Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Bahang kesibukkan dah mula terasa. Walau dari awal dah tahu yang tarikh mula Puasa, sesi persekolahan 2023 dibuka & Hari Raya tu dekat-dekat je.

Masih lagi terasa penat dia walau dah cuba rancang sebaik mungkin segala perkara. Macam baru semalam hadiri majlis Anugerah anak-anak, tup tup lagi seminggu sekolah di buka.

Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, Diah akui agak kelam kabut. Mana tidaknya semua plan tergalas dekat bahu kita.

Persiapan-Nak-Sambut-Puasa


Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Untuk persiapan menyambut puasa dan raya tahun ni semuanya di buat secara sederhana. Memandangkan tarikh-tarikh penting berlaku dengan jarak yang sangat dekat jadi kena bijak atur masa. 

Baru selesai beli baju suami dan anak-anak untuk Raya sebelah Melaka. Oh tahun ini adalah giliran beraya di kampung suami. 

Apa warna trending raya 2023? Ikut carian, Digital lavender merupakan color yang telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023.


Persiapan-Nak-Sambut-Raya



Diah tak ikut sangat warna trending. Lebih kepada perbincangan warna apa yang belum pernah kami pakai dijadikan tema Raya. 

Jadi kami sepakat pilih warna Biru dan Hijau. Nanti kita kongsi kisah raya pula. Berdoa sangat diberikan masa yang cukup untuk kongsi segala perkara. 

Untuk kuih Raya masih belum keputusan lagi. Ikut tahun-tahun sudah banyak beli kerepek dan kuih Ros. Bukan apa Biskut Raya macam tak laku sangat dekat rumah ni. 

kehidupan-manusia


Beli sekadar nak menjamu tetamu yang datang. Itu pon akan last minute juga kalau ada niat nak membeli. 

Sampul Raya Diah dah beli awal sebab terpikat dengan design sampul Raya mengikut negeri. Plan asal nak simpan sebagai kenangan ya.

Bersifat patriotik sangat tiba-tiba. Tekan link bawah kalau nak beli. Cantik ya. Banyak lagi design boleh dipilih. 

LINK INI - SAMPUL DUIT RAYA versi negeri yang viral 

sampul-duit-raya-versi-negeri


Terasa Bahang Nak Sambut Puasa & Raya

Suami semestinya ada dekat sebelah beri sokongan, tapi memandangkan Diah sandang jawatan paling tinggi bila uruskan hal rumah mestilah tekanan tu lebih dekat diri sendiri. 

Tidak pasti ibu dan suri rumah lain, semua berjalan lancar agaknya ya. Ini tahun ke empat Diah menjadi suri rumah / penulis blog / content creator sepenuh masa. 

Syukur masih diberi kepercayaan oleh client untuk terus berkarya. Selagi ada rezeki Diah buat sahaja. Tahun 2023 agak terkesan dengan kos hidup yang semakin lama semakin tinggi. 

Nafsu kena kawal dan banyak benda dalam senarai nak beli kena tangguhkan dulu. Sejukkan hati dengan ayat, “kalau kita rasa susah tak cukup semua benda, masih ada orang lagi susah dari kita”. Insaf sekejap. 


Sibuk Dengan Urusan Hidup Dunia

Kesibukkan bermula dengan aktiviti persekolahan anak-anak, rombongan sekolah, jamuan akhir tahun, Majlis Aspresiasi Kemenjadian Sekolah, uruskan pendafaran Tahun 1 & beli kelengkapan sekolah

Sekarang cikgu dah mula update sesi persekolahan baru pula. Group whatsapp dah mula meriah dengan pesanan mesra cikgu-cikgu dan juga salam perkenalan ibu bapa.

Selain sibuk dengan urusan sekolah, aktiviti penuh dengan jumpa kawan-kawan, hadiri Bachelorette party kawan satu pejabat, hadiri majlis perkahwinan di Alor Setar, teman emak untuk temujanji bulanan di hospital.

Hadiri juga acara yang dianjurkan oleh “marketing agency”, keluar buat konten dekat luar dan macam-macam lagi lah.

Banyak perkara nak kongsi tapi masa seakan mencemburui. Emosi tak usah cakap turun naik macam roller coaster. Along the way banyak kenangan tercipta dan banyak detik manis, pahit, masam tercipta.

Apa pun perancang korang, mari kita doakan semuanya berjalan lancar.

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak, semoga kita diberi peluang untuk beribadah, mendapat pengampunan dari Allah, dimudahkan segala urusan dunia akhirat.


Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan “Selera Nusantara”

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian.

Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.

Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA

Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan “Selera Nusantara”

Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA. 

Ada juga DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub.


menu-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA


Ada juga ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah- buahan.

pakej-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis.

Ada juga pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.


harga-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA

 

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

 

Tarikan Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa

untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan.

Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com atau rujuk media sosial mereka

Tiktok     |      Facebook      |     Instagram 

Buffet Ramadan Smoked Kingdom Skydining By Don Daniyal

Sekiranya anda mencari tempat berbuka puasa yang menarik di Kuala Lumpur dengan pemandangan yang memukau, restoran Smoked Kingdom By Don Daniyal adalah tempatnya.

Bukan sahaja menghidangkan pelbagai hidangan yang enak dan lazat, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam bersama yang tersayang sewaktu berbuka.

Baru-baru ini Diah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran buffet Al Mubarak Smoked Kingdom By Don Daniyal bertempat di 118 Skydining, Wangsamaju.

 

buffet-Ramadan-Al-Mubarak-Buka-Puasa-Di-Smoked-Kingdom



Buffet Ramadan Smoked Kingdom Skydining By Don Daniyal

Sempena Bulan puasa yang bakal tiba, Smoked Kingdom By Don Daniyal melancarkan Buffet Al Mubarak yang akan berlangsung di sepanjang Bulan Ramadan.

Buffet bermula pada 24 Mac sehingga 19 April 2023, dari jam 6.30 petang sehingga 9.00 malam (ala carte bermula pada pukul 8 malam) sepanjang bulan Ramadan.

Smoked Kingdom By Don Daniyal merupakan Restoran milik bersama Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bersama dua rakan niaga iaitu Muhammad Hilmi hayat & Muhammad Zaki Yusof.


menu-buffet-Ramadan-Al-Mubarak-Buka-Puasa-Di-Smoked-Kingdom



Restoran Smoked Kingdom By Don Daniyal yang terletak di Wangsamaju ini adalah merupakan salah satu daripada tiga cawangan di sekitar Malaysia. Konsep buffet di setiap outlet adalah berbeza. Jadi tak salah kalau nak mencuba di ketiga-tiganya.

  • Ayer 8, Putrajaya
  • Vista Alam, Shah Alam
  • 118 Skydining, Wangsa Maju

Kali ini mereka mengetengahkan makanan dengan tema ‘Moroccon Style’ yang mana menggunakan rempah ratus terkenal Morocco dalam masakan.

Antara menu kena cuba sekiranya anda berpeluang untuk ke sini adalah seperti Kambing Bakar, Kurma Daging, Ayam Bawang, Gulai Ikan Bendi, Sambal Sotong, Sup Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan banyak lagi juadah berbuka puasa yang sedap.

Khas di bulan puasa nanti akan disediakan photo booth untuk pelanggan bergambar dan jika bertuah boleh berbuka puasa bersama-sama dengan Ustaz Don Daniyal.


Harga Early Bird (1 Mac - 22 Mac 2023) Discount 10% off

Dewasa - RM99++

Kanak-kanak - RM69++

Warga emas & OKU - Discount 30% off

(Harga sebelum tax) 

RSVP for booking: 013-8980839 


Psst : Nak booking untuk kumpulan besar? Ada special rate dan boleh bayar ansuran 3 bulan tau!

 


Smoked-Kingdom-Don-Daniyal



Makan Buffet Ramadan, Peluang Memenangi Emas & Motor


Makan buffet ramadan boleh menang Emas & Motor? Ya memang betul! Hanya di Smoked Kingdom By Don Daniyal, pelanggan berpeluang untuk menang emas dan motor sebagai hadiah utama.

Istimewa Ramadan kali ini, Smoked Kingdom ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan Buffet Al Mubarak & berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000‼️

Dengan setiap pembelian buffet, anda layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini. Pilih saja mana-mana outlet yang anda suka.

1 x Motosikal (Hadiah Utama)

1 x Emas bernilai RM3,000 (Early Bird)

6 x Wang Tunai RM250 (Hadiah Mingguan)



buffet-Ramadan-Al-Mubarak

buffet-ramadan-bulan-puasa

buka-puasa-di-smoked-kingdom




Sambutan Hari Wanita

Majlis pada hari itu juga meraikan Sambutan Hari Wanita 2023, dan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, mereka telah menjemput Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor (WITUS) serta wakil dari Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) untuk memeriahkan majlis.

“Sesungguhnya kedudukan wanita sentiasa dimuliakan Nabi dan juga para sahabat. Islam juga menganjurkan cara menjaga kasih sayang sesama makhluk iaitu dengan memberi salam serta memberi makan – Ustaz Don”

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal, tetamu VIP – Imam Muda Megat Mohd Zaid bin Megat Azamudin serta pelakon Irma Hasmie.

 

sambutan-hari-wanita-buffet-ramadan-Di-Smoked-Kingdom

sambutan-hari-wanita-buffet-Di-Smoked-Kingdom


Jika anda suka dengan makanan citarasa Kampung, western dan juga Asian, pastikan anda tidak terlepas mencuba makanan di sini.

Jangan lupa juga ajak keluarga dan kawan supaya lebih tinggi peluang untuk menang motor dan emas. Kena ingat tau, yang slot adalah terhad setiap hari.  Tempah sekarang & mungkin awak pelanggan bertuah yang mereka cari!


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 

Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.

Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 

Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.



family-reunion-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail



Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.


lunch-di-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.



Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.


booking-Lunch-buffet-Restoran-Rebung


Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.


review-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.



menu-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?