Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Rodiah Amir
6

Kali ni Diah nak kongsi restoran makanan laut sedap dekat Johor. Tahu tentang kedai makan ni dari abang ipar. Dia beria-ria ajak datang cuba.

Katanya ini kedai makan kegemaran dia kalau teringin nak makan seafood. Dah alang-alang sampai ke Johor rugi pula kalau tak cuba.

Ternyata pilihan yang tepat sebab semua orang puas hati dengan menu yang kami makan hari tu. Sangat disyorkan kepada korang untuk pergi.

 



Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Restoran dia kalau tengok memang biasa je. Macam kebanyakkan kedai makan yang lain. Susun atur meja kerusi standard, kedai bersih dan selesa.

Restoran yang kami pergi ni ialah restoran Real Glamour Seafood terletak di Jalan Bayu Puteri Johor Bahru.


Review-Restoran-Real-Glamour-Seafood


Dalam perjalanan, Diah perasan ada lalu depan Replika mahkota gerbang Istana Johor, kebanggan Bangsa Johor. Tersergam indah.


depan real Glamour Seafood

 

Menu Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Ada pelbagai jenis hidangan ditawarkan termasuklah masakan panas dan hidangan khusus Restoran Real Glamour Seafood adalah makanan laut.

Kami makan Ikan Merah Stim, Udang buttermilk, Kerang Sambal, Ikan Pari Goreng Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan Sotong Celup Tepung.


kailan-ikan-masin


Nasi putih untuk 12 orang termasuk kanak-kanak. Kami pesan juga dua jug air, Teh O ais dan Sirap Limau ais.

Harga makanan dekat sini berpatutan dan boleh dikatakan murah berbanding kedai seafood Diah pernah pergi. 

Menu Celup Tepung dia tidak mengecawakan. Rangup dan tidak terlebih masak. Mengubat kekecewaan malam sebelum tu kami makan dekat kedai lain, sotong celup tepung dia liat dan kering.


Sotong-Celup-Tepung


Tak mahu makan Seafood, dekat sini ada juga menu nasi dan mi goreng. Jadi tiada masalah kalau datang seorang atau berdua.

 

Lokasi Restoran Real Glamour Seafood, Johor Bahru

Nak mudah korang boleh waze je. Boleh guna alamat ni: 2, Jalan Bayu Puteri 2/10, Taman Bayu Puteri, 81750 Johor Bahru, Johor.

Landmark paling mudah ialah, restoran ni terletak di bawah Hotel Elmark. Boleh parking depan kedai.

Restoran buka setiap hari bermula pukul 4.30 petang sehingga 12.00 tengah malam. Kalau ikut bacaan dekat Google review digalakkan untuk buat tempahan.

Rezeki kami hari tu, kami walk in dan restoran baru je dibuka.

 

Review Restoran Real Glamour Seafood

Walau pun menu kami pesan agak banyak tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Paling penting kakak yang ambil pesanan kami tak kekwat. Atleast dia ambil pesanan dan tak lupa senyum.  

Pernah makan di tempat pelayan yang kedekut senyuman. Makanan sedap pun jadi tak seronok nak datang lagi sudahnya.

Secara keseluruhan makanan dekat Restoran Real Glamour Seafood sedap. Cukup rasa masin, manis dan masam.

Dalam banyak-banyak restoran makanan laut kami pernah cuba, Real Glamour Seafood berjaya mendapat tempat di hati Diah.

Kalau di Melaka kami suka makan seafood di Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka, di Terengganu korang boleh pergi ke Warung Adik Beradik, dekat Aroma Ikan Bakar Jeram pun okay.

Makanan laut dia segar. Menu paling Diah suka adalah Ikan Merah masak Stim. Ya ampun sedapnya kuah dia.


Ikan-Merah-Stim


Menu Stim dia memang terbaik. Guna resepi Thailand yang letak jeruk bawang putih memang terangkat. Rasa masam dia seimbang.

Udang buttermilk dia tak kedekut bahan, dan udang dia segar. Ambil menu ni untuk anak-anak sebab tak pedas.    


Udang-buttermilk


Pertama kali cuba Ikan Pari Goreng Tepung. Selalu kalau makan mesti Ikan pari Bakar. Sedap rupanya. Boleh buat dekat rumah pula lepas ni.


Ikan-Pari-Goreng-Tepung


Kerang sambal tu biasa saja bagi Diah, tapi adik Diah paling suka sebab kena dengan selera dia. Saiz kerang tak mengecewakan.

 

Kesimpulan

Kalau korang mencari kedai makan seafood di Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan korang kena datang ke Restoran Real Glamour Seafood ni. 

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ikan merah masak stimnya menggugah selera ..sayapun penyuka seafood

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kegemaran kita tapi kena jaga portion bila semakin meningkat usia

      Padam
  2. Semoga saya berkesempatan berkunjung dan makandi dana.

    BalasPadam
  3. Ya ampuuun kak Diah 😍😍🤤🤤. Rasa nak terbang ke JB saya baca ini 😄😄. Sukaaaa sangat seafood. Apalagi kalau dimasak seperti di atas. Ikan steam tuh memang best lah. Saya pernah makan ikan steam enaaak di Penang, kuahnya betul2 mantap. Asamnya bikin segar.

    Belum pernah ke JB, tapi nak sangaaat ❤️

    BalasPadam
  4. kot tersesat bercuti ke belah Johor, boleh lah cari restoran ni..baca review Diah ni nampak menyelerakan semua masakan2 kat sini...

    BalasPadam
Catat Ulasan