Raya dengan Best Friend

Raya dengan Best Friend 

Bertabahlah la semua selagi bulan Syawal belum habis maka cerita raya akan bersiaran dekat blog rodiahamir. Tahun 2018 ni tahun Raya special sebab aku mula cari semula kawan-kawan rapat masa sekolah menengah dulu. Rindu nak beraya dengan best friend. 

Kiranya yang aku jumpa ni adalah kawan-kawan buat perkara nakal bersama, yang tahu kisah cinta monyet dan juga kawan menangis ketawa. Lawak bila throwback dengan best friend ni. 

Salah satu benda sweet yang aku ingat dan simpan sampai sekarang adalah surat dari best friend. Kelas kami sebelah menyebelah tapi setiap hari atau kalau ada benda nak kongsi mesti akan berutus surat. 


"Best friends are the people you can do anything and nothing dengan and still have the best time"

Best Friend Forever


Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dah berkahwin dan ada anak suami. Walau jarak yang memisahkan tapi hati dan perasaan sayang masih macam dulu. In sha Allah. 

Rasanya kami jenis best friend yang bukan selalu update dan bertanya khabar tapi masih rapat. Bila sekali jumpa semua cerita dari zaman bujang sampai beranak keluar. 

Sejam memang tak cukup. Salah satu topik utama mesti akan cakap pasal ex masing-masing sebab memang nak elak jumpa. Malu kot. Hahahhaha. 

Raya dengan best friend sekolah menengah dah selesai. Sekarang dah kembali ke rumah sendiri habiskan Syawal dekat sini pula. Mula sibuk ziarah kawan-kawan tempat kerja lama, dan cari kawan-kawan UiTM la pulak. 

In Sha Allah macam biasa aku jemput dan terima sesiapa yang nak datang beraya dengan syarat bagitahu awal-awal la. Kalau last minit memang makan biskut raya dengan mee goreng je lah.  

Minggu lepas dah selamat tunaikan hasrat jiran lama ajak beraya di rumah di Bukit Beruntung. Pertama kali jejak kan kaki ke sana. Tak jauh mana pun. Aman selesa dan tenang je rasanya. 

Rumah pakcik di Pelabuhan Klang pun dah selamat tinggalkan jejak. Kalau tidak setiap tahun mak cik akan di perli sebab dah lama tak tunjuk muka. Perli bergurau. Itu cara kami berseloroh. 

Tak pernah ambil hati pun. Mak cik aku orang kuat parti BN. Selalu kalau datang dia tiada dekat rumah. Dulu selalu la menyakat dia pasal parti sebab dia betul-betul bersemangat bila bab politik. Sekarang dah berubah pun, taat setia masih ada dan sekarang bila berborak dan tak cepat melatah. Eh cerita bab politik kau. 


Best Friend Forever School


Itu cerita Raya 2018 aku. Masih ada lagi cerita yang nak di kongsi tentang raya lepas ni. Harap mood tidak jauh tersasar. Seronok bila ingat semula kenangan-kenangan lepas. 

Banyak benda berubah dan semua orang berubah seiring usia. In sha Allah bila baca semula kisah raya dekat blog aku harap aku boleh tersenyum indah. Biar aku simpan kenangan kat sini untuk tatapan anak cucu bila aku dah tiada. 

Salam Syawal dari Rodiah amir. 

Kisah Handbag Bijan

Kecoh kan dekat internet tentang kisah handbag Bijan, lepas polis dedahkan barang-barang rampasan harta peribadi dari rumah bekas Perdana Menteri Malaysia dengan angka yang berjaya buat semua orang ternganga. 

Antara barang rampasan yang menarik perhatian semestinya hangbag jenama Bijan atau ada yang sebut Bi-Jhen atau Bizean. 

Aku yang memang semestinya golongan tak mampu nak pakai handbag mahal memang pertama kali la dengar jenama ni. Nak gelak pun ada. 


Kisah Handbag Bijan 

Why Bijan why? Ingatkan orang sarcastik je sebab bila terbalikkan BIJAN kan jadi NAJIB. Mati-mati ingat Najib punya. Lol. 

Nak kongsi apa yag aku jumpa tentang handbag ni. Bila baca kisah handbag Bijan terus kagum dalam masa kurang 30 saat. Ternyata miskin nya aku. 


Handbag Bijan


Kisah Latar belakang Handbag Bijan


🔘 Jenama ini diasaskan di Los Angeles oleh seorang ahli perniagaan Pakzad Bijan. Beliau lahir pada April 1940 di Tehran, Iran yang mengkhusus pada koleksi pakaian lelaki dan wangian.

🔘 Butiknya Rodeo Drive di Beverly Hills digambarkan sebagai butik paling mahal di dunia.

