Shopping Raya di Haqqi TTDI - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

May 30, 2018

Shopping Raya di Haqqi TTDI

Shopping Raya di Haqqi TTDI | Minggu lepas akak dah ke cawangan Haqqi Shah Alam untuk shopping raya, kali ni akak teruskan pula shopping raya di butik Haqqi TTDI (Taman Tun Dr. Ismail). Senang je nak cari Butik Haqqi TTDI ni, dia terletak bersebelahan dengan butik Naelofar dan amat dekat dengan MRT TTDI. 

Masuk je ke butik Haqqi ni akak dah terpegun dengan koleksi baju raya yang terdapat di sini. Semuanya cantik dan patuh syariah. Sesuai dan lengkap untuk seisi keluarga. Umumnya, butik Haqqi dikenali sebagai pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah untuk lelaki dan wanita. Semuanya di bawah satu bumbung. Butik Haqqi juga menawarkan koleksi fesyen Islamik yang menepati citarasa pelanggan masa kini. 
pilih shopping raya
Pilihan Baju Raya
Semua koleksi yang terdapat di Haqqi ni dijual pada harga yang berpatutan dan menggunakan fabrik yang berkualiti serta selesa dipakai sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Rekaan yang simple tapi masih lagi nampak moden dan bergaya. 

Kalau nak tahu Butik Haqqi merupakan satu-satunya butik fesyen islamik yang membolehkan pengguna membeli barangan dari butik mereka secara atas talian. Tak kira masa dan dimana sahaja berada semuanya hanya di hujung jari. 
kurta dan jubah haqqi
Barangan yang dijual
Sekarang semua cawangan butik Haqqi tengah adakan jualan murah Hari Raya. Jangan lepaskan peluang nak dapatkan pakaian berjenama selebriti tempatan seperti Izzue Islam, Nora Danish, Elfira Loy dan banyak lagi pada harga yang menjimatkan. 

Butik Haqqi TTDI (Taman Tun Dr. Ismail):
Alamat : Butik Haqqi TTDI, No. 14 Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Hubungi : 03 77322247

Butik Haqqi Bangi
Alamat : Butik Haqqi Bangi, B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542

Butik Haqqi Shah Alam
Alamat : No 13, & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : 03-5523 4798.

Butik Haqqi Terengganu
Alamat : PT 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 21300 Kuala Terengganu
Hubungi : 09-6627 367

Twitter : haqqi_official https://twitter.com/haqqi_official

Untuk yang masih mencari baju raya boleh singgah ke mana-mana cawangan Butik Haqqi dan jaga-jaga takut anda rambang mata macam akak. Selamat ber shopping. 
Butik Haqqi
Jubah Seluar

Shopping di butik Haqqi
Baju Kurung & Kurta

set Kurta Haqqi
Set Kurta
jubah shopping Haqqi
Jubah Izzara

Haqqi TTDI
Jubah pilihan

Kurta TTDI Haqqi
mix & match 

Barangan haji Haqqi TTDI
Barangan keperluan Haji

Jubah kanak-kanak Haqqi TTDI
jubah kanak-kanak

Sumber image - Website Haqqi

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.