Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Beberapa hari sudah suami beli keledek oren menggantikan keledek Ungu (keledek Jepun Manis) yang diminta anak bujang. 

Terpengaruh lepas tengok rancangan Running Man dekat tv, ada adegan Kwangsoo makan keledek Jepun tu. Sedapnya tengok sambil tertelan air liur.

Memang sebelum ni aku pernah beli keledek Ungu tu sebab suka rasa dia yang manis berlemak. Kalau makan memang tak ingat, sedar-sedar dah habis. 

Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Bila rebus, Ikhwan lah yang paling banyak makan. kena betul dengan selera dia. Oleh sebab keledek Jepun tu tiada stok maka suami beli keledek warna oren. 

Tapi budak-budak dekat rumah ni tak minat sangat kalau aku buat keledek goreng garing macam tu. Kalau aku dan suami laju je makan colek dengan sambal kicap atau sos cili. Hoi sedap.



Jadi untuk memenuhi selera dan memastikan semua orang makan keledek oren ni maka aku ubah menjadi bebola keledek yang garing diluar dan lembut di dalam. 

Sengaja aku tambahkan parutan cheese. Bila makan dengan keledek yang manis tu memang kena sangat dengan masin cheese.

Hasil cuba-cuba aku masak Corndog Viral 

Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Sebelum ni aku pernah buat bebola keledek tapi menggunakan tepung gandum dan hasil dia tak seperti yang aku harapkan. 

Masa tu kecewa jugalah sebab tak sama pun macam yang dijual di kedai, keras pula tu. Serik juga nak buat.

Resepi keledek kali ni aku rujuk dari Youtube, aku tengok beberapa resepi yang dikongsi dan aku ubah suai ikut bahan sedia ada dekat dapur. 

Nak buat pun mudah sangat maka terhasilah bebola keledek oren garing yang lembut di dalam. Cara-cara membuat Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam adalah seperti berikut:

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap




Bahan-bahan

400gram Keledek Oren yang telah direbus/stim dan dilenyekkan
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung pulut (aku ganti tepung jagung)
1sk Baking Powder
1 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cheese untuk diparut adalah optional

Cara-caranya ialah:

1. Rebus/stim keledek oren sehingga empuk dan lenyekkan. Biarkan keledek sejuk. Kemudian masukkan tepung beras, tepung pulut (dekat rumah ada tepung jagung je jadi aku guna ganti tepung pulut), baking powder, gula dan sedikit garam.

2. Gaul kesemua bahan dan uli sehingga sebati. Masa masukkan tepung jagung korang agak-agak la supaya doh tidak menjadi terlalu keras. Lebihan tepung boleh akibatkan keledek menjadi bola sepak yang keras. Lol.

3. Selepas puas hati dengan doh, aku tutup dan biarkan doh direhatkan selama 10-15 minit. Setelah direhatkan aku canai doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Kalau korang suka makan bebola bersaiz besar, canailah ikut saiz kesukaan masing-masing.

4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Tips penting semasa menggoreng adalah korang kena selalu golekkan bebola di dalam kuali sehingga masak. Itu yang memastikan bentuk bebola menjadi bulat dan buat bebola keledek menjadi garing diluar dan lembut di dalam.

5. Parut Cheese dan letak di atas bebola. Terpulang nak letak atau tak. Kalau tabur gula kastor pun dah cukup sedap bagi aku. 




Lepas beberapa kali percubaan baru aku berjaya masak bebola keledek yang rangup dan lembut di dalam. Gembira sangat aku tak putus asa dan nak belajar. 

Apa yang aku cuba kaitkan dengan kehidupan ialah, jangan cepat putus asa kalau menemui kegagalan. Kalau kita berusaha pasti akan ada jalannya.

Tadi nak cerita pasal resepi je kan? dah melalut masuk bab lain. Ok korang selamat mencuba ok. Jumpa lagi di lain entri masak-masak. 

Pantai Bagan Lalang Destinasi Pilihan Perkelahan Keluarga

Setelah lebih empat bulan anak-anak terkurung di rumah disebabkan PKP maka baru-baru ini aku dan suami setuju untuk gembirakan hati anak-anak dan bawa mereka pergi berkelah di Pantai Bagan Lalang. 

Setelah lama dikuarantin kerana COVID baru aku ada kekuatan nak bawa anak-anak ke tempat awam. Itupun masih lagi berhati-hati dan amalkan norma baharu seperti pakai mask, elak tempat sesak dan sentiasa sapu hand sanitizer.

Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan atas banyak faktor dan salah satunya lokasi pantai Bagan Lalang agak dekat dengan rumah dan perjalanan ke sana pun kurang sesak. 

Kebetulan sangat ada kawan yang mengajak pergi berkelah jadi aku tumpang sekaki.


Pantai Bagan Lalang Destinasi Pilihan Perkelahan Keluarga Selepas PKP


Dalam masa yang singkat dan perancangan yang sedang-sedang perkelahan kami sangat menyeronokkan sila baca anak-anak yang paling gembira. 

Banyak sangat perubahan yang berlaku di Pantai Bagan Lalang, dah semakin cantik dan persekitaran agak bersih kecuali di pesisiran pantai sahaja yang banyak sampah. 

Tempat kami berkelah ni betul-betul di sebelah Hotel dan resort Avani Sepang Goldcoast Resort. Boleh nampak la dari tempat kami berehat.

Aku pernah main pasir pantai di Pantai Remis





Menggamit Kenangan  Pantai Bagan Lalang

Kali terakhir aku ke Pantai Bagan Lalang adalah masa aku anak satu, sekarang masuk anak ketiga baru dapat jejak kaki sekali lagi ke situ. 

Datang ke Bagan Lalang bermaksud aku mengimbau kembali zaman percintaan dengan suami. 
Okay ini kelakar, dulu waktu bercinta kami selalu ke sini untuk lihat matahari terbenam sambil makan burger. Masa bercinta semua seronok dan sedap.

Kalau korang teringin nak datang sini memang aku alu-alukan sangat, nak berkelah, nak buat BBQ, dan main layang-layang. 

Pernah juga orang bertanya, pantai bagan lalang boleh mandi ke? jawapannya semestinya boleh. Aku dan suami tak mandi, anak-anak sahaja yang ambil peluang untuk mandi. 

Ramai pengunjung yang datang ke sini mesti tak lepaskan peluang untuk buat BBQ. Kalau aku tahu pasti aku dah siapkan awal-awal kelengkapan BBQ. Next time la boleh repeat.

Kemudahan tandas dan tempat mandi juga disediakan. Macam biasa bayaran 0.50 sen untuk buang air kecil dan RM1 untuk mandi. Tak tahu lah sampai bila harga macam ni akan dikekalkan. Bersih pun bersih. 





Aktiviti Menarik Di Pantai Bagan Lalang

Aku juga ada nampak iklan perkhidmatan BBQ digantung dekat pokok-pokok, jadi agak-agak nak buat BBQ boleh hubungi mereka. Ada juga beberapa gerai menjual makanan dan minuman.

Aktiviti yang sesuai dibuat bila berada di Pantai Bagan Lalang antaranya ialah main layang-layang, main Frisbee sebab angin yang agak kuat, bakar makanan laut BBQ, mandi manda masih sesuai jika korang tidak berkulit sensitif. 

Bagi aku air dia agak keruh tapi ramai je yang mandi. Aku lebih enjoy pemandangan sambil menikmati keindahan alam.

Aku bertolak sekitar tujuh pagi dan singgah beli breakfast untuk makan dekat sana. Kami sampai sekitar 8.30 pagi dan cuaca sangat baik. 

Walaupun awal pagi tapi pengunjung slow-slow sampai. Ada yang bermalam di pantai, siap pasang khemah. 

Kagum la aku. Aku ni penakut, takut manusia tak bertamadun kacau jadi salute sangat mereka yang berkhemah dan bermalam di tepi pantai.





Kesimpulan 


Jadi untuk korang yang tinggal berdekatan, Pantai Bagan Lalang adalah antara lokasi yang terbaik untuk korang bawa anak-anak berkelah dan bercuti. 

Nak ke Pantai Port Dickson memang penuh dengan manusia, kalau Pantai Terengganu, Langkawi dan lain-lain jauh la pula. 


Semestinya pilihan aku yang terbaik adalah kena consider jarak perjalanan, kos dan waktu lapang.

Serius anak-anak puas hati dan bergembira sepanjang perkelahan, siap tak mahu balik. Paling penting kami satu keluarga dapat habiskan masa berkualiti bersama-sama. 

Aku nak anak-anak aku akan ingat kenangan perkelahan dia dan keluarga. Korang pula dah bercuti ke mana?

Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack ‘N Jill Calbee!


Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack ‘N Jill Calbee!

Peluang untuk Para Penggemar Snek Meraih Hadiah Hebat. 

Tentunya tiada apa yang lebih menyenangkan hati seseorang itu daripada dapat bersantai di sofa sambil menonton filem, melayan drama bersiri secara terus-menerus mahupun melayari internet di komputer riba bersama sepaket JACK ‘n JILL Calbee di sisinya.

Keadaan baru-baru ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan norma baharu, iaitu duduk di rumah. Ia memanglah agak menjemukan, namun JACK 'n JILL Calbee sedia menceriakan rutin seharian anda dengan pengalaman menikmati snek di rumah yang menghiburkan.

Pada Julai ini, jenama ini akan memberi nilai tambah kepada setiap kunyahan kerepek kentang kegemaran anda, dengan peraduan “JACK ‘n JILL Calbee Elevate Your Snacking Experience at Home Contest 2020”




JACK ‘n JILL Calbee telah dilancarkan pada Januari 2019 hasil usaha sama URC Snack Foods Malaysia, yang terkenal dengan jenama warisannya JACK' n JILL, dengan Calbee, yang merupakan pengeluar kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, JACK 'n JILL Calbee, yang menawarkan tiga perisa iaitu Classic Salted, Smokey BBQ and Flamin’ Chilli, telah menambat hati para penggemar snek dan dijadikan snek kegemaran mereka.

Untuk Kaki wayang

“Norma baharu duduk di rumah dan penjarakan sosial telah menjadikan orang ramai lebih menghargai masa bersama orang tersayang, sekaligus dapat juga mencetuskan nostalgia. 

Daripada meningkatkan kemahiran memasak sehinggalah idea penambahbaikan kediaman, orang ramai sentiasa mencari jalan untuk menjadikan waktu yang dihabiskan di rumah lebih menyeronokkan dan bermakna,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.


“Sebagai satu jenama yang sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan, JACK ‘n JILL Calbee kini memperkenalkan satu cara untuk mengganjari pelanggan kami sambil bersantai dan menikmati snek di rumah.

Mulai 1hb Julai 2020 hingga 15hb Ogos 2020, semua peminat snek di seluruh negara dijemput untuk menyertai peraduan ini bagi meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan khusus untuk menambahkan keseronokan menikmati snek di rumah.


Para pelanggan JACK ‘n JILL Calbee yang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah iPad Pro 11, untuk tontonan skrin persendirian yang berkualiti, sebuah TV Sony 65” untuk pengalaman tontonan ala-panggung wayang dalam keselesaan kediaman sendiri, serta pas percuma untuk melayan filem atau drama bersiri di Netflix!

JACK ‘N JILL CALBEE KINI KEMBALI LAGI UNTUK MENINGKATKAN KEPUASAN MENIKMATI SNEK ANDA, KALI INI DI RUMAH JE!

Sertai sekarang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat dengan 2 langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1        
    
Beli produk JACK ‘n JILL Calbee berjumlah RM 8 dan ke atas di dalam satu resit.

Langkah 2     
       
Hantarkan gambar resit pembelian menerusi WhatsApp, sertakan anda dan kepada +6011-1081 1878

Jawab (Y/N) (Y untuk Ya atau N untuk tidak) untuk soalan ini: “Adakah JACK ‘n JILL Calbee ditawarkan dalam tiga perisa?”

 Ganjaran Hebat Yang Menanti Anda
 

HADIAH UTAMA X 1                          
Sebuah iPad Pro 11

HADIAH KEDUA X 1           
Sebuah TV Sony 65”

HADIAH KETIGA X 50                       
Kad Hadiah Netflix bernilai RM100



Kesemua 52 pemenang juga akan menerima hadiah berupa satu set ‘JACK ‘n JILL Calbee Home Elevation Kit’ yang mengandungi tiga paket JACK ‘n JILL Calbee, satu mangkuk JACK ‘n JILL Calbee dan satu cawan JACK ‘n JILL Calbee.

Untuk maklumat lanjut berhubung cara menyertai peraduan ini, sila layari laman Facebook kami   atau Instagram untuk perkembangan terkini.



#JacknJillCalbee
#ElevateYourSnackingExperience
#ElevateYourSnackingExperienceAtHome


Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz

Hobi membaca buku ni memang dah lama sebati dalam diri aku, paling aku ingat adalah zaman aku sekolah menengah. Memang bertimbun novel dan juga majalah kesayangan aku. 

Kalau korang lahir tahun 80-an mesti kenal majalah “Blues Selamanya”. Hoi berhantu majalah tu, setiap keluaran memang aku tak pernah terlepas beli.

Itu cerita zaman dulu, zaman sekarang orang baca buku online free je berlambak website yang sediakan bahan bacaan buku online percuma. Bila usia semakin meningkat, masa lapang aku dah semakin kurang. 

Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz

Aku lebih banyak buat aktiviti luar, jadi hobi membaca buku jadi perlahan dan masa tu aku terasa sangat otak aku tak berkembang. Lol.

Serius tau, bila kita banyak membaca, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat dan semakin sihat otak manusia. 

Sebab tu kalau korang tengok kebanyakkan mereka yang suka membaca ada cahaya di wajah mereka, muka kelihatan muda setiap masa dan setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka sangat berharga. Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz.



Review Buku Dajal Dalam Diri, 30 Sifat Keji (Cegah & Hindar)

Kalau korang sejenis suka membaca buku tak kira genre buku, aku nak cadangkan sebuah buku yang sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. 

Buku terbitan KADOKKAWA GEMPAK STARZ, hasil tulisan oleh Jane, Adda dan juga HK.L atau lebih dikenali dengan nama pena SisYoujae

Buku ni bukan komik mahupun novel ya, buku yang bertajuk “Dajal Dalam Diri”. Kalau nak tahu buku ni adalah buku motivasi, development psychology, & personality and motivation. 

Dalam buku ini juga dikongsikan 30 sifat keji yang ada dalam diri manusia dan bantuan tips serta bimbingan cara cegah dan hindar agar kita tak terus menerus terjerumus menjadi dajal.

Bila sebut perkaatan Dajal, memang sinonim kita akan sebut makhluk bermata satu yang akan merosakan iman manusia. 
Dajal akan tiba satu masa nanti dan akan menggoda manusia agar menjadi pengikut dia.

Penulis-penulis menggunakan kiasan dajal yang sebenarnya merupakan sifat keji yang tertanam dalam diri kita secara sedar mahupun tidak. 

Kupasan penulis yang ringkas, penggunaan bahasa moden dan mudah difahami menyebabkan aku beli buku ni.

Apa yang buat aku tertarik nak beli buku ini selain daripada isu buku yang menarik adalah disebabkan cover buku ni sendiri. 

Penggunaan warna, tulisan serta imej yang dipilih cukup buat mata aku terpegun dan seterusnya untuk membaca. 

Bak lirik laju tujuh nasihat, orang dulu kata kerana mulut badan binasa sekarang kerana mata jari berbicara maka terhasillah review ikhlas tentang buku Dajal Dalam Diri.



Dekat Mana Nak Beli?

Aku beli buku di MPH Mid Valley kebetulan masa tu aku mencari komik Boboiboy untuk anak sulong aku. Terlajak masuk dan terlajak beli buku ini. 

Korang boleh beli juga secara online di laman web INI dan tunggu buku sampai depan rumah. Tersangat lah mudah beli belah secara online ye kawan-kawan.

Harga buku ni RM20 sahaja. Aku pernah beli buku dari Shopee (MPH store) dan aku chat mereka untuk tanya stok buku yang ada, korang juga boleh buat perkara yang sama asalkan korang tahu judul buku yang korang nak beli. 

Iman Bookstore pun okay juga sebab banyak pilihan. 

Kalau korang sejenis yang perlu pegang buku dan lihat sendiri dengan mata maka korang wajiblah ke cawangan-cawangan MPH berdekatan. 

Kedai buku lain tak pasti ya, mungkin ada. Nak mudah korang simpan je gambar buku aku kongsi ni dan tunjukkan masa book hunting nanti.




Selain conteng buku dengan higlighter warna warni, aku suka letak sticker note bagi memudahkan aku rujuk nota yang aku buat. Senang sikit.

Buku Peluang Kedua pun best juga. 


Kesimpulan

Seperti yang aku terangkan dekat atas, buku Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz amat berbaloi untuk dimiliki. 

Secara peribadinya aku rujuk buku ini untuk aku lebih kenal diri sendiri. Banyak sangat perkara yang boleh aku improve dan kalau perkara buruk tu semestinya aku cuba untuk tinggalkan. 

Buku ni juga jadi senarai semak segala ilmu yang aku pegang selama aku bernyawa. Jadi aku memang sarankan untuk korang beli untuk diri sendiri, untuk anak, adik beradik yang baru nak mulakan kehidupan supaya mereka dapat jawapan cara nak hindari sifat keji dalam diri.