Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Terkejut Tengok Muzik Video Terbaru Hael Husaini | Hael Husaini antara penyanyi yang kami satu keluarga suka karaoke lagu dia dalam kereta. Bila keluar je di corong radio, masing-masing menyanyi macam sedap sangat suara. Memang di Jampi oleh Hael. Punya la minat. Tapi geleng kepala bila tengok muzik video terbaru dia, bertajuk Hajat. Terkejut. 

Kenapa Diah kata terkejut? Maaf kalau Diah merosakkan mood anda atau anda peminat tegar Hael ya, tapi ni sekadar pandangan peribadi Diah sahaja. Dalam muzik video Hajat, dia ada jemput Sajat. Eh silap bukan Sajat la, tapi seangkatan dengan Sajat. Lelaki dua alam. Ada faham?

Hajat Lagu baru Hael Husaini
Hajat Muzik Video Terbaru Hael Husaini

Muzik Video Hajat ala Putera Impian 

Dalam muzik video Hajat pada awal lagu akan ada dua wanita yang cuba berebut untuk mendapatkan perhatian si jejaka di majlis tarian di raja. Kisah ala-ala kakak tiri Cinderella yang bergaduh sesama sendiri untuk kahwin dengan putera raja. Lepas tu baru munculnya Cinderella sebenar iaitu si Lelaki dua alam ni. 

Tak pasti la apa tujuan dia jemput lelaki dua alam masuk dalam muzik video dia. Diah tak cukup seni agaknya nak faham kisah penceritaan disebalik lagu Hajat ni. Atau hanya sekadar taktik marketing nak trending dan popularkan lagu kan? 

Lirik Lagu Hajat

Memang sah la Diah tak berjiwa seni. Baca banyak kali pun masih gagal nak fahami maksud lirik dia. Memang Hael ni kalau lagu dia sejenis tajuk memang seketul macam tu. Dulu Jampi, Haram then now Hajat. Lepas ni apa pula ya. 

Hajat oleh Hael Husaini

VERSE 1
Jika kau mahu sesuatu katakan padaku Jika kau mahu diriku ku sedia untukmu
Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan 

PRECHO
Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

CHORUS 2
Terseksa, untuk mencintanya
Mencinta, untuk diseksanya
Terpaksa atau rela, janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

VERSE 2
Jika kau mahu ku rindu ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu
dan jika kau mahukan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Sekilas pandang sebenarnya Hael Husaini dan syarikat muzik dia bijak ambil peluang dengan isu semasa yang tengah panas sekarang. Peluang untuk berjaya dan orang suka dengan apa dia buat atau peluang dia popular tapi terima kecaman sebab masyarakat tak dapat terima. Di penghujungnya orang masih akan bercakap tentang lagu ini sama ada suka atau tak. Kan publisiti tu. 
Nilai lah sendiri dan jadi pendengar bijak. 


Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop

Johan dan Zizan Menyakat Fesyen Neelofa di Rancangan Meletop


Baru lepas tengok siaran ulangan Johan dan Zizan Razak yang di temubual dalam Program Meletop dekat Youtube. 

Johan dan Zizan dijemput untuk mempromosikan rancangan lama mereka “Jozan” yang kata nya akan diberi nafas baru. Jozan akan di tayangkan di Astro Warna pukul 10 malam selepas Program Meletop.


Program Meletop


Neelofa Jadi Bahan Lawak Jozan 


Sekali lagi Neelofa jadi bahan lawak dalam rancangan dia host sendiri. Dari awal temuramah lagi Johan dan Zizan dah mula menyakat Neelofa dan Nabil.

Seperti biasa untuk mereka yang boleh terima cara lawak Jozan akan gelak tak berhenti. Nabil pula jadi nasi tambah. Sudahnya Neelofa pula yang jadi bahan lawak mereka. 

Ada juga bahagian yang Diah rasa melampau lawak mereka. Jozan buat lawak tentang pakaian Neelofa malam tu bila dia pakai Pouch bag dengan dress. 

Memang di akui gaya fesyen Neelofa luar kebiasaan dan seolah minta di kecam tapi bayang kan kita di tempat Neelofa dan terus menerus di gelak kan secara face to face. Macamana ya? 



Budaya Menggelakkan Orang


Dalam tak sedar masyarakat secara halusnya di didik mentertawakan orang adalah tak salah. Menggelakkan penampilan orang dibolehkan atas tiket lawak. Komedi bagi mereka. 

Kita belum pernah dengar berita kan, mati di bunuh sebab dijadikan bahan lawak? Ke dah ada? Kita risau masyarakat kita semakin hilang adap tata susila. 

Kita selalu mengeluh anak generasi muda sudah hilang hormat pada yang lebih tua. Tapi kita lupa, kita sendiri mengajar mereka begitu. Ini lah akibatnya. 

