Selamat Datang September, Bulan Penuh Cabaran

Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk terus hidup di bumi yang indah. Masih tak terlambat nak mengalukan kedatangan bulan September. 

Ya macam tajuk entri kali ini, bulan September merupakan bulan penuh cabaran untuk Diah sekeluarga. 

Tapi kalau ikutkan kami bertahan sejak dari bulan Ogos lagi. Kami sibuk dengan segala aktiviti, setiap minggu penuhi keperluan hidup dan semua perkara berlaku serentak di bulan Sembilan. 

Tujuan berkongsi di blog supaya yang membaca mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus hidup. Saya tak tahu tapi itu gerak hati yang merasa. 

Jika hidup terasa kosong baiki target dalam hidup. Jika hidup dirasakan terlalu serabut, berhenti sekejap tengok semula perjalanan yang awak sedang lalui. 

Macam semalam je baru say good bye to July. 


Selamat Datang September, Bulan Penuh Cabaran 

InshaAllah akan dicoretkan juga dalam blog sebgaai rujukan dan ingatan di masa depan. Nak harapkan dan simpan dalam otak memang akan lupa jawabnya. 

Kebetulan bulan Sembilan ni anak-anak cuti sekolah ya. Nampak aman di permukaan tapi nak mengharungi dia Allah saja yang tahu. 

Awal bulan September adalah tarikh ulang tahun kelahiran anak bujang, Ikhwan hafeez yang ke 12. Pantas betul waktu berlalu. 


welcome-september


Bulan September Bulan Yang Mencabar

Permulaan awal bulan Diah terpaksa handle sendiri anak-anak termasuklah urusan persekolahan anak dan Ikhwan bakal menghadiri simposium di luar negeri. 

Dari minggu lepas siapkan beg, cari barang keperluan dan bantu dia untuk ulangkaji mana yang patut. 

Minggu pertama persekolahan juga ibu bapa Tahun Enam dijemput ke sekolah untuk taklimat Sistem Pendidikan Terkini. 

Tak lami lagi nak melangkah ke Tingkatan Satu, banyak perkara ibu bapa dan murid perlu cakna. Dalam entri sebelum ni Diah ada Kongsi tentang Sekolah Berasrama Penuh, jadi cikgu akan beri taklimat tentang itu juga. 

Tumpuan sekarang banyak ke arah anak-anak. Berbeza ya waktu kesibukan bergantung kepada umur anak-anak. 

Kalau dulu sibuk bila anak-anak baru mula nak sekolah. Sekarang sibuk buat keputusan nak pilih arah jalan yang terbaik untuk anak-anak lalui. 

Begitulah kehidupan. Selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa selagi itu tanggungjawab masih berjalan. 


September


Kehidupan Fokus Hanya Untuk Anak-Anak

Diah perasan, sejak dua bulan ni banyak tumpuan lebih kepada hal anak-anak dan bukan diri sendiri. Rindu nak fokus dekat diri sendiri tapi mereka jadi keutamaan buat masa sekarang. 

Berbeza betul perasaan tu. Kalau dulu Diah pernah memberontak, sedih sebab tak dapat buat apa Diah nak tapi sekarang konsep dia lebih kepada redha. 

Macam Diah kata, mereka adalah keutamaan. Jalan cerita mereka Insha Allah masih panjang dan fokus hidup Diah sedikit berubah condongnya. 

Berbeza tapi saya suka. Syukur sangat perasaan Tuhan bagi tu. Di waktu sekarang Allah banyak kali lintaskan kisah hidup orang yang banyak buat Diah buka mata. 

Semua orang sedang struggle dengan kehidupan masing-masing. Semua sedang berjuang dengan cara mereka rasakan paling selesa. 

Tahun ni dah kena siapkan segala kos, baik buruk dan segala perancangan supaya urusan di tahun depan lebih lancar. 

Tahun depan juga anak bongsu bakal memulakan sesi persekolahan pertama. Permohonan ke Sekolah Pra berjaya. 

Jadi kena siap sediakan mental dia. Ada ketika dia teruja, ada waktu dia tak yakin tu dan tak mahu ke sekolah dia akan beri alasan dia demam.  

