6 Perkara Penting Kena Tahu Sebelum Waxing

6 Perkara Penting Kena Tahu Sebelum Waxing

Anda tahu kan dengan mencukur bulu akan menyebabkan kulit anda rosak. Selain bercukur, waxing juga antara kaedah membuang bulu yang semakin dikenali. Antara salah satu cara berkesan supaya bulu tumbuh lebih lambat dan bulu tumbuh lebih halus. Sebab itu semakin ramai orang memilih untuk waxing bulu yang ada di badan. 

Waxing atau shaving
Tips & Trick waxing 

Antara perkara penting yang anda harus ambil tahu sebelum mahu mencuba kaedah membuang bulu secara waxing adalah seperti di bawah: 

#1 Tahan Sakit! Ianya agak menyakitkan tetapi tidak lama dan bergantung kepada bahagian yang ingin waxing. Lagi pun sakit itu subjektif. Ikut ketahanan badan masing-masing. Bahagian kulit muka dan kawasan intim lebih sensitif dan nipis. Ada pepatah Inggeris tentang kecantikkan, “Pain is Beauty” Nak cantik kenalah tahan sikit.

#2 Kesan selepas waxing seperti kulit merengsa seperti terbakar, kegatalan atau alergi boleh berlaku. Fahami kulit anda dan lakukan patch test. Kalau mahu lakukan sendiri di rumah baca arahan dengan teliti dan jaga kebersihan. Jika gejala berlarutan sila dapatkan rawatan doktor. Untuk yang memilih butik atau spa kecantikan pilih lah spa atau butik yang berpengalaman melakukan prosess ini. 

#3 Waxing boleh mengakibatkan ketagihan kerana anda akan teruja melihat kulit yang bersih dan licin tanpa bulu. Walaupun sakit anda tidak akan serik untuk melakukannya. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan anda seharusnya konsisten. 

#4 Proses waxing akan menyebabkan pori-pori terbuka dan boleh menyebabkan ianya tersumbat dengan kotoran dan juga bahan lain. Pemakaian scrub sangat digalakkan sebelum dan selepas waxing untuk mengelakkan pori tersumbat dan menyebabkan bisul. Scrub juga membantu membuang kulit mati. 

#5 Jika anda baru sahaja melakukan waxing di bahagian terbuka seperti muka, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing selama 24 jam. Anda juga tidak di sarankan untuk memakai alat kosmetik kerana akan menyebabkan pori-pori kulit anda tersumbat. 

#6 Bergantung pada individu, waxing juga boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing. Ini kerana semasa proses waxing, bulu yang di cabut adalah sehingga ke akar umbi. Jangan risau kerana darah yang keluar hanya sedikit dan bersifat sementara. 

Apa jua cara yang anda pilih untuk tampil cantik, pastikan anda sudah membuat rujukan dan semak isi kandungan produk yang anda bakal gunakan. Penggunaan bahan organik digalakkan untuk memastikan proses waxing lebih selamat. Seperti Wawawax, ia nya diperbuat daripada lemon, gula dan juga madu dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh hubungi Diah untuk sebarang soalan dan pembelian Wawawax. 

Scentual Beauty Muslimah Hair & Beauty Spa

Jadi suri rumah ni kalau sesekali dapat manjakan diri dekat salon memang gembira tak terkata. Yelah hari-hari bertugas dan menghadap rutin yang sama. Penat tak usah cerita la. Sesekali manjakan diri tu memang perlu. 

Kebetulan rambut dah semakin panjang, lepas tu asyik la sakit kepala. Belum masuk bab rambut gugur tu. Kadang-kadang seram kalau lepas mandi sikat rambut kemain banyak rambut gugur. 

Minggu lepas sempat manjakan diri di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa. Nak potong rambut nak pendek kan sikit je sampai paras bahu.  


SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati


Kalau dulu masa bujang memang mak la tukang gunting rambut kami adik beradik. 

Bab menjahit, gunting rambut, memasak memang serah je dekat mak. Tapi bakat mak tu satu pun tak turun dekat Diah. Tangan tak berseni. Huhuuhuh. 




