Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar

Rodiah Amir
6
Ternampak satu video kereta mewah, Ferrari yang hangus terbakar di lebuhraya beberapa minggu lepas. Memang hangus, hancur lebur la. 

Rupa-rupanya kereta Ferrari yang terbakar itu adalah milik usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. Datuk terlajak laris. 

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway. Semasa kejadian, bukan Datuk yang memandu kereta tersebut. 

Alhamdulillah umur Datuk masih panjang dan pemandu nya pun tidak mengalami sebarang kecederaan. 



Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar


Mengenali perangai Datuk Seri Aliff Syukri memang dia gemar berkongsi video tentang segala nya yang berlaku dalam kehidupan dia. 

Kadang-kadang geram je bila tertengok. Tak follow pun media social dia tapi netizen pula suka berkongsi dekat Facebook. 

Menangis teresak-esak Datuk Seri Aliff Syukri tengok kereta dia. Siapa tak menangis tengok harta dunia hancur macam tu je. 




Tuhan Makbulkan Doa


Datuk Alif Syukri pernah cakap kereta tu berbunyi bising dan dia kurang suka nak pandu. Allah makbulkan doa datuk minta. 

Jangan tak percaya ya yang sebenarnya apa yang berlaku kepada kita adalah antara cakap-cakap kita yang bertukar menjadi doa. 

Kita mengeluh, kita bercakap tanpa kita sedar. Pendek kata luahan hati kita Allah telah perkenankan. 

Yang kita sedar atau tidak dalam diam akhirnya tercapai. Sebab itu ada pepatah yang cakap itu juga adalah satu doa. 

Kalau di ulang sehingga 30 – 40 kali berturut-turut akan jadi tabiat. Itu Dato Fadilah Kamsah pernah ajar di sekmen motivasi dia. 

Apa pun setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kehilangan sesuatu itu pastinya akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kita sepatutnya bersyukur bila Allah turunkan ujian, ustaz kata ujian itu tanda peringatan Allah sayangkan kita. Untung kita yang dipilih Allah. 


Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kesian jugak dekat dia tu hmmm siapa tak sedih kan kalau harta hangus macamtu je

    BalasPadam
  2. kereta tu limited edition fuhhhh terbakar sekejap je jadi debu

    BalasPadam
  3. mungkin ada hikmah Allah berikan pada dato' tanpa sedari

    BalasPadam
  4. bagi org yg byk duit mcm Datuk Alif ni, rasanya kejap jer dia menangis tu sbb duit banyak dan yg pasti insurance dh cover...

    BalasPadam
  5. itulah ...dlm sekelip mata je..nauzubillah

    BalasPadam
Catat Ulasan