Korean Drama Review | Zombi Detective
Salah satu drama Korea yang aku
suka tonton di tahun 2020 tak lain tak bukan drama Zombi Detective. Drama ni
baru je habis ditayangkan pada bulan October lepas. Oleh disebabkan PKP hari tu
bosan duduk rumah memang segala drama Korea aku cari.
Drama ni pun tak heavy mana, kelakar
dan dalam duk suspen tengok tu terselit scene kelakar dia. Kadang-kadang tak
boleh brain dia punya lawak. Aku cakap dekat suami, “kalau Malaysian buat
cerita tak logik macam ni, confirm viral lepas tu kena kutuk”.
Eh tapi Malaysia pun boleh bangga
juga sebab ada filem Zombi Kampung Pisang, ala cerita arahan Mamat Khalid tu.
Mak aku suka tengok okey. Aku suka sebab ada Awie berlakon.
Profil Drama Zombi Detective
Drama: Zombie Detective
Director: Shim Jae-Hyun
Writer: Baek Eun-Jin
Network: KBS2
Episodes: 12
Release Date: September 21 - October 27, 2020
Language: Korean
Country: South Korea
Sinopsis Drama Zombi Detective
Dibintangi oleh Choi Jin Hyuk membawa
watak Kim Moo Young, yang telah menjadi zombie selama 2 tahun. Tapi dia bukan
Zombie sebarang Zombie. Kalau Zombie lain redha je jadi Zombie dia pula nak
jadi Zombie yang tak makan manusia.
Struggle lah dia menahan diri
untuk tak makan manusia. Dia belajar berjalan, bercakap dan study macamana nak
jadi manusia. Dia akhirnya berpindah ke bandar jadi detektif dan buka Agensi
Penyiasatan, iaitu Kim Moo-Young's Private Detective Agency.
Memang mencabar terutama bila
terpaksa menahan kelaparan dan tiada duit nak beli makanan. Dalam bangunan yang
sama, ada agensi penyiasatan lain iaitu World King Agency. Dilakonkan oleh Tae
Hang-Ho dan Lee Joong-Ok. Membantu sangat watak dia orang dalam drama ni.
Lepas jadi Zombie, Moo Young ni
memang tak ingat langsung tentang siapa dia masa hidup. Apatah lagi keluarga,
kawan, dan kerja. Jadi bila tinggal di bandar dia pun slowly cuba cari jalan
untuk ingat balik tentang diri sendiri semasa maish hidup.
Kelebihan dia menjadi Zombie
adalah deria hidu dia yang memang cukup hebat. Memang sangat membantu terutama
ada kes penyiasatan. Dia gunakan kelebihan tu untuk bantu selesaikan
masalah-masalah yang timbul.
Kalau ada hero mestilah adalah
pasangan dia. Dalam drama ni, Park Ju Hyun membawa watak sebagai Kong Seon Ji, yang
bekerja sebagai seorang penulis yang suka kan kisah-kisah penyiasatan serta
mempunyai semangat kerja yang tinggi dan suka menegakkan keadilan.
Dipendekkan cerita, Seon Ji
akhirnya menjadi pembantu kepada Moo Young. Dia juga bekerja sama untuk mencari
jejak ingatan detektif zombie yang hilang. Walaupun pada mulanya Seon Ji ni
takut akan dimakan oleh Zombie Moo Young.
Selepas tempoh banyak halangan,
rahsia dan segala persoalan terjawab satu persatu. Berbaloi la tunggu episod
demi episod.
Okey tak seronok la kalau aku
cerita semua kan? Pastinya drama ni happy ending. Banyak la scene gaduh dan
juga kelakar. Bagi aku seronok sebab bukan fokus tentang kisah hero dan heroin
je. Pelakon tambahan semua berjaya buat drama ni jadi best.
Apa yang aku suka bila tengok
drama Korea ni ialah kualiti lakonan dan komitmen yang pelakon tu beri. Walaupun
pegang watak tukang cuci je tapi memberi kesan pada penonton. Nilai dan
pengajaran pun banyak sebenarnya boleh aku belajar.
Sifat setiakawan, kekeluargaan, ikhlas
dalam perhubungan, tak mudah putus asa dan nekad capai apa yang diinginkan
berjaya ditonjolkan melalui drama ni. Itu pandangan peribadi aku. Ada juga
scene seperti fanatik kepada tokoh agama, ala-ala ajaran sesat sebijik macam
orang dekat Malaysia. Kelakar.
Nak tahu kena tengok sendiri lah drama ni ya.
Pelakon best tu.. tak tgk lagi kdrama nie.. boleh la masuk wishlist
BalasPadamCatat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.