Ciri-Ciri Seorang Perfectionist

Menginjak usia ke 33 tahun ni macam perasan sangat perangai perfectionist atau mencari kesempurnaan semakin menjadi-jadi dalam apa sahaja yang di buat. 

Semakin berusia rasanya semakin banyak pengalaman dah di lalui dan jadi serik kalau nak ulang semula kesalahan yang pernah di lakukan. 

Mesti nak capai kesempurnaan. Atau nama lain perfectionist. Masalah ni Diah seorang je ke yang hadapi? Normal ke? Atau satu penyakit?

Memang sejak dari alam pekerjaan lagi dah dilatih untuk jadi perfectionist. Memang tugas Diah terlibat dalam bahagian Quality Control. 


Ciri-Ciri Seorang Perfectionist 


Unit paling dibenci orang ramai sebab unit kami akan mencari silap unit lain. Dah memang tugas unit kami akan meneliti dan mencari kekurangan. 

Bayangkan 8 tahun bekerja, di tekankan dengan perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dan diberi latihan semasa bekerja dan ditambah lagi training di luar pejabat. 

Memang sikap tu dah tertanam dalam diri.




Apa Itu Perfectionist?

A perfectionist is a person who refuses to accept any stawak rd short of perfection. In psychology, perfectionism is a personality trait characterized by “a person’s striving for flawlessness and setting excessively high performance stawak rds, accompanied by overly critical self-evaluations and concerns regarding others’ evaluations.” [1] To a perfectionist, anything that’s less than perfect is unacceptable.


Perfectionist Yang Memakan Diri


Lama kelamaan sikap perfectionist tu dah sebati dalam diri. Mula-mula sikap tu hanya bila berada di pejabat, tapi sekarang bila dah jadi suri rumah dan blogger sepenuh masa sikap tu terus menghantui. 

Rasanya dah jadi tabiat maka setiap perkara yang Diah lakukan sedaya upaya akan buat dalam kesempurnaan. Tapi Diah bukanlah di tahap Perfectionist yang kronik.

Diah masih boleh lagi tolerate sebab selalu ingatkan diri, cuba buat yang terbaik dengan apa yang ada. Jadi penerimaan terhadap sesuatu yang tak sempurna tu dapat dikurangkan rasa kecewa bila tak dapat apa yang di inginkan. 

Apa Diah buat ialah selalu ingatkan diri dan buat sehabis baik. Sentiasa ingat Allah jua yang memberi dan mengizinkan semua perkara. Sebaik mungkin Diah kawal supaya tidak merosakkan diri.

8 Ciri-Ciri Awak Seorang Perfectionist


Kalau awak rasa awak salah seorang yang ada ciri-ciri perfectionist ni apa kata awak  cuba semak ciri-ciri yang Diah senaraikan di bawah. 

Semakin banyak yang awak rasa kena dengan diri awak  semakin tinggi la level perfectionist awak .

#1 Tiada Ruang untuk melakukan kesalahan. 

Awak  mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesilapan dan menjadi orang pertama yang jumpa kesalahan tu. Awak  sangat teliti dalam sesuatu perkara. 

#2 Awak ada cara tersendiri bila melakukan sesuatu. 

Awak susah nak terima sesuatu jika ia nya tidak kena dengan cara awak. Ramai akan salah faham dengan awak  sedangkan awak  mahu yang terbaik.

#3 Awak sejenis yang menetapkan sesuatu idea secara mutlak. 

Pendekatan awak  ialah sama ada awak  melakukan semuanya dengan baik, atau awak  tidak melakukannya sama sekali. Segala-galanya di antara ya buat dan tak buat langsung.

#4 semuanya tentang apa yang awak dapat di penghujungnya. 

Awak tak peduli pun cara untuk laksanakan dana pa yang diperlukan asalkan semuanya mengikut apa yang awak tetapkan. Jika gagal, awak cenderung untuk marah dan salahkan diri sendiri.

#5 Awak sangat berkeras dengan diri sendiri, selalu mengkritik diri sendiri dengan teruk dan menyalahkan diri sendiri atas hal-hal kesalahan yang kecil.

