Cara Mudah Mohon I-SINAR RM10,000 KWSP

Ada lagi yang belum mohon i-Sinar? Kalau belum boleh rujuk cara mudah untuk mohon tapi kena baca sehingga habis. Pencarum KWSP Kategori 1 akhirnya boleh memohon i-Sinar secara dalam talian mulai 21 Disember 2020.

Seperti sedia maklum, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Jika anda tergolongan dalam Kategori 1 dan memerlukan duit untuk demi kelansungan hidup, inilah masanya untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Permohonan hanya secara online dan sangat lah mudah.


Cara Mudah Mohon I-SINAR RM10,000 



PERKARA PENTING PERLU BUAT SEBELUM MOHON I-SINAR

Sebelum membuat permohonan, anda digalakkkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP. 

Wajib mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun bagi melancarkan urusan permohonan. Pastikan juga akaun bank masih aktif, milik anda dan Bukan Akaun Bersama (Joint Account).

KRITERIA PEMOHON KATEGORI 1 I-SINAR

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan
  • Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.


CARA MUDAH MOHON I-SINAR RM10,000

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ 
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP /  Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan AMAUN pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses.

* Ramai yang suarakan tidak menerima OTP tetapi berjaya menghantar permohonan. Jangan risau kerana, mereka yang tidak menerima OTP dikehendaki Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.

Permohonan jadi lebih mudah jika sebelum ini anda pernah memohon i-Lestari.



Setelah membuat pilihan jumlah pengeluaran, penasihat online KWSP bernama Elya akan beri nasihat & peringatan mengenai jumlah simpanan yang akan anda dapat sekiranya tidak membuat pengeluaran. 

Terpulang kepada individu untuk terima nasihat dan kurangkan jumlah pengeluaran atau sebaliknya. Semak balik tujuan utama kenapa kita mahu keluarkan simpanan KWSP. 



TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR KWSP

Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.


KRITERIA PEMOHON KATEGORI 2 I-SINAR

Bagi permohonan Kategori 2 pula, permohonan akan dibuka pada tahun hadapan iaitu pada 11 Januari 2021.

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
  • Jangan lupa untuk sediakan dokumen yang perlu disertakan seperti:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Apa jua pilihan anda, pastikan anda merancang kewangan dengan bijak dan tidak menjadi mangsa scammer. Keadaan ekonomi dan situasi Pandemik ni berubah-ubah setiap masa, jadi elok berjaga-jaga. 

Punca Dan Jenis Rawatan Bell’s Palsy Perlu Tahu

Kalau sebelum ni terbaca tentang pelakon Faye Kusairi yang diserang penyakit Bell’s Palsy masa dia sarat mengandung, kali ni Adibah Noor pula diserang penyakit yang sama. 

Adibah Noor tak sedar pun yang dia terkena serangan Bell’s Palsy sehinggalah dia berjumpa dengan doktor. Dia ke hospital selepas tiga hari apabila dia tak dapat bertutur dan seyum seperti biasa.

“Saya terkena serangan bell’s palsy ketika sedang berkumur dan menggosok gigi di rumah.

“Saya pelik kenapa air meleleh daripada mulut selain sebutan juga tidak berapa jelas ketika bercakap.

“Tetapi, saya tidak terus pergi membuat pemeriksaan di hospital kerana ada penggambaran pada hari tersebut,”

-Adibah Noor-


Perkara Perlu Tahu Tentang Bell’s Palsy

Selain Faye Kusairi dan Adibah Noor, pelakon, penyanyi dan juga anak kepada Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob iaitu Dafi juga pernah terkena penyakit yang sama. Kalau tak silap berlaku pada tahun 2016.




Apa itu Bell Palsy?

Aku kongsikan penerangan dari seorang doktor yang buat bebenang (thread) di Twitter. Ramai minta doktor terangkan apa itu Bell Palsy supaya lebih ramai yang faham.

Bell's palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Sesiapa sahaja boleh terkena Bell’s Palsy tak kira lelaki mahupun perempuan. Paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun.  Boleh berlaku secara tiba-tiba dan biasanya di sebelah muka. Ketahuilah kita semua berisiko ya.





Tanda-Tanda Bell’s Palsy adalah seperti berikut:

  • Muka senget / tak simetri
  • Kebas pada muka
  • Air liur meleleh tak terkawal
  • Mata sukar ditutup dan berair
  • Pertuturan tak jelas
  • Kurang deria rasa pada lidah
  • Sakit telinga

Apa Punca Berlaku?

Menurut Dafi, doktor memaklumkan ia berpunca akibat tekanan kerja dan kurang rehat. Sama juga situasi yang berlaku kepada Adibah Noor yang sibuk dengan aktiviti pengambaran.

Terdapat beberapa kemungkinan berlakunya Bell’s Palsy iaitu:

Terdapat jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit.

Pengaktifan semula virus herpes zoster pada saraf di bahagian geniculate ganglion.


Siapa Golongan Berisiko Terkena Bell’s Palsy?

  • Kehamilan
  • Pre-eklampsia
  • Obesiti
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Stress

 


Jenis-Jenis Rawatan Bell’s Palsy

Berita baik bagi mereka yang terkena Bell's palsy ianya boleh dirawat dengan beberapa cara dan ia mempunyai prognosis (jangkaan pemulihan) yang baik. Lazimnya boleh pulih dalam masa 2-4 minggu. Namun ada juga yang pulih lebih lambat, dan ada juga yang tidak pulih sepenuhnya.

Berbalik kepada kisah Adibah Noor, disebabkan kandungan gula dalam darahnya tinggi, doktor memberitahu bahawa dia memerlukan tempoh antara tiga sehingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Tolong pergi ke hospital dan dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan rawatan segera.

Antara kaedah rawatannya adalah seperti berikut:

Oral steroid

Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.

Ubat antiviral

Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan.

Fisioterapi

Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.

Akupunktur

Ini adalah rawatan komplementari(tambahan) yang boleh dicuba. Keberkesanannya dalam proses kajian lanjut.

 

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy boleh baca di myhealth Portal

Kedai Berhantu MR Dollar Buka Cawangan Ke Sepuluh

Kedai MR Dollar adalah antara kedai yang ‘bahaya’ kalau masuk sebab kedai tu berhantu woi. Kalau datang kesini satu jam memang tak cukup. 

Sampai lenguh tangan angkat bakul pilih barang-barang. Kalau nak tahu MR Dollar merupakan kedai runcit yang menjual barang-barang keperluan pada harga tetap dan lebih rendah.  

Baru-baru ni aku sempat singgah ke kedai MR Dollar cawangan Wangsa Maju. Pengalaman pertama ke sini dan aku suka sebab susun atur kedai yang kemas dan bersih. 

Keluasan kedai yang besar dan selesa serta ada dua tingkat.




Harga Tetap, Always RM2 or RM5

Semua barang-barang yang ditawarkan dijual pada harga tetap iaitu RM2 dan RM5 untuk semua produk di 10 ‘department’ berbeza yang dijamin mesra poket dan berpatutan. 

Ada makanan (termasuk sayur-sayuran) & minuman, perkakas rumah, bahan memasak, permainan dan banyak lagi.



Antara jenama terkenal yang ada di MR.DOLLAR ialah seperti Maggi, Oreo, Kitkat, Marigold, Fernleaf, Kawanku, Coca Cola, Sunquick, Chipsmore, Farm Fresh, Nestle, dan banyak lagi.

Bahagian kegemaran aku semestinya bahagian makanan sejuk beku. Ada macam-macam pilihan makanan laut, kuih-muih, dan bebola. 

Berjenama pula tu dan berstatus halal. Memang rambang mata nak pilih.



Pembukaan Cawangan Ke 10 MR DOLLAR

Kalau nak tahu, MR DOLLAR merupakan salah satu anak syarikat MR D.I.Y. Grup. Terbaru MR DOLLAR telah membuka cawangan ke-10 mereka di Sunway Giza, Kota Damansara.

Strategi yang bijak sebab MR DOLLAR jual semua barang pada harga tetap (Always RM2 or RM5) dan mampu beli di waktu orang semua nak berjimat cermat.



Pelbagai jenis gula termasuk icing sugar, stevia. 



Ada pelbagai jenis beras, termasuk la beras pulut, beras wangi, beras perang, beras Tri-Mix. Geram tengok beras tu comel aku beli beras wangi. 




Boleh rujuk senarai cawangan MR DOLLAR dibawah yang boleh kau orang kunjungi:


MR DOLLAR Taman Maluri Cheras

Wisma Sistem 2, No 244,246 & 248, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras 55100, Kuala Lumpur

 

MR DOLLAR Jalan Kepong, 6/12 Mile

No. 2, 4 & 6, Jalan 1/32, 6 1/2 Mile Off Jalan Kepong

 

MR DOLLAR KIP Mall Bangi

Level 1, Lot 3, KIPMart Bangi, Jalan Medan Bangi (Business Park Bangi Golf Resort), Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Kuala Lumpur.


MR DOLLAR Wangsa Niaga, Wangsa Maju

No. 2, Jalan Wangsa Niaga, Off Jalan 34/26, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

 

MR DOLLAR KIP Mall Kota Warisan

G29A, KIPMall Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

 

MR DOLLAR Jalan Pasar Baru 3, Pekan Semenyih

No. 9(GF+1F+2F), 11(GF+1F+2F),13(GF+1F+2F), Jalan Pasar Baru 3, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Malaysia

 

MR DOLLAR Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar

Plot 1 & 2, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Perak

 

MR DOLLAR Sungai Chua, Kajang

S-50(A) Ground Floor, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor

 

MR DOLLAR Desa Coalfileds, Sungai Buloh

No.46, 48 & 50, Jalan DC 4/5, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

 

MR DOLLAR Sunway Giza

Lot C-09-G, C-09-M & C-09-1, Block C, Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor


Review Drama Korea Zombi Detective

Salah satu drama Korea yang aku suka tonton di tahun 2020 tak lain tak bukan drama Zombi Detective. Drama ni baru je habis ditayangkan pada bulan October lepas. 

Oleh disebabkan PKP hari tu bosan duduk rumah memang segala drama Korea aku cari. Drama ni pun tak heavy mana, kelakar dan dalam duk suspen tengok tu terselit scene kelakar dia. 

Kadang-kadang tak boleh brain dia punya lawak. Aku cakap dekat suami, “kalau Malaysian buat cerita tak logik macam ni, confirm viral lepas tu kena kutuk”.


Korean Drama Review Zombi Detective

Eh tapi Malaysia pun boleh bangga juga sebab ada filem Zombi Kampung Pisang, ala cerita arahan Mamat Khalid tu. Mak aku suka tengok okey. Aku suka sebab ada Awie berlakon. 



Profil Drama Zombi Detective

Drama: Zombie Detective

Director: Shim Jae-Hyun

Writer: Baek Eun-Jin

Network: KBS2

Episodes: 12

Release Date: September 21 - October 27, 2020

Language: Korean

Country: South Korea


Sinopsis Drama Zombi Detective

Dibintangi oleh Choi Jin Hyuk membawa watak Kim Moo Young, yang telah menjadi zombie selama 2 tahun. Tapi dia bukan Zombie sebarang Zombie. 

Kalau Zombie lain redha je jadi Zombie dia pula nak jadi Zombie yang tak makan manusia. Struggle lah dia menahan diri untuk tak makan manusia. 

Dia belajar berjalan, bercakap dan study macamana nak jadi manusia. Dia akhirnya berpindah ke bandar jadi detektif dan buka Agensi Penyiasatan, iaitu Kim Moo-Young's Private Detective Agency.

Memang mencabar terutama bila terpaksa menahan kelaparan dan tiada duit nak beli makanan. Dalam bangunan yang sama, ada agensi penyiasatan lain iaitu World King Agency. 

Dilakonkan oleh Tae Hang-Ho dan Lee Joong-Ok. Membantu sangat watak dia orang dalam drama ni. Lepas jadi Zombie, Moo Young ni memang tak ingat langsung tentang siapa dia masa hidup. 

Apatah lagi keluarga, kawan, dan kerja. Jadi bila tinggal di bandar dia pun slowly cuba cari jalan untuk ingat balik tentang diri sendiri semasa maish hidup.

Kelebihan dia menjadi Zombie adalah deria hidu dia yang memang cukup hebat. Memang sangat membantu terutama ada kes penyiasatan. 

Dia gunakan kelebihan tu untuk bantu selesaikan masalah-masalah yang timbul.


Kalau ada hero mestilah adalah pasangan dia. Dalam drama ni, Park Ju Hyun membawa watak sebagai Kong Seon Ji, yang bekerja sebagai seorang penulis yang suka kan kisah-kisah penyiasatan serta mempunyai semangat kerja yang tinggi dan suka menegakkan keadilan.

Dipendekkan cerita, Seon Ji akhirnya menjadi pembantu kepada Moo Young. Dia juga bekerja sama untuk mencari jejak ingatan detektif zombie yang hilang. 

Walaupun pada mulanya Seon Ji ni takut akan dimakan oleh Zombie Moo Young.

Selepas tempoh banyak halangan, rahsia dan segala persoalan terjawab satu persatu. Berbaloi la tunggu episod demi episod.

Okey tak seronok la kalau aku cerita semua kan? Pastinya drama ni happy ending. Banyak la scene gaduh dan juga kelakar. 

Bagi aku seronok sebab bukan fokus tentang kisah hero dan heroin je. Pelakon tambahan semua berjaya buat drama ni jadi best.

Apa yang aku suka bila tengok drama Korea ni ialah kualiti lakonan dan komitmen yang pelakon tu beri. 

Walaupun pegang watak tukang cuci je tapi memberi kesan pada penonton. Nilai dan pengajaran pun banyak sebenarnya boleh aku belajar.

Sifat setiakawan, kekeluargaan, ikhlas dalam perhubungan, tak mudah putus asa dan nekad capai apa yang diinginkan berjaya ditonjolkan melalui drama ni. 

Itu pandangan peribadi aku. Ada juga scene seperti fanatik kepada tokoh agama, ala-ala ajaran sesat sebijik macam orang dekat Malaysia. Kelakar.

Nak tahu kena tengok sendiri lah drama ni ya.