Perkahwinan Siti Suriani dapat Tajaan Setengah Juta

Perkahwinan Siti Suriani dapat Tajaan Setengah Juta

Kalau nak tahu sekarang tengah rancak orang bercerita tentang majlis perkahwinan yang telah mendapat tajaan setengah juta. Siti yang dikenali pengguna alam maya sebab dia suka buat live video untuk promosikan sesuatu produk. Warga Facebook mesti kenal Siti ni.


Siti Jamumall


Bila tengok gambar pengantin dan majlis perkahwinan Siti Suriani ni memang boleh buat ramai perempuan bujang tersenyum lebar. Bukan apa mesti berangan alangkah bahagia hidup kalau dapat nasib yang sama. 

Aku yang dah kahwin ni pun telan air liur rasa nak bersanding semula. Cantik weh baik dari pelamin, baju kahwin, dan barang-barang lain. Meriah teruk.

Kalau nak tahu, perkahwinan Siti Suriani dan pasangan telah ditaja sehingga hampir setengah juta termasuk majlis malam berinai, majlis pernikahan, hari persandingan dan termasuklah pakej berbulan madu.

Siapa Sebenarnya Siti Suriani Ni?


Siti Suriani juga dikenali sebagai Siti Jamumall yang baru sahaja berusia 19 dikurniakan bakat untuk menjual dan akhirnya membawa hasil kepada dirinya setelah ramai pemilik produk yang sudi menaja di hari bahagianya. 

Hasil kesungguhan Siti mempromosikan pelbagai jenis kosmetik, kesihatan, fesyen dan juga makanan di jamumall.com telah menambat hati banyak pihak yang suka dengan cara Siti memperkenalkan produk mereka kepada pengguna.


Siti Jamumall Kahwin Taja



Kisahnya bermula apabila Siti telah memuat naik status di laman Facebooknya tentang perancangan majlis perkahwinan bersama pasanganya, Syafiq. 

Rancangan awal mereka hanya inginkan majlis yang sederhana sahaja dan dia tidak menyangka hebahan statusnya menarik minat ramai pemilik produk untuk menaja majlis perkahwinan dia.


Siti JamuMall kahwin


Hampir 100 syarikat dari pelbagai jenis produk berminat untuk memberi tajaan termasuklah syarikat yang baru sahaja menceburkan bidang dalam perniagaan untuk turut sama menawarkan tajaan untuk majlis perkahwinan Siti.


Perkahwinan Siti Jamumall

Sikap ikhlas dan kesungguhan Siti semasa mempromosikan produk dan memperkenalkan kepada pengguna telah membuatkan banyak pihak buka mata dan sebagai ganjaran atas jasa baik Siti mereka berbesar hati untuk memberi tajaan. 

Itu lah kan, bak pepatah Melayu, ‘Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia? Dan tuah gadis bernama Siti pula nampak di hari bahagianya.

Perkahwinan Siti Jamumall


Barisan Para Penaja Majlis Perkahwinan Siti Suriani Jamumall


Antara penaja utama yang terlibat dalam majlis perkahwinan Siti Suriani Jamumall ialah:

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

Grand Cake dari Mad About Cake

Vip Menu dari Rumpun Selera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty


Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

Telekung dari Pretty Aini

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing

Perfume dari  Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort

Memang meriah majlis yang berlangsung dengan kehadiran rakan-rakan dan sanak saudara. Jom kita sama-sama doakan supaya perkahwinan Siti Suriani dan pasanganya kekal hingga akhir nyawa dan mendapat berkat Allah.

“Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” [Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]

Buffet Ramadhan Murah Di Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan Murah Di Bangi Golf Resort 

Pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang sebulan je lagi bulan Ramadhan bakal tiba. Untuk korang yang memang tradisinya suka berbuka puasa dan menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga dan kawan. 

Mari sini aku nak cadangkan tempat buffet Ramadhan yang meriah menawarkan lebih 200 hidangan pada harga yang berpatutan. 

Tapi satu yang pasti juadah yang ada dekat sini memang sedap. Semestinya tak lain tak bukan mari kita Iftar sesama di Bangi Golf Resort (BGR) bersama yang tersayang.


Bangi Golf Resort Ramadhan Buffet 2019


Macam aku canangkan tadi, semestinya tarikan utama mereka ialah seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, sehingga lah kepada hidangan barat untuk memenuhi citarasa yang lebih moden. 

Rambang mata aku malam tu tak tahu nak makan yang mana satu dulu.

Sedikit info yang menarik aku nak kongsikan, BGR menggunakan bahan-bahan mentah yang ditanam sendiri di kebun mereka untuk menyediakan menu-menu bagi masakan Melayu dan tradisional dalam hidangan buffet mereka. Nak masak je, kutip dulu dekat 'kebun dalam bandar' dan hidangkan untuk pelanggan. Memang terbaik dari ladang la.

Kenapa Bangi Golf Resort Patut Jadi Pilihan Tempat Berbuka Puasa? 


1. Lebih daripada 200 menu yang meliputi sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India termasuk seksyen gerai dan live station. Sebut je semua ada!

2. Harga Buffet yang berbaloi untuk anda sekeluarga. Hanya RM59.00 nett untuk dewasa dan RM29.00 nett untuk kanak-kanak dan anda boleh makan sepuas-puasnya. 

3. Mendapat status Halal oleh JAKIM dan diiktiraf sebagai Restoran Paling Patut Halal di Selangor oleh Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2017. 

4. Ada banyak Parking dan ia nya  PERCUMA. Ada lebih 800 lot parkir disediakan untuk pengunjung yang datang. Jadi jangan risau ok. 

5. Kemudahan untuk solat dan lain-lain disediakan dan selesa. Surau dan tandas yang telah dinaik taraf untuk menampung lebih ramai jemaah. 

Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR)

Menu Menambat Selera dan Wajib Cuba


Banyak sangat senarai menu yang perlu korang cuba tapi yang aku tuliskan di sini memang korang WAJIB cuba. 

Kambing Bakar & Sup Kambing Mamak

Memang beratur panjang pengunjung nak cuba kambing bakar jadi aku nasihatkan supaya beratur awal. Dah jadi pilihan nombor satu setiap tahun. Daging dia lembut  dan berjus, lepas tu di makan dengan sos lada hitam memang sedap. Memang ramai yang sanggup beratur demi Kambing bakar. 

Sup kambing pula memang tak mengecewakan dan boleh dimakan dengan nasi mahupun roti. Meleleh air liur terbayang kesedapan kambing ni. 

buka puasa di bangi golf resort
Menu Bangi Golf Resort

Masakan India 

Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri dan daging kambing masak hitam Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus. Tengok gambar pun dah tahu sedap.

buka puasa di bangi golf resort Ramadhan buffet

Masakan Barat

Sajian pasta kegemaran ramai iaitu Spaghetti dan Penne dengan sos Bolognese ayam atau carbonara. Sos Carbonara dia memang padu. Lemak berkrim. Anak-anak pasti suka. 

Menu barat Wajib cuba semestinya Sous Vide Eggs dengan cendawan Espuma yang confirm buat korang tersenyum lebar. Tak boleh jumpa Sous Vide Eggs ni dekat mana-mana. Hanya di BGR.


Nasi Ayam BBQ ala Oriental

Makan nasi ayam dia je pun dah sedap, dan daging ayam dia lembut dan berjus. Mendapat thumbs up dari anak-anak aku. Kena la tu dengan selera diaorang.

Nasi Ayam

Nasi Kerabu Bersama Ulam Organik

Apa yang istimewanya, Chef BGR menggunakan Bunga Telang yang dipetik dari kebun BGR untuk menghasilkan warna biru pada nasi Kerabu. 

Bukan tu je, bahan-bahan dan ulam-ulaman organik yang dimakan bersama nasi kerabu dipetik sendiri oleh Chef khas untuk pengunjung yang gemarkan ulam-ulaman.

Sila cuba nasi kerabu bersama hidangan sampingan dia. Baru terasa kenikmatan dia. Antara menu yang akan aku repeat kalau berbuka dekat sini lagi.


Barisan Manisan dan Pencuci Mulut 

Pelbagai jenis pencuci mulut yang enak disediakan kepada para pengunjung dan antara yang beratur panjang adalah Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat. Seleksi Kuih Muih Melayu: Kuih lapis, 

Aneka Talam, Kasui, Apam, Seri Muka, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Putri Ayu dan banyak lagi. 

Pelbagai jenis Cheese Cake, Swiss Roll, dan juga Mouse. Makanan manis sentiasa buat aku gembira.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap bakal disajikan kepada pengunjung sepanjang Buffet Ramadhan akan datang ni. Nak tahu apa yang ada lagi dan mungkin bakal jadi menu kegemaran korang pula, kena la datang ke Bangi Golf Resort jom Iftar sesama.


Makan Bersama Dan Berkongsi Pahala 

Meneruskan tradisi makan sambil berkongsi pahala, BGR menyokong penuh dalam aktiviti kebajikan yang mana 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan Al Mubarak akan disumbangkan kepada Persatuan Islamic Relief Malaysia. 

Restoran BGR juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk selamatkan mana-mana makanan berlebihan daripada buffet Ramadhan dan sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. 

Tambahan lagi, Restoran BGR bersama portal F8Buzz.com juga telah mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk pengunjung menderma tak kira makanan mahu pun pakaian. Kagum weh, Restoran pertama yang wujudkan Kotak Sumbangan macam ni. 

Kenduri Durian Tajaan Durian Hill

Masa malam preview Iftar Sesama blogger dan media, kami telah dijamu dengan durian tajaan Durian hill. Makan sambil senyum lebar sebab anak beranak hantu durian. Memang terbaik la. 

Website: https://www.durian-hill.com/


Terima kasih juga lah kepada penaja lain seperti Cotton Candy Nilai dan juga Photobooth Feteandfiesta yang sudi merakam kenangan manis aku kat sana. 

Nanti tengok gambar muka terkejut tu boleh la throwback saat manis makan sedap di Bangi Golf resort. 

Pertandingan siapa buka durian paling cepat

Sekali lagi aku tekankan yang seat berbuka dekat Bangi Golf Resort memang laris sepanjang tahun disebabkan seleksi makanan yang banyak dan sedap, serta kemudahan-kemudahan yang disediakan. 

Jangan tangguh lagi dan jom ajak keluarga dan teman untuk Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort (BGR) Menikmati Buffet Ramadhan Murah. Cepat sebelum terlambat. Boleh hubungi no dibawah untuk pertanyaan  tempahan. 

Untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan:

Tempahan & Pertanyaan: 1 700 81 8557




4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

4 Cara Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri

Cari idea untuk karang entri ni kadang-kadang boleh amik masa berhari-hari, berminggu-minggu dan logik je berbulan-bulan. Ikut mood nak menulis. Macam aku sendiri la kan, kalau sekali datang idea nak menulis tu, dia punya idea mencurah-curah ibarat mencurah koko ke ladang gandum maka terjadi lah Koko Crunch. Ok mengarut. Kering idea ni selalu jadi bila kehidupan sibuk dengan hal peribadi. Masa untuk diri sendiri tu kurang. 

Nak berehat pun tak cukup masa apatah lagi nak menghadap laptop. Paling tragis bila idea dan mood ke laut masa ada job review kena buat. Gelak sambil menangis la ya.  Korang pulak cari idea untuk karang entri macamana? Ada ke cara mudah nak cari idea untuk karang entri?
Mudah Cari Idea Untuk Karang Entri update blog

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Banyak rupanya penyakit hati manusia terhadap Allah. Malu sungguh bila kita sebagai hamba yang lemah dan masih lagi banyak perkara yang memesongkan kita sebagai umat Islam. 

Selalu kita tengok semakin banyak Allah limpahkan nikmat semakin jauh kita dengan Allah.

Dalam diam kita kadang tak sedar kita semakin jauh dari Allah. Bila kita ditimpa musibah baru kita tersedar yang kita sering lupa akan Pencipta kita.

20 Penyakit Hati Terhadap Allah

Ustaz sering pesan, jaga hati, bersihkan jiwa. Hati yang sakit akan bawa kepada bencana. Antara 20 penyakit hati terhadap Allah yang selalu dihidapi manusia yang terkadang kita tak sedar kita ada.