#6 Selalu menjadi tertekan kerana kegagalan dan sering kali timbul perasaan sesal dan salahkan diri dengan soalan-soalan seperti “kalau lah”, “Bagaimana jika”, “kan aku dah kata”

#7 Awak jarang berpuas hati dengan sekadar berjaya habiskan sesuatu tugasan. Awak cenderung nak hasilkan result yang luar biasa.

#8 Oleh sebab awak memang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara jadi awak tidak kisah untuk berkorban wang ringgit, masa, dan tenaga. 

Pendek kata awak sanggup buat apa sahaja termasuk lah terganggu waktu tidur untuk buat semuanya sempurna.




Kesan Buruk Menjadi Perfectionist

Ada banyak baik buruk kalau diri ada sifat perfectionist ni dan memang kena kawal sikap tu. Akan sedikit sukar bila bekerja secara berkumpulan. 

Tak ramai orang boleh terima sikap perfectionist. Orang akan ada persepsi mereka tersendiri.

Kebanyakkan akan pandang negatif. Orang fikir si Perfectionist ni seorang yang kalut, memaksa, dan “over” kalau melakukan sesuatu walau pun hal kecil je. 

Mana tak nya, biasanya Perfectionist akan letak target mereka sendiri, mereka sentiasa ada timeline dan goal untuk di capai. Si perfectionist ada prinsip yang mereka pegang dan kegagalan bukan lah satu pilihan.

Kata bijak pandai mana ada yang sempurna dalam kehidupan ni sebab kita ni manusia yang penuh dengan kelemahan. Diah akui, menjadi sempurna itu hanya milik Allah yang Maha Kuasa. 

Itu sifat Allah Yang Maha Pencipta. Dan selalu Diah pegang, kalau tak dapat capai kesempurnaan, dapat kurangkan kekurangan dan kesilapan dalam sesuatu perkara pun dah memadai.

Pesanan untuk awak yang juga ada ciri-ciri perfectionist ni, jangan putus asa dan kena selalu ada pemikiran positif. 

Kena selalu sangat bersangka baik dengan dengan semua benda. Paling utama sebagai orang Islam kena bersangka baik dengan Allah. 

Setiap kegagalan mahu pun kejayaan sudah lama Allah tuliskan di Luth Mahfuz. Kenapa kita yang terpilih untuk lalui? Sebab Allah tahu itu yang terbaik untuk kita di waktu itu dan ketika itu.


Perkara WAJIB tahu Sebelum Buat Eyelash Extensions

Dah jadi trend sekarang ramai perempuan suka sangat pakai fake eyelash. Tak cukup dengan fake eyelash buat pula sambungan bulu mata palsu (eyelash extensions). Tu la dugaan jadi perempuan. 

Memang jadi perempuan ni lumrah dia memang nak cantik. Zaman Diah muda-muda dulu sempat la pakai fake eyelash masa jadi raja sehari. 

Itu pun mak andam suruh pakai. Teringin nak cantik dan ubah muka lain kononnya. 

Masa ni jahil lagi. Ikut je apa mak andam suruh buat. Kening pun mak andam tebas sebab kening Diah sejenis tebal macam hutan belantara. 

Masa tu ilmu agama tu kurang, menyesal juga la walaupun sekali tu je cukur dan pakai yang palsu.


Perkara WAJIB tahu Sebelum Buat Eyelash Extensions 

Diah kongsi tentang eyelash extensions dekat blog sebab ter tengok video Prof Muhaya kongsi tentang bahaya buat eyelash extensions ni tau. 

Lepas tu Prof bercakap sebagai seorang Muslim, haram hukum nya kalau buat. Memakai fake eyelash dan buat eyelash extensions termasuk lah dalam kategori mengubah ciptaan Allah.  




Beberapa bulan lepas ada bekas isteri selebriti yang mengaku dalam laman sosial yang dia buat eyelash extensions. Dia beritahu yang dia dah rujuk kepada ustaz dan perbuatan tu tak salah. 

