Memaparkan catatan dengan label Covid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid. Papar semua catatan

13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah

Banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni. 

Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini. Allahyarhamah Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti Covid19. 

Kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nyawanya serta anak yang dikandungnya.

 Setelah bertarung nyawa melahirkan anak, melawan wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi. Berat betul jari nak menaip tentang Allahyarhamah. 

Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Allahyarhamah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata. 


13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah 

Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan Covid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak. 

Pedih. 




Kisah Di Sebalik Pemergian Siti Sarah

Hampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Allahyarhamah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata. 

Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang Covid. 

Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala arwah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, arwah memang menjaga dan faham bahaya Covid19.

Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif Covid berpunca dari pembantu rumah mereka. Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif Covid. Pembantu rumah dia juga telah meninggal dunia. 




Pesanan Berharga Shuib Kepada Semua

Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. Covid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn. 


#1 Sedekah

Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus.  Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:

“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.

“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.


#2 Isteri Solehah 

Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami. 


#3 Jangan ambil Mudah tentang Covid19

Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik. 


#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit Covid

Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit Covid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja. 


#5 Vaksin 

Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu. 


#6 Kejar Akhirat 

Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah. 


#7 Amalkan Surah AlWaqiah

Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak. 


#8 Pesanan untuk Suami

Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu. 




#9 Jangan Sombong

Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi. 


#10 Duit Tak berguna jika sakit

Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat. 


#11 Solat berjemaah

Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga. 


#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola 

Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat. 


#13 Sentiasa Bertaubat

 Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”

Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya. 


Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami. 

Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia. 

Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Demi meringankan beban pihak penjagaan kesihatan awam negara, kerajaan telah menyatakan niat mereka untuk menambahkan hospital swasta sebagai pusat rawatan COVID-19. 

Untuk mengakhiri pandemik COVID-19, kerajaan juga telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Februari 2021.

Oleh kerana beberapa pelan perubatan Tokio Marine Malaysia tidak termasuk dalam polisi perlindungan COVID-19. 


Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Pihak syarikat mengambil tindakan yang proaktif untuk merancang dan melancar-kan "Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19" yang bernilai RM 5juta untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar ini. 

Para pelanggan kami akan mendapat manfaat dari dana atau tabung ini sekiranya keaadan yang berkenaan menimbul.

Terdapat dua inisiatif di bawah tabung yang baru diwujudkan ini. Inisiatif pertama adalah Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 yang bertujuan untuk membantu para pelanggan yang memiliki polisi perubatan persendirian yang tidak merangkumi 'penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang'.



Ia akan membayar semula per-belanjaan perubatan akibat kemasukan ke hospital kerana COVID-19 dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 kumpulan Kategori 3, RM10,000 untuk pesakit Kategori 4, dan bayaran sehingga RM20,000 untuk pesakit Kategori 5 sekiranya pemegang polisi dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan di bawah inisiatif ini.

Inisiatif kedua adalah Sokongan Vaksinasi COVID-19, yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelanggan yang memiliki pelan pe-rubatan persendirian dengan pengecualian klausa 'ubat pencegahan atau rawatan'. 

Sekiranya mana-mana pelanggan terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sebarang kesan serius akibat vaksinasi COVID-19 yang diterima, inisiatif ini akan membayar semula per-belanjaan kemasukan ke hospital sehingga RM 5,000.

Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 ini boleh didapati sehingga 30 Jun 2021, sementara Sokongan Vaksinasi COVID-19 boleh didapati sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga tabung RM 5juta telah digunakan sepenuhnya, bergantung kepada yang mana lebih awal.

Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd., encik Toi See Jong ber-kata, “Sejak permulaan pandemik ini, Tokio Marine Malaysia telah ambil inisiatif untuk memberi sokongan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan juga masyarakat. Dana ini merupakan satu lagi usaha untuk terus memperkukuhkan nilai ‘Good Company’ kami dan memandang lebih jauh daripada sekadar keuntungan.”

Dalam pada itu, tambah Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, encik Ng Hang Ming, “Oleh sebab situasi COVID-19 masih belum sembuh sepenuhnya, adalah penting bagi Tokio Marine Malaysia untuk menyediakan para pelanggan dengan solusi dan perlindungan untuk terus kekal selamat.”

Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Tokio Marine Life Malaysia turut memberi tumpuan untuk memastikan para pelanggan, rakan kongsi dan keluarga mereka kekal selamat dalam usaha untuk mencegah penyebaran virus ini. 

Dengan itu, syarikat sedang mengoptimumkan plat-form-platform digitalnya bagi menyediakan akses yang senang kepada para pelanggannya untuk perkhidmatan yang penting seperti perkhidmatan polisi, pembayaran tanpa tunai dalam talian yang selamat, dan penyerahan tuntutan dalam talian. Sebahagian daripada pengukuhan digital, Tokio Marine Life Malaysia juga telah melancarkan "oneTokio", satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memberikan penyelesaian sehenti bagi para pelanggan.

Pelanggan kini dapat mengakses perincian polisi seperti sejarah tuntutan perubatan, pen-yataan polisi dan penyata pembayaran premium untuk tujuan pemfailan cukai pendapatan dengan mudah. oneTokio juga memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan  (if want to use awam, English copy must be “public” instead of “customer”), seperti pengesan hospital panel dan memeriksa wang yang tidak dituntut.

Tokio Marine Malaysia bersimpati kepada mereka yang terkesan oleh COVID-19 dan mengga-lakkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, dan memahami bahawa ini adalah waktu yang sukar dan mencabar.

Dengan itu, Tokio Marine Malaysia ingin meya-kinkan bahawa syarikatnya komited untuk selalu berusaha sedaya upaya untuk menyokong para pelanggan dan komuniti. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada anda agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjaga kesihatan anda.

Hukum Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Semenjak pandemik melanda dunia dan vaksin untuk mengawal Covid19 diperkenalkan oleh WHO, ramai yang mempersoal keselamatan dan juga hukum untuk terima suntikan vaksin Covid19. 

Golongan yang menolak dan tak percaya vaksin ada di serata dunia tidak terkecuali Malaysia. Jika anda diberi pilihan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19, apakah pilihan anda? 

Setuju untuk diberi suntikan atau anda menolak sekerasnya? Sehingga hari ini, individu bebas untuk tidak di vaksin. itu pilihan masing-masing. 


Hukum Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Adalah lebih baik jika setiap orang sedar dan faham bagaimana vaksin ini dibuat dan bagaimana ianya berfungsi.  

Sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dengan kemungkinan dan faham dengan apa yang bakal berlaku. 

Kementerian Kesihatan Malaysia banyak berkongsi informasi berkaitan melalui laman sesawang dan sentiasa berkongsi maklumat di laman sosial mereka. Jadi haruslah rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

Baca Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama


Kenali Apa Itu Vaksin COVID-19

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. 

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk membantu meransang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus. 

Sehingga kini KKM sedang meneliti 10 vaksin Covid19 yang telah memasuki fasa 3 kajian klinikal. 




Hukum Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020 dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR). 

Hukum mengambil suntikan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.




Penggunaan vaksin juga bertujuan untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit berbahaya dan kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013. 



Pendaftaran Vaksin COVID-19 Bakal Dibuka

Menurut Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba, pendaftaran untuk suntikan vaksin bakal dibuka kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi. Boleh dapatkan maklumat lanjut dari Facebook KKM 

Kerajaan Malaysia mensasarkan 70% populasi atau 23 juta orang bakal menerima suntikan vaksin secara berperingkat dan percuma. 

Merujuk kepada Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu: Fasa 1 - barisan hadapan. Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas. 


Doa Mohon Ditunjukkan Kebenaran


اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya serta menghapuskannya. 

Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

(HR Bukhari & Muslim)

Bagi pendapat aku pula, aku hormati setiap keputusan individu yang menolak untuk di vaksin. Pasti ada sebab dan alasan kenapa mereka menolak. 

Kebenaran Keluar Berdua PKP Fasa 4

Masuk PKP fasa 4 akhirnya kerajaan beri kebenaran 2 orang keluar dalam satu kereta namun ia perlu dari rumah yang sama atau keluarga terdekat sahaja

Sebelum ini hanya wakil atau ketua rumah sahaja yang dibenarkan keluar atas urusan penting. 

Mungkin PM kita prihatin dengan keluh kesah para suami yang mengalami kesukaran membeli barangan keperluan yang diminta isteri dan gagal mencari barang yang diminta. Lol.

PKP fasa 4 secara rasminya telah bermula pada 29 April sehingga 12 Mei 2020. Harapnya janganlah ada lagi sambungan PKP, biarlah ini jadi yang terakhir. 


PKP Fasa 4 Boleh Keluar Berdua

Tetapi jauh di sudut hati dah terasa PKP ni bakal diteruskan sehingga Raya. Korang rasa?

Bagusnya usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan beri kesedaran, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selalu hantar mesej peringatan berkaitan COVID19 kepada rakyat Malaysia. 

Rasa disayangi bila dapat mesej ingatan macam tu. Kerajaan menekankan 4 pelan tindakan utama dalam membendung penularan COVID19 dalam negara iaitu Kawalan Pergerakan, Kawalan Sempadan, Penjarakan Sosial dan Menjaga Kebersihan.





Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega

Ketua Keluarga mesti gembira sebab urusan membeli makanan dan keperluan harian akan jadi lebih mudah selepas ini, tapi kesan dia semakin ramai keluar semakin lama lah kena beratur bila di pasaraya. 
Kalau masing-masing ikut peraturan, jaga kebersihan dan jaga penjarakan sosial in sha Allah jadi mudah.

Menurut berita, kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai 29 April hingga 12 Mei depan.





Arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Kebenaran Perjalanan Semasa PKP

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.


Walaupun kerajaan benarkan untuk keluar berdua, tetapi peraturan hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing masih dikekalkan. 

Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.

Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Kesimpulan

Semoga dengan kemudahan kebenaran keluar berdua yang kerajaan beri kepada rakyat dapat memudahkan serta meringankan tekanan orang ramai. 

Ketua keluarga boleh tarik nafas lega dan sentiasalah mematuhi arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Denda wang ringgit dan hukuman penjara menanti pesalah-pesalah PKP. 

Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID-19 dengan mengamalkan minum air suam, berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan COVID19. 

Tapi betul ke? 

Itu apa yang dipercayai oleh segelintir rakyat Malaysia tetapi kalau di Iran pula, ada yang percaya minum alkohol dapat menyingkirkan virus tersebut.

Tidak pasti bagaimana timbulnya petua-petua ni tetapi kalau lah semudah minum air suam dan kumur air garam dapat singkirkan COVID-19 pastinya kita semua dah boleh tarik nafas lega. Tapi tidak ya korang. 

Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Diminta jangan mudah percaya. Mujur petua minum air suam ni tak memudaratkan, bayangkan kalau petua mengarut lain pula jadinya.

Menurut pakar perubatan, COVID-19 adalah jangkitan saluran pernafasan khusus saluran pernafasan yang lebih mendalam. Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak.




Jangan sebarkan Maklumat Palsu

Memang jadi budaya rakyat Malaysia suka sangat-sangat berkongsi sesuatu yang mereka sendiri pun tak pasti. Aku tidak salahkan semua, tapi majority memang suka kongsi walau tak pasti. 

Bila ditegur tarik muka, siap pakej bergaduh tak bertegur sapa.

Buruk akibatnya kalau sebarkan sesuatu yang tak benar. Bukan setakat buat orang jadi panik tapi boleh jadi lebih buruk bila melibatkan kesihatan dan nyawa. 




Langkah-Langkah Pencegahan COVID-19

1.Mengamalkan tahap kebersihan yg optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.

2. Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.

3. Mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

4. Menangguhkan penganjurkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

5. Tidak menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

6. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini) mahupun di Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah dengan jangkitan penyakit.


Kesimpulan

Aku mohon kita semua saling bantu membantu dalam menangani wabak yang sedang berleluasa ini. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, patuh arahan pihak berkuasa dan sama-sama berdoa supaya kita dapat melepasi ujian kali ini.

Untuk yang tak sihat ada simtom-simtom COVID-19 segeralah berjumpa dengan doktor dan elak pergi ke tempat ramai orang. 

Dapatkan rawatan dan asingkan diri. Serius, bila dah masuk gelombang kedua aku jadi semakin paranoid dengan apa sahaja dan berdoa lah kita tak masuk ke gelombang ketiga dan seterusnya. aamiin.

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Apa khabar korang semua? Terasa sangat bila dah dikuatkuasakan pergerakan kawalan ni macam terputus dengan dunia luar. 

Syukur internet di Malaysia masih lagi boleh diakses. Bayangkan kalau komunikasi pun disekat. Tak dapat bayangkan.

Harapnya rakyat kita ambil serius dengan apa yang berlaku sekarang. Seronok bila tengok pengumuman rasmi Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang sentiasa ingatkan supaya duduk di rumah. 

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Rasa macam kerajaan ambil berat terhadap rakyat. Terima kasih. Cuma yang tinggal rakyat je kena mendengar kata.

Dah masuk beberapa hari Perintah kawalan pergerakan tapi masih ada rakyat yang degil. Teruskan aktiviti harian di luar rumah seperti berjogging dan berbasikal. 

Rasa nak hempuk je kepala masing-masing. Janganlah sampai Tentera pula kena masuk campur kawal pergerakan. Teruk nanti. 




Hanya Ketua Keluarga Keluar Rumah

Bagus juga idea hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar, itu pun kalau ada urusan penting atau beli bekalan makanan. 

Tak dapat bayangkan kalau anak kecil dibawa keluar waktu genting macam ni. Aku nak lepaskan suami cari barang pun aku rasa tak sedap hati.

Risau betul kalau jadi apa-apa. Yelah selain berdoa, langkah-langkah pencegahan kebersihan memang selalu aku tekankan. 

Dah la COVID19 boleh hidup di permukaan sehingga 9 jam. Berapa ramai pula yang singgah dan beli belah di pasaraya. Siapa boleh jamin pasaraya tu selamat. Seram bila fikir.

Sebelum ni syarikat suami buat rotation untuk bercuti. Ambil giliran seminggu bercuti dan seterusnya. Lega bila keluar arahan supaya syarikat tempat suami bekerja ditutup sepenuhnya. 

Selalu kalau keluar bekerja, amalan selalu kalau balik dari kerja mesti aku suruh basuh tangan dan mandi. Anak-anak selalu terkam sambut dia balik.

 


Langkah-Langkah Kebersihan Perlu Ambil Tahu

Jadi pesanan aku dekat korang dekat luar sana yang keluar rumah, pergi ke pasaraya, keluar bekerja, atau terdedah dengan dunia luar sila amalkan langkah-langkah kebersihan dekat bawah ni:

#1 Pakai topeng muka #mask Sebelum ni aku baca mask perlu dipakai oleh mereka yang dijangkiti dan tak sihat supaya bila batuk atau bersin tak la kena pada orang lain. Tapi ambil sajalah extra precautions pakai je selagi ada stok. Masalah sekarang stok mask dah tiada

#2 Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak pasaraya. Lepas selesai buanglah.

#3 Sentiasa cuci tangan dengan sabun guna prinsip 20 saat ya. Bukan bilas tangan dengan air je, kena cuci.

#4 Standby Hand sanitizer letak dalam handbag dan keraplah guna terutama bila pegang troli di pasaraya.

#5 Bila balik rumah terus cuci tangan dan lagi bagus kalau mandi. Tukar baju. Kita tak tahu segala bakteria dan virus yang ada melekat pada pakaian kita.

#6 Kalau bungkus makanan, cuba semak tahap kebersihan kedai makan dan elak tempat yang ramai orang. Waktu genting sekarang aku memang elak bungkus makanan kecuali terpaksa.


Kesimpulan


Sebenarnya masih banyak langkah-langkah penjagaan kebersihan boleh diamalkan. Mahu atau tidak sahaja terpulang pada kita. 

Terkesan bila tengok petugas-petugas barisan hadapan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan berkorban merawat pesakit dan pastikan wabak ni terkawal.

Tak lupa juga petugas bahagian pertahanan yang menjaga keamana negara, yang terpaksa korbankan nyawa demi pastikan negara kita terkawal dan tiada pertumpahan darah berlaku. Aku seru rakyat Malaysia tolong jangan tambahkan lagi beban mereka.

Di waktu yang kritikal inilah kasih sayang, kepercayaan, taat setia kita akan diuji. Sekuat mana kepercayaan kita tak kira apa sahaja agama, aku yakin inilah waktu kita meminta dan berdoa kepada Yang Berkuasa.


Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19, Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk. 

Bukan apa, dengan peratus yang tinggi orang salah guna Whatsapp dan sebarkan benda tak betul aku jadi takut nak percaya.

Jadi marilah kita sebarkan maklumat yang sahih sahaja ya. Pesanan untuk kita semua, tak pasti jangan kongsi. 

Baru-baru ni KKM ada kongsikan tentang lokasi untuk dapatkan topeng muka (face mask). Benda paling sukar nak jumpa sekarang tak lain tak bukan topeng muka dan juga had sanitizer.

Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Serius semua habis stok, kalau ada pun di jual dalam kuantiti yang terkawal. Setiap orang boleh beli dalam kuantiti minimum yang dibenarkan sahaja. 

Aku pernah tanya hand sanitizier yang kecil saiz kurang dari 100ml harga mencecah RM20.



Cara Periksa Tempat Jual Topeng Muka

Sebenarnya wujud satu kaedah untuk periksa premis yang menjual topeng muka dan hand sanitizer secara atas talian. Selalu kalau walk in ke farmasi pasti akan kecewa sebab tiada stok kan? 

Rupa-rupanya korang boleh semak premis yang ada stok topeng muka sebelum keluar rumah. Bagus kan?

Face Mask Checker Map” membolehkan orang ramai memeriksa premis berdekatan yang mempunyai stok topeng muka dan hand sanitizer bagi mereka yang memerlukan melalui wheremymask.com Memang bagus sebab menjimatkan masa dan korang tak perlu lagi mencari dari satu farmasi ke farmasi lain.




Boleh rujuk FB My Pharmacist House untuk keterangan lanjut. Kalau ikut contoh gambar di bawah, Warna Kuning menunjukan Tiada Stok, dan Warna Merah Ada Stok, manakala Biru mewakili Status Tidak Pasti.



Pesanan Kementerian Kesihatan Tentang Penyakit COVID19

Banyak sebenarnya kempen-kempen dan juga poster yang telah KKM kongsi di internet dan televisyen menasihatkan agar rakyat Malaysia menjaga kebersihan dan kesihatan tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Rakyat diminta untuk tidak mementingkan diri dan ambil kesempatan di atas musibah yang melanda.

Perhatian harus diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti:


1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit dgn penyakit kronik 
4.  Wanita hamil.

Nah aku kongsikan artikel dari https://kpkesihatan.com/ tentang langkah-langkah pencegahan perlu korang tahu: 

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta;

Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.


Kesimpulan

Harapnya dengan keadaan situasi yang kritikal sekarang tiada pihak yang akan ambil kesempatan dan jual barang-barang tersebut dengan harga yang mahal. Setiap orang memainkan peranan penting untuk memastikan kita agar dapat membendung wabak penyakit ini dari terus berleluasa.