3 Resepi Popia Sedap Dan Mudah

3 Resepi Popia Sedap Dan Mudah | Resepi popia sedap dan mudah ni khas untuk yang malas nak bakar biskut, yang tak ada oven, yang selalu fikir tak ada bakat nak men cookies dan orang macam akak la. Semua nak senang je. Resepi popia sedap dan mudah ni dah pernah akak cuba dan memang mendapat sambutan hangat. Buat agak ambil masa tapi nak habiskan boleh sekelip mata. Seronoknya buat popia sedap dan mudah ni sebab boleh buat secara berjemaah. Cepat la siap. Harmoni sangat. 
3 Resepi Popia Sedap Dan Mudah
Popia yang tunggu giliran hendak digoreng
Popia Coklat Nestum

1 paket kulit popia standard size yang besar tu – potong 12
Straw – nak gulung kulit popia
1 bar coklat masakan – cairkan guna kaedah double-boil
Minyak masak – aku lupa nak beli butter. Sukatan agak-agak je supaya coklat senang mengalir.
Nestum
Air – untuk dijadikan gam. Resepi asal guna tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. aku malas bancuh tepung guna air melekat jugak.
Minyak masak untuk menggoreng.

Step:
1.      Gulung kulit popia menggunakan straw kemudian goreng. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras. 
2.      Cairkan coklat then masukkan popia yang digoreng. Masa aku buat coklat tu memang sedang elok cukup nak salut semua popia jadi aku campak je dalam bekas aku cairkan coklat. Jangan risau kulit popia tu tak mudah pecah dan masih rangup.
3.      Tabur nestum dalam dulang dan Golekkan kulit popia bersalut coklat dengan nestum. Susun dalam bekas. Letak dalam fridge kalau nak hasil lagi power. Aku tak sejukkan pun ngap terus, sedap jugak.

Popia Horlicks

1 paket kulit popia standard size yang besar tu – potong 12
Straw – nak gulung kulit popia
Horlicks
Gula Icing

Step:
1. Gulung kulit popia menggunakan straw kemudian goreng. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras. 
2. Campurkan Horlicks dan gula icing dengan nisbah 2:1. Horlicks kena banyak dari gula icing. 
3. Goreng kulit popia tadi dan sirakan semasa masih panas untuk dia melekat dengan baik. Sukatan Horlicks dan gula icing boleh agak-agak je. 

Popia Seaweed 

1 paket Popia
Seaweed 
Telur 4-6 biji
Serbuk Pati Ayam Knorr

Step:
1. Pecahkan telur dan perasakan dengan serbuk pati ayam Knorr
2. Sapu telur tadi ke kulit popia dan tampalkan seaweed. 
3. Gunting popia mengikut bentuk dan size yang dikehendaki. 
4. Goreng dan siap untuk di makan. 


Selain daripada resepi popia sedap dan mudah kat atas ni, banyak lagi yang boleh dibuat sira untuk popia ni. Boleh letak cheese, susu, kalau nak makan original macam tu pun dah sedap. Kalau jenis nak pedas boleh guna serbuk lada. Sekarang dah tak ada alasan tak reti nak buat biskut raya boleh guna resepi popia sedap dan mudah ni.

Selamat mencuba ya.

Lirik lagu Sebenarnya Pengantin Musim Salju


Lirik lagu Sebenarnya (OST Klik! Pengantin Musim Salju) - Alif Satar Feat Siti Nordiana


Sedikit sinopsis tentang cerita Klik! Pengantin Musim Salju.

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Nak baca lebih boleh klik sini Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju
Pengantin Musim Salju, Alif Satar, Siti Nordiana
Pengantin Musim Salju

Resepi Kuih Kerbau Guling (Kuih Hitam)

Masa mula-mula tengok kuih kerbau guling ni ingatkan dia macam kuih kaswi tu sebab warna gelap lepas tu salut dengan kelapa muda. 

Bila tengok resepi dan baca komen orang baru tahu yang kuih kerbau guling ni berbeza. Katanya kuih ni berasal dari Thailand. 

Resepi Kuih Kerbau Guling (Kuih Hitam) 

Nama kuih ni kalau di Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon. Berbelit lidah kau. Kenapa kerbau? aku pun tak paham kenapa.



