Resepi Sambal Terung Telur Pedas

Sebenarnya terhasilnya resepi sambal terung telur ni sebab nak habiskan stok sayur dekat dapur. Terung pun tak banyak, tinggal lagi sebatang puas la fikir nak campak dalam menu mana. 

Lepas habis fikir, mengambil inspirasi makanan orang Arab yang suka makan terung dan jadikan dia macam paste, pekat dan sedap. Maka cuba-cuba je olah masak sambal terung.

Sengaja letak telur supaya terung ada kawan dalam sambal tu. Tidak lah dia keseorangan disitu. Kalau tiada telur pun masih sedap ya.

Resepi Sambal Terung Telur Pedas 

Kena sangat kalau makan dengan nasi putih atau dijadikan pencicah cucur atau lempeng. Oh sambal terung ni bukan macam sambal terung typical tu tau. lain sikit.

Aku rasa lebih kurang je cara masak sambal terung korang selalu buat, cuma resepi ni aku olah ikut tekak dan bahan yang ada dekat fridge. 

Sesuai sangat buat sempena bulan puasa nanti. Aku selalu bulan puasa suka makan yang ringkas dan tidak terlalu pedas. 



Resepi Sambal Terung Telur Mudah

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat sambal terung telur pedas ialah seperti berikut. Nak buat dalam kuantiti banyak cuma gandakan nisbah bahan-bahan dekat bawah ni ya. 

Ada bahan yang tak perlu letak contohnya fish cake, aku letak sebab rasa kosong sangat sambal aku tu.


Macam aku cakap tadi, resepi ni sangat mudah. 
Jom tengok apa yang diperlukan:
  • Satu batang terung yang dicincang dadu dan dilumurkan kunyit.
  • Bawang putih dan bawang merah yang dikisar halus. Buat nisbah 2:3.
  • Empat sudu cili kisar.
  • Dua biji telur.
  • Minyak untuk menumis.
  • Fish cake (Aku sengaja letak sebab nak habiskan bahan)
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula


Cara-caranya ialah:
  • Goreng terung sehingga masak, kemudian tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukan cili kisar dan biar sehingga pecah minyak.
  • Tambah air jika perlu. Masukan serbuk perasa dan gula.
  • Dah agak masak pecahkan telur dan biarkan sehingga telur masak.
  • Siap.


Khasiat Sayur Yang Bernama Terung

  • Kaya zat besi
  • Rendah kalori
  • Tinggi Serat
  • Kaya antioksida
  • Mencegah stress
  • Elok untuk pesakit diabetes
  • Baik untuk otak
  • Tulang lebih kuat
  • Menjaga kesihatan jantung

Sambal terung ni sesuai sangat bila selera makan tu tak berapa nak ada. saja praktis sebab lagi sebulan dah masuk bulan puasa sis. Moga sempatlah hendaknya kita berpuasa macam biasa. Jom sama-sama doa semoga Malaysia bebas COVID-19 segera.

Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID-19 dengan mengamalkan minum air suam, berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan COVID19. 

Tapi betul ke? 

Itu apa yang dipercayai oleh segelintir rakyat Malaysia tetapi kalau di Iran pula, ada yang percaya minum alkohol dapat menyingkirkan virus tersebut.

Tidak pasti bagaimana timbulnya petua-petua ni tetapi kalau lah semudah minum air suam dan kumur air garam dapat singkirkan COVID-19 pastinya kita semua dah boleh tarik nafas lega. Tapi tidak ya korang. 

Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Diminta jangan mudah percaya. Mujur petua minum air suam ni tak memudaratkan, bayangkan kalau petua mengarut lain pula jadinya.

Menurut pakar perubatan, COVID-19 adalah jangkitan saluran pernafasan khusus saluran pernafasan yang lebih mendalam. Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak.




Jangan sebarkan Maklumat Palsu

Memang jadi budaya rakyat Malaysia suka sangat-sangat berkongsi sesuatu yang mereka sendiri pun tak pasti. Aku tidak salahkan semua, tapi majority memang suka kongsi walau tak pasti. 

Bila ditegur tarik muka, siap pakej bergaduh tak bertegur sapa.

Buruk akibatnya kalau sebarkan sesuatu yang tak benar. Bukan setakat buat orang jadi panik tapi boleh jadi lebih buruk bila melibatkan kesihatan dan nyawa. 

Aku memang tak percaya info di Whatsapp dan aku galakkan korang untuk dapatkan maklumat sahih dari media sosial KKM seperti Twitter KKM https://twitter.com/myhealthkkm Instagram KKM dan Telegram khas untuk COVID-19 https://t.me/sihatmilikbersama



Langkah-Langkah Pencegahan COVID-19

1.Mengamalkan tahap kebersihan yg optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.

2. Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.

3. Mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

4. Menangguhkan penganjurkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

5. Tidak menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

6. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini) mahupun di Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah dengan jangkitan penyakit.


Kesimpulan

Aku mohon kita semua saling bantu membantu dalam menangani wabak yang sedang berleluasa ini. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, patuh arahan pihak berkuasa dan sama-sama berdoa supaya kita dapat melepasi ujian kali ini.

Untuk yang tak sihat ada simtom-simtom COVID-19 segeralah berjumpa dengan doktor dan elak pergi ke tempat ramai orang. 

Dapatkan rawatan dan asingkan diri. Serius, bila dah masuk gelombang kedua aku jadi semakin paranoid dengan apa sahaja dan berdoa lah kita tak masuk ke gelombang ketiga dan seterusnya. aamiin.

Murahnya Shopee Early bird limited Time Deals

Hampir setiap bulan Shopee mesti akan buat kempen beli belah yang memang selalu mempengaruhi aku nak shopping. Seksa woi. 

Kali ni untuk bulan April Shopee mempromosikan barang pada harga murah dari pelbagai jenama. Banyak tawaran menarik dari Shopee antaranya RM0.44 & RM4 Early bird limited Time Deals & other Early bird limited Time Deals.

Murahnya Shopee Early bird limited Time Deal

Untuk pengetahuan, semua barang yang tersenarai untuk early bird limited time deals membolehkan korang add to cart barang-barang yang korang nak beli. 

Kemudian boleh checkout pada 27hb April. Banyak juga jenama-jenama besar yang turut serta buat promosi di Shopee Mall.

Dengan situasi sekarang, ramai ambil peluang untuk membeli belah secara online dan hanya tunggu barang sampai ke rumah. Nak keluar pun seram. 

Antara jenama yang buat promosi seperti Aeon Big, TESCO, P&G, SimplySiti dan banyak lagi.



RM0.44 Early bird limited Time Deals

Aku tergoda nak beli coklat Daim tu.  Bukan tu je, ada hanger tudung, eyebrow Henna, waterproof beg makeup dan banyak lagi. Ni namanya cuci mata sambil urut dada.



Selain harga 44 sen tu, ada juga tawaran harga barangan pada harga RM4. Bagi aku kena bijak memilih dan beli apa yang perlu sahaja. 

Chewah ni masa aku tengah rasional ni. Aku tengok sekali imbas je tadi sebab aku seram terbeli benda lain. hahahahaha.

Tapi aku nak kongsi juga barang harga RM4 tu termasuklah Soothing Gel, Pringles, Tudung Adijuma dan baby leggings. Aku tak bertanggung jawab kalau korang tergoda eh. Hahahhaha.




Beli Secara Berhemah Dan Jangan Boros

Semoga kita semua dikuatkan semangat supaya tak beli bukan-bukan. Almaklumlah dah duduk dekat rumah ni memang cenderung nak beli macam-macam. 

Target aku untuk bulan April aku nak beli pampers dan susu dekat Shopee je. Murah pun murah. 

Menyahut seruan kerajaan supaya duduk di rumah #stayathome #dudukrumah memang elok sangat beli secara online. Beli secara terancang ye.

Sekali lagi pesanan masyarakat aku untuk korang, sila bijak berbelanja dan pastikan jaga diri, kesihatan dan semoga berat kita tak bertambah. Selamat bershopping.


Ketagih Tengok Cerita Harry Potter

Tak pernah terfikir pun akan suka filem Harry Potter sebenarnya. Tak ada alasan kukuh cuma aku tak suka perasaan menunggu filem seterusnya. Terseksa je rasa, menunggu kan satu penantian. Kahkahkah.

Rupa-rupanya dah sampai filem Harry Potter yang ketujuh eh. Tahu pun sebab Astro bagi tayangan percuma. Memang khatamkan dari awal lah. Terus jadi addicted.

Bukan aku je terpengaruh, anak bujang pun dah tersangkut sama. Dia la yang hafal watak, jalan cerita, ahli sihir jahat. 

Ketagih Tengok Cerita Harry Potter

Tapi Astro kejam, cerita ni langsung dia tak selit iklan. Sederet jalan terus. Memang masing-masing tak gerak dari kerusi kecuali solat dan ke tandas.



Kisah Asal Harry Potter

Filem Harry Potter adalah berdasarkan buku yang ditulis oleh J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. 

Pada waktu itu, beliau baru berpisah dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. 

Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk cerita tersebut.





Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. 

Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya.

Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. 

Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan berpengaruh di dunia. 

Kini, siri Harry Potter telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa. – Wikipedia.




Siapa Harry Potter Sebenarnya?

Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa kedua ibu bapanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. 

Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang pelajar yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Dari situ, kehidupan Harry Potter sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun. 

Hingga kini sudah ada tujuh buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. 

Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7 iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows yang diterbitkan pada tahun 2007.




Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, semua buku telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Filem-Filem Harry Potter

  1. Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (2010)

So far memang aku enjoy setiap filem dia. Nampak la kematangan Harry dan watak-watak sampingan yang power. 

Kecil je peranan tapi serius berlakon. Walaupun aku jadi ketagih nak tengok banyak kali tapi tidak la sampai tahap taksub. Just enjoy jalan cerita jelah. 

Ini baru hari kelima tapi aku dah separa mereng sebab tak keluar rumah. kita tengok lagi seminggu apa jadi. Jangan ketagih yang bukan-bukan sudahlah.