Kita yang membenarkan benda-benda halus macam ni berleluasa. Jadi trend sekarang, bila di tegur katanya tidak berfikiran terbuka. Di cop ustaz ustazah jadian. Siap di kecam netizen. Sudahnya semua takut nak bersuara. 

Dalam rancangan ni juga Johan telah umumkan nama anak dia yang baru lahir tu. Anak sebelum ni nama dia Cantik kan ha yang ni dia ada letak nama Molek, tapi Johan kata senang dia nak panggil dua anak sekali gus. 

Cantik Molek. Kreatif dia dan isteri. 

Kesimpulannya, berhibur, bergelak ketawa tu boleh tapi ada batasnya. Bergurau senda jangan sampai ada yang terasa. 

Kan orang tua dah pesan terlajak perahu boleh di undur, kalau terlajak kata buruk lah padahnya. Dosa kita dengan Tuhan, kita boleh mohon Tuhan ampunkan, kalau dosa sesama manusia merangkaklah kita mencari nak mohon maaf. 

Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan

Tertarik hati nak kongsi tentang budaya LGBT yang tengah rancak dekat Malaysia sekarang. Isu sensitif yang telah mendapat perhatian banyak pihak. 

Bila ada manusia yang mengaku Islam tetapi terang-terangan membuat perkara mungkar. Kenapa ramai yang mengecam terutama pendakwah dan ahli agama kerana yang melakukan itu adalah seorang muslim. 

Bila mana seorang lelaki atau wanita mahu bertukar dan menyerupai jantina berlawanan nya. 


Larangan Lelaki Menyerupai Perempuan 

Pencetus umah Amin antara pendakwah yang bangkit melawan budaya LGBT di kalangan umat Islam Malaysia. 

PU Amin juga telah di jemput di salah sebuah rancangan televisyen "Motif Viral" dan menerangkan kenapa dia begitu marah dan kenapa umat Islam Malaysia perlu bersuara. 



larangan lelaki menyerupai wanita



Kenapa masyarakat perlu ambil iktibar atas dugaan yang melanda.  


Maksud lelaki menyerupai perempuan ialah apabila secara fitrah nya dilahirkan sebagai lelaki tetapi dia cenderung meniru gaya orang perempuan. 

Baik dari segi pakaian, perhiasan seperti subang dan rantai, gaya bercakap dengan suara yang halus atau dari segi gaya berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan.




Larangan Bagi Lelaki Dalam Islam


Perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:

  • Mengubah Mengubah dengan apa cara sekalipun termasuk melakukan pembedahan ke atas bentuk fizikal termasuk penukaran jantina. 
  • Menukar dan mengikut gaya berjalan dan gerak badan seoarang perempuan yang berlenggang lenggok. 
  • Menukar percakapan dan suara menjadi lebih halus. 
  • Memakai perhiasan yang dipakai perempuan seperti rantai, subang dan lain-lain. 
  • Memakai pakaian wanita. 



Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan


Hukum bagi lelaki menyerupai atau mengubah diri menjadi perempuan adalah HARAM tidak kira dengan apa cara sekali pun, melalui pengambilan hormon atau pembedahan. 

Ini adalah di sebabkan ianya termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بْنِ مَسْعُودٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،  قَالَ:  لَعَنَ  اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ  وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ : (وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا) .


Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a  katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. 

Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud... 

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”




Hadith pengharaman perbuatan berlagak lelaki atau perempuan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”


Sumber Hukum dari muftins.gov dan olahan oleh Rodiah Amir


Burger Ayam Mexicana McDonald

Burger Ayam Mexicana McDonald

 McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan menu kedua sempena Kempen Discover the World iaitu Burger Ayam Mexicana selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu. Diah dah rasa burger Rio Daging, sedap tapi pedas sampai meleleh air mata. Sos dia serius unik rasa.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. 

Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Menu baru McDonald’s Mexicana Chicken Burger




Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Menerusi Kempen Discover the World McDonald’s Malaysia membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World juga membolehkan McDonald’s memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara,”

Tidak kira menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. 

McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

menu baru McDonald’s Strawberry Custard Pie
McDonald’s Strawberry Custard Pie 


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


McDonald's Strawberry Fiesta
Pendek kata McDonald’s menawarkan hidangan menarik selera dan juga mata rakyat Malaysia. Pilihan bijak bila McDonald’s ni selalu tukar-tukar menu dan perisa untuk ice cream cone dia. Tak sabar nak rasa Strawberry Custard Pie tu. Untuk kaki makan memang kena cuba la. Apa pun jaga pengambilan gula. Nanti banyak kan minum air masak dan bersenam ok? 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari Website McDonald Malaysia.