SAFI SHAYLA SUPA Untuk Wanita Berhijab

Pertama kali mencuba Safi Shayla SUPA haircare kit terus jatuh suka. Bau dia yang SUPA wangi, SUPA lembut dan jadikan rambut SUPA ringan tu memang win habis.

Selalu sangat kita dengar orang yang bertudung ni susah betul nak jaga rambut. Silap langkah rambut boleh rosak dan berbau kepam. 


SAFI SHAYLA SUPA Lembut SUPA Wangi SUPA Ringan Untuk Wanita Berhijab

Dengan cuaca yang panas lagi cepat kulit kepala berpeluh dan menambah bau kurang enak.

Memahami masalah utama muslimah yang berhijab, SAFI Shayla yang dikenali sebagai Pakar Penjagaan Rambut Hijab telah melancarkan produk terbaru iaitu Safi Shayla SUPA haircare kit.




Safi Shayla SUPA Haircare Kit

Kalau nak tahu, Siri Safi Shayla SUPA dilengkapi dengan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream. Warna botol pink yang ceria dan menonjol melengkapi keperluan penjagaan wanita muslimah.

Bagi aku yang sibuk dengan aktiviti harian, memang sangat praktikal apabila Shayla memperkenalkan Supa Smooth Leave On Cream yang tak perlu dibilas.

Gabungan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream berfungsi untuk menjadikan rambut sentiasa ringan, lembut, tidak kusut & berminyak, walaupun memakai tudung dalam tempoh yang lama dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.

Review Set Safi Hijabista Bodycare




Safi Shayla SUPA haircare kit mengandungi 11x Lebih Nutrisi dengan gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien:

  1. Sunflower Oil
  2. Argan Oil
  3. Olive Fruit Oil
  4. Avocado Oil
  5. Soybean Oil
  6. Chamomile Oil
  7. Lavender Oil
  8. Jojoba Oil
  9. Rosemary Leaf Oil
  10. Sweet Almond Oil
  11. Macadamia Oil


SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Shampo

SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Shampo tersedia di dalam dua saiz iaitu 320g atau 640g. Gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien memberikan kelembutan dan menjadikan rambut lebih ringan, lebih halus, tidak berminyak serta lebih terurus dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.



SUPA Leave On Cream

SUPA Leave On Cream tersedia dalam saiz 120ml. Babungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien membantu rambut keriting menjadi lebih lembut, licin, mudah diurus dan semula jadi.

Terbukti wangian tahan lama sehingga 72 * jam berdasarkan ujian makmal yang dijalankan. Cara penggunaan pun mudah sahaja. Untuk dapatkan hasil yang baik, picitkan sedikit cream di tapak tangan kemudian sapu rata di keseluruhan rambut.

Lebih menyenangkan ianya tidak perlu dibilas. Mudah sangat. Wangi pula tu.


Peraduan Whatsapp & Menang Vespa SAFI SHAYLA SUPA

Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam peraduan SAFI SHAYLA SUPA dan menang hadiah utama; Supa Pink Vespa yang bernilai RM17,000 dan hadiah wang tunai mingguan hingga RM1,000 kepada pengguna bertuah.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa yang diadakan di seluruh negara bermula 1 Julai - 31 Julai 2021, dengan syarat minimum RM15 pembelian mana-mana produk SAFI Shayla SUPA.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk: SAFI Malaysia (@safimalaysia)

Selamat Ulang Tahun Kelima Raudah Sakinah

Bila tengok tarikh dah masuk ke pertengahan bulan Jun terus rasa bersalah sebab lambat gila aku kongsi cerita sambut birthday Raudah Sakinah ke lima tahun. Busy ke? tak, aku penat. Lol.

Mood tak datang jadi aku asyik duk tangguh buat.

Alhamdulillah syukur, 20 haribulan Mei lepas genap usia anak kedua aku, Raudah Sakinah yang ke lima tahun. Sambutan secara sederhana sebelum full lockdown hari tu.


Selamat Ulang Tahun Kelima Raudah Sakinah

Memandangkan dari awal birthday girl dah request kek yang dia nak jadi kurang kerja aku nak survey kek birthday. Raudah request nak potong kek Mermaid, tak pasti kartun apa dia tengok sampai ngigau nak kek Ikan Duyung.

Boleh baca sambutan birthday dia tahun lepas di sini. 

Seperti tahun lepas celebrate dalam keadaan yang terkurung jadi sambut anak beranak sahajalah. Potong kek dan bagi jiran sorang sikit, buat rasa.




Kek Birthday Jiha Bakery Wangsamaju

Masih lagi memilih Jiha Bakery, baker yang setakat ni penuhi selera kami. Kedai pun dekat dengan rumah jadi on sahajalah.

Sekejap je lima tahun berlalu. Alhamdulillah untuk semua yang Allah aturkan. Raudah Sakinah membesar jadi anak yang baik dan semoga berkekalan la hendaknya sehingga ke akhir usia.

Perkembangan dia setakat ni, di usia lima tahun dia semakin bijak, agak matang dari segi emosi dan kuat merajuk. Kalau sebelum ni dia lebih manja dengan abah dia, tapi rasanya dia dah mula manja dengan aku.

Sebelum ni aku banyak tumpukan perhatian pada adik dia, now adik dia dah besar so dapat lah aku layan Raudah pula. Kalau sebelum ni aku perasan dia banyak menjeruk rasa, now lebih baik.

Sambutan birthday secara kecil-kecilan. Beli kek dan mainan supaya anak-anak tak bosan dan stress duduk di rumah.




Harapnya tahun depan kita boleh celebrate dengan Wan dekat kampung pula ya kakak. Ada hari tu abah dia berborak tanya dia pasal mati.