Kalau dulu nak mencari salon muslimah memang sedikit sukar. Kalau ada pun salon tu hanya akan tarik tirai untuk tutup dari pandangan awam. Kiranya aurat tu tak la terjaga sepenuhnya. 

Tapi sekarang Alhamdulillah, dah semakin banyak pilihan salon muslimah dekat KL ni. 

 


Salon Muslimah



Muslimah Hair & Beauty Spa Mesra Pelanggan


Diah dah pernah cuba beberapa salon muslimah di sekitar KL dan yang terbaru di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni memang Diah amat berpuas hati. Selain dari kemahiran menggunting, layanan mereka terhadap pelanggan sangat mesra. 

Tak la kekok sepanjang berada di sana. SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni hanya menerima pelanggan wanita dan lelaki tidak dibenarkan masuk. Jadi memang selesa lah. 

Kebetulan masa Diah terjah SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni ada pelanggan tengah dapatkan rawatan rambut jadi sementara nak siap tu dapatlah Diah menyelit minta Sue potongkan rambut. 

Rezeki betul sebab salon kebiasaanya memang kena buat temujanji ya. Walau pun terjah macam tu; Sue, pemilik SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni tetap layan dengan senyuman manis. Dah alang-alang potong cuci sekali terus. Hilang segala stress. 


Pakej Rawatan Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa


Menurut Sue, Scentual SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ini telah beroperasi selama 4 tahun dan banyak menerima feedback yang positif daripada pelanggan mereka. 

Diantara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah merangkumi kecantikan dari hujung rambut kehujung kaki termasuk bekam dan waxing tau. 


SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati



Harga yang mereka tawarkan juga berpatutan. Boleh ikuti media sosial @scentualbeauty di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat promosi yang tengah berlangsung. 
  1. Hair Cut
  2. Hair Treatment
  3. Hair Rebonding
  4. Hair Colouring
  5. Hair Styling
  6. Body Scrub
  7. Boody Exfoliate
  8. Body Mask
  9. Sauna
  10. Mandi Susu
  11. Mandi Bunga
  12. Facial
  13. Massage
  14. Bertangas
  15. Waxing
  16. Manicure
  17. Pedicure

Pendek kata untuk muslimah yang nak cari Salon Muslimah yang mesra pelanggan, mesra aurat dan pakej rawatan untuk mencantikkan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa adalah Salon yang patut anda cuba. 

Salon ini dibuka SETIAP HARI bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Boleh call dan tetapkan temujanji anda sebelum terjah ok. Senang je nak cari lokasi SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa ni dan banyak parking lot. Boleh waze alamat di bawah:

SCENTUAL BEAUTY
19-1 Jalan Wangsa Setia 1,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
016-412 6677


Hair cut

Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar

Ternampak satu video kereta mewah, Ferrari yang hangus terbakar di lebuhraya beberapa minggu lepas. Memang hangus, hancur lebur la. 

Rupa-rupanya kereta Ferrari yang terbakar itu adalah milik usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. Datuk terlajak laris. 

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway. Semasa kejadian, bukan Datuk yang memandu kereta tersebut. 

Alhamdulillah umur Datuk masih panjang dan pemandu nya pun tidak mengalami sebarang kecederaan. 



Kereta Ferrari Datuk Alif Syukri Terbakar


Mengenali perangai Datuk Seri Aliff Syukri memang dia gemar berkongsi video tentang segala nya yang berlaku dalam kehidupan dia. 

Kadang-kadang geram je bila tertengok. Tak follow pun media social dia tapi netizen pula suka berkongsi dekat Facebook. 

Menangis teresak-esak Datuk Seri Aliff Syukri tengok kereta dia. Siapa tak menangis tengok harta dunia hancur macam tu je. 




Tuhan Makbulkan Doa


Datuk Alif Syukri pernah cakap kereta tu berbunyi bising dan dia kurang suka nak pandu. Allah makbulkan doa datuk minta. 

Jangan tak percaya ya yang sebenarnya apa yang berlaku kepada kita adalah antara cakap-cakap kita yang bertukar menjadi doa. 

Kita mengeluh, kita bercakap tanpa kita sedar. Pendek kata luahan hati kita Allah telah perkenankan. 

