Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Memiliki kulit muka halus, licin dan bercahaya secara semulajadi memang menjadi idaman setiap wanita. 

Macam aku sendiri, setiap kali tengok drama Korea mesti kagum dengan kulit muka pelakon Korea yang licin berkilat. Bukan berminyak tau. 

Nampak lembap je setiap masa. Tak kira la pelakon lelaki mahupun wanita. Ternyata Korean Skincare telah mendapat tempat di hati peminat di seluruh dunia.

Khas untuk entri kali ini aku nak berkongsi tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. 

Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Personally aku sendiri dah jatuh cinta dengan Hansaegee Gold Nano CC Cream ni dan sebelum aku cerita lanjut tentang fungsi dan kandungan Gold Nano CC Cream lebih bagus kalau korang faham tentang kegunaan dan kepentingan CC cream.

Just friendly reminder untuk korang yang sedang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit muka, sila study dan fahamkan fungsi produk, bahan yang digunakan, dan paling penting fahami jenis kulit korang. 

Lepas tu kena ikut step yang dicadangkan, kena disiplin dan minum banyak air. Barulah berkesan dan dapat hasil seperti yang diidamkan. 

Perkongsian aku adalah berdasarkan pengalaman dan keadaan kulit muka aku.


Apa Yang Best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Hansaegee Nature dah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi tau. Selain Gold Nano CC Cream, Hansaegee Nature juga terkenal dengan pencuci muka dan krim pelembap mereka. 

Kalau nak tahu CC Cream merujuk kepada Colour Control Cream. Tiga Fungsi utama CC Cream ni adalah untuk betulkan dan seimbangkan tona kulit muka secara semulajadi, beri perlindungan matahari SPF50+ PA +++ dan buat kulit licin dan bercahaya.

Apa yang best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ialah, ia berubah mengikut warna tona kulit muka secara semulajadi walaupun warna cream asalnya ialah putih. 

Jadi janganlah risau ya. Sesuai untuk semua jenis kulit muka terutama mereka yang mempunyai kulit muka kusam dan ada masalah kulit muka tidak sekata. 



Warna asal CC Cream ini adalah berwarna putih tapi jangan risau sebab ianya sesuai untuk semua warna kulit sebab ianya akan berubah mengikut warna tona kulit muka korang. 


Setelah blend dengan jari, warna CC Cream akan berubah mengikut tona kulit muka menjadi little pink atau pun coklat. 

Tambahan lagi, tekstur CC Cream Hansaegee berbeza dengan CC Cream yang ada di pasaran. Teksturnya tidak melekit, terasa ringan bila disapu ke muka dan tidak berminyak. 

Sesuai dipakai sepanjang hari. Hasilnya, kulit muka akan lebih halus, bercahaya secara semulajadi dan lembap. Tak risau bila kulit berpeluh atau berminyak pada waktu tengahari.



CC Cream ni mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan memberi kelembapan yang diperlukan kulit. 





Setelah diratakan pada kulit, CC Cream kelihatan ringan dan lembap. 

Cara Guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream boleh dijadikan sebagai cream harian dan cara guna adalah sangat mudah. Cuma sapu dengan jari dan ratakan ke seluruh muka. Sesuai untuk korang yang keluar rumah tapi tak suka makeup yang tebal dan nak nampak semulajadi. 

Dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas memang perlu sangat pakai krim yang ada perlindungan matahari.

Kebaikan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
  • Memberi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++
  • Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampilan pori
  • Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer untuk buat makeup tahan lebih lama
  • Mencerahkan kulit
  • Bertindak sebagai anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan buat kulit bercahaya secara semulajadi


Kandungan Utama Gold Nano CC Cream

Jom tengok kandungan utama CC Cream supaya korang lebih faham bagaimana ianya membantu kulit muka korang:

Mineral Water – Mengimbangi pH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.
Colloidal Gold – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Selain daripada itu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, dan bebas daripada bahan berbahaya - No Paraben, No Alcohol, No Sulfate. Untuk dapatkan maklumat lebih terperinci boleh rujuk website mereka. 