🔘 Pemilik asalnya, Bijan meninggal dunia pada 16 April 2011 akibat strok dan perniagaan itu kini diambil alih oleh syarikat LVMH pada harga RM491 juta (AS$122 juta) pada Ogos 2016.



Pelanggan Bijan


🔘 Bukan calang-calang orangnya, antara pelanggan Bijan ialah 5 Presiden Amerika Syarikat iaitu George Bush dan anaknya, Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton. Selain itu pemimpin Arab, Raja Salman, ahli politik terkenal yang lain seperti Tony Blair dan Vladimir Putin juga pelanggannya. Boleh la masukkan nama Rosmah Mansor sekali. 

🔘 Tidak ketinggalan, pereka fesyen terkemuka turut menjadi pelanggan Bijan, antaranya Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani.

🔘 Kalangan pelakon pula, Tom Cruise, Anthony Hopkins, pemain bola sepak Mick McCarthy dan Liam Brady adalah antara pelanggan Bijan.

Koleksi Bijan


🔘 Koleksi Bijan, bukan hanya beg tangan, sebaliknya ia bermula dengan pakaian lelaki dan pewangi untuk lelaki dan wanita.

🔘 Pada 2001, jualan produk pewangi dan perniagaan fesyen Bijan sahaja dianggarkan bernilai RM12.9 bilion (AS$3.2 bilion).


Beg Tangan Bijan Kulit Buaya



Beg Tangan Bijan

🔘 Untunglah pemilik beg tangan Bijan kerana rata-rata jenama ini hanya mengeluarkan satu rekaan untuk setiap koleksi namun di butiknya ia menawarkan koleksi edisi terhad untuk beberapa unit.

🔘 Beg tangan di sini diperbuat daripada kulit buaya dan kanggaru.

🔘 Di luar butik, sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menggunakan pautan laman webnya.

🔘 Dalam satu temuramah dengan pemilik terbaharu Bijan yang juga anaknya, Nicolas, walaupun jenama tersebut terkenal untuk pakaian lelaki, menjadi impian bapanya untuk memperkenalkan koleksi beg tangan untuk wanita.

🔘 “Kerana itulah kami memperkenalkan beg tangan ‘menerusi tempahan sahaja’ yang didatangkan dalam edisi terhad termasuk bertatahkan berlian,” kata Nicolas.

🔘 Beg tangan yang dirampas daripada serbuan berhubung penyiasatan 1MDB di Malaysia pula dikatakan bernilai RM1.6 juta seunit.



Butik Bijan

🔘 Butik Bijan mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menempatkan sebuah kereta Bugati Veyron bernilai AS$2 million dan lukisan seni Fernando Botero bernilai berjuta ringgit di dinding luar sebagai sebahagian daripada aksesori dekorasi.

🔘 Ia juga meletakkan papan tanda, “Welcome to Bijan, “the world’s most expensive store”.

🔘 Kalau nak masuk butik Bijan, seseorang kena buat temujanji terlebih dahulu dan purata membeli-belah di sini ialah sekitar AS$100,000 (RM402,000) 

Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”.

 

*Gambar dan Info dari sumber Google image dan Facebook

Cerita Syawal 2018

Ini Cerita Syawal 2018 kami sekeluarga. Seperti yang dijanjikan bersama-sama tahun ni sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. tahun beraya rumah #teamisteri katanya. 

Suami masing-masing gigih ikutkan permintaan isteri. Terima kasih para suami. Syurga tempat anda semua. Syawal 2018 masih di beri nafas beraya bersama ibu tercinta. 

Tahun ni hanya 7 dari sepuluh adik beradik yang ada rezeki salam tangan mak di pagi raya. Selebihnya ada tuntutan kerja dan giliran beraya rumah mertua. 

Cerita Syawal 2018

Tahun ni sambutan dan segala persiapan raya lebih rilek. Masing-masing ambil bahagian dalam sediakan juadah untuk hari raya. 

Hari Raya pertama menu wajib ialah nasi impit kuah kacang dan rendang ayam pencen. Untuk jamu tetamu yang datang kami jamu laksa. Raya kedua masih ada nasi impit dan menu tambahan adalah bakso. 

Tahun ni juga kami ambil kesempatan untuk berehat dan tunggu tetamu di rumah sahaja. Kesihatan mak kurang mengizinkan. Jadi tak kemana pun tapi Raya masih meriah. 


Corat Coret Syawal


Tahun ni mak berbesar hati sponsor seekor kambing untuk di golekkan. Mulanya plan memang nak buat kutipan tapi berubah plan bila mak nak sedekahkan untuk anak cucu makan. 