“mama, beritahu cikgu adik demam tak boleh sekolah”. Alangkah indah kalau boleh guna taktik tu bila berdepan dengan perkara yang kita tak suka dalam hidup. 


Kesimpulan 

Walaupun bulan Ogos dan September penuh dengan cabaran dan terasa amat berat untuk diharungi tetapi Diah masih teruja menunggu kejutan di bulan Oktober. 

Entah apa Allah aturkan kita mana tahu kan, tapi semestinya saya sangat teruja. Didoakan yang terbaik saja untuk semua. 


Jadi Talent Kanak-Kanak Secara Tak Sengaja

Cerita jadi talent kanak-kanak ni begitu random ya. Berlaku sewaktu kami bercuti beramai-ramai di Johor Bahru.

Oh kami bawa anak-anak berseronok mandi manda di Forest City Waterpark, Gelang Patah Johor. Anak-anak ni kalau berjumpa sepupu diaorang memang masing-masing tak ingat dunia.

Ada enam orang kanak-kanak termasuk Ikhwan dan adik-adik dia tapi suara menjerit tu seolah-olah ada satu kelas murid ya. Teruja sungguh.

Oh hari pertama jejak kaki ke Johor kami singgah makan di restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng

 

kids-pool-Forest-City-Waterpark

Jadi Talent Kanak-Kanak Secara Tak Sengaja

Perasaan gembira tu jelas terpancar di wajah masing-masing. Bayangkan main tanpa henti selama tiga jam.

Petang tu selesai tukar baju baru perut rasa lapar. Kami makan dekat restoran Real Glamour Seafood  Sedap weh. Highly recommended. 

Inilah dunia kanak-kanak kan? Tiada masalah, jadi bergembira sajalah tugas mereka. Rezeki juga waktu kami sampai, masih tak ramai mandi dalam kolam tu.

Kolam tu ada beberapa mini slide yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Sesuai, kurang berbahaya tapi masih perlu dipantau ibu bapa.

Kedudukan memang cantik menghadap pantai.


mini-slide-Forest-City-Waterpark


Talent Kanak-kanak Forest City Waterpark

Sebelum tu dah perasan ada beberapa staff dari Forest City Waterpark bawa camera dan ambil gambar pengunjung dekat situ.

Masing-masing tak peduli pun sebab seronok main water slide. Kami memang duduk berdekatan pool mengawasi anak-anak.

Semuanya berlaku secara spontan dan tak sengaja la kiranya sebab waktu tu Diah pun sibuk tengah merakam aksi anak-anak.

Minta anak-anak beraksi dalam bentuk video dan gambar untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.

Waktu inilah camera man Forest City Waterpark mencelah ambil gambar dan juga video anak-anak kami.


Forest-City-Waterpark-camera-man


Anak-anak apa lagi memang bertambah teruja la. Lain ya perangai korang. Kalau dulu, kita ni punya lah penakut kalau orang tak kenal tegur.

Camera man pon minta kebenaran nak ambil gambar anak-anak sewaktu mandi manda dekat slide tu. tak lain tak bukan untuk tujuan marketing lah kan.

Ada lah beberapa take video dan juga gambar camera man tu ambil. Dia bagi arahan ringkas untuk anak-anak buat.

Terjun dari slide, gelak-gelak sambil kocakkan air dan beberapa pose secara berjemaah ya. Kami emak-emak mampu senyum saja tengok gelagat anak-anak.


Dapat Cenderahati Dari Forest City Waterpark

Lepas camera man puas hati sebelum dia pergi ke pool lain dia beri kami goodies bag sebagai tanda penghargaan.

Dapatlah satu kotak gift cenderahati comel. Dalam tu ada topi fan dan juga neck pillow. Kira okay lah kan nampak effort dia hargai pengunjung.


goodies-bag-Forest-City-Waterpark


doorgift-Forest-City-Waterpark



Paling penting anak-anak lah teruja. Apa pun pengalaman kami dekat Forest City Waterpark menyeronokkan.  

Nanti Diah kongsikan dalam entri yang lain ya. Stay Tuned!

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk

Assalamualaikum. Entri kali ni, Diah nak kongsikan pengalaman survival kami selama hampir tiga bulan tanpa Penapis Air (Water Dispenser) Cuckoo.

Amatlah mencabar sebab memang bergantung harap sepenuhnya pada penapis air kalau nak bancuh air panas dan bekalan air sejuk anak-anak ke sekolah.

Setelah berkhidmat hampir tujuh tahun lamanya, water dispenser cuckoo tumbang ya. Ikut kata technician tu compressor dia rosak.

Punca Compressor Water Dispenser Cuckoo tu rosak sebab ikut tempoh memang dah sampai masa dia rosak.

Ajal dah sampai. Normal lah kan semua benda ada tarikh luput.


 

Masalah Compressor Water Dispenser Cuckoo - Air Tak sejuk


Jangan tanya detail sebab saya ini kosong ilmu bab teknikal mesin ahaks. Jadi bila dia kata compressor terbayang compressor aircond.

Lebih kurang la kot fungsi dia kan, bila compressor tu rosak dia tak dapat sejukkan air. Air yang sepatutnya sejuk dia jadi suam ko.

Anak-anak suka bawa air sejuk letak dalam thumbler tahan sejuk beli dekat TikTok. Gigih sepanjang tiga bulan buat air batu setiap hari.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-rosak



Water Dispenser Cuckoo, Air Tak Sejuk


Water dispenser dekat rumah ni model lama, Fusion - Table Top yang ada air panas dan air sejuk je. Mampu ambil model yang tu je ikut tahap ketebalan poket.

Kami beli pada 31 Ogos 2016. Beli secara tunai sebab lepas buat kiraan, beza hutang dengan beli tunai ada beza dalam seribu lebih juga lah.

Sepanjang tujuh tahun, customer service semua okay. Ada sekali masalah air panas tak keluar. Itu je sekali.

Staff yang datang untuk servis beberapa kali setahun tu pun okay. Lepas habis kontrak, Diah sambung lagi renew yang bayar secara tahunan.

Ikut model Water Dispenser kami kena bayar RM400 setahun. All in semua la tukar penapis semua yang patut.


Water-Dispenser-Cuckoo-Fusion-Table-Top


Cara Buat Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Dijadikan cerita, timing penapis air Cuckoo ni rosak betul-betul selepas tarikh servis bulanan. Kiranya staff tu baru je servis mesin esok lusanya air sejuk dah tak sejuk.

Diah pun tanya la staff dan dia bantu buka laporan. Ikut kan kalau korang pengguna Cuckoo boleh je masuk laman web dia ada cerita lebih detail cara buat report.

Oh setakat yang diberitahu, tiada sebarang caj dikenakan untuk kerosakan compressor Cuckoo ni. Harapnya benar lah.  

Tak lama lepas tu dapat panggilan daripada juruteknik Cuckoo. Dia beritahu serba sedikit tentang mesin dan kongsi maklumat yang nak baiki mesin ambil masa seminggu lebih kurang.

Jadi apa yang bakal berlaku adalah juruteknik akan datang ke rumah dan ambil water dispenser untuk dibawa ke HQ untuk dibaiki.

Dalam masa yang sama, juruteknik akan beri replacement unit - penapis air Cuckoo untuk kegunaan sementara.  

Itu secara teori dan jika dibayangkan memang lancar dan indah je. Jadi tak indah bila kami kena sidai weh.


Intensive-care-Water-dispenser-cuckoo


Tiada Update Status Aduan Water Dispenser Cuckoo Rosak


Lepas terima panggilan tu kami kena sidai selama hampir tiga bulan. Tiada update dari juruteknik mahupun customer servis tentang status aduan, replacement unit dan juga alat ganti compressor.

Sepanjang waktu tu juga Diah ada follow up dengan staff yang selalu datang untuk servis penapis air Cuckoo.

Macam biasa jawapan dia akan tanya manager dan buat follow up. Tapi lepas tu diam juga. Tak salahkan dia sebab bukan bidang kuasa dia kan.

