Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. 

Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. 

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa 

Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat. 


Resepi Roti Jala mudah

Resepi Roti Jala


Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. 

Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. 

Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak. 
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan minyak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel



Cara membuat:

Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati. 

Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan. 

Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat. 

Siap. 


Kalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. 

Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. 

Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala. Selamat mencuba. 


Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Assalamualaikum. Dulu masa kecil, arwah abah selalu tolong buatkan lastik untuk melastik cicak dekat rumah. Ala lastik yang di buat dari getah tu. 

Memang padu kalau kena. Memang pantang kalau nampak cicak kami adik beradik berebut nak lastik ok. Sampai satu tahap cicak memang takut nak masuk rumah. 

Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Arwah abah memang pantang betul dengan cicak. Puncanya dulu arwah abah tengah duduk dekat tengah rumah lepas tu elok je cicak lepas hajat jatuh atas badan, menjerit la abah marah. 

Kelakar kalau ulang semula. Alhamdulillah merasa juga kenangan tu. Dah duduk rumah sendiri ni dan ada anak sendiri memang tradisi memburu cicak mengalir turun menurun. 

Salah satu aktiviti yang eratkan kasih sayang keluarga. Lol. 

Hukum Bunuh Cicak?



Kisah Cicak Dan Nabi Ibrahim

Nabi menyuruh kita membunuh cicak adalah kerana cicak dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak. 

Cicak pula menghembus bagi memarakkan lagi api itu. (Direkodkan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al Bidayah Wa Nihayah). Kiranya cicak adalah haiwan yang bersubahat nak membunuh Nabi Ibrahim.

Hukum Bunuh Cicak

Kerana hadis di atas la menjelaskan yang hukum membunuh cicak itu adalah sunat. Jika dibuat (bunuh) akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. 

Namun, ia tidak dikaitkan dengan membunuh cicak pada hari Jumaat mahu pun mana-mana hari. Maksudnya tiada hari yang khusus nak bunuh cicak ya. 

Walaupun hukum membunuh cicak ni sunat dan dapat pahala tapi janganlah kita sengaja nak menganiaya dia. 

Cara nak bunuh pun jangan sampai cicak tu terseksa. Indah kan Islam. Banyak hadis berkenaan hukum membunuh cicak, antaranya: 

“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak (direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik)”
“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fiwaisiq (penjahat kecil) (direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya)”

“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan dua pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang daripada yang pertama dan membunuhnya dengan tiga pukulan, kebajikannya kurang daripada yang kedua. (dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Shaih Muslim dalam kitab Qatul Haiyyat)”

Segala perkongsian di atas aku rujuk beberapa sumber yang aku nyatakan dekat atas. Kalau ada salah dan silap boleh la commen untuk penambah baikan. 

Rasa seronok dapat berkongsi ilmu walaupun sedikit. Semoga amalan menyemarakan ilmu terus mekar di hati kita semua. wassalam. 

Resepi Biskut Florentine

Assalamualaikum. Alhamdulillah, biskut raya pertama, Biskut Florentine atau nama lain dia Crunchy Caramel Almond Cookies dah siap buat sebekas. 

Lol baru sebekas dah kecoh kan? Hahahaha. Sebenarnya itu pon sebab kakak aku pesan suruh buatkan untuk dia.

Resepi Biskut Florentine 

Kira ni sesi warm up sebelum meneruskan kehidupan buat biskut raya untuk tahun 2019. Biskut Florentine adalah antara biskut mahal yang dijual dan paling cepat habis dimakan. 

Oleh sebab serik beli dan habis maka mari lah sama-sama belajar buat. Tak susah pun. Dalam 15 minit dah siap.


Cara Buat Biskut Florentine


Bahan utama adalah Tepung florenta yang memang dah banyak kedai bakery jual dan juga pelbagai jenis kekacang pilihan yang korang suka. 

Terpulang pada kesukaan masing-masing. Semakin banyak kekacang semakin mahal la harga biskut Florentine korang. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat.
 




Bahan-Bahan:

100gm Kuaci
100gm Kuaci Biji Labu
100gm Badam Keping
100gm Tepung Florenta
10gm Bijan Hitam (aku tak letak sebab malas)




Cara-cara:

Sangai di dalam kuali semua bahan-bahan kecuali bijan hitam, atau masukan ke dalam oven selama 5 minit pada suhu 160c.

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali Bijan hitam dan gaulkan. Ratakan bahan-bahan yang digaul ke dalam dulang pembakar. Sila lapik dulang dengan kertas pelapik. Ratakan bahan-bahan sehingga sekata dan sama tebal. 

Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit atau sehingga keperangan. Potong biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Potong semasa biskut masih panas.

Siap! Selamat mencuba.




*Aku ada terbaca versi Resepi Biskut Florentine yang dicelup dengan coklat. Belum pernah cuba, tapi mesti bertambah manis sebab resepi yang aku cuba ni pun memang dah sedia manis. 

Music Video Lagu Raya Hael Husaini- Bersyukur Seadanya Kelakar Gila

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya guys. Wah awal kan? Sebenarnya aku baru lepas tengok muzik video Hael Husaini. 

Memang buat hal la dia ni. Kelakar gila. Nak mampos aku gelak depan laptop. Kreatif la weh idea dia. Geram je aku tengok penari-penari dia. Kalau depan aku mesti aku join sekali. Hahahhaa. 


Music Video Lagu Raya Hael Husaini - Bersyukur Seadanya


Music Video Hael Husaini - Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Sekarang tengah top dekat YouTube dan aku harap dapat trending jadi no 1 hendaknya. Lirik dia pon bagus, ada mesej. 

Pendek kata pendekatan dia nak suruh anak muda suka lagu Malaysia bagi aku berjaya. Lagu fresh, lirik ada nilai, catchy. 

Lepas ni mesti ada challenge menari sambil pegang ayam. Tak pun ada la pegang binatang lain nanti. Kucing ke. Orang Malaysia kan kreatif. 


Lagu Raya Hael Husaini- Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Semoga semakin ramailah artis Malaysia melahirkan lagu-lagu berkualiti, yang beri mesej dan pengajaran yang baik.

Paling penting tak perlu model perempuan yang seksi untuk buat sesuatu lagu tu popular. You Go Hael Husaini!



Lirik Lagu Raya Bersyukur Seadanya


VERSE1
Wahai Semua insan
Takbir berkumandang akhir Ramadhan
Bersiap sedia
pulang ke desa
menyambut raya

Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
pinta ampun maaf
pada mereka
jernihkan sengketa

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

VERSE 2
wahai semua insan
ingat ingat bila nak berbelanja
sedikit tak apa
Barpada pada
bersyukur nikmatnya

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya