MPH Bookstores Dah Ada Di Shopee

Seronoknya bila MPH Bookstores dah ada dekat Shopee guys. Dah boleh shopping buku secara online dan tunggu je abang Posmen hantar ke rumah. 

Semakin meriah la shopping dekat Shopee lepas ni.

MPH yang dikenali sebagai Kedai buku nombor satu di negara ini telah bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, dalam menyediakan saluran alternatif untuk pelanggan membeli buku mereka.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Aku kongsikan topik mengajar anak tentang akil bakigh dan juga seks sebab aku rasa ini antara topik ibubapa wajib faham tapi selalu dipandang ringan. 

Oleh sebab aku pun ada anak lelaki yang sedang membesar dan sifat ingin tahu dia tu kadang-kadang buat aku seram nak jawab.

Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Perlu ke ajar anak tentang seks? Tak cukup ke pendidikan di sekolah? Waktu umur berapa perlu ibubapa ajar anak tentang seks? 

Dan sebagainya. Soalan-soalan ni memang bermain dekat fikiran aku. jadi jom teruskan membaca.




Mengajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


Rujukan utama aku adalah Saudara Akhi Fairuz. Beliau merupakan seorang penceramah yang selalu buat talk di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. 

Suka dengan cara penerangan dia yang segar, dan penggunaan bahasa yang berhemah.
Kalau di Facebook Akhi Fairuz suka menulis tentang isu Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak, Remaja. Review Drama & Filem, serta isu semasa.

Boleh follow Akhifairuz di Facebook

Melalui Akhi Fairuz ni lah juga aku dapat idea nak terangkan tentang perkara-perkara yang aku rasa malu nak ajar anak lelaki aku. Malu tapi kena buat juga. 

Lebih elok dia belajar dari aku dari dia dapat dari Google dan salah faham.

Ibubapa kena faham yang akil baligh lelaki dan perempuan berbeza. Memang dah jadi kebiasaan, didikan akil baligh selalu ditekankan pada anak perempuan sahaja sebab tanda-tanda mereka lebih jelas kelihatan seperti datang haid.

Didikan untuk perempuan tentang akil baligh; keluar darah haid, pakai pad, mandi wajib, menutup aurat dan kawasan larangan bahagian tubuh.

Tapi untuk anak lelaki, tanda- tanda seperti bertukar suara garau, sudah tumbuh bulu di wajah, ketiak, kaki dan kemaluan ni selalu diabaikan.

Anak-anak yang dibiarkan membesar tanpa faham perubahan ni akan menjadi semakin senyap dan dingin. 

Semakin menjauhi ibubapa dan semakin rapat dengan kawan-kawan. Jadi jangan pelik kalau anak-anak lebih percayakan kawan-kawan.




7 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


#1 Kena ajar anak lelaki sejak kecil tentang kemaluannya (nama sebenar, apa itu ereksi, ejakulasi, fungsi testis). 

Kemudian, ia akan memudahkan urusan ibubapa bercerita fizikal mana pada tubuh badan anak akan berubah dari semasa ke semasa.

#2 Dari kecil kena tanamkan pada jiwa anak lelaki untuk prihatin dan bertanggungjawab pada wanita (terutama pada ibu, adik perempuan, kakak dan isterinya kelak) serta menjaga amanah yang diberikan Tuhan.

#3 Si ayah wajib mengajar anaknya cara mandi wajib. Buat praktikal supaya anak lebih faham. Tidak boleh harapkan pembelajaran di sekolah sahaja. Ibu juga kena ambil bahagian untuk terangkan kepada anak.

#4 Ibubapa kena terangkan fizikal dan bahagian mana yang akan berubah.
  •         Dada membidang
  •         Tumbuh bulu-bulu di ketiak, bulu pubis, bulu kaki melebat dan lain-lain perubahan.
  •           Suara menjadi garau.


#5 Anak lelaki biasanya jenis tak ambil kisah tentang diri. Jadi ibu bapa kena tekankan tentang penjagaan diri dan jadi tanggungjawab ibubapa untuk belikan pencuci muka, deodorant, minyak wangi, dan pakaian bersesuaian.

#6 Layan mereka seperti seorang kawan. Menjadi pendengar yang baik dan setia.

#7 Jika dari kecil kita tidak kekok bercerita tentang hal-hal seksual pada anak dengan tujuan mendidik, maka anak-anak tak akan malu dan sembunyikan sesuatu pada kita. Contoh kawan ajak tengok video lucah di handphone. Anak-anak akan maklumkan pada kita.

Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, mood berkongsi resepi tengah on jadi kali ni nak kongsi resepi daging masak Kicap Mudah Dan Sedap versi aku. 

Kenapa daging masak kicap ni mudah sebab kali ni aku buat kelainan tak masukan rempah macam bunga lawang dan kawan-kawan dia. Tapi rasa masih sedap.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap 

Selalu aku masak kicap mak aku ajar supaya tambah bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kebiasaan aku paling malang akan tergigit bunga cengkih. 

Tak dapat beza sebab kuah dia hitam jadi memang terganggu selera makan aku.


Oleh sebab aku nak makan Daging Masak Kicap dengan aman jadi kali ni aku decide untuk tak tambah rempah tu semua. Masih lagi sedap mengikut tekak aku. Jadi mudah untuk aku yang tersangat rajin ni.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Ikut Tekak Aku

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut. Jangan stress kalau orang kata masak tu mudah ok, basuh pinggan lagi susah dari memasak.

Percayalah!

Semangkuk daging lembu. Nak sedap dan tak perlu kunyah banyak kali semestinya kena guna daging batang pinang yo. Aku guna bahagian isi, urat bercampur lemak. Masih sedap yo.

Dua biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia dihiris. Aku malas nak tumbuk, jadi aku hiris je semua bahan. Kan resepi ni namanya resepi mudah.

Empat helai daun bawang yang dipotong dua inci. Tiga sudu cili kisar, 5 sudu kicap manis, minyak untuk menumis dan sedikit air.


Cara-cara memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau lagi.

Masukkan kicap manis dan biar menggelegak. Seterusnya masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Boleh masukkan tomato jika suka.

Siap. 


Lapan Petua Melembutkan Daging
  1. Rebus daging dan masukkan sudu. Ini selalu aku buat dan berkesan.
  2. Rebus bersama daun betik.
  3. Rebus bersama tebu. Kat tengah bandar mana pulak nak cari tebu hoi.
  4. Perap daging dengan cuka makan atau masukkan cuka semasa merebus makanan. Aku belum pernah cuba.
  5. Selain cuka boleh gantikan dengan lemon atau limau nipis selagi ianya bersifat asid.
  6. Guna buah kurma untuk lembutkan daging. Masukkan empat ke lima biji kurma dalam masakan.
  7. Rebus bersama gula batu katanya dapat melembutkan daging.
  8. Kalau susah sangat, beli je pressure cooker dan rebus daging selama 30 minit. Confirm lembut. Aku? guna je pressure cooker. Senang kerja.




Superpark Malaysia Avenue K Best Ke?

SuperPark Malaysia dikenali sebagai indoor park yang sesuai untuk satu keluarga terletak di tingkat 4 Avenue K, Kuala Lumpur. Dari Ice Skating sehinggalah ke flying fox, pendek kata segala aktiviti menarik ada di bawah satu bumbung.

Kami habiskan masa seharian bermain di SuperPark Malaysia. Berbaloi sangat dengan harga tiket yang dibayar. Kali pertama aku datang ke Super Park atas undangan dari pihak Superpark atas pelancaran pakej permainan mereka. 

Review SuperPark Malaysia Avenue K 

Oleh sebab ini kali kedua aku datang ke SuperPark Malaysia, jadi aku lah yang bertanggungjawab untuk pastikan aktiviti keluarga kami berjalan lancar. Suami dan anak-anak semestinya setuju tanpa bantahan.



Kami sampai sekitar pukul 11 pagi. Memang dah penuhkan perut dan teruja nak cuba semua permainan dekat dalam tu. So far hanya Ice Skating, iWall dan Super Climb sahaja yang kami tak cuba.


Aku suka dan cadangkan korang untuk bawa anak-anak ke SuperPark Malaysia sebab memang seronok gila  tempat ni. Aku jamin bukan kanak-kanak je yang teruja sebab permainan dekat dalam SuperPark Malaysia sesuai untuk semua lapisan umur.




9 Sebab Kena Pergi Superpark Malaysia



#1 Ada banyak jenis mainan yang boleh di cuba mengikut peringkat umur.

#2 Sentiasa ada staff untuk pantau dan juga hulurkan bantuan kalau nampak kita macam blur. Suka senyum pula tu.

#3 Tak perlu beratur lama untuk main. Setiap game ada had limit masa dan ada staff yang jaga.
#4 Ada tandas yang bersih, besar dan selesa.

#5 Nursing room disediakan dan boleh ambil air sejuk dekat dalam bilik tu. Ibu bapa boleh letak flusk dalam loker.

#6 Setiap tiket entitle satu loker. Boleh guna sepanjang hari dan tiada limit untuk guna. Loker cukup besar untuk letak beg galas dan selamat.

#7 Anak-anak di bawah tiga tahun boleh bermain di gym yang disediakan khas untuk mereka.

#8 SuperPark Malaysia terjaga kebersihan dia walau ramai orang main dekat dalam tu. Jadi aku yakin lepaskan anak-anak aku bermain, termasuk la memanjat dan tergolek.

#9 SuperPark Malaysia juga sediakan bilik untuk private party dan juga team building.




Harga Tiket SuperPark Malaysia

Tiket kanak-kanak dan orang dewasa adalah sama. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas kena beli tiket. Apa yang bezakan hanyalah sesi bermain dan hari korang pergi je.








Untuk pergi ke SuperPark Malaysia korang boleh naik pengangkutan awam atau drive kereta dan waze saja ke bangunan Avenue K ni. Untuk yang nak elak jammed dan mudah boleh naik LRT menghala ke Kelana Jaya dan berhenti di stesyen KLCC.


ADDRESS

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

OPENING HOURS

Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm

CONTACT NUMBER

+603 2789 1408
(9am – 6pm)