Memang kebiasaan kami akan kutip duit belanja makan untuk beberapa hari menginap di kampung dan juga kutip bil elektrik. 

Duit terkumpul akan digunakan beli barang makanan dan lain-lain jika perlu. Selain tu, setiap adik beradik yang teringin nak makan atau nak masak menu raya amat di alu-alukan untuk sponsor.

Seronok jadinya. meriah. Kutipan pun tak sampai RM100 seorang. Itulah untungnya adik Beradik ramai. 


Membakar Cerita Syawal 2018



Aktiviti Raya 2018 kami macam biasa. Bersiap-siap dari saat menjejakkan kaki ke kampung, malam raya sibuk dengan aktiviti kukus, grill,panggang dan mengemas rumah. 

Tugas anak-anak saudara pula isi kuih raya dalam balang, dan yang lelaki akan sibuk siapkan bahan-bahan mentah untuk rendang dan aktiviti yang melibatkan bakar membakar. 

Pagi raya akan bersalaman dan bermaafan selepas balik solat raya. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa. Kami ambil kesempatan beraya di rumah jiran-jiran terdekat. Seronok. 

Semoga tahun depan masih diberikan peluang beraya bersama-sama. Tahun depan giliran beraya bersama mertua. 

Semangat masih membara walau di rumah mertua. Semoga Syawal menjadi kenangan indah buat awak semua. Syawal kali ni memberi pengajaran amat bermakna dan paling penting hargai mereka yang masih ada di depan mata. 

Selamat Hari Raya!

Pemandu Grab Mati Disyaki Dijerut

Pemandu Grab Mati Disyaki Dijerut | Sedih baca kisah petang ni tentang pemandu Grab mati disyaki dijerut. Memang mati itu pasti. Tak boleh nak tolak bab tu, Cuma bagaimana pengakhiran kematian kita yang selalu sangat berdoa agar dipermudahkan. Semoga kita mati di dalam Khusnul Khatimah la hendaknya. Dapat tahu kisah ni masa beraya tengahari tadi. Masuk berita pukul 1.30 petang. Sedihnya kehilangan nak pula di musim raya dan bulan yang mulia ni. Bayangkanlah kalau ini salah seorang ahli keluarga kita. Siasatan masih lagi dijalankan. Semoga pembunuh dapat ditangkap. Motif pembunuhan pun tak pasti. 
Pemandu Grab
Pemandu Grab Mati Dijerut
*sumber gambar OhBulan

Masa aku bekerja dulu Grab antara pengangkutan utama yang aku dan kawan sekerja akan guna. Turun je dari LRT mesti akan naik Grab ke pejabat. Lebih selesa dan murah jika nak di bandingkan dengan teksi. Alhamdulillah sepanjang tempoh aku guna Grab semuanya baik-baik. Pemandu ramah atau pemandu professional yang memang diam seribu Bahasa dan fokus pada pemanduan. 

Bila jadi macam ni rasa risau pula. Tak mustahil pemandu Grab akan berkurangan sebab faktor keselamatan. Berani betul orang nak buat jahat walau pun tahu maklumat peribadi akan tercatat dalam sistem. Semoga mudah la pihak berkuasa nak jalankan siasatan. Keadilan untuk mangsa haruslah di tegakkan. 

Pesanan untuk mereka yang naik pengangkutan awam terutama penumpang wanita, sentiasalah beringat. Kecelakaan tak berbau. Malang tak berbau. Kena sentiasa peka dan berusaha untuk jaga diri sendiri. 

Antara perkara aku biasa buat kalau naik Grab atau teksi; 

  1. Screenshot detail pemandu, termasuk no plat kenderaan dan bagitahu suami di whatsapp atau telefon suami. Sengaja aku kuatkan suara supaya pemandu akan dengar perbualan aku dah hubungi suami dengan harapan niat jahat dia terbantut (jika ada la). 
  2. Aku jadikan amalan pastikan handphone ada battery, ada sambungan internet dan set no kecemasan dekat handphone. Bila berlaku perkara tak di ingini senang nak dail. 
  3. Elakkan naik berseorangan, jika terpaksa duduk di bahagian belakang. Aku selalu “unlock” pintu sebelah aku senang nak terjun. 
  4. Sebelum naik baca lah segala zikir dan surah yang di hafal. Memang terkumat kamit mulut aku sehingga la aku sampai ke destinasi yang di tuju. Tak kisah lah orang nak kata aku penakut atau fobia, lebih baik berhati-hati dari menyesal. 


Salam takziah untuk seisi keluarga mangsa. Kita yang masih hidup ni kena ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Mati itu pasti. Semoga pesalah dapat di bawa ke muka pengadilan.