Maka berkoyan-koyan lah netizen menasihati dia. Bahaya betul kalau orang terkenal terutama selebriti sampaikan benda salah. Bayangkan berapa ramai yang akan terikut buat benda yang haram. 

Cantiknya ujian Allah, bila ada orang yang terang-terangan buat salah dan kemudian akan tampil orang yang menasihati (walau dengan apa cara sekali pun). 

Hikmahnya kita ramai-ramai akan saling belajar dan mencari ilmu sebab kita tak nak sesat. Kalau tiada yang buat salah dan menegur sampai bila-bila kita macam tu je.



Boleh Ke Buat Eyelash Extensions?

Sebenarnya boleh je buat eyelash extensions tu, tapi tidak boleh untuk MUSLIM. Bukan setakat bulu mata, bulu hidung dan segala jenis bulu termasuk lah rambut.

Memang haram hukumnya sambung rambut. Kenapa ianya diharamkan adalah kerana ia boleh menjadi fitnah kerana mengubah ciptaan Allah. 

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

“Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya)”


Bahaya Pakai Eyelash Extensions

Tertarik dengan perkongsian di dalam laman Instagram Prof Muhaya, Prof berkongsi “statistik bahawa 90 peratus orang Malaysia tidak solat cukup waktu.

Manakala bagi yang cukup solat lima waktu pula tidak dapat dipastikan sama ada wuduk diambil dengan sempurna atau tidak.” Seram sungguh bila baca. 


Tambah Profesor Muhaya lagi, pemakaian eyelash menyebabkan tidak sah wuduk adalah kerana plastik yang dilekatkan pada mata mempunyai gam yang boleh menghalang dan menutup bulu mata. Air kena sampai ke bahagian anggota wuduk baru wuduk di kira sah. 

Selain itu, Prof Muhaya juga turut berkongsi video mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extensions. 

Akibat dari pemakain eyelash tersebut telah menyebabkan mata pesakit tidak sihat, tidak selesa, merah dan berair. Silap hari bulan boleh terkena jangkitan kuman dan bahayakan mata. Sanggup ke? Tidak! 



Cara Penjagaan Fake Eyelash

Diah ada terbaca juga tentang penjagaan bila dah buat eyelash extensions ni memang agak rumit. Nak berbaring dan tidur kena ada posisi yang betul. 

Tak boleh salah cara tidur sebab bulu mata palsu amat mudah cedera. 

Pantang lain juga ialah bulu mata tak boleh terkena air selama beberapa hari. Macamana nak mandi ni? Dan paling penting, kalau nak tanggalkan sambungan bulu mata tadi harus dilakukan oleh mereka yang professional. 

Maksudnya diri sendiri tak boleh suka-suka nak tanggal. Kang tertanggal sekali dengan bulu mata asli menangis tak berlagu sudahnya. 

Menakutkan dan menyusahkan je. Dah kalau tak boleh kena air beberapa hari memang tak cuci muka ke? Euwwwww. Dan tambahan lagi eyelash extensions ni ada tarikh luput dan hanya boleh bertahan selama setahun sahaja. 

Lepas tu kena tukar dan pasang yang baru la. Kalau eyelash extensions yang permanent Diah tak pasti la pula. 


Penutup

Memang tak salah kalau nak cantik kan diri. Agama Islam pun memang suka kan kecantikan dan kebersihan. 

Kena selalu ingat yang anggota badan kita dan apa sahaja kita ada ni semuanya milik Allah. Kita pinjam sementara. Satu hari nanti kita kena pulangkan kembali kepada Pencipta kita. Mesti la kena jaga elok-elok. 

*Credit Google Image

Tuam Ais Atau Tuam Haba Untuk Surutkan Bengkak?

Cedera selepas bersukan adalah perkara biasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Anggota badan bengkak dan mula timbul rasa kurang selesa. Macam apa yang Diah alami baru-baru ni. 

Kisahnya, bulan October yang lepas Diah berjaya habiskan larian sejauh 5kilometer. Syabas untuk diri sendiri dan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. 

Lepas tamat larian dan sampai rumah, badan dan mula beri isyarat nak sakit-sakit. Padahal dah buat warm up pun sebelum berlari.


Tuam Ais Atau Tuam Haba Untuk Surutkan Bengkak?

Agaknya faktor usia dan juga lama sangat dah tak turun padang buat aktiviti berat macam ni. Tak pasti pula ada kecederaan otot atau tak tapi sakit dia memang buat tak selesa la. Muscle crampt omputih kata. 

Memang sejak dulu kalau muscle cramp lepas bersilat atau jogging perkara pertama mesti akan tuam kat anggota badan yang sakit. 

Diah suka tuam dengan pek ais lepas tu baru sapu minyak panas sebelum masuk tidur. Kebiasaan memang menjadi berkurang sedikit sakit ke esok kan harinya, tapi kena pastikan lepas tuam dan sapu minyak kena tidur. 

Pagi esok in sha Allah boleh la bangun dan buat aktiviti macam biasa walau terbatas pergerakkan.
Tuam ais atau tuam haba untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan



Kebetulan terbaca artikel yang di kongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dekat Facebook tentang Tuam selepas kecederaan sukan. Macam tahu-tahu je Diah tengah mencari info pasal tuam ni. 

Kawan-kawan sila ikut laman sosial Dr. Kamarul sebab dia suka kongsi informasi berkaitan kesihatan. Ni Dr. betul punya. Bukan Dr. beli ahaks. Selalu Dr. guna twitter dengan hashtag #MedTweetMY  Jadi Diah kongsikan dekat sini penerangan Dr. tentang Tuam seperti di bawah.


“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan. 

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. 

Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan. 

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.


Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.


Tuam Haba

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dan sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. 

Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:

1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Teringat petua orang lama, kalau leher terseliuh sebab tersalah posisi masa tidur atau salah bantal petua nya ialah kena tepuk-tepuk bantal tu sebelum tidur. 

Lagi satu petua ialah lepas je bangun tidur, masukkan ibu jari dan ambil air liur dekat lelangit dan sapu ke leher yang sakit. Sebelum sapu kena selawat dulu. Bila buat kena yakin, sebab Diah tak yakin maka petua tu tak pernah la menjadi.

Kesimpulannya, kalau dah tuam tapi masih lagi tak sihat dan tak boleh bangun kena la berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan memandai-mandai nak makan ubat tanpa berjumpa doktor. Buruk padahnya.

Jom jalani gaya hidup yang sihat dan majulah sukan untuk negara. 

Drama Mencari Qiblat Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga Di TV3 (Sinopsis)

Drama Mencari Qiblat Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga Di TV3 (Sinopsis) | Assalamualaikum. Jatuh hati dengan drama Mencari Qiblat di Slot Zehra TV3 yang dah pun memulakan tayangan nya sejak 25 Oktober lepas. Dah banyak episod ditayangkan tapi jangan risau sebab setiap episod adalah berlainan kisah dan pelakon nya. Watak utama yang sentiasa ada adalah Adam lakonan Aeril Zafrel.

Drama Mencari Qiblat adalah sebuah drama ber genre Islamik yang bertemakan kerohanian dan mengetengahkan nilai-nilai kemanusiaan yang patut ada dalam diri setiap orang terutama Muslim. Setiap episod mengetengahkan nilai yang berbeza dalam menyampaikan mesej dan mengajak ke arah kebaikan. Memang drama macam ni la yang patut ditayangkan. Bukan drama yang cerita tentang kisah orang kaya jatuh hati dekat perempuan miskin lepas tu main tarik tali dan berkahwin paksa rela. Cukup-cukupla kita disogok dengan jalan cerita macam tu. 

Drama Mencari Qiblat di arahkan oleh sutradara terkenal saudara Rashid Sibir. Dah banyak naskah bernilai tinggi yang dihasilkan oleh beliau. Setiap karya nya berjaya menyentuh emosi penonton. Jadi tak heran lah Rashid Sibir digelar “Pengarah Air Mata” sebab banyak cerita beliau arahkan semua nya sedih-sedih. Drama-drama Rashid Sibir yang memang best antaranya Rumah di Tengah Sawah, Pondok Buruk, Ketupat Daun Kering, Takbir Suci dan banyak lagi la. 

Jalan cerita Drama Mencari Qiblat
Pening mencari qiblat

S
inopsis Drama Mencari Qiblat

Berbalik kepada drama Mencari Qiblat ni, ianya berkisahkan tentang Adam, yang merupakan anak tunggal dan hidup dalam kemewahan keluarganya. Adam suka berfoya-foya dan tidak mempedulikan hukum hakam kehidupan sebagai seorang Muslim. Pendek kata dia lupa diri dengan apa yang dia ada. 

Adam sentiasa bergembira sehinggalah satu hari dia di uji dengan kematian ibu dan ayahnya. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meragut nyawa kedua orang tuanya itu. Kejadian itu telah menyedarkan Adam dari terus sesat dalam kehidupanya yang penuh dosa. Kematian kedua ibu bapanya menyedarkan Adam bahawa setiap yang hidup pasti akan pulang berjumpa Penciptanya. Dia cuba kembali ke pangkal jalan, dan dalam perjalanan itu dia cuba memahami erti kehidupan sebenar. 

Seronoknya drama ni dia tak sama dengan drama lain yang meleret-leret. Semuanya on point. Kita boleh tahu penamat cerita dalam satu episod dan setakat episod yang Diah dah tonton semuanya amat dekat dengan masyarakat kita. Pemilihan pelakon pun bagus, yang senior-senior dan berbakat jadi semakin real la cerita tu. Drama Mencari Qiblat ni cukup pakej sebab jalan cerita best, pelakon berbakat dan pengarah terbaik. Jadi anda kena tonton. 

Barisan pelakon Drama Mencari Kiblat adalah Aeril Zafrel sebagai Adam dan dibantu oleh:

Arash Mohd
Octavia Menrose 
Didie Alias
Elly Mazlien
Mak wan Latah
Dato Rahim Razali
Fahrin Ahmad
Norlia Ghani
Muhd. Akhmal Mohd. Nazri
Harun Hashim
Dato Ahmad Tarmimi Siregar
Zila Bakarin
Abang Bohari
Elisha Sandha
Kismah Johari
Aleza Shadan
Anne Abdullah
Ashraf Muslim
Norkhirian
Azhan Rani
Zamarul Hisham
Fezrul Khan
Fauziah Nawi
Zahiril Adzim
Shahronizam Noor
Zarul Husin
Faradhiya
Reen Rahim
Roslan Salleh
Dian P.Ramlee
Khir Rahman
Zarina Zainuddin
Adam Shah
Mona Allen
Mubarak Majid
Haeriyanto Hassan
Enot
Sharil
Nadzmi Adwha
Atoi Tohei
Mathni
Adik Adam

Drama #MencariQiblat ditayangkan setiap hari Rabu sehingga Jumaat, jam 9:00malam di TV3 masa Slot Zehra. Diah baru tahu yang Zehra ialah nama yang diberi kepada slot drama berunsur keagamaan, kerohanian atau ketuhanan oleh TV3. Drama mencari Qiblat ada 13 episod ke semuanya. Sekarang baru episode ke-6 jadi masih sempat lagi nak tengok. Yang terlepas episode sebelumnya boleh tengok secara online di Youtube TV3. 

Tajuk:Mencari Qiblat

Waktu siaran: Rabu-Jumaat, 9:00 malam 

Siaran: slot zehra tv3 

Pengarah: Rashid Sibir 

Tonton Online: 
Episod 1: https://bit.ly/2FiznV7
Episod 2: https://bit.ly/2AYijPI
Episod 3: https://bit.ly/2FdIHcQ
Episod 4: https://bit.ly/2zIkGnZ
Episod 5: https://bit.ly/2zIkGnZ
Episod 6: https://bit.ly/2AXUO9I

Selamat Menonton!