Char Kuetiau Sedap Di King’s CKT Jalan Pantai Port Dickson

Kali ni Diah nak berkongsi tempat makan Char Kuetiau sedap yang terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran King’s CKT. 

Diah tahu tentang restoran ni selepas diperkenalkan oleh suami rakan blogger mrspuex semasa percutian kami dia Ancasa Residence Port Dickson tahun lepas. 

Kami makan malam dan juga menyambut hari lahir ulang tahun kelahiran blogger yang semakin meningkat namanya Atie yang hensem. Walaupun kek birthday girl beli sendiri. Lol. 

Char Kuetiau Sedap Di King’s CKT Jalan Pantai Port Dickson 

Restoran King’s CKT Port Dickson ni terletak di Jalan Pantai dan lokasi dia tak berada jauh pun dari bulatan Port Dickson. Boleh Waze dan lokasi restoran memang senang nak jumpa, sebab ianya di tepi jalan je. 

Kawasan parking ada disediakan. Memang setiap malam dikhabarkan restoran ni sentiasa penuh dengan pengunjung. 


King’s CKT


King's Char Kuey Teow
402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi adalah setiap hari Selasa - Ahad (4.00pm - 2.00 am)

Pelbagai Menu Char Kuetiau

Restoran ni popular kerana menawarkan pelbagai menu char Kuetiau antaranya char kuetiau sotong, daging lembu, kambing dan ayam panggang. 

Selain char kuetiau menu lain pun gempak seperti nasi goreng King’s Pillaf (Nasi goreng, Sosej, coleslaw, sos BBQ, ayam goreng tepung, kentang hiris) nasi goreng udang, pelbagai makanan Western dan banyak lagi menu yang sedap-sedap. 



Malam tu Diah lapar jadi nak cuba Nasi Goreng King’s Pillaf dan tak menyesal sebab nasi dia cukup rasa. Anak dan suami makan char kuetiau pun kata sedap dan portion dia banyak. 

Kalau tak nak makan yang berat-berat ada gerai burger dan sata dekat situ. Pendek kata restoran ni sesuai kalau nak makan dan habiskan masa berborak dengan kawan-kawan. 

Dekat sini juga meriah dengan persembahan Live Band. Happening la. 

King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson


Masa kami makan dekat sini undang-undang merokok di premis makanan masih belum dilaksanakan tapi syukur sangat asap rokok tak mengganggu makan malam kami masa tu. 

Antara faktor penting bila ke kedai makan memang nak cari tempat bebas asap rokok sebab bawa anak kecil. Siapa tak sayang diri sendiri kan? 

Selain makanan yang sedap dan pelbagai jenis, servis dekat sini pun laju. Ambil order dan hantar makanan tak lama sangat nak kena tunggu walaupun ramai pelanggan. 

Boleh nampak Chef dia memasak dekat open kitchen dia. Ada enam tukang masak itu yang kita nampak, yang belakang tabir tak tahu lah. 

King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson

Untuk mereka yang bercuti di Port Dickson boleh la jadikan Restoran King’s CKT Port Dickson antara salah satu kedai makan perlu singgah. In sha Allah puas hati. 

Kenapa Diah suka Restoran King’s CKT Port Dickson ni sebab pemilik restoran ni suka betul bersedekah.

Paling terbaru dia telah memberi char kuetiau percuma kepada lebih empat ribu pelanggan yang berharga RM7.50 (Seafood) setiap satu, bersempena Hari Keputeraan ke-71 Tuanku Muhriz Tunku Munawir Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. 

Tahun lepas restoran ni menawarkan teh tarik berharga 10 sen dan mendapat sambutan menggalakkan. 


King’s Char Kuetiau  Jalan Pantai Port Dickson

 
Nampak kan kebaikkan bersedekah? Makin banyak sedekah makin banyak rezeki dia dapat. Makin banyak dia buat baik, semakin banyak kebaikkan dia dapat. Semoga makin ramailah orang dekat dunia ni faham kepentingan bersedekah. 

Tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah dan sedekah bukan untuk mereka yang kaya sahaja. Bersedekah juga banyak cara, pilih je mana satu kita mampu.


Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

Assalamualaikum. Hai semua. Terbaca berita mengenai seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) yang menjumpai duit dalam guni pakaian yang dia beli dari luar negara. 

Bukan sedikit jumlah duit yang dia jumpa, lepas di tukarkan ke matawang Malaysia jadi puluhan ribu ringgit tau. 

Tuan badan yang menjumpai duit ni siap memuatnaik kisah dia di Facebook. Kot la pemilik duit datang nak tuntut kan? 

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam 


Seperti biasa, berita seperti ini menjadi viral dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam. 

Menurut berita yang Diah baca, peniaga tersebut sudah pun menukarkan sebahagian besar duit yang dia jumpa dan berhasrat nak gunakannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan pakaian terpakai. Persoalannya boleh ke mengambil duit yang dijumpai? 

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai


Kenangan Jumpa Duit Semasa Kecil


Teringat kejadian masa kecil dahulu, banyak kali juga Diah jumpa duit. Selalu jumpa duit syiling dalam perjalanan pergi kedai. 

Masa tu gembiranya bukan kepalang. Dengan dua puluh sen dah boleh beli ais krim kesukaan. Tak pernah terfikir pun perbuatan tu salah atau tak. 

Waktu tu, pasar malam di kampung adalah setiap hari Sabtu. Kalau hendak ke kedai kena lalu tapak pasar malam tu. 

Jadi, setiap pagi Ahad memang rajin la menawarkan diri bila mak suruh pergi ke kedai sambil tu ambil kesempatan mencari syiling yang jatuh.  

Tapi kebahagiaan jumpa duit syiling tak lama. Lepas beberapa kali jumpa dan belanja duit tu Diah terperasan sesuatu. 

Setiap kali Diah belanjakan duit yang dijumpai, lepas tu mesti duit diah yang sedia ada akan hilang dua kali ganda pula tu. Faham tak? 

Contoh, jumpa dua puluh sen lepas tu mesti perasan duit Diah (empat puluh sen) yang sedia ada pun akan hilang walhal tak belanja pun. Misteri sangat. Bukan sekali dua berlaku. Sudahnya Diah serik nak kutip duit lagi. 


Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai

Merujuk kepada Mufti Kelantan, menurut Islam, wang yang ditemui tanpa diketahui pemilik haruslah diserahkan kepada Baitulmal. 

Ianya tidak boleh digunakan untuk kegunaan sendiri. Kenapa harus diserahkan kepada Baitulmal adalah kerana Baitulmal adalah pihak yang akan menggunakan untuk kegunaan orang ramai. 

Kalau ikut penerangan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam beberapa ceramahnya pula, kalau terjumpa barang berharga seperti duit ada dua hukum yang terikat. Harus dan juga boleh jatuh haram. 

Harus mengambil duit yang dijumpai apabila ada niat hendak memulangkan kembali barang kepada pemiliknya.

Haram mengambil duit yang dijumpai apabila dan mahu jadikannya milik kita.

UAI juga terangkan jika nilainya kecil boleh la diserahkan kepada tabung masjid dan jika besar seeloknya disimpan atau diserahkan kepada pihak berwajib. 

Andaikata pemilik duit tersebut datang menuntut maka tiada masalah nak pulangkan semula. Tempoh menunggu pemilik datang menuntut disarankan selama setahun. 

Untuk barang makanan pula dan dikhuatiri makanan tersebut akan rosak maka dibolehkan untuk diambil tetapi dengan syarat supaya mengingati jumlah/nilai barang tersebut dikhuatiri tuan empunya makanan ingin menuntut kembali barangnya. Jadi senang la nak ganti.

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari Diah. Semoga segala yang baik-baik menjadi bekalan amalan semasa hidup untuk kehidupan seterusnya pula. 

Kumpulan Shiro Jadi Juara Maharaja Lawak Mega 2018

Kumpulan Shiro Jadi Juara Maharaja Lawak Mega 2018 | Assalamualaikum. Hai semua. Setelah berminggu-minggu bertarung akhirnya Kumpulan Shiro telah pun dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018. Tahniah di ucapkan di atas titik peluh mereka akhirnya berbalas. Kumpulan Shiro telah memenangi Wang Tunai sebanyak RM500,000 ringgit dan mengalahkan 13 kumpulan lain. 

Setiap minggu, suami Diah yang akan setia melayan MLM ni. Diah pula layan sambil-sambil buat kerja rumah je lah. Kumpulan favourite kami semestinya kumpulan Puteh. Walaupun dapat no empat tapi puas hati dengan persembahan mereka. Memang adat pertandingan realiti, popular tu antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan. 

Tahniah Shiro Juara Maharaja Lawak Mega 2018
Tahniah Juara Maharaja Lawak Mega 2018

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018

Berikut adalah senarai keputusan penuh pemenang pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 dan hadiah yang mereka menangi. 

Juara telah dinobatkan kepada Kumpuan Shiro, dan memenangi wang tunai sebanyak RM500,000. 
Tempat kedua - Kumpulan Bocey dan menang wang tunai sebanyak RM250,000.
Tempat ketiga - Kumpulan Zero dan memenangi wang tunai sebanyak RM150,000. 
Tempat keempat - Kumpulan Puteh dan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000.
Tempat kelima - Kumpulan Taman dan memenangi wang tunai sebanyak RM15,000.

Tahniah Juara Maharaja Lawak Mega 2018
Shiro telah menjadi Juara MLM 2018

Apa pun, Kumpulan Shiro memang layak menang sebab setiap lawak dia mesti ada terselit unsur pengajaran. Tak la kosong. Gelak macam tu je. Cuma masa final ni macam dia repeat lawak rakam suara juri masa persembahan tema bebas tu. Jadi macam kureng sikit. Semoga tahun seterusnya kalau ada lagi program macam ni harapnya diberi nafas baru. Baru la semangat nak tengok. 

Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam

Assalamualaikum. Hai semua. Lagi kes penipuan melibatkan scammer. Kali ni seorang guru dari Pekan Pahang telah mengalami kerugian lebih dari 12 Ribu Ringgit akibat ditipu oleh sindiket Parcel Scam. 

Sedih sungguh bila baca berita macam ni. sebelum ni Diah pernah kongsi tentang parcel scam juga dekat entri di bawah ni. 


Berbalik pada cerita asal, mangsa merupakan seoarng guru pelatih wanita berusia 24 tahun yang terpedaya dengan tipu helah sindiket parcel scam. 


Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam 

Mangsa telah mengikut arahan supaya memasukkan sejumlah wang jika ingin menerima satu bungkusan dari Australia. 

Guru Jadi Mangsa scam


Rupa-rupanya semuanya bermula apabila dia membalas pesanan suspek di Whatsapp yang memperkenalkan diri sebagai ejen broker dari Australia. 

Jadi selepas mangsa mula percaya, suspek memberitahu kononnya mangsa akan terima satu bungkusan daripada Doorstep Express Delivery dan perlu membayar sejumlah wang jika ingin membuat tuntutan. 

Lepas beberapa kali masukkan duit, akhirnya guru wanita ini tersedar yang dia telah menjadi mangsa penipuan sindiket parcel scam tersebut. Apa nak buat. 

Nasi sudah menjadi bubur. Kita tak tahu apa yang menyebabkan mangsa macam mudah sangat nak percayakan suspek, jadi kita kena ambil iktibar. 

Sindiket dekat luar sana memang bijak. Tak mustahil dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang mereka tahu tentang maklumat peribadi kita. 

Lagi satu, sifat teruja dan ingin tahu tu yang bawa padah. Seeloknya minta nasihat dan pandangan orang lain jika terlibat dalam kes yang macam ni. 





Jika korang pernah jadi mangsa penipuan scam meh la kongsi pengalaman korang pula. Kita sama-sama sebarkan supaya orang lain tak menjadi mangsa. 

Sedih tu sekelip mata duit hilang. Nak kumpul punya la azab. Ingat tau, jangan sesekali percaya dan bertindak kurang bijak bila melibatkan perpindahan wang terutama ke akaun luar negara. 

Ramai orang jahat dekat luar sana tunggu je peluang nak perangkap kita.