Doa Keluar Rumah – Jom Amalkan

Awak semua yang beragama Islam, tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa tolong baca doa keluar rumah. Tolong hafal dan amalkan setiap kali korang keluar.

Tak kisah lah korang keluar mencari nafkah, hantar anak ke sekolah atau keluar jumpa kawan. Keluar seorang atau ramai-ramai.

Mulai hari ini jadikan amalan setiap kali keluar baca doa keluar rumah. Pendek je korang. InshaAllah boleh hafal.

 


Doa Keluar Rumah – Jom Amalkan


Alhamdulillah aku dah amalkan doa keluar rumah ni sejak dulu lagi sebab emak selalu pesan. Itu lah nasihat yang keluar dari mulut emak setiap kali balik kampung.

Ajal maut tu memang dah ditetapkan tapi kita ikhtiar mohon perlindungan biar waktu kita dipanggil menghadap Tuhan dengan cara yang mudah.

Tak lain tak bukan kita ini makhluk yang lemah, semestinya kita akan selalu bergantung kepada Tuhan yang satu.

Hendaklah selalu berdoa dan yakin akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi.

Aku terpanggil nak kongsi doa keluar rumah sebab masih lagi bersedih tentang kes kematian Nur Farah Kartini dan aku yakin satu Malaysia simpati dan mendoakan beliau.


 

doa-keluar-rumah


Maksud Doa Keluar Rumah – Rumi

 

Dalam hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan keutamaan doa ini,


إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟


”Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa di atas, maka disampaikan kepadanya: ‘Kamu diberi petunjuk, kamu dicukupi kebutuhannya, dan kamu dilindungi.’

Seketika itu syaitan-syaitan pun menjauh darinya. Lalu salah satu syaitan berkata kepada temannya,

’Bagaimana mungkin kamu boleh mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi.’ (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426, dan disahihkan al-Albani)

 

Doa Keluar Rumah:

“Bismillahi Tawakkaltu ‘Alaallahi Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah”

Maksudnya:

Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

 

maksud-doa-keluar-rumah


Salam Takziah Untuk Keluarga Nur Farah Kartini

Sayu sangat hati dengar berita tentang arwah Nur Farah Kartini yang hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu dipercayai dibunuh.

Suspek telah ditangkap dan sekarang Polis tengah buat kerja. Tersebar pula spekulasi tentang berang jadi punca jenayah berlaku. Masih perlu dirungkai oleh pihak polis. Siasatan masih berlangsung.

Jadi kita doakan yang baik-baik supaya sisasatan berjalan lancar, pembelaan dapat ditegakkan. Ah sedih.


kronologi-nur-farah-kartini


Tengok video peguam dekat TikTok, dia terangkan yang kes pembunuhan macam ni boleh jadi macam-macam dari segi pembelaan.

Bila berlaku kes bunuh, suspek boleh beri hujahan yang baik  untuk melepaskan diri dan bagi alasan tidak sengaja bunuh, tiada niat nak membunuh atau dia bertindak sebab provokasi.

Orang belajar undang-undang lebih arif lah bab ni. Apa pun sebab tu peguam ingatkan supaya masyarakat tidak masuk campur dan elak sebarang spekulasi.

Bila baca kes arwah Nur Farah Kartini rasa sebak sangat. Walaupun tak kenal tapi tetap terasa kehilangan beliau.

Orang baik kan, semua perkara yang baik je yang berlegar. Suspek pun dah ditahan oleh pihak polis. Biar lah pihak berwajib jalankan tanggungjawab mereka.



 

Semoga perkongsian kali ini; doa keluar rumah memberi manfaat kepada korang yang membaca. Hidup di dunia yang kejam dan kurang kasih sayang amat menakutkan. Orang baik ramai sayang. 

Salah Jatuh Hukum, Jangan Cepat Melatah

Tadi baca berita tentang penangkapan pasangan pempengaruh, ditahan reman untuk bantu siasatan untuk kes salah guna kuasa.

Rasanya ramai dah tahu sebab sah-sah terpampang muka pasangan terbabit di serata media sosial. Tangan digari, pakai baju warna oren.

Satu benda je terlintas dekat otak aku bila tengok video tu, aku jatuh kasihan pada anak-anak mereka. Ya Allah anak sekecil itu, Tuhan pilih untuk di uji.

Ujian juga untuk orang sekeliling. Kalau ikut latar belakang keluarga, pasangan pempengaruh tu bukan calang-calang orang.


dont-judge


 

Salah Jatuh Hukum, Jangan Cepat Melatah

Ikut bacaan, pihak yang tahan ialah SPRM di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa. Banyak maklumat dan penerangan korang google lah sendiri ya.

Dalam entri aku ni bukan aku nak ajak berdebat siapa betul dan siapa salah. Bukan juga nak buka ruang untuk kutuk pasangan pempengaruh ni.

Siapalah kita. Manusia lemah yang tunggu masa je untuk di uji. Jadi jangan cepat melatah. Takut nanti salah hukum. Apa kuasa kita nak hukum mereka.

Biar lah pihak yang layak je tentukan hukuman sewajarnya.


simpati-empati



 

Bukan Pentaksub - Salah Faham Status Thread


Aku ada menulis berkaitan pasangan ni di thread. Memang aku luahkan yang aku rasa kasihan dekat anak-anak yang terlibat.

Tiada nak ulas salah laku atau kritik individu tapi lebih kepada perasaan kemanusiaan. Aku bukan pentaksub pempengaruh tu ye.


Salah-Jatuh-Hukum-Jangan-Cepat-Melatah


Pernah jumpa face to face masa PestaBuku tahun lepas. Tak singgah pun reruai dia dan tak beli pun buku mereka.

Tapi aku agak terkejut dengan respond dekat thread. Risau ya dengan manusia. Anak kecil tu tak bersalah pon tapi masing-masing terikut emosi marahkan mak ayah mereka.

Jatuh hukum dekat anak yang tak berdosa. Weh janganlah kesalahan mak ayah tu jatuh dekat anak-anak pula.


pentaksub-pempengaruh


Nilai lah sendiri. Belum kena batang hidung atau keluarga sendiri. Aku bukan back up pempengaruh tu, aku kasihan dekat anak dia yang tak tahu apa-apa tu. 


komen-netizen

Dah kenapa pula nak bandingkan anak kena tinggal tepi jalan. Kalau nak compare kena la bandingkan Apple dengan Apple. 

Again aku kasihan dekat anak je. 


komen-negative-netizen

Dia boleh samakan kesalahan dan tunding jari dekat anak kecil tak berdosa. Weh apa masalah manusia sekarang?

Mereka tiada kuasa nak pilih siapa yang jadi mak ayah mereka tau. Again! Tolong jangan serang mana-mana akaun yang tinggalkan komen ‘kurang perasaan manusia’.

Aku bukan cari gaduh. Aku masih kekalkan kewarasan dan balas thread yang aku rasa layak untuk aku balas Sahaja.

 

 

 

Gelap Masa Depan Anak-Anak


Aku bayangkan esok anak tu besar dia lah yang akan pikul beban tu. Dengan perangai masyarakat kita yang mudah menghukum ni nampak gelapnya masa depan tu.

Mesti akan kacau emosi punya. Hidup dalam dunia tanpa sempadan ni menakutkan. Apa yang terpampang di internet akan kekal di internet selamanya.

Sebab tu aku selalu ingatkan anak-anak dan keluarga. Jaga tingkah laku, jaga adab. Doa selalu kita dijauhkan dari perkara yang memudaratkan.

 

Sekali lagi aku ingatkan diri aku supaya tidak mudah menjatuhkan hukum. Tidak terlalu beremosi bila berhadapan situasi macam ni. Kalau bukan kita yang di uji, anak keturunan kita panjang lagi umur kalau Tuhan izinkan.

 

Ikhtiar Berhenti Minum Kopi

Kalau ikut umur sekarang aku sedang berasa di fasa kehidupan yang sedang berusaha menjaga Kesihatan diri berbanding waktu muda dulu.

Lebih tepat lagi, menjaga pengambilan gula dan kafein dalam kehidupan harian. Masih lagi mencuba untuk buang kopi dari hidup.

Lepas ni kena biasakan kopi kosong atau kurang gula. Aku memang suka kopi (baca kopi hipster, latte campur dengan syrup).

Kalau dekat luar memang aku akan beli Latte panas atau latte TeaLive dan tambah boba. Semestinya semuanya kurang gula tapi itulah masih jadi ketagihan.

Kalau dekat rumah pula aku suka buat latte guna susu UHT Full Cream Dutch Lady yang kotak warna biru tu.

 

coffee-addict



Ikhtiar Berhenti Minum Kopi


Kopi tak salah ya. Banyak je bagus dia. Jadi tak bagus bila campur banyak sangat segala jenis pemanis, krim. Bila ada unsur manis, diri mula lah jadi ketagih.

Bermula minum kopi dekat café aku mula terjebak minum kopi 3in1 yang memang sah-sah lah tak elok untuk buah pinggang.

Memandangkan diri sendiri tak suka hospital, tak suka buat ubat dan segala jenis berkaitan hospital jadi wajib fikirkan cara nak sihat.

Walaupun susah tapi atleast ada kesedaran kira okay kan? Jadi sekarang usia yang semakin meningkat ni kita perlahan-lahan (semoga tak terlambat) ikhtiar berhenti minum kopi.

Lepas ni nak cuba tak makan tepung pula. Terus terbayang roti telur ya. Omg sedap.

