4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

Cari idea untuk karang entri ni kadang-kadang boleh amik masa berhari-hari, berminggu-minggu dan logik je berbulan-bulan. Ikut mood nak menulis. Macam aku sendiri la kan, kalau sekali datang idea nak menulis tu, dia punya idea mencurah-curah ibarat mencurah koko ke ladang gandum maka terjadi lah Koko Crunch. Ok mengarut. Kering idea ni selalu jadi bila kehidupan sibuk dengan hal peribadi. Masa untuk diri sendiri tu kurang. 

Nak berehat pun tak cukup masa apatah lagi nak menghadap laptop. Paling tragis bila idea dan mood ke laut masa ada job review kena buat. Gelak sambil menangis la ya.  Korang pulak cari idea untuk karang entri macamana? Ada ke cara mudah nak cari idea untuk karang entri?
Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri update blog

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Banyak rupanya penyakit hati manusia terhadap Allah. Malu sungguh bila kita sebagai hamba yang lemah dan masih lagi banyak perkara yang memesongkan kita sebagai umat Islam. 

Selalu kita tengok semakin banyak Allah limpahkan nikmat semakin jauh kita dengan Allah.

Dalam diam kita kadang tak sedar kita semakin jauh dari Allah. Bila kita ditimpa musibah baru kita tersedar yang kita sering lupa akan Pencipta kita.

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Ustaz sering pesan, jaga hati, bersihkan jiwa. Hati yang sakit akan bawa kepada bencana. Antara 20 penyakit hati terhadap Allah yang selalu dihidapi manusia yang terkadang kita tak sedar kita ada.


Menulis & Belajar Tentang Diri Sendiri

Menulis Dan Belajar Tentang Diri Sendiri 

Assalamualaikum. Aku dalam proses mencari rentak untuk menulis supaya apa sahaja bentuk penulisan yang aku kongsi baik di blog mahupun di platform media sosial lain harapnya memberi manfaat kepada yang membaca. 

Melalui penulisan juga aku belajar kenal diri sendiri. Alhamdulillah semakin hari aku semakin teruja nak kenal kemana minat dan arah penulisan aku.

Aku start buat blog masa tu tahun 2010, hujung tahun. Tahun 2011 baru aku menulis entri peribadi. Banyak kisah-kisah hidup aku, pendek kata blog jadi diari online aku. kalau baca semula isi kandungan entri lepas memang tebal muka. Tak sanggup nak hadam. I is kenot. Hahahhaha. 



Blog Sebagai Tempat Rujukan 


Dari 2011 dan seterusnya aku menulis ikut suka. Apa aku lalui aku kongsi dekat blog. Masa tu boleh kira kot bilangan entri. Aku mula banyak menulis bila aku mengandung. 

Aku dah pasang niat supaya nanti aku dah tak ada, blog ni salah satu peninggalan aku untuk anak-anak baca. Sekurangnya dia tak rindu aku sangat dan sentiasa rasa aku ada untuk mereka. 



Selain berkongsi detik mengandung dan melahirkan, aku juga suka kongsi tentang masakan. Kongsi resepi walaupun tak la hebat memasak. Tapi aku tak pernah segan nak cuba. oleh sebab kegigihan aku suka memasak dan baking suami akhirnya tunaikan hajat aku dengan hadiahkan oven besar. 

Boleh masak ayam golek so dapat la korang bayangkan besar mana oven aku kan? Teruja nak baking tapi belum ada kesempatan. In sha Allah lepas ni boleh buat. 

Kenangan Manis Tulis Blog


Aku pernah dapat token kerana menulis entri berkaitan sebuah klinik. Memang aku selalu pergi ke klinik tu sebab anak no dua aku ada masalah ekzima. Dia kena ekzima pada usia lima bulan lepas dapat suntikan vaksin, dan waktu dia kulit dia jadi kritikal adalah masa usia tujuh bulan dah ke atas. 

Memang air mata macam air terjun bila tengok anak menangis menggaru dan berdarah-darah.
Klinik tu pun aku tahu dari biras aku. 

Jadi, oleh sebab aku rasa bertanggungjawab dan kasihankan anak-anak lain yang ada nasib sama macam anak aku maka aku kongsikan pengalaman, dan produk yang aku cuba. 

Semuanya aku kongsi berdasarkan apa aku dan anak aku rasa. Alhamdulillah, kebanyakan ibu yang pergi ke situ semua cakap datang berdasarkan recommendation aku dalam blog. 

Doktor tu best kot, dia tak galakan amalkan ubat ada steroid, dia akan terangkan secara jelas apa jenis penyakit yang dihidapi then dia explain apa punca dan cara-cara perlu buat. 

Jadi kita sebagai mak ni kurang la pressure bila menghadap anak yang sakit. Banyak juga pengalaman aku stress hadap doktor yang dingin merawat pesakit. Bukan semualah tapi kebanyakanya. 

Sampai Bila Nak Menulis? 

Kalau ikut kan dah jadi trend anak-anak muda slowly berminat nak jadi blogger. Rasanya lebih banyak cabang anak-anak muda sekarang boleh explore. Zaman aku muda dulu hanya tahu Friendster dan blog. 

Sekarang lebih banyak pilihan, Youtube, Instagrammer dan banyak lagi la. Setiap medium untuk bersosial beri kepuasan yang berbeza-beza. Sampai bila nak menulis tu rasanya sampai aku masih mampu nak menghadap laptop dan minat tu masih ada. In sya Allah. 

Kesimpulan dapat aku buat, menulis ni melatih aku untuk jadi rajin membaca. Nak menulis kena banyak membaca. Selain tu aku jadi lapang dada, aku jadi lebih gembira. 