Cuma mengharapkan pihak customer servis atau juruteknik beritahu status terkini atleast tidak lah tertanya-tanya.

Sebagai pelanggan setia Cuckoo dan pembayar yang baik saya agak kecewa.

 


Replacement Unit Water Dispenser Cuckoo Dah Ada


Sehingga lah baru-baru ni Diah menerima panggilan dari customer service nak sahkan alamat dan buat temujanji untuk juruteknik datang ke rumah untuk ambil penapis air yang rosak tu.

Juruteknik nak datang tapi dalam masa yang sama staff tu kata replacement unit tiada. Memang Diah ungkit semula la perbualan dengan juruteknik sebelum ni yang janjikan replacement unit.

Staff tu pun macam blur-blur. Diah minta beri masa sebab dia call dah petang. Dekat rumah mana ada cerek nak masak air. Nak kena beli air mineral lagi.

Rumit ya sebab di saat akhir dia beritahu. Waktu terima panggilan tu rasa nak marah sangat tapi berjaya kawal. Tak guna marah dia dan tak tahu nak marah siapa.

Dipendekkan cerita, juruteknik telefon ke esok kan harinya dan bawa replacement unit. Pelik, ada pula mesin ganti. Dah lah waktu tu hujan lebat. Memang basah kuyup adik tu.



Compressor-Water-Dispenser-Cuckoo-ada-problem


Terus tak jadi marah. Waktu dia dekat rumah sementara tunggu penapis tu okay terdengar perbualan telefon dia dengan pelanggan lain.

Masalah yang sama dan dia update mesin replacement dah ada. Jadi dalam otak terfikir yang Cuckoo akan kumpul dulu laporan kerosakan dan bila capai unit tertentu baru boleh mohon replacement unit.

Itu andaian Diah sajalah.

 

Kesimpulan

Pengalaman hidup tanpa Water Dispenser Cuckoo memang mengganggu kehidupan seharian. Tapi masih bersyukur air panas masih berfungsi.

Boleh je rujuk tutorial di Youtube cara baiki Water Dispenser Cuckoo air sejuk tak keluar tapi tiada lah masa nak study dan buat.

Jimat memang jimat tapi tak kuasa ya.

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Selagi tak dapat capai kata sepakat selagi itu lah hal sekolah menengah Ikhwan berlegar dekat kepala. Ya ampun sakit kepala dan sakit hati bila fikir.

Bulan lepas cikgu umumkan dalam group whatsapp permohonan kemasukan ke tingkatan satu untuk tahun 2024 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah pun dibuka.

Inilah dilema emak bila anak semakin menginjak dewasa. Sama ada nak masukkan ke sekolah berasrama atau sekolah harian dekat rumah.

Lagi pula SBP ni merupakan platform untuk anak capai cita-cita dan impian ibu bapa nak lihat anak berjaya.


Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus – SBP, SMA

Dua-dua pilihan ada baik buruk dia. Jadi sebagai ibu bapa kena bantu Ikhwan buat pilihan yang baik untuk diri dan masa depan.

Alhamdulillah kalau ikut track record bersyukur sangat prestasi Ikhwan di sekolah agak baik.

Dia juga aktif untuk Kelab dan Persatuan, cuma sukan je dia memang kecundang. Mengikut jejak kami yang memang bukan budak olahraga.

Kalau ikut keadaan kami sekarang, baik dari segi kewangan dan kestabilan hidup bukanlah dari keluarga T20.

Hanya ketua keluarga yang bekerja dan kena bagi makan tiga orang anak dan isteri yang selera macam Ikan Paus.

Mencabar ya hidup di bandar yang semua perlukan duit. Tapi kita tetap kena bersyukur sebab masih lagi hidup selesa.


permohonan-kemasukan-sekolah-khusus


Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Berbalik kepada isu sekolah asrama, cikgu minta ibu bapa beri nama jika berminat untuk mohon PKSK. Permohonan PKSK ini dibuka secara atas talian melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bermula 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.

Awalnya Diah memang tak ambil tahu langsung sebab dari awal nak suruh Ikhwan sekolah depan mata.