 


Susah Nak Minum Air Masak – Tak Suka / Malas


Lagi satu tabiat buruk aku ialah aku tak suka air kosong. Air yang plain tu kelihatan bosan. ahaks. Kalau dulu nak minum mesti aku letak sirap sebagai pewarna.

Cam odoh je kan hahahaha. Aku pernah letak chia seed, hirisan lemon, buat air teh gula yang cair sebab nak nampak warna tu bukan air putih.

Dia cam berjaya sekejap untuk buat aku minum air masak tapi aku cepat bosan. Payah betul jadi Rodiah ni eh.

Maka untuk mengalih perhatian dan selera terhadap manisnya kopi dan nak encourage diri minum air masak aku cuba minum minuman herba pulak.

 


Minuman Teh Herba Cina Untuk Detoks dan Awet Muda

Dulu waktu menyusu anak aku amalkanjuga herba Cina – Kurma cina dan Goji berry untuk banyakkan susu badan.

Lepas tu lama aku tinggalkan dan sekarang aku mula semula cari herba Cina. Herba lain yang aku suka ialah Longan kering.


Teh-Herba-Cina


Jadi sekarang bila ada pendedahan tentang khasiat Minuman Herba Cina semestinya aku cuba semula. Alhamdulillah menjadi teknik nak ganti kopi dalam kehidupan seharian.

Bila minum kopi aku perasan aku kerap sangat kembung. Jadi mual, angin dalam badan memang banyak. Paling tak seronok perut rasa buncit.


air-Teh-Herba-Cina


Jadi aku cuba set minuman herba – Lemon Roselle Detox. Dalam tu ada Lemon, Kurma Merah, Bunga Roselle, Hawthorn dan Buah Mulberry.

Minum waktu suam air tu memang sedap. Bancuh hanya letak air panas dan boleh minum banyak kali. Rasa dia masam yang boleh diterima tekak. 

Tidak lah pula jadi gastrik lepas minum. Membuang tu jadi mudah. Korang nak cuba boleh beli dekat Shopee kedai ni. 


ganti-kopi



Alhamdulillah setakat seminggu yang aku cuba perubahan pertama aku boleh rasa sendiri ialah memang ketagihan kopi tu dapat dikurangkan.

Tak mahu terlalu selesa sebab benda ni semua kena jaga disiplin. Doakan aku eh.

 

Aeon Bank, Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Kalau korang perasan, baru-baru ni AEON Group telah melancarkan Aeon Bank, iaitu bank digital patuh syariah yang pertama di Malaysia.

Macam tak sangka kan? Bank pun boleh didigitalkan. Kalau 10 tahun lepas, orang cakap nak buat bank digital mesti orang tak percaya.

Now tahun 2024, bank digital dah pun wujud. Lebih menambah keyakinan AEON Group ni bukan calang-calang Syarikat yang menapak di Malaysia. 



Aeon Bank, Bank Digital Patuh Syariah Pertama Di Malaysia


Dah lama bertapak di Malaysia dalam bidang peruncitan. Tengok lah mana-mana negeri dalam Malaysia ada Pasaraya Aeon.

Kalau nak tahu Aeon Bank adalah kepunyaan bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd.

Ha kedua-duanya anak Syarikat ni merupakan kumpulan peruncit terbesar Jepun iaitu AEON Group. Oleh sebab tu aku yakin nak buka akaun bank Aeon.

Campak belakang tempat kami membeli belah, kami ni dah jatuh kategori pelanggan setia Aeon Group.

Jadi bila Aeon buat promosi untuk jadi pelanggan dan buka akaun Aeon Bank mestilah teruja nak sertai. Kebetulan kami beli barang asrama untuk Ikhwan.

Singgah sekejap di Watsons dan masa tu lah kami singgah ke reruai Aeon Bank. Cantik warna mereka, warna bright pink. Ceria sangat.


Aeon-Bank-Bank-Digital-Patuh-Syariah-Pertama-Malaysia




Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia - AEON Bank

Selain track record peruncitan yang bagus dekat Malaysia, ganjaran diaorang tawarkan waktu dekat reruai tu memang menarik.

Aku bukan pakar ekonomi jadi aku tiada fakta “angka” untuk aku bentangkan bila aku kata track record Aeon ni bagus.

Tapi ikut logik, mereka semakin berkembang dan masih bertahan sehingga ke hari ni. Walaupun selepas zaman PKP.

Ikut apa yang diterangkan semasa aku buka akaun, AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi akaun simpanan-i.

Berfungsi macam akaun simpanan bank lain seperti Maybank dan CIMB. Boleh guna untuk buat pembayaran dan simpana.

Lagi seronok, sempena pelancaran, pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan akaun akan layak menerima bonus pendaftaran sebanyak 3,000 mata Aeon.


Aeon-points


Kadar keuