Kurung lebih menarik. Baju Melayu awal pulak lebih kemas pada leher poket dan mempunyai potongan moden tanpa pesak. Untuk anak-anak boleh beli Baju Kurung Lara yang fabriknya lembut dan selesa dipakai waktu raya nanti. Kain Baju Kurung yang selesa penting ya nak pula kalau dipakai pada musim panas.
Jakel Barulah Raya
Koleksi Schawalara
Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf

Kalau nak nampak elegan, versatile dan classy kena beli koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha. Corak dan warna juga buat akak rambang mata nak pilih. Tahun ni Hairul tampil promot Kurta. Untuk yang nak tukar selera tak mahu pakai Baju Melayu boleh beli Kurta Hairul yang mesra wuduk sebab bahagian lengan senang nak sengseng. Yusuf comel dan segak sangat masa promot Kurta untuk kanak-kanak. Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher round neck supaya anak-anak kecil tak rasa tercekik bila bergaya di Hari Raya.
Koleksi Hanis, Hairul & Yusuf
Koleksi Hanis, Hairul, & Yusuf

Koleksi Baju Ayda Jebat

Untuk anak dara dan wanita bekerjaya yang nak nampak manis ceria macam Ayda Jebat akan tertawan dengan koleksi Baju Kurung Ayda yang moden dan corak printed terkini. Fabrik pun sedap dipakai dengan warna yang menarik.

Koleksi Baju Melayu

Tiga Duta Baju Melayu Jakel 2018 tampil dengan rekaan koleksi Baju Melayu yang ada keistimewaan masing-masing. Koleksi Baju Melayu Aaon Aziz dah tukar fabric berbeza dari tahun lepas yang lebih selesa dan warna yang dijangka top ialah warna hijau burung merak (Teal Green) akak pun baru tahu wujud warna ni. Nak tahu kena singgah Jakel ok.

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari dengan potongan slim fit. Laki akak suka la slim fit ni. Kalau tadi Aaoron Aziz warna hijau Merak, koleksi Baju Melayu Nabil pula warna yang dijangka top ialah warna merah hati.
Baju melayu Nabil ahmad
Baju melayu Nabil Ahmad
Jakel turut prihatin untuk mereka yang bersize comel “plus size” boleh pilih koleksi Baju Melayu Harith Iskander. Warna yang dijangka dapat sambutan hangat ialah warna yellow buttercup. Teringat kuih semperit. Oi sedap.
Size Plus untuk baju Melayu
Baju Melayu Harith Iskander untuk Plus Size
Harga Baju Melayu dijual serendah RM89 ringgit dan diberikan samping dan butang Baju Melayu percuma. Banyak untung.

Memang beruntung sangat kalau shopping di Jakel. Jom ambil peluang membeli pakaian seisi sempena kempen Jakel Barulah Raya di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Kalau teringin nak pakai hot selling color kena cepat-cepat beli kalau tak menggigit jari. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut pasal kempen Jakel Barulah Raya boleh ikuti Instagram Jakel Shah Alam @Jakel_shahalam dan Facebook @Jakel Shah Alam. Nanti dah beli boleh meriahkan media social dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel

Jom serang Jakel!
sesi mesra peminat
Comel yakmat Yusuf ni
Tentang Kumpulan Jakel

Jakel memiliki 22 cawangan di Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara. Dengan Slogan, “Ingat Kain, Ingat Jakel”, Jakel Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya di bawah satu bumbung, daripada pakaian tradisional untuk seluruh keluarga, busana, pengantin, langsir, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.


Kredit gambar
rodiahamirdotcom 
Instagram Jakel Shah Alam
DboyStudio

2 comments:

  1. Time lelong tu lah untung beli tapi bertabahlah dengan kesesakan manusia dalam jakel tu

    ReplyDelete
  2. Cantik koleksi shaawalara tu.. 😍 😍

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.