Tapi biasalah kan, hati manusia berbolak balik. What if nanti kami menyesal kalau tak cuba? Kalau keputusan suruh Ikhwan sekolah harian adalah tidak tepat?

Jadi bincang lagi dengan suami entah ke berapa kali dan kami sepakat letak nama. Tujuan cikgu minta nama sebab sekolah nak buat taklimat tentang PKSK.

Sekolah akan panggil ibu bapa terlibat untuk diberi penerangan lebih lanjut. Ikut maklumat minggu pertama bulan September.

 


Sekolah Asrama atau Sekolah Harian?

Kalau ikut latar belakang, Diah dan suami adalah budak sekolah harian. Kami sangat bangga sebab dapat duduk dengan emak abah lebih lama berbanding dengan adik beradik yang dapat masuk asrama.

Sebenarnya kalau ikut Diah dulu berharap dapat masuk sekolah asrama (Agama) tapi sayang tak lepas waktu interview.

Kecewa tak payah cakap lah kan tapi semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik. Jadi bila giliran anak, suami memang sokong dia sekolah harian.

Diah pula masih atas pagar. Semestinya nak yang terbaik untuk dia. Tujuan utama nak Ikhwan masuk asrama adalah supaya dia dapat belajar komunikasi, bergaul dengan kawan-kawan dengan bimbingan yang lebih.

Dengan sistem pendidikan sekarang yang lebih mencabar, kelebihan tu agak banyak jika dia tinggal di asrama.

Dekat asrama kan ada waktu prep, lebih banyak masa dengan kawan dan guru. Atleast kalau ada soalan bab kerja sekolah boleh la bincang.

Kalau harap emak kau ni nak, maksudnya akan rujuk Youtube la jawabnya.


Dilema Nak Pilih Sekolah Harian Atau Asrama

Antara benda yang paling takut sekali Diah selalu fikir adalah tentang gejala buli. Kalau ikut saiz fizikal Ikhwan Hafeez dia antara murid paling comel dalam kelas.

Setakat ni di sekolah dia belum pernah cerita dia kena buli. Alhamdulillah cikgu sangat peka bab ni, dan kawan-kawan dia okay.

Jadi bila nak masuk sekolah menengah yang mana dunia sekolah tu semestinya berbeza dan perkara baru buat kami jadi takut.

Risau dia menjadi target dan mangsa buli. Nauzubillah. Kami dah duduk berbincang dan dia sedar niat dan kebimbangan kami.

Insha Allah kami cuba capai kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Ikhwan. Cuma kalau betul lah rezeki dia dapat sekolah asrama, mama confirm melalak.


SK-Asrama


Ni setiap kali fikir rasa nak keluar je air mata. Alhamdulillah ikhwan okay. Dia nampak bersedia dengan cabaran baru. Buat masa dia sibuk dengan aktiviti sekolah.

Tengah bulan Julai hari tu dia terpilih sebagai wakil tunggal sekolah untuk Kursus Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Rendah Dan Menengah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

40 peserta sekolah rendah dan 40 peserta sekolah menengah. Kiranya satu sekolah hantar satu murid dari seluruh KL.

Antara 40 murid yang menghadiri kursus, dia terpilih ke peringkat kebangsaan pula. Awal bulan Sembilan ni dia ke Simposium Pembimbang Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan tahun 2023.

Sebagai emak mestilah pening kepala. Risau ganggu pelajaran. Entahlah labu. Emak dia dulu tak aktif pun. Ikut abah dia la agaknya.

Risau dihalang anak tu teruja nak ambil pengalaman. Jadi sokong dan bantu dia setakat yang boleh.

 

Kesimpulan

Insha Allah permohonan kemasukan Sekolah Khusus akan kami teruskan. Jika ada rezeki, dipanggil untuk pentaksiran dan kalau layak dapat la masuk SBP.

Rasanya waktu tu akan duduk sekali lagi dengan Ikhwan dan senaraikan kelebihan dan kekurangan pilihan yang ada.

Buat masa sekarang kepala masih berdenyut sementara nak tunggu sekolah panggil untuk taklimat PKSK. Doakan kami ya.