Raya dengan Best Friend

by - June 28, 2018

Raya dengan Best Friend Bertabahlah la semua selagi bulan Syawal belum habis maka cerita raya akan bersiaran dekat blog rodiahamir. Tahun 2018 ni tahun Raya special sebab aku mula cari semula kawan-kawan rapat masa sekolah menengah dulu. Rindu nak beraya dengan best friend. Kiranya yang aku jumpa ni adalah kawan-kawan buat perkara nakal bersama, yang tahu kisah cinta monyet dan juga kawan menangis ketawa. Lawak bila throwback dengan best friend ni. Salah satu benda sweet yang aku ingat dan simpan sampai sekarang adalah surat dari best friend. Kelas kami sebelah menyebelah tapi setiap hari atau kalau ada benda nak kongsi mesti akan berutus surat. 

"Best friends are the people you can do anything and nothing dengan and still have the best time"
Best Friend Forever
kawan baik dunia akhirat
 Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dah berkahwin dan ada anak suami. Walau jarak yang memisahkan tapi hati dan perasaan sayang masih macam dulu. In sha Allah. Rasanya kami jenis best friend yang bukan selalu update dan bertanya khabar tapi masih rapat. Bila sekali jumpa semua cerita dari zaman bujang sampai beranak keluar. Sejam memang tak cukup. Salah satu topik utama mesti akan cakap pasal ex masing-masing sebab memang nak elak jumpa. Malu kot. Hahahhaha. 

Raya dengan best friend sekolah menengah dah selesai. Sekarang dah kembali ke rumah sendiri habiskan Syawal dekat sini pula. Mula sibuk ziarah kawan-kawan tempat kerja lama, dan cari kawan-kawan UiTM la pulak. In Sha Allah macam biasa aku jemput dan terima sesiapa yang nak datang beraya dengan syarat bagitahu awal-awal la. Kalau last minit memang makan biskut raya dengan mee goreng je lah.  

Minggu lepas dah selamat tunaikan hasrat jiran lama ajak beraya di rumah di Bukit Beruntung. Pertama kali jejak kan kaki ke sana. Tak jauh mana pun. Aman selesa dan tenang je rasanya. 

Rumah pakcik di Pelabuhan Klang pun dah selamat tinggalkan jejak. Kalau tidak setiap tahun mak cik akan di perli sebab dah lama tak tunjuk muka. Perli bergurau. Itu cara kami berseloroh. Tak pernah ambil hati pun. Mak cik aku orang kuat parti BN. Selalu kalau datang dia tiada dekat rumah. Dulu selalu la menyakat dia pasal parti sebab dia betul-betul bersemangat bila bab politik. Sekarang dah berubah pun, taat setia masih ada dan sekarang bila berborak dan tak cepat melatah. Eh cerita bab politik kau. 
Best Friend Forever School
Semoga ukhwah ni terjaga
Itu cerita Raya 2018 aku. Masih ada lagi cerita yang nak di kongsi tentang raya lepas ni. Harap mood tidak jauh tersasar. Seronok bila ingat semula kenangan-kenangan lepas. Banyak benda berubah dan semua orang berubah seiring usia. In sha Allah bila baca semula kisah raya dekat blog aku harap aku boleh tersenyum indah. Biar aku simpan kenangan kat sini untuk tatapan anak cucu bila aku dah tiada. 

Salam Syawal dari Rodiah amir. 

You May Also Like

1 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER