Mencari Idea Menulis Entri Berkualiti?

Assalamualaikum. Dah seminggu lebih otak aku duk berfikir nak cerita apa dekat blog. Dapat idea tapi tak pasti sesuai atau tidak untuk menulis. 

Sudahnya taip padam taip padam lepas tu shut down laptop. Payah sungguh nak hasilkan entri berkualiti. 

Baru faham bila orang cakap, kesusahan tu adalah sebahagian dari learning process. Pembelajaran. Jadi mari la kita sama-sama fahamkan learning process yang ini. 

Mencari Idea Menulis Entri Berkualiti? 

Ke aku sorang je terperangkap dalam permasalahan mencari entri berkualiti ni? Apa Yang Dimaksudkan Dengan Entri Berkualiti?

Bagi aku mudah je kalau nak kenal entri tu berkualiti atau tidak, kalau pembaca ‘dapat’ sesuatu lepas habis baca maksudnya ia entri yang ada nilai. 

Bila ada nilai ianya dah termasuk sebagai entri berkualiti. Alangkah indah kalau semudah itu nak hasilkan entri berkualiti. Kahkahkah.

Bak kata Saudara Hasrul Hassan dalam entri dia tentang entri berkualiti, entri berkualiti ni bukan sahaja mendapat tempat di hati pengunjung dan pencari maklumat menerusi enjin carian, tetapi merupakan salah satu cara kita mengimarahkan budaya ilmu pengetahuan baik lagi berkat dunia akhirat. Banyak kali juga dia buat perkongsian tentang entri berkualiti ni boleh google ya. 



Menulis Entri Berkualiti


Cukup Ke Sekadar Entri Yang Berkualiti?


Rasanya zaman sekarang dah banyak lambakan bahan bacaan baik di dalam majalah, buku, mahupun bahan bacaan berbentuk softcopy ada di pasaran yang penuh dengan entri-entri yang bagus untuk pembaca. 

Tapi, dalam banyak-banyak tu pembaca akan memilih bahan bacaan yang ada gaya Bahasa tersusun, santai dan bijak nak pikat hati untuk terus membaca. Bayangkan bahan bacaan yang dipersembahkan sebiji macam buku teks waktu zaman sekolah dahulu? 

Agak-agak ramai ke akan membaca? Kalau ko bagi aku buku teks memang akan jadi tukun je lah. 


Entri Berkualiti


Empat Ciri Entri Yang Berkualiti


#1 Penulisan bergaya santai tetapi berinformatif. Selalu sangat aku jumpa penulisan yang ilmiah dan aku akan baca separuh jalan sebab bosan. Paling teruk aku tertidur.

#2 Reader Friendly. Bagi aku, entri yang berkualiti bilamana penulis cuba meletakan diri dalam sesuatu keadaan. Jadi penceritaan tu akan jadi lebih ikhlas dan menarik.

#3 Entri berkualiti juga pasti ada rujukan tertentu. Sumber rujukan mestilah valid dan tepat dengan isu yang kita kupas. Sebaiknya buat research dan fahamkan serta buat nota untuk memudahkan kita olah semula sumber tersebut. tapi awas, jangan tersalah olah pula. 

#4 Lengkap, tepat dan terkini. Entri yang berkualiti juga bermaksud entri yang lengkap dengan informasi berkaitan dan semestinya maklumat yang disampaikan haruslah tepat dan terkini. 
Terkini dalam erti kata relevant pada masa korang buat entri tersebut la. Memang kena elak sangat dari buat perkongsian tapi sampaikan fakta yang tak tepat. Bahaya boleh jadi fitnah tau. 


Sebenarnya kalau di ikutkan banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu diambil kira untuk jadikan entri kita sebagai entri berkualiti. Paling penting kena banyakan membaca dan banyakan menulis supaya setiap penulisan kita jadi menarik untuk dibaca. 

Jadi, jomla sama-sama kita budayakan menulis dan menghasilkan entri yang dapat memberi manfaat untuk sesiapa sahaja yang membaca. Kira kita rancang penuhkan bakul akhirat. In sya Allah. 


Buka puasa di Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan

Buka puasa di Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan 

Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan untuk tahun 2019. 

Majlis telah diadakan diadakan pada 15 Mac lepas dan berlangsung dengan meriahnya di Laman Kayangan, Shah Alam. Untung sungguh mereka yang hadir menjadi antara yang terawal dapat menikmati juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.

Laman Kayangan Shah Alam

Menu Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam 2019


Kalau nak tahu Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti. Ni baru je sebahagian dari menu utama tau, khabarnya terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.






Istimewanya menu-menu yang dipilih adalah merupakan menu-menu popular dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.





 

 

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal tanahair iaitu Adriana Adnan. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.



 


 


 


 


Harga Pakej Bufet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam


Berikut merupakan harga pakej Ramadhan untuk individu dan juga korporat yang ditawarkan oleh Laman Kayangan Shah Alam bagi tahun 2019. Kalau nak nikmati harga jimat kena dapatkan harga early bird sehingga 28 April ni tau. 
Harga Bufet Ramadan 2019

Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )

RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal

RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas





Pakej Korporat 

1. BELI 50 MEJA 

PERCUMA:
5 MEJA 
5 PAX
5 SETTING MEJA VIP
500 CENDERAHATI ISTIMEWA
5 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.

2. BELI 40 MEJA

PERCUMA: -
4 MEJA
5 PAX
4 SETTING MEJA VIP
400 CENDERAHATI ISTIMEWA
4 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

3. BELI 30 MEJA

PERCUMA: -
3 MEJA
5 PAX
3 SETTING MEJA VIP
3 HAMPER RAYA
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

4. BELI 20 MEJA

PERCUMA: -
2 MEJA
5 PAX
2 SETTING MEJA VIP
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

5. BELI 10 MEJA

PERCUMA: -
1 MEJA
5 PAX
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

Tempahan Dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi 

En Azahari
019-2331351

Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973

Follow di Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia


The Best Mother’s Day Flowers You Can Buy

One of the most thoughtful way to show honor and appreciation for your Mother on the Mother’s Day is by giving a flower for a gift. 

There are so many flower arrangements you can choose since the florist Singapore already creates so many special designs with so many special flowers for Mother’s Day celebration—or any other special occasions.

The Best Mother’s Day Flowers You Can Buy

With the gift of Mother’s Day Flower, you will likely make a special day to remember. Your Mother’s will appreciate your efforts to make him feel special in this special day of her. 

The following explanations are how you can make the celebration to be extra special with Mother’s Day flowers:


Mother’s Day Flowers



Choose the flowers your Mother likes

Not all Mother will ask a gift of flowers from her children but you will never go wrong to give a flower gift for your Mother’s to convey your special message of love. 

Your Mother also might have some special flowers that be his favorite; choose it to make your father feel delighted.

Choose the flowers based on the meanings

Flowers have meaning, and the meaning of flowers can be a benefit for you when you want to express something to your Mother in the other way than words. 

You can open your internet browser and then explore the meaning of flowers before you choose one to buy for your Mother’s Day gift.

For example, a bouquet of Roses is the perfect choice if you want her to know that you love him so much. And a bouquet of Orchids is a good choice if you want to express your respect and your admiration to your mother.


Happy Mother’s Day Flowers You Can Buy


Choose a wonderful hamper of flowers and gift

A hamper that filled with his favorite stuff as the gifts inside is absolutely a great choice for your Mother’s Day gift! 

You can fill the hamper with his favorite treats or foods such as chocolates, cookies, chips, and even the bottled soda.

If she loves gardening, you can even fill your hamper gift with some gardening stuff, or a tea set when you know that she is a tea lover. 

Although gift items such as a watch, perfumes, caps, and clothes also can be your option in here. Don’t forget to include or add flowers in the hamper and make the hamper gift even look more beautiful and meaningful for your mother.


Happy Mother’s Day


All the options above are available on Little Flower Hut. Yes, the best florist Singapore will offer you a huge selection of flowers and gifts and you can choose one to be your Mother’s Day gift. 

Without having to worry about the quality, your Mother’s Day flowers will be done and sent to your father in the best way possible by the flower delivery.

Tibanya Bulan mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Tinggal kurang dua minggu lagi Ramadhan akan datang menjenguk kita. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus hidup dibumi Allah. 

Sedikit mencabar kerana cuaca sekarang amat panas. Aku sendiri baru sahaja pulih dari pening-pening. Memang tunggang terbalik dunia. 

Ini kali kedua aku kena penyakit pening macam ni. Kalau ikut apa aku baca di internet, ia salah satu simtom vertigo. 

Tibanya Bulan mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Malas ke klinik sebab ubat yang doktor beri masih ada. Tapi, walau apa pun perasaan teruja nak sambut bulan mulia, ahlan wa sahlan ya Ramadhan masih meninggi. 

Jiran-jiran dah pun selesai buat majlis kesyukuran ringkas untuk menyambut puasa.


