Tibanya Bulan mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Tibanya Bulan mulia Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan | Assalamualaikum. Tinggal kurang dua minggu lagi Ramadhan akan datang menjenguk kita. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus hidup dibumi Allah. Sedikit mencabar kerana cuaca sekarang amat panas. Aku sendiri baru sahaja pulih dari pening-pening. Memang tunggang terbalik dunia. Ini kali kedua aku kena penyakit pening macam ni. Kalau ikut apa aku baca di internet, ia salah satu simtom vertigo. Malas ke klinik sebab ubat yang doktor beri masih ada. Tapi, walau apa pun perasaan teruja nak sambut bulan mulia, ahlan wa sahlan ya Ramadhan masih meninggi. Jiran-jiran dah pun selesai buat majlis kesyukuran ringkas untuk menyambut puasa.


Persiapan Sambut Bulan Ramadhan

Untuk keluarga kecil aku ni, persiapan lebih kepada diri aku sendiri. Tak tahu lah keadaanya nanti. Tahun lepas banyak kali juga aku kecundang sebab masa tu mengandungkan Airis. Bersyukur Agama Islam banyak kelonggaran. Tahun ni harapnya aku dapat puasa penuh, datang bulan tu lain cerita la kan. Menyusu anak kecil sambil berpuasa memang mencabar terutama untuk aku yang kuat makan ni. Bila anak menyusu tu rasanya macam dia sedut segala tenaga. Lemah mak.

Persiapan anak-anak pula aku cuma buat ulangkaji dengan Ikhwan la. Hafal niat puasa, terangkan tentang perkara yang batalkan puasa dan berkaitan. Memandangkan dia dah masuk umur lapan tahun, aku memang galakan dia untuk berpuasa penuh. Hari persekolahan in sya Allah boleh dia survive sebab dia akan termotivate dengan kawan-kawan lain yang berpuasa. Hari cuti je selalunya dia akan buat muka belas kasihan nak berbuka. Harap sangat dia mampu tahan dan belajar.

Persiapan Waktu Sahur

Kalau ikut kan perut suami, dia tak kisah kalau tak makan nasi masa waktu sahur. Bagi dia cukup roti, kurma dan air. Tapi, bagi aku pula memang tak sah kalau tak dapat nasi masa waktu sahur. Nasi kosong dengan ayam goreng pun dah cukup. Pernah aku puasa tanpa sahur, perasaan dia Allah je lah yang tahu. Kalah budak-budak belajar berpuasa.

Tahun ni aku dah sediakan acar ikan masin untuk dimakan waktu sahur nanti. Faham-faham sajalah waktu sahur tu selera pun belum bangun lagi. Acar ni aku beli dari Mimilicious. Acar yang setiap kali Ramadhan je dia akan keluar. Rasa dia masin, masam, manis. Bila makan dengan nasi panas memang sedap. Acar ni nama dia Acar Ikan Masin Utara. Meriah dengan ikan masin, bawang, lada dan bahan-bahan lain. Memang terbaik. Kalau korang teringin nak beli boleh contact no dekat bawah ni.



Mimie Mnoor www.wasap.my/60192234650

Acar Ikan Masin Utara
Sambal Ijooo Pedas Berapiii
Sambal Garenggg Power
Sambal Itam Mak Ngah Garang
Serunding Ayam Makkk Kaww
Serunding Daging Makkk Kaww
Bahulu 💯 Tahun
Karipap Moncet Serunding IKan

Buka Puasa Di Kampung

In sya Allah kalau tiada aral melintang niat nak berbuka dengan mak dekat kampung. Atleast kena ada sekali la bebruka dengan mak dan apak. Sementara mereka masih ada, nak guna peluang sebaik mungkin. Memandangkan hanya boleh balik masa hujung minggu jadi kena susun jadual sebaik mungkin. Urusan beli baju raya dah hampir selesai. Sengaja siapkan awal supaya tak terkejar masa bulan puasa. Tahun ni giliran beraya di rumah mak sebelah suami. lepas tu baru balik ke Pahang. Giliran rumah siapa pun yang penting kami gembira.

Sekadar semakan sebelum Ramadhan, mak dah awal-awal ingatkan tentang bayaran fidyah puasa arwah abah. Memang jadi amalan bulanan kami adik beradik, beri sumbangan untuk majlis tahlil dan bayarkan fidyah puasa arwah abah. Moga usaha tak seberapa kami diterima oleh Allah. Macam tahun sebelumnya, aktiviti sedekah mas bulan puasa aku agak terhad. Plan tak berapa nak kena jadi asyik lupa. Jadi tahun ni aku nak tukar cara sedekah pula. Selalu payah nak derma online jadi tahun ni aku nak buat tabung khas untuk sedekah. Cukup seminggu aku akan keluar sedekah. Itu rancangan awal la. Moga tercapai la hendaknya.


Sebelum aku akhiri entri sambut puasa ni, aku nak ucapkan selamat menyambut puasa untuk semua pembaca blog aku. Terima kasih kerana masih sudi singgah. Semoga ukhwah kita akan kekal dan moga nanti di akhirat kelak nama kita disebut untuk perkara yang baik-baik. in sya Allah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan kak :) Tahun ni saya mengandung 7 bulan. First baby. Entah macam mana pengalaman berpuasa nanti.

    ReplyDelete
  2. diah..awak jgn macam2..blm start puasa dah tunjuk acar2 ni naper? ini bikin saya marah..haha..dah prepare ke nak puasa diah?

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.