Pengalaman Aku Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mengikut pengalaman aku setelah menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream selama beberapa minggu, aku bertambah yakin bila keluar rumah. 

Aku tak risau untuk kekal aktif dan berpeluh di bawah sinaran matahari serta sangat menjimatkan masa untuk aku bersiap. 


Tekstur CC Cream ini juga sangat ringan dan tidak melekit. Berbeza dengan cream yang pernah aku guna sebelum ni. Jadi memang mudah nak sapu ke permukaan kulit muka. 

Apa yang aku perasan walau kulit muka berpeluh teruk, cream ni tak nampak bercapuk. Tak rasa rimas dan tidak risau muka nampak comot. 

Semestinya sesuai untuk aku yang suka less makeup dan kulit muka nampak semulajadi bila berada dekat luar. Lagi satu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream meresap dengan baik dan sangat mudah untuk dicuci. 

Tak ada masalah kalau kulit berpeluh. Kena air pun tak nampak bercapuk dan nampak fresh.

Tidak risau jika kulit berpeluh terutama pada waktu tengahari. Kulit nampak lagi glowing dan tak bercapuk.

Selalu waktu kritikal adalah pada waktu tengahari, sebab masa tu cuaca panas dan kulit aku dah start berminyak. Tapi bila guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, dia buat kulit muka nampak glowing dan natural. 



Selalu lah jenguk laman web Hansaege sebab selalu ada sale. 




🍁Website: www.hansaegee.com

Puteri Balqis Dalam Rancangan Bersamamu

Masa tengok kemunculan Puteri Balqis dalam iklan rancangan Bersamamu di TV3 memang sangat-sangat memeranjatkan. 

Memang tahu dia ada penyakit sejak tahun lepas lagi bila dia selalu kongsi di Instagram dia sejak tahun lepas. Tapi tak sangka kehidupan dia di uji sebegini berat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun dia sedang sakit tapi suara dan cara dia jawab soalan bila ditanya wartawan sangat tenang. 


Puteri Balqis Dalam Rancangan Bersamamu

Ya Allah sungguh matang. Memang tak sangka di usia yang muda dia dan keluarga di uji sebegini besar. Dugaan dan kesakitan buat dia jadi lebih kuat dan tabah.

Dalam sedutan program Bersamamu, ditayangkan Puteri Balqis sedang menderita sakit sejak dua tahun lepas. Dikongsi juga tentang beban yang mereka sedang alami. 

Dia bersama ibu berjalan di sekitar bandar utama Kuala Lumpur untuk menjual buku hasil tulisan dia sendiri bagi menampung perbelanjaan dan keperluan seharian.



Hidup Berubah Terpaksa Ikat Perut

Sedih sangat bila dia cerita yang dia terpaksa ikat perut untuk teruskan hidup. Pernah tak makan beberapa hari sebab tiada duit. 

Weh aku yang sihat tubuh badan ni kalau tak makan separuh hari pun menggigil inikan pula dia yang masih kecil dan sakit pula tu. Ya Allah salute la.

Dia dan ibu terpaksa ikat perut kerana perubahan hidup secara tiba-tiba membuatkan dia terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi. 

Katanya dia dah tak bersekolah. Tak mampu la kan agaknya. Sedih bila fikir. Menurut Puteri Balqis, kali terakhir dia berlakon adalah pada awal tahun 2018. 

Selepas tu dia terpaksa tolak tawaran berlakon atas sebab masalah kesihatan. Dia tak boleh bekerja terlalu lama dan terlalu penat.

Oleh sebab masalah kesihatan yang menghalang dia berlakon, dia pilih untuk meneruskan hobi dia menulis puisi. 

Puisi-puisi yang terhasil dia kumpulkan menjadi sebuah buku. Dengan hasil jualan buku itulah dia beli makanan dan buat belanja.

Struggle betul bila dia dan ibu akan ulang alik dari Setia Alam ke beberapa lokasi di KL dengan menaiki kenderaan awam. Bawa buku dan menjual kepada orang awam. 

Tak pasti la kan kalau orang dekat luar cam tak dia. Harapnya lepas dia masuk rancangan Bersamamu ni orang bermurah hati nak beli dan tolong dia.



Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis

Menurut Puteri Balqis, “Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis” adalah merupakan koleksi puisi hasil titipan kisah hidupnya berdasarkan apa yang dia lalui terutama ketika dia sakit teruk tahun lepas. 

Orang berjiwa seni ni, kata-kata dia memang indah. Penggunaan dan pemilihan kata-kata yang mewakili apa yang dia rasa memang selalunya menyentuh jiwa.

Sewaktu dia mendapatkan rawatan pada tahun lepas, dia kongsikan yang dia ada masalah berkaitan hati dan bukan kanser. 

Tapi jika tak dijaga dan dikawal boleh membawa kepada penyakit lebih teruk iaitu kanser. Sekarang doktor masih pantau kesihatan Puteri Balqis. 

Simtom yang selalu dia alami ialah muntah darah. Dia boleh muntah darah pada bila-bila masa walaupun ketika sedang tidur. Akibatnya dia jadi lemah.


Tentang Buku Planner 2020 + The Book Of 38 Poems Of Puteri Balqis

  • Manusia mana yang tidak diuji. Sungguh. Allah menguji hambanya yang terpilih mengikut kemampuan diri kita.
  •  38 POEMS OF PUTERI BALQIS dikarang sendiri oleh pelakon cilik, Adik Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish.
  •  Demi memberi kekuatan dan inspirasi pada diri, maka terbitlah buku '38 Poems of Puteri Balqis' yang menceritakan kisah suka dukanya sebelum dan sepanjang beliau bergiat aktif dalam dunia seni.
  •  Oleh itu, #PlannerAna merasa terpanggil untuk membantu meringankan beban Adik Aqish. Akhirnya, PlannerAna telah menerbitkan SET SPECIAL EDITION #PlannerAnaXPuteriBalqis.

Kami di Team PlannerAna ingin mengajak ramai-ramai untuk memberi sedikit sumbangan kepada adik Aqish melalui pembelian SET SPECIAL EDITION ni. 

Moga dengan bantuan kalian, mampu meringankan sedikit beban Adik Aqish kita. InsyaAllah.



Special Edition #PlannerAnaXPuteriBalqis

Antara content yang menarik dengan keluaran Special Edition ini adalah:

1. BUKU PLANNER 2020 (NO REGRETS)
Mengandungi 12 quotes khas yang memberi motivasi dan inspirasi dari @rockingbalqis setiap bulan from January till December. You gonna love it

2. BUKU #38poemsofputeribalqis
Berkisarkan kisah hidup suka dan duka Aqish sebelum beliau memasuki industri
hiburan dan sehingga sekarang.

3. TABLE CALENDAR 2020
Dilengkapi dengan Public Holiday Malaysia, Brunei & Singapura

4. FREE GIFT
Selain itu kami sertakan beberapa free gift lain, seperti bookmark yang mengandungi
tandatangan Aqish, buku planner Ramadan dan beberapa Free Gift menarik lain.



Antara yang paling menyentuh perasaan aku ialah bila dia masih mampu senyum dan tenang bila meluahkan apa yang dia rasa. Dia bersyukur ibu dia masih disisi sedangkan ada orang lebih berat dugaan dia.

Rupa-rupanya ibu dan ayah dia sudah bercerai. Memang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Siapa lah kita nak judge kehidupan dan juga masalah keluarga mereka. Bersangka baik dan doakan yang baik-baik sahaja untuk dia.

Banyak kali aku ulang dengar temuramah wartawan Harian Metro ni. Entah, suara dan jawapan Puteri Balqis terdengar indah di telinga aku. 

Aku tak habis-habis kagum dari tadi. Ayat yang berjaya menjentik hati aku adalah bila dia jawab tentang doa dari peminat dan orang yang kenal dia. Makan dalam weh.  

“Sedih bila nampak orang lebih susah dari kami, lebih hebat ujian mereka. Tapi tak apa Ujian kami semua indah bila kita sentiasa tabah dan sabar”

Kata kunci ~ Semua jadi Indah bila kita sentiasa Tabah dan Sabar


Kesimpulan

Sedikit throwback, Puteri Balqis pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19. Dia bakal menyambut hari jadi ke 13 tahun pada 12 April 2020. 

Dulu, ramai kagum dengan hasil lakonan dia. Setiap watak yang dia pegang, dia akan pastikan lakonan dia akan memberi kesan di hati penonton.

Dia insan seni yang sangat berbakat. Bagi aku rugi sangat kalau bakat yang dia ada dibazirkan begitu saja. 

Aku percaya pasti ada rawatan yang sesuai dan dapat bantu dia pulih dan terus sihat. Cuma pastinya masalah kewangan akan jadi isu utama.

Harap sangat lepas ni semakin ramai akan bermurah hati untuk tolong beli buku atau pun beri sumbangan supaya dia dapat hidup dengan lebih selesa. 

Dia pun bukan hanya duduk menunggu bantuan. Dia tak pernah kalah dengan ujian. Cara dia bangkit dan teruskan hidup buktikan dia seorang yang kuat.

Tak sabar nak tonton ulangan rancangan Bersamamu. Untuk korang yang nak hulurkan bantuan boleh lah berbuat sumbangan kepada akaun ibu Puteri Balqis iaitu Puan Norahshikin binti Mohamad Aziz.

Nak tengok perkembangan tentang Puteri Balqis dan tahu lebih lanjut tentang Buku Puisi 30 Poems of Puteri Balqis boleh lah follow dia di Instagram. 

Jom lah sama-sama kita doakan dan beli sambil beramal. Tak banyak yang dapat aku tolong tapi harapnya dengan perkongsian artikel yang tak seberapa ini dapat buka mata orang ramai untuk membantu.

Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Rasanya ini kali pertama aku cuba masak ayam masak asam pedas versi aku sendiri. Kalau versi asam pedas mak mertua dan mak sendiri amatlah berlainan. Masak asam pedas aku adalah gabungan kedua-dua resepi la kiranya. 

Asam pedas Melaka mak mertua dia suka buat kuah pekat, mak aku pula selalu ajar masak sedikti cair.

Kisahnya semalam singgah ke pasar malam dan ternampak sayur bendi muda. Anak bujang memang suka sangat makan bendi, jadi beli lah. Masa tu tak terfikir nak masak apa lagi. 

Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Nampak taugeh dan tauhu terus beli sekali. Tambah bunga kubis dan lada besar, semua sekali RM15. Begitu senang duit mengalir ya.



Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Berbalik kepada resepi Ayam Masak Asam Pedas, resepi aku bebas belacan. Aku bukan pakar bab masak ni asalkan dapat ditelan anak dan suami kira jadi lah. 

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk Ayam Masak Asam Pedas.

Bahan-Bahan Ayam Masak Asam Pedas
  • 10 ketul kecil daging ayam
  • 3 biji bawang putih
  • Setengah biji bawang Holand
  • Sedikit halia
  • Sedikit halba
  • Empat sudu besar cili giling
  • Daun kesum
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Satu biji tomato
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa


Cara-cara memasak juga sangatlah mudah. 
  • Panaskan sedikit minyak kemudian masukan halba. Tumis sehingga naik bau kemudian masuk bawang dan halia yang telah di kisar. Tumis lagi sehingga garing. kemudian masukan pula cili giling. Kacau sehingga tumisan pecah minyak.
  • Kemudian, masukan ayam dan biar ayam sedikit mengecut. Setiap kali aku masak kari atau gulai memang akan kecutkan ayam supaya kuah tidak berbau hanyir dan jadi lebih sedap.
  • Masukan air secukupnya ikut tahap kepekatan kuah yang korang suka. Masukan tomato dan biar sehingga mendidih. Apabila kuah mendidih boleh lah masukan bendi dan masak sehingga lembut.
  • Jangan lupa perasakan kuah dan masukan sedikit perahan limau nipis serta daun kesum. Kacau sehingga ayam masak. Siap untuk dihidang dan sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas.


Untuk lengkapkan menu makan tengahari kami, aku masak sayur taugeh goreng ikan bilis dan juga telur dadar. 

Memang kena sangat menu tu sebab anak aku bertambah makan nasi. Suka hati tengok anak berselera makan.