Persiapan Sambut Bulan Ramadhan

Untuk keluarga kecil aku ni, persiapan lebih kepada diri aku sendiri. Tak tahu lah keadaanya nanti. Tahun lepas banyak kali juga aku kecundang sebab masa tu mengandungkan Airis. 

Bersyukur Agama Islam banyak kelonggaran. Tahun ni harapnya aku dapat puasa penuh, datang bulan tu lain cerita la kan. 

Menyusu anak kecil sambil berpuasa memang mencabar terutama untuk aku yang kuat makan ni. Bila anak menyusu tu rasanya macam dia sedut segala tenaga. Lemah mak.

Persiapan anak-anak pula aku cuma buat ulangkaji dengan Ikhwan la. Hafal niat puasa, terangkan tentang perkara yang batalkan puasa dan berkaitan. 

Memandangkan dia dah masuk umur lapan tahun, aku memang galakan dia untuk berpuasa penuh. Hari persekolahan in sya Allah boleh dia survive sebab dia akan termotivate dengan kawan-kawan lain yang berpuasa. 

Hari cuti je selalunya dia akan buat muka belas kasihan nak berbuka. Harap sangat dia mampu tahan dan belajar.

Persiapan Waktu Sahur

Kalau ikut kan perut suami, dia tak kisah kalau tak makan nasi masa waktu sahur. Bagi dia cukup roti, kurma dan air. 

Tapi, bagi aku pula memang tak sah kalau tak dapat nasi masa waktu sahur. Nasi kosong dengan ayam goreng pun dah cukup. 

Pernah aku puasa tanpa sahur, perasaan dia Allah je lah yang tahu. Kalah budak-budak belajar berpuasa.

Tahun ni aku dah sediakan acar ikan masin untuk dimakan waktu sahur nanti. Faham-faham sajalah waktu sahur tu selera pun belum bangun lagi. Acar ni aku beli dari Mimilicious. 

Acar yang setiap kali Ramadhan je dia akan keluar. Rasa dia masin, masam, manis. Bila makan dengan nasi panas memang sedap. 

Acar ni nama dia Acar Ikan Masin Utara. Meriah dengan ikan masin, bawang, lada dan bahan-bahan lain. Memang terbaik. Kalau korang teringin nak beli boleh contact no dekat bawah ni.




Mimie Mnoor www.wasap.my/60192234650

Acar Ikan Masin Utara
Sambal Ijooo Pedas Berapiii
Sambal Garenggg Power
Sambal Itam Mak Ngah Garang
Serunding Ayam Makkk Kaww
Serunding Daging Makkk Kaww
Bahulu 💯 Tahun
Karipap Moncet Serunding IKan

Buka Puasa Di Kampung

In sya Allah kalau tiada aral melintang niat nak berbuka dengan mak dekat kampung. Atleast kena ada sekali la berbuka dengan mak dan apak. 

Sementara mereka masih ada, nak guna peluang sebaik mungkin. Memandangkan hanya boleh balik masa hujung minggu jadi kena susun jadual sebaik mungkin. 

Urusan beli baju raya dah hampir selesai. Sengaja siapkan awal supaya tak terkejar masa bulan puasa. Tahun ni giliran beraya di rumah mak sebelah suami. 

Lepas tu baru balik ke Pahang. Giliran rumah siapa pun yang penting kami gembira.

Sekadar semakan sebelum Ramadhan, mak dah awal-awal ingatkan tentang bayaran fidyah puasa arwah abah. 

Memang jadi amalan bulanan kami adik beradik, beri sumbangan untuk majlis tahlil dan bayarkan fidyah puasa arwah abah. 

Moga usaha tak seberapa kami diterima oleh Allah. Macam tahun sebelumnya, aktiviti sedekah mas bulan puasa aku agak terhad. Plan tak berapa nak kena jadi asyik lupa. 

Jadi tahun ni aku nak tukar cara sedekah pula. Selalu payah nak derma online jadi tahun ni aku nak buat tabung khas untuk sedekah. 

Cukup seminggu aku akan keluar sedekah. Itu rancangan awal la. Moga tercapai la hendaknya.


Sebelum aku akhiri entri sambut puasa ni, aku nak ucapkan selamat menyambut puasa untuk semua pembaca blog aku. 

Terima kasih kerana masih sudi singgah. Semoga ukhwah kita akan kekal dan moga nanti di akhirat kelak nama kita disebut untuk perkara yang baik-baik. in sya Allah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.