Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang

Hanya dengan makan Jack ‘N Jill Calbee korang berpeluang untuk memenangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi. 

Peminat snek Jack ‘n Jill harus lah rebut peluang ni. Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. 

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang 


Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.




Tiga Variasi Perisa Terbaru Jack ‘N Jill Calbee


Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. 

Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”




Cara Menyertai Peraduan Jack ‘N Jill Calbee


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. 

Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.


Movie Premiere Night” Jack ‘N Jill Calbee

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. 

Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman 



Tentang URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., ialah sebuah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, yang mengilang dan mengedar Kerepek Kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada 1984. 

Sejak itu, URC telah berjaya mengembangkan produknya daripada sekadar berasaskan kerepek kentang kepada pelbagai snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. 

Di antara makanan snek yang dihasilkan termasuklah jenama “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, “Corn Curls” dan “Chiz King“. Selain itu, URC turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” dan “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic”, serta gula-gula “Cloud 9” dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah. 


Tentang Calbee Foods Co. Ltd

CALBEE, Inc. merupakan pengeluar dan pengedar makanan snek dan bijiran terkemuka Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula membangunkan teknologi bagi menghasilkan produk biskut tawar tepung gandum pada 1955. 

Syarikat ini telah memperluaskan produk dan pasarannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1970, seterusnya diikuti dengan Thailand, Hong Kong, dan China. Kini Calbee, telah dikenali di seluruh dunia dengan mengusahakan produk-produk yang unik menggunakan sistem kawalan yang bermutu tinggi bagi menjamin makanan yang berkualiti, selamat, lazat dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu Raya 2019? Ala lagu duet Syamel & Ernie tu. First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala-ala etnik kreatif gitu. Lembut je Ernie ni menyanyi. Dah memang aku suka gandingan duet #syanie ni.  Tajuk lagu ni ialah Seru Hari Lebaran. Bila dengar rasa Old Skoll gilos. Rasa nak menari tarian Melayu pun ada juga. Korang tengok sendiri la muzik video dia.

Ucapan Hari Raya

Dah tak lama lagi nak raya kan? Jadi aku ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata dan segala kelemahan aku berkongsi dalam blog yang mungkin mengguris hati korang. Maaf ya. 

Selamat beraya dan jaga kesihatan. 

Tajuk Lagu: Seru Hari Lebaran 

Artis: Syamel & Ernie

Lirik

Seru lebaran merdu dilangit
Membelai jiwa di subuh hening
Dalam kasih ku menunggu
Saat manis kau dan aku

Setiap kali raya menjelma
Syukur aku pada yang Esa
Kerna masih kita bertemu
Di pagi raya penuh syahdu

Chorus
Ramadhan yang pergi  menguji kita
Betapa nikmatnya erti bersama
Lebaran yang suci mengajar kita
Syukuri nikmat yang tuhan berikan

Di pagi syawal yang mulia ini
Maniskan senyuman tuluskan hati
Bersaksi lebaran yang suci ini
Berjanjilah kita hidup semati

#syanie raya duet #seruharilebaran

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. 

Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. 

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa 

Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat. 


Resepi Roti Jala mudah

Resepi Roti Jala


Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. 

Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. 

Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak. 
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan minyak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel



Cara membuat:

Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati. 

Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan. 

Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat. 

Siap. 


Kalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. 

Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. 

Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala. Selamat mencuba. 


Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Assalamualaikum. Dulu masa kecil, arwah abah selalu tolong buatkan lastik untuk melastik cicak dekat rumah. Ala lastik yang di buat dari getah tu. 

Memang padu kalau kena. Memang pantang kalau nampak cicak kami adik beradik berebut nak lastik ok. Sampai satu tahap cicak memang takut nak masuk rumah. 

Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Arwah abah memang pantang betul dengan cicak. Puncanya dulu arwah abah tengah duduk dekat tengah rumah lepas tu elok je cicak lepas hajat jatuh atas badan, menjerit la abah marah. 

Kelakar kalau ulang semula. Alhamdulillah merasa juga kenangan tu. Dah duduk rumah sendiri ni dan ada anak sendiri memang tradisi memburu cicak mengalir turun menurun. 

Salah satu aktiviti yang eratkan kasih sayang keluarga. Lol. 

Hukum Bunuh Cicak?



Kisah Cicak Dan Nabi Ibrahim

Nabi menyuruh kita membunuh cicak adalah kerana cicak dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak. 

Cicak pula menghembus bagi memarakkan lagi api itu. (Direkodkan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al Bidayah Wa Nihayah). Kiranya cicak adalah haiwan yang bersubahat nak membunuh Nabi Ibrahim.

Hukum Bunuh Cicak

Kerana hadis di atas la menjelaskan yang hukum membunuh cicak itu adalah sunat. Jika dibuat (bunuh) akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. 

Namun, ia tidak dikaitkan dengan membunuh cicak pada hari Jumaat mahu pun mana-mana hari. Maksudnya tiada hari yang khusus nak bunuh cicak ya. 

Walaupun hukum membunuh cicak ni sunat dan dapat pahala tapi janganlah kita sengaja nak menganiaya dia. 

Cara nak bunuh pun jangan sampai cicak tu terseksa. Indah kan Islam. Banyak hadis berkenaan hukum membunuh cicak, antaranya: 

“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak (direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik)”
“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fiwaisiq (penjahat kecil) (direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya)”

“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan dua pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang daripada yang pertama dan membunuhnya dengan tiga pukulan, kebajikannya kurang daripada yang kedua. (dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Shaih Muslim dalam kitab Qatul Haiyyat)”

Segala perkongsian di atas aku rujuk beberapa sumber yang aku nyatakan dekat atas. Kalau ada salah dan silap boleh la commen untuk penambah baikan. 

Rasa seronok dapat berkongsi ilmu walaupun sedikit. Semoga amalan menyemarakan ilmu terus mekar di hati kita semua. wassalam.