Aku suka masak sayur taugeh simple je. Tumiskan bawang yang ditumbuk dengan sedikit ikan bilis dan goreng macam biasa. Itu dah cukup naikan rasa manis sayur taugeh tu. Selamat menjamu selera korang.

Berkelah di Pantai Remis Jeram Selangor

Kali terakhir aku pergi Pantai Remis adalah masa aku mengidam nak makan telur ikan Mayong beberapa tahun sudah. 

Berjaya beli sebungkus telur tapi telah gagal masak walaupun dah google resepi. Adoi terus kecewa. 

Baru-baru ni aku ajak suami ke Pantai Remis sekali lagi tapi kali ni sekadar datang untuk berkelah dan ambil angin. Sambil berjalan kita cuci mata di Tapak Penjaja Pantai Remis.


Berkelah di Pantai Remis Jeram Selangor

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Masa aku sampai sekitar pukul 3 petang, orang dah mula ramai.




Aktiviti Menarik Di Pantai Remis

Alhamdulillah cuaca tidak terlalu panas dan berangin. Selain menghirup udara pantai dan menikmati pemandangan pantai, Pantai remis sesuai untuk korang beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Boleh juga bermain layang-layang atau boleh mencari hidupan laut (sea shell) seperti kerang, mentarang dan lain-lain.

Kebiasaan aktiviti memancing dan aktiviti mencari hidupan laut dilakukan pada waktu pagi. Jadi kalau korang teringin nak makan kerang fresh dan percuma kena datang awal pagi ya. 

Adik aku yang tinggal berdekatan memang suka kutip kerang di Pantai Remis. Berkelah tepi Pantai Bagan Lalang pun best juga - Baca Sini




Anak-anak lah yang paling teruja untuk datang ke sini. Peluang dapat melihat orang bermain layang-layang dan main belon buih di tepi pantai memang seronok. 

Selain tu korang boleh cuba untuk naik kereta yang telah diubah suai dan korang akan dibawa menikmati pemandangan sekitar Pantai Remis. Kalau tak silap bayaran hanya RM5 seorang.


Tapak Penjaja Makanan Laut Pantai Remis

Tujuan utama aku datang ke Pantai Remis adalah nak ke Tapak Penjaja untuk beli kerang. Itu tujuan asal tapi bila dah sampai sana memang jadi rambang mata. 

Hasil laut seperti Mentarang, Lala, siput, telur Ikan Mayong, sotong, tiram, kerang dan banyak lagi dijual dekat sini.

Kalau nak makan Seafood & Ikan Bakar boleh pergi ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka atau Aroma Ikan Bakar jeram




Pengalaman manis untuk anak-anak aku belajar dan tambah ilmu. Selalu tengok dalam televisyen je, bila tengok depan mata memang masing-masing tak habis bertanya dan bercerita. 

Ilmu baru juga untuk aku. pertama kali tengok Siput Kemudi.

Aku beli dua kilo kerang segar berharga RM18, buah bidara, mempelam, rambutan dan sedikit sayur-sayuran. Itu pun suami dah jeling. Ikut hati aku banyak lagi aku borong. Hoi nafsu.




Gerai Makanan

Kalau ke sini tak risau datang dengan perut lapar sebab banyak gerai yang menjual makanan serta minuman. Ada pelbagai makanan laut goreng, kuih muih, kepak ayam bakar, ais krim, keropok dan banyak lagi. 

Nak makan menu lebih berat boleh singgah kedai makan yang terletak berhadapan Pantai Remis. Pilih je.


Kesimpulan

Puas hati dapat habiskan masa berkualiti dengan keluarga dekat Pantai Remis ni. Paling penting dapat beli dan makan kerang fresh. 

Aku suka Pantai Remis sebab tak jauh sangat dari rumah, kebersihan pantai dan kawasan sekeliling terjaga. 

Banyak aktiviti menarik boleh buat dekat sini, kemudahan tandas bersih, surau yang baik dan banyak tempat makan. 

Bangga juga rakyat Malaysia semakin menghargai alam sekitar dan bagus menjaga kemudahan yang ada. Syabas.