Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar

Ternampak satu video kereta mewah, Ferrari yang hangus terbakar di lebuhraya beberapa minggu lepas. Memang hangus, hancur lebur la. 

Rupa-rupanya kereta Ferrari yang terbakar itu adalah milik usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. Datuk terlajak laris. 

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway. Semasa kejadian, bukan Datuk yang memandu kereta tersebut. 

Alhamdulillah umur Datuk masih panjang dan pemandu nya pun tidak mengalami sebarang kecederaan. 



Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar


Mengenali perangai Datuk Seri Aliff Syukri memang dia gemar berkongsi video tentang segala nya yang berlaku dalam kehidupan dia. 

Kadang-kadang geram je bila tertengok. Tak follow pun media social dia tapi netizen pula suka berkongsi dekat Facebook. 

Menangis teresak-esak Datuk Seri Aliff Syukri tengok kereta dia. Siapa tak menangis tengok harta dunia hancur macam tu je. 




Tuhan Makbulkan Doa


Datuk Alif Syukri pernah cakap kereta tu berbunyi bising dan dia kurang suka nak pandu. Allah makbulkan doa datuk minta. 

Jangan tak percaya ya yang sebenarnya apa yang berlaku kepada kita adalah antara cakap-cakap kita yang bertukar menjadi doa. 

Kita mengeluh, kita bercakap tanpa kita sedar. Pendek kata luahan hati kita Allah telah perkenankan. 

Yang kita sedar atau tidak dalam diam akhirnya tercapai. Sebab itu ada pepatah yang cakap itu juga adalah satu doa. 

Kalau di ulang sehingga 30 – 40 kali berturut-turut akan jadi tabiat. Itu Dato Fadilah Kamsah pernah ajar di sekmen motivasi dia. 

Apa pun setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kehilangan sesuatu itu pastinya akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kita sepatutnya bersyukur bila Allah turunkan ujian, ustaz kata ujian itu tanda peringatan Allah sayangkan kita. Untung kita yang dipilih Allah. 


Review Filem - Telemovie Renyai Takbir Raya

Telemovie Renyai Takbir Raya 


Sebenarnya ini adalah antara entry yang terperam yang baru sempat Diah tengok semula. Nak kongsi tentang Telemovie Renyai Takbir Raya sebab pertama kali Diah suka watak yang dibawa oleh Aaron Aziz. 

Telemovie Renyai Takbir Raya sarat dengan emosi dan banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. 

Antara nilai utama dalam telemovie ni adalah nilai syukur dan percaya kepada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan. 

Bukan sekali mereka di uji tapi ujian itu juga membuat mereka lebih dekat kepada Allah. Telemovie ni juga buat Diah faham yang anak dan keluarga hanyalah pinjaman sementara untuk kita dan semua nya hak milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah berhak ambil.


Renyai Takbir Raya Best


Watak dan Bintang Utama

Telemovie Renyai Takbir Raya dibintangi oleh Sharifah Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan juga Aaron Aziz. Mereka berdua digandingkan sebagai suami isteri dalam telemovie ni. 

Serasi lakonan yang ditonjolkan. Dalam telemovie Renyai Takbir Raya, Sharifah Sakinah membawa watak isteri yang di sahkan menghadapi penyakit kronik (buah pinggang) dan memerlukan dia membuat rawatan sehingga penyakitnya sembuh. 

Seorang suri rumah dan suami nya pula bekerja sebagai seorang pengarah filem. 

Kisah ujian kehidupan mereka bermula pada malam raya, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya. 

Ketika itu Mia (Sharifah Sakinah), sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak pertama mereka. 

Dalam perjalanan pulang ke kampung pada waktu malam Mia tiba-tiba sakit hendak bersalin. Panik dan cuai mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Mia selamat melahirkan anak mereka melalui pembedahan dan doktor memberitahu yang Mia menghidapi penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani hemodialisis. 

Mia juga di sahkan tidak dapat mengandung lagi. Walau pun begitu, Rais (Aaron Aziz) tetap setia dan cintakan Mia. Rais menjadi suami yang sentiasa memberi sokongan dan menemani Mia setiap kali menjalani rawatan. 

Mereka bersama-sama membesarkan anak mereka, Saif dan kerap kali berbalah kerana emosi Mia yang turun naik kerana penyakitnya. 

Mia rasa tak berguna dan menyusahkan suaminya, sedangkan suaminya ikhlas menjaga mereka dan amat menyintai isterinya. 

Ujian dan dugaan bersilih ganti dan Rais juga menjadi perhatian janda anak dua yang menjadi penerbit filem dan bekerja bersama Rais. Lakonan Anzalna Nasir. 

Kiranya Anzalna cuba nak memikat Rais. Kemuncak cerita bila di malam raya, Rais terleka dengan telefon dan ketika itu anaknya, Saif sedang bermain bunga api di depan rumah berdekatan jalan. 

Rais lalai dan akhirnya saif terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.  Di hujung cerita di tonjolkan penerimaan suami isteri dalam menghadapi dugaan hidup. 

Allah ambil kembali apa yang telah Allah hadiahkan sebelum ini. Memang sedih tapi watak yang ditonjolkan Sakinah dan Aaron Aziz amat kuat menerima percaturan Allah. 

Akhirnya Mia semakin kuat meneruskan kehidupan dan di penutup nya mereka sekeluarga ke Tanah Suci untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Isu barang tiruan atau cetak rompak ni sebenarnya dah lama berleluasa. Kalau dulu movie la paling banyak di cetak rompak. Sekarang teknologi dah maju jadi orang tengok online je. Jadi kecaman terhadap penjual DVD cetak rompak dan segala tiruan tu dah berkurang. 

Tapi longgokan barang tiruan untuk barang-barang pengguna macam pakaian, alat perhiasan masih lagi tinggi dari hari ke hari sebab ada nya permintaan dari pengguna. 

Secara logik pengguna semestinya akan membeli barang tiruan sebab harga yang lebih murah dan kualiti hampir sama dengan yang original. Banyak pendapat berkenaan penggunaan barang tiruan. 

Ada yang menyokong dan tak kurang yang juga yang membantah. Kalau perasan, ada satu akaun Instagram yang membongkarkan artis-artis Malaysia yang pakai barang tiruan. Gigih kan?


Telekung Fake



Tapi boleh ke beli, guna, pakai barang tiruan ni? 

Hukum Solat Guna Telekung Tiruan


Terbaru, status instastory Vivy Yusof meluahkan rasa marahnya bila tudung Duck yang sejak dulu di tiru dan banyak di buat dan di jual di Vietnam. Vivy juga menyeru supaya tidak membeli produk tiruan. 

Status dia juga mengaitkan tentang orang yang solat menggunakan telekung tiruan dan telah timbulkan keraguan. Dia menyelar orang solat tapi memakai telekung tiruan. 

Terus ada yang tertanya-tanya sah ke solat kalau guna telekung tiruan? 

Ada satu perbincangan tentang seseorang yang solat dengan mengenakan pakaian dari hasil curi (kes ni curi design telekung) dan kalau ikut pandangan pengikut mazhab Hanafi, Malik, Syafie 

“ Solat tetap di nilai sah dengan pakaian curian yang haram kerana pengharaman pakaian itu tidak hanya khusus untuk solat. 

Sebagaimana jika ada seseorang yang mencuci pakaiannya dari najis dengan menggunakan air hasil curian, pakaian itu tetap suci, menurut kesepakatan ulama.  

Syarat sah Solat dan Syarat wajib solat


Telekung tiruan tidak termasuk dalam syarat sah solat dan di bawah merupakan syarat sah solat dan syarat wajib seseorang untuk menunaikan solat. 

  1. Yakin masuk waktu solat
  2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil 
  3. Angggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis 
  4. Menutup aurat dengan sempurna 
  5. Menghadap ke arah kiblat

Manakala syarat seseorang itu wajib untuk menunaikan solat adalah seseorang itu telah mencapai baligh iaitu cukup umur bagi lelaki dan perempuan, seorang Islam, mempunyai akal fikiran yang waras dan suci dari sebarang hadas.  

Nah ini pula pendapat dari Mufti Wilayah persekutuan berkenaan hukum muat turun software, lagu, game darpada Internet. Boleh rujuk website Mufti Wilayah Persekutuan. 

Berbalik kepada isu menggunakan telekung tiruan untuk solat memang pastinya solat itu sah dan diterima Allah manakala penggunaan barang tiruan adalah dikira mencuri hak milik orang lain apatah lagi jika barang atau sesuatu produk telah di daftarkan pemiliknya.

Mengambil tanpa izin adalah mencuri. Tepuk dada dan tanyalah selera. Solat itu adalah tiang agama. Jangan sesekali merumitkan Islam dan menganggap Islam itu agama yang sukar di laksanakan. 

Body Shaming - Patut atau tidak?

Body Shaming - Patut atau tidak? 

Secara Bahasa pasarnya body shaming adalah satu perbuatan yang menjerumus kepada penghinaan keadaan fizikal seseorang. Tidak kira dalam apa jua bentuk secara kiasan (sarkastik), atau pun terang-terangan. 

Mentertawakan bentuk fizikal yang selalunya tentang saiz badan, ketinggian, warna kulit dan rupa paras adalah contoh yang selalu dikaitkan dengan body shaming.

Body shaming boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira siapa pun dia. Ini kerana orang yang melakukan body shaming ni kebiasaanya dia kurang adap, kurang prihatin dan terlalu selesa apabila berkata-kata.
Kesan body shaming
Body Shaming Culture

                                                                                                                                credit google image

Diah tertarik nak cerita tentang isu body shaming lepas satu insiden dimana berlaku nya body shaming bagi mereka yang peka dengan orang lain, dan sekadar berlawak bagi mereka yang rasa mentertawakan orang lain adalah satu perkara yang biasa. 

Insiden berlaku di majlis anugerah secara langsung dan mangsa di ketawakan secara berjemaah. 

Kolot kerana Tak terbuka dengan Body Shaming


Bagi yang anggap insiden ni satu benda kecil dan sekadar berlawak memang akan habis-habisan menganggap orang yang tidak dapat menerima lawak mereka sebagai seorang yang kolot, tak bersikap terbuka dan tak boleh di ajak bergurau. Bagi golongan ini body shaming dijadikan modal untuk mereka membuat lawak. 

Body shaming dalam Islam

Sesungguhnya perbuatan memandang remeh dan menghina orang lain amatlah dilarang dalam Islam. Terdapat banyak hadith dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang larangan merendahkan orang lain. 

Antara tanda kesombongan manusia itu sendiri apabila dia merasakan diri nya lebih baik dari orang lain dan mentertawakan kelemahan orang lain. Seringkali kita buat tapi kita tak sedar perbuatan kita membuatkan orang terasa. 

Dalam surat Al Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (QS. Al Hujurat: 11)

Yang sebetulnya tiada satu pun makhluk di atas muka bumi ini yang sempurna kerana yang paling baik semestinya Pencipta kita. Sifat mentertawakan orang dan tidak menghormati orang lain adalah titik tolak kepada persengketaan yang lebih teruk kesannya. 

Kita boleh meminta maaf kepada Pencipta jika terlajak berbuat dosa, tapi kalau kita terlajak berbuat dosa sesama manusia hanya kepada manusia itu lah harus kita meminta maaf dan terpulang kepada mereka untuk memaafkan atau pun tidak.