Semakin banyak aku menulis semakin aku kenal diri sendiri. Bersyukur sangat Allah dorongkan minat aku untuk menulis. Semoga perkongsian aku memberi manfaat untuk yang membaca. 

Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur

Akhirnya dapat juga ke Sky Box Menara Kuala Lumpur. Kalau sebelum ni aku pernah kongsikan program menarik yang ada dekat Menara Kuala Lumpur. 

Kali ni aku dan keluarga turun padang nak saksikan sendiri keindahan ikon negara yang terkenal dekat Kuala Lumpur ni. 

Korang dah pergi ke belum?

Kalau belum jom baca pengalaman aku sekeluarga habiskan cuti minggu tengok keindahan bandar Kuala Lumpur melalui kotak kaca, Sky Box di Menara Kuala Lumpur. 

Melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur 

Tak lain tak bukan aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah, menghayati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur, tangkap gambar di Sky Box (kotak kaca) dan melawat menara tinjau di Sky Deck.

Apa yang menarik dekat Sky Box ni ialah korang boleh menikmati keindahan panorama pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di ketinggian 300 meter. Memang ohsem. 

Korang akan dapat lihat seluruh bandar Kuala Lumpur dari atas Menara.  Apabila berada di Sky Box, ia merupakan kawasan terbuka dan boleh rasa udara dan cahaya matahari secara direct. 




Ada dua kotak kaca disediakan dengan latar belakang pemandangan yang berbeza. 

Kotak kaca ini lah yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke Sky Box. Semua tidak ketinggalan nak bergambar di atas kotak kaca ni. 

Manakala di Sky Deck, ianya berlawanan dengan sky Box. Kalau di Sky Box merupakan kawasan terbuka. 

Sky Deck pula korang akan dapat menikmati panorama pemandangan Kuala Lumpur di dalam kawasan yang redup, dan ada penyaman udara. 

Ada disediakan teropong seperti yang ada di kebanyakan menara tinjau yang lain. 





Pengalaman Berada Sky Box Menara Kuala Lumpur

Salah satu pengalaman berharga yang rasanya aku akan ingat sampai bila-bila. Teruja sangat bila dapat pijak kotak kaca dan bergambar satu keluarga dekat sini. 

Sila bayangkan diri berdiri di atas kotak kaca yang mana korang boleh tengok bangunan dan kenderaan sekecil saiz gula-gula berada di bawah tapak kaki korang. 

Ada dua kotak kaca yang boleh korang cuba dan bergambar. Setiap kotak mempunyai latar belakang pemandangan yang berbeza. 

Kotak A (warna Merah Jambu) mempunyai latar belakang Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) dan Kotak B (Warna Biru) mempunyai latar belakang bangunan Kuala Lumpur. 

Sudah semestinya ramai berebut untuk beratur di Kotak A. Setiap pelawat diberikan masa dua minit setiap sesi untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. 

Kena ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Untuk satu sesi, limit berat yang dibenarkan untuk berada di atas kotak kaca ialah empat orang dewasa. 

Tiada had untuk pengambilan nombor, jadi kalau tak puas hati dan nak cuba lagi sila ambil no giliran yang lain. 

Kalau bercuti ke Kedah, pergilah ke Menara Alor Setar ada observation juga. 





Selain Sky Box, yang buat kami kagum dekat sini adalah Sky Café KL Tower. Serius cantik weh pemandangan dekat situ. Harga makanan dekat sini memang boleh telan air liur. 

Kalau nak duduk dan makan di sini kena berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit. Boleh duduk dan hayati pemandangan sambal basahkan tekak dan masa diberikan dalam 15-20 minit macam tu. 

Café dia tak la besar mana sebab tu dia limitkan masa untuk beri peluang kepada pelanggan lain juga.  

Teringat ayat suami bila aku sebut pasal harga jus dekat sini, dia kata ‘bukan harga jus tu yang mahal, tapi sebab kita yang tak mampu beli’ dalam erti kata lain miskin a.k.a tak mampu lol. 







Harga Tiket Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur


Untuk mudahkan urusan korang boleh beli secara atas talian di laman web Menara Kuala Lumpur dan Menara Kuala Lumpur selalu buat promosi harga yang murah terutama cuti sekolah dan cuti umum. 

Lebih jimat kalau beli tiket secara berkumpulan dan melawat semua tempat tarikan di Menara Kuala Lumpur. 

Sky Box & Observation Deck Ticket: 

 (MyKad - Adult) RM71.00  
 (MyKid - Child - 4 to 12 years old) RM37





Tarikan Lain Di Menara Kuala Lumpur


Selain daripada bergambar di Sky Box dan Sky Deck, tarikan lain yang terdapat di Menara Kuala Lumpur termasuklah, Blue Coral Aquarium, Upside Down House, dan juga Mini Zoo. 

Tempat-tempat ni memang sesuai sangat kalau bawa anak-anak. Beberapa tahun sudah Diah dah melawat Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo. 

Dengar khabar Menara Kuala Lumpur dah naik taraf tempat-tempat tu dan jadi lebih menarik. Mungkin masa hadapan kalau ada rezeki boleh la datang lagi. 


Review Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur


Bagi aku kalau dah namanya rakyat Malaysia kena la melawat Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur ni yang merupakan salah satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia. 

Terkejut masa hari aku pergi hari tu, yang beratur panjang semuanya adalah pelancong dari negara luar. 

Pak Arab and the gang paling ramai. Kalau mereka berebut nak datang untuk melihat keindahan Menara Kuala Lumpur, kenapa tidak kita kan? 

Lagipun Menara Kuala Lumpur tempat mesra keluarga, senang nak parking, dan banyak kemudahan nak datang sini. Tempat kena pergi sekali seumur hidup.