Yang kita sedar atau tidak dalam diam akhirnya tercapai. Sebab itu ada pepatah yang cakap itu juga adalah satu doa. 

Kalau di ulang sehingga 30 – 40 kali berturut-turut akan jadi tabiat. Itu Dato Fadilah Kamsah pernah ajar di sekmen motivasi dia. 

Apa pun setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kehilangan sesuatu itu pastinya akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kita sepatutnya bersyukur bila Allah turunkan ujian, ustaz kata ujian itu tanda peringatan Allah sayangkan kita. Untung kita yang dipilih Allah. 


Review Filem - Telemovie Renyai Takbir Raya

Telemovie Renyai Takbir Raya 


Sebenarnya ini adalah antara entry yang terperam yang baru sempat Diah tengok semula. Nak kongsi tentang Telemovie Renyai Takbir Raya sebab pertama kali Diah suka watak yang dibawa oleh Aaron Aziz. 

Telemovie Renyai Takbir Raya sarat dengan emosi dan banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. 

Antara nilai utama dalam telemovie ni adalah nilai syukur dan percaya kepada Qada dan Qadar yang telah Allah tetapkan. 

Bukan sekali mereka di uji tapi ujian itu juga membuat mereka lebih dekat kepada Allah. Telemovie ni juga buat Diah faham yang anak dan keluarga hanyalah pinjaman sementara untuk kita dan semua nya hak milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah berhak ambil.


Renyai Takbir Raya Best


Watak dan Bintang Utama

Telemovie Renyai Takbir Raya dibintangi oleh Sharifah Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan juga Aaron Aziz. Mereka berdua digandingkan sebagai suami isteri dalam telemovie ni. 

Serasi lakonan yang ditonjolkan. Dalam telemovie Renyai Takbir Raya, Sharifah Sakinah membawa watak isteri yang di sahkan menghadapi penyakit kronik (buah pinggang) dan memerlukan dia membuat rawatan sehingga penyakitnya sembuh. 

Seorang suri rumah dan suami nya pula bekerja sebagai seorang pengarah filem. 

Kisah ujian kehidupan mereka bermula pada malam raya, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk beraya. 

Ketika itu Mia (Sharifah Sakinah), sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak pertama mereka. 

Dalam perjalanan pulang ke kampung pada waktu malam Mia tiba-tiba sakit hendak bersalin. Panik dan cuai mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Mia selamat melahirkan anak mereka melalui pembedahan dan doktor memberitahu yang Mia menghidapi penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani hemodialisis. 

Mia juga di sahkan tidak dapat mengandung lagi. Walau pun begitu, Rais (Aaron Aziz) tetap setia dan cintakan Mia. Rais menjadi suami yang sentiasa memberi sokongan dan menemani Mia setiap kali menjalani rawatan. 

Mereka bersama-sama membesarkan anak mereka, Saif dan kerap kali berbalah kerana emosi Mia yang turun naik kerana penyakitnya. 

Mia rasa tak berguna dan menyusahkan suaminya, sedangkan suaminya ikhlas menjaga mereka dan amat menyintai isterinya. 

Ujian dan dugaan bersilih ganti dan Rais juga menjadi perhatian janda anak dua yang menjadi penerbit filem dan bekerja bersama Rais. Lakonan Anzalna Nasir. 

Kiranya Anzalna cuba nak memikat Rais. Kemuncak cerita bila di malam raya, Rais terleka dengan telefon dan ketika itu anaknya, Saif sedang bermain bunga api di depan rumah berdekatan jalan. 

Rais lalai dan akhirnya saif terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.  Di hujung cerita di tonjolkan penerimaan suami isteri dalam menghadapi dugaan hidup. 

Allah ambil kembali apa yang telah Allah hadiahkan sebelum ini. Memang sedih tapi watak yang ditonjolkan Sakinah dan Aaron Aziz amat kuat menerima percaturan Allah. 

Akhirnya Mia semakin kuat meneruskan kehidupan dan di penutup nya mereka sekeluarga ke Tanah Suci untuk mendekatkan diri kepada Allah.