Kuih viral
credit google image

Resepi Guna Tempurung Kelapa Bakar

Uniknya resepi kuih kerbau guling ni ialah bahan dia ada campuran tempurung bakar, yang diletakkan air dan ditapis masuk ke dalam bancuhan. 

Dari situ jadi warna hitam pekat tu. Lepas tu dimasak di atas api sederhana besar sehingga likat. Ada juga resepi yang tak guna tempurung kelapa bakar tapi resepi tu guna serbuk arang.   

Tak dapat bayangkan rasa dia macamana, tapi bagi Negeri yang dekat sangat dengan Thailand iaitu Kelantan memang dah jadi favourite penduduk sana rasanya. 

Tengok je la video yang orang awamkan kongsikan yang orang berebut menjerit nak beli kuih kerbau guling tu. Siapa beratur panjang. 

Nasib aku tak teringin sangat nak mencuba. Kita tengok jela demam kuih ni viral sampai bila.  Untuk sesiapa yang nak mencuba boleh la ikut resepi dekat bawah ni. Simple je nak buat. 

Bahan - bahan 
250 gm tepung beras 
200 gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapur makan
3 sudu tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah (tengok kepekatan)
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yang bersih)
Secubit garam



Cara Buat Kuih Kerbau Guling

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. 

Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 

Selamat mencuba untuk yang belum pernah cuba. Nanti kongsikan ya apa rasa kuih ni. Yang dah pernah cuba rasa dia macamana? Kalau akak buat nanti anak dan suami tak makan membazir je. 


Credit: Facebook Tengku Zaharah
           : http://www.kakinakl.com
           : YoutubeApihz Lee



Shopping Raya di Haqqi TTDI

Shopping Raya di Haqqi TTDI 

Minggu lepas akak dah ke cawangan Haqqi Shah Alam untuk shopping raya, kali ni akak teruskan pula shopping raya di butik Haqqi TTDI (Taman Tun Dr. Ismail). Senang je nak cari Butik Haqqi TTDI ni, dia terletak bersebelahan dengan butik Naelofar dan amat dekat dengan MRT TTDI. 

Masuk je ke butik Haqqi ni akak dah terpegun dengan koleksi baju raya yang terdapat di sini. Semuanya cantik dan patuh syariah. Sesuai dan lengkap untuk seisi keluarga. 

Umumnya, butik Haqqi dikenali sebagai pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah untuk lelaki dan wanita. Semuanya di bawah satu bumbung. Butik Haqqi juga menawarkan koleksi fesyen Islamik yang menepati citarasa pelanggan masa kini. 

pilih shopping raya


Semua koleksi yang terdapat di Haqqi ni dijual pada harga yang berpatutan dan menggunakan fabrik yang berkualiti serta selesa dipakai sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Rekaan yang simple tapi masih lagi nampak moden dan bergaya. 

Kalau nak tahu Butik Haqqi merupakan satu-satunya butik fesyen islamik yang membolehkan pengguna membeli barangan dari butik mereka secara atas talian. Tak kira masa dan dimana sahaja berada semuanya hanya di hujung jari. 

kurta dan jubah haqqi


Sekarang semua cawangan butik Haqqi tengah adakan jualan murah Hari Raya. Jangan lepaskan peluang nak dapatkan pakaian berjenama selebriti tempatan seperti Izzue Islam, Nora Danish, Elfira Loy dan banyak lagi pada harga yang menjimatkan. 


Butik Haqqi TTDI (Taman Tun Dr. Ismail):

Alamat : Butik Haqqi TTDI, No. 14 Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Hubungi : 03 77322247

Butik Haqqi Bangi

Alamat : Butik Haqqi Bangi, B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542

Butik Haqqi Shah Alam

Alamat : No 13, & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : 03-5523 4798.

Butik Haqqi Terengganu

Alamat : PT 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 21300 Kuala Terengganu
Hubungi : 09-6627 367


Untuk yang masih mencari baju raya boleh singgah ke mana-mana cawangan Butik Haqqi dan jaga-jaga takut anda rambang mata macam akak. Selamat ber shopping. 



Haqqi TTDI



Barangan haji Haqqi TTDI


Jubah kanak-kanak Haqqi TTDI