 

Abah: “Kakak, kalau abah dengan mama mati kakak nak tinggal dengan siapa?”

Kakak: “Kakak nak tinggal dengan Wan abah, nak pergi rumah Wan ikut kanan ke ikut kiri?”..

Abah: “Kenapa tak tinggal dengan nenek?...

Kakak: “Nenek kan batuk, kakak tak nak susahkan nenek”..

 

Begitulah pemikiran budak lima tahun ya, apa dia fikir KL ke Pahang tu lima minit dah sampai. Alahai lah anak. Bercakap tentang mati, aku dan suami akan sekerap mungkin untuk biasakan bercakap pasal mati dengan anak-anak.  

Mati tu pasti. Kami cuba terangkan dengan cara paling ringkas yang semua kita ada ni sebenarnya Allah yang punya.




Untuk Raudah Sakinah,

Mama doakan kakak jadi anak yang solehah. Semoga Allah panjangkan umur kamu, dikurniakan rezeki melimpah ruah, dilapangkan hati menuntut ilmu, menjadi anak yang taat kepada Tuhan dan Ibu Bapa serta diberi kesihatan yang baik.

 

Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

Kehilangan ahli keluarga di waktu kes Covid tengah mencanak naik ni sangat menyedihkan. Terkilan sebab tak boleh melawat dan beri penghormatan terakhir kepada si mati. 

Maghrib semalam dapat panggilan dari sepupu, Pakcik telah kembali ke Rahmatullah. Pakcik yang tinggal di Klang Selangor, adik emak. 

Daripada empat beradik sekarang tinggal berdua sahaja. Perginya Pakcik agak mengejut. Sampai saat ni aku masih terkejut dengan berita kehilangan ni. 

Pedih hati yang bagai di siat-siat. 


Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

Jumaat lepas kami sempat buat bacaan Yassin melalui Google Meet. Itulah kali terakhir aku tengok wajah Pakcik, itupun secara online sahaja. 

Wajah arwah nampak susut. Dia mengadu tentang kesihatan dia yang agak teruk. Batuk yang agak teruk tetapi beransur pulih dan katanya badan terasa seram sejuk. 

Berdasarkan perbualan dengan sepupu, Pakcik baru je bebas Covid tapi kesannya masih ada. Kami pun lambat diberitahu sebab tak mahu risaukan saudara mara. 

Sebab tu aku takut sangat kalau orang berumur terkena Covid. Golongan berisiko tinggi dan tak terjangka. 




Setiap tahun sebelum wujudnya Covid, pada Hari Raya Pakcik dan keluarga akan singgah beraya di rumah mak di kampung. Dah jadi kebiasaan bagi kami yang bekeluarga besar ni. memang meriah. 

Dari semalam kami tak putus-putus buat video call dengan sepupu. Aku bersyukur masa mak terima berita mengejut ni abang dan kakak ipar ada di sisi mak. 

Waktu buat video call, mak memang menangis semahunya. Sebagai anak aku rasa sedih tak dapat peluk dan berada di sisi emak. 

Makcik adalah orang paling terkesan dengan pemergian Pakcik. Berkali-kali dia pengsan sebab terperanjat. Mujur anak-anak kuat untuk tenangkan dia. 

Paling menyedihkan, salah seorang sepupu aku yang disahkan positif Covid sekarang berada di Maeps dan seorang lagi sepupu aku sedang bertugas di UAE sebagai jururawat. 

Hanya panggilan video sahajalah yang menjadi penyambung sekarang. Masing-masing sedang hebat diuji tak dapat tatap wajah yang tersayang. 

Disebabkan PKP banyak perkara yang biasanya kita dapat buat sekarang dah tak boleh. Urusan pengebumian tak boleh ramai-ramai. 

Saudara mara yang di luar daerah, luar negeri belum tentu dapat perlepasan pihak polis untuk datang melawat. Ditambah lagi risiko Selangor merupakan antara Negeri penyumbang kes Covid jadi pihak polis memang agak tegas untuk benarkan rentas negeri. 

Pesanan aku, tolonglah jaga diri dan kesihatan. Kalau ada ahli keluarga yang berisiko tinggi dijangkiti atau merupakan kontak rapat, tolonglah pantau dan rujuk ke hospital kalau keadaan kesihatan menurun. 

Aku yakin ibu bapa berumur ni agak takut nak ke hospital tapi sebagai anak cubalah sebaik mungkin pujuk dan dapatkan rawatan di hospital. 

Mohon untuk korang semua yang sedang membaca ni, minta sedekahkan AlFatihah. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. 

"Ya Allah, Kau kasihanilah dia. Muliakanlah dia. Permudahkan urusannya di sana. Kau tempatkanlah dia di kalangan mereka-mereka yang Kau janjikan syurga dan mereka yang mendapat keredhaanMu."

Amin.


Senarai Terkini Biasiswa Lepasan SPM

Senarai Terkini Biasiswa Lepasan SPM

Permohonan biasiswa berikut terbuka kepada semua pelajar lepas SPM 2020

Dinasihatkan supaya menyemak maklumat terkini, terma dan juga syarat permohonan di laman web rasmi setiap organisasi.




Biasiswa Dalam Bidang Kejuruteraan 




Biasiswa Dalam Bidang Komputer Sains & Pertanian



Biasiswa Dalam Bidang Seni Bina & Matematik



Biasiswa Dalam Bidang Perakaunan & kewangan 



Biasiswa Dalam Bidang Sains 
 

Biasiswa Dalam Semua Bidang




Biasiswa Dalam Bidang Undang-Undang


sumber: ansarataiping.com