Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Rodiah Amir
0
Assalamualaikum. Dulu masa kecil, arwah abah selalu tolong buatkan lastik untuk melastik cicak dekat rumah. Ala lastik yang di buat dari getah tu. 

Memang padu kalau kena. Memang pantang kalau nampak cicak kami adik beradik berebut nak lastik ok. Sampai satu tahap cicak memang takut nak masuk rumah. 

Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Arwah abah memang pantang betul dengan cicak. Puncanya dulu arwah abah tengah duduk dekat tengah rumah lepas tu elok je cicak lepas hajat jatuh atas badan, menjerit la abah marah. 

Kelakar kalau ulang semula. Alhamdulillah merasa juga kenangan tu. Dah duduk rumah sendiri ni dan ada anak sendiri memang tradisi memburu cicak mengalir turun menurun. 

Salah satu aktiviti yang eratkan kasih sayang keluarga. Lol. 

Hukum Bunuh Cicak?



Kisah Cicak Dan Nabi Ibrahim

Nabi menyuruh kita membunuh cicak adalah kerana cicak dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak. 

Cicak pula menghembus bagi memarakkan lagi api itu. (Direkodkan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al Bidayah Wa Nihayah). Kiranya cicak adalah haiwan yang bersubahat nak membunuh Nabi Ibrahim.

Hukum Bunuh Cicak

Kerana hadis di atas la menjelaskan yang hukum membunuh cicak itu adalah sunat. Jika dibuat (bunuh) akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. 

Namun, ia tidak dikaitkan dengan membunuh cicak pada hari Jumaat mahu pun mana-mana hari. Maksudnya tiada hari yang khusus nak bunuh cicak ya. 

Walaupun hukum membunuh cicak ni sunat dan dapat pahala tapi janganlah kita sengaja nak menganiaya dia. 

Cara nak bunuh pun jangan sampai cicak tu terseksa. Indah kan Islam. Banyak hadis berkenaan hukum membunuh cicak, antaranya: 

“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak (direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik)”
“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fiwaisiq (penjahat kecil) (direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya)”

“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan dua pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang daripada yang pertama dan membunuhnya dengan tiga pukulan, kebajikannya kurang daripada yang kedua. (dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Shaih Muslim dalam kitab Qatul Haiyyat)”

Segala perkongsian di atas aku rujuk beberapa sumber yang aku nyatakan dekat atas. Kalau ada salah dan silap boleh la commen untuk penambah baikan. 

Rasa seronok dapat berkongsi ilmu walaupun sedikit. Semoga amalan menyemarakan ilmu terus mekar di hati kita semua. wassalam. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)