Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak

Rodiah Amir
4
Petola ni salah satu sayur kegemaran Diah sekeluarga. Selalu beli petola mesti masak air tumis udang kering di masak bersama fucuk kering dan suun. 

Makan dengan nasi putih dan sambal kicap. Bertambah lah nasi. Sebab dah selalu sangat masak petola tumis air maka mencari lah menu lain yang berasaskan petola. 


Resepi Petola Goreng


Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak


Selain masak tumis air, Diah suka masak Petola Goreng Garing ala Mamak. Kalau selalu makan dekat mamak mesti ada peria goreng atau petola goreng tepung garing tu kan? 

Sebab ter inspirasi dengan restoren mamak la maka terhasilnya Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak ni. 

Masa mula-mula buat dulu selalu tak jadi rangup. Pelik jugak kenapa mamak tu buat rangup je. Lepas beberapa kali adjust baru la faham teknik nak maintain petola ni garing. 

Sebelum Diah dedahkan apa tips dia, Diah terangkan dulu resepi dia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Petola Goreng Garing ala Mamak adalah seperti berikut. 

Hanya tiga bahan mudah iaitu, petola, tepung goreng Bestari dan sedikit air. Apa yang perlu dibuat hanyalah bancuhkan tepung goreng Bestari dengan sedikit air sejuk. 

Kemudian salutkan adunan tadi dengan petola yang di kupas kulitnya dan dihiris nipis. 



Tips Petola Goreng Garing ala Mamak


Tips penting di sini ialah, sebelum salutkan petola pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng betul-betul panas. 

Bila minyak dah betul-betul panas baru salutkan petola. Kalau salut kan petola terlalu awal, petola akan ber air dan hasilnya petola tidak akan garing. Ulang langkah yang sama sehingga siap.

Tips kedua ialah goreng dalam minyak yang panas dan api besar. Masa menggoreng jangan la sibuk nak membasuh kain atau tonton televisyen pula ya. 

In sha Allah kalau ikut tips yang Diah kongsi petola yang di goreng akan kekal garing. 

Untuk cadangan, Petola goreng garing ni sedap di makan dengan nasi beriani, kuah kari dan dalca. Lepas tu ada ayam goreng. Memang terbaik. 

Nak makan dengan nasi putih pun tiada masalah. In sha Allah kalau ada tips-tips lain yang menarik akan Diah kongsikan lagi nanti. 

Selamat mencuba. 

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. tak pernah try lgi..jrg makan petola..hehe

    BalasPadam
  2. Macam sedap ja nie.. boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  3. Ya Allah sedapnyaa, macam sedap je dimakan bersama nasi beriani petola tuu

    BalasPadam
  4. Sedap betul makan macam nie.. Sha cukup suka.. memang laju je kalau digoreng garing cengginie.. Tapi pria lah.. kalau petola nie belum pernah cuba lagi..

    BalasPadam
Catat Ulasan