Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Isu barang tiruan atau cetak rompak ni sebenarnya dah lama berleluasa. Kalau dulu movie la paling banyak di cetak rompak. Sekarang teknologi dah maju jadi orang tengok online je. Jadi kecaman terhadap penjual DVD cetak rompak dan segala tiruan tu dah berkurang. 

Tapi longgokan barang tiruan untuk barang-barang pengguna macam pakaian, alat perhiasan masih lagi tinggi dari hari ke hari sebab ada nya permintaan dari pengguna. 

Secara logik pengguna semestinya akan membeli barang tiruan sebab harga yang lebih murah dan kualiti hampir sama dengan yang original. Banyak pendapat berkenaan penggunaan barang tiruan. 

Ada yang menyokong dan tak kurang yang juga yang membantah. Kalau perasan, ada satu akaun Instagram yang membongkarkan artis-artis Malaysia yang pakai barang tiruan. Gigih kan?


Telekung Fake



Tapi boleh ke beli, guna, pakai barang tiruan ni? 

Hukum Solat Guna Telekung Tiruan


Terbaru, status instastory Vivy Yusof meluahkan rasa marahnya bila tudung Duck yang sejak dulu di tiru dan banyak di buat dan di jual di Vietnam. Vivy juga menyeru supaya tidak membeli produk tiruan. 

Status dia juga mengaitkan tentang orang yang solat menggunakan telekung tiruan dan telah timbulkan keraguan. Dia menyelar orang solat tapi memakai telekung tiruan. 

Terus ada yang tertanya-tanya sah ke solat kalau guna telekung tiruan? 

Ada satu perbincangan tentang seseorang yang solat dengan mengenakan pakaian dari hasil curi (kes ni curi design telekung) dan kalau ikut pandangan pengikut mazhab Hanafi, Malik, Syafie 

“ Solat tetap di nilai sah dengan pakaian curian yang haram kerana pengharaman pakaian itu tidak hanya khusus untuk solat. 

Sebagaimana jika ada seseorang yang mencuci pakaiannya dari najis dengan menggunakan air hasil curian, pakaian itu tetap suci, menurut kesepakatan ulama.  

Syarat sah Solat dan Syarat wajib solat


Telekung tiruan tidak termasuk dalam syarat sah solat dan di bawah merupakan syarat sah solat dan syarat wajib seseorang untuk menunaikan solat. 

  1. Yakin masuk waktu solat
  2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil 
  3. Angggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis 
  4. Menutup aurat dengan sempurna 
  5. Menghadap ke arah kiblat

Manakala syarat seseorang itu wajib untuk menunaikan solat adalah seseorang itu telah mencapai baligh iaitu cukup umur bagi lelaki dan perempuan, seorang Islam, mempunyai akal fikiran yang waras dan suci dari sebarang hadas.  

Nah ini pula pendapat dari Mufti Wilayah persekutuan berkenaan hukum muat turun software, lagu, game darpada Internet. Boleh rujuk website Mufti Wilayah Persekutuan. 

Berbalik kepada isu menggunakan telekung tiruan untuk solat memang pastinya solat itu sah dan diterima Allah manakala penggunaan barang tiruan adalah dikira mencuri hak milik orang lain apatah lagi jika barang atau sesuatu produk telah di daftarkan pemiliknya.

Mengambil tanpa izin adalah mencuri. Tepuk dada dan tanyalah selera. Solat itu adalah tiang agama. Jangan sesekali merumitkan Islam dan menganggap Islam itu agama yang sukar di laksanakan. 

Body Shaming - Patut atau tidak?

Body Shaming - Patut atau tidak? 

Secara Bahasa pasarnya body shaming adalah satu perbuatan yang menjerumus kepada penghinaan keadaan fizikal seseorang. Tidak kira dalam apa jua bentuk secara kiasan (sarkastik), atau pun terang-terangan. 

Mentertawakan bentuk fizikal yang selalunya tentang saiz badan, ketinggian, warna kulit dan rupa paras adalah contoh yang selalu dikaitkan dengan body shaming.

Body shaming boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira siapa pun dia. Ini kerana orang yang melakukan body shaming ni kebiasaanya dia kurang adap, kurang prihatin dan terlalu selesa apabila berkata-kata.
Kesan body shaming
Body Shaming Culture

                                                                                                                                credit google image

Diah tertarik nak cerita tentang isu body shaming lepas satu insiden dimana berlaku nya body shaming bagi mereka yang peka dengan orang lain, dan sekadar berlawak bagi mereka yang rasa mentertawakan orang lain adalah satu perkara yang biasa. 

Insiden berlaku di majlis anugerah secara langsung dan mangsa di ketawakan secara berjemaah. 

Kolot kerana Tak terbuka dengan Body Shaming


Bagi yang anggap insiden ni satu benda kecil dan sekadar berlawak memang akan habis-habisan menganggap orang yang tidak dapat menerima lawak mereka sebagai seorang yang kolot, tak bersikap terbuka dan tak boleh di ajak bergurau. Bagi golongan ini body shaming dijadikan modal untuk mereka membuat lawak. 

Body shaming dalam Islam

Sesungguhnya perbuatan memandang remeh dan menghina orang lain amatlah dilarang dalam Islam. Terdapat banyak hadith dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang larangan merendahkan orang lain. 

Antara tanda kesombongan manusia itu sendiri apabila dia merasakan diri nya lebih baik dari orang lain dan mentertawakan kelemahan orang lain. Seringkali kita buat tapi kita tak sedar perbuatan kita membuatkan orang terasa. 

Dalam surat Al Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11)

Yang sebetulnya tiada satu pun makhluk di atas muka bumi ini yang sempurna kerana yang paling baik semestinya Pencipta kita. Sifat mentertawakan orang dan tidak menghormati orang lain adalah titik tolak kepada persengketaan yang lebih teruk kesannya. 

Kita boleh meminta maaf kepada Pencipta jika terlajak berbuat dosa, tapi kalau kita terlajak berbuat dosa sesama manusia hanya kepada manusia itu lah harus kita meminta maaf dan terpulang kepada mereka untuk memaafkan atau pun tidak. 


Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua Di Kelantan

Sebuah Rumah Ronald McDonald bakal di bina di dalam kawasan Hospital USM hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan. 

Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.


Rumah Ronald McDonald ke dua di Kelantan


Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.

Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”

tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald


Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. 

Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian

3 Pencuci Mulut Berasaskan Durian 

Oleh sebab sekarang memang tengah musim orang menjual durian memang rajin la Diah suruh suami beli durian. Harga pun kategori masih boleh beli maka makan la puas-puas. Sementara tengah musim durian kena la ambil kesempatan. Nanti bosan kita berhenti la membeli dan makan. Tapi macam mustahil bosan. 

3 Resepi Berasaskan Durian

Bila dah selalu makan durian fresh Diah cuba pula resepi pencuci mulut yang berasaskan durian. Semua resepi ni dapat dari perkongsian di Facebook. Suka betul orang Malaysia makan termasuk lah Diah. Dalam banyak-banyak resepi, ice cream, serawa dan pengat bebola durian telah berjaya Diah buat. Anak dan suami suka kan nya. 

Ice Cream Durian D24
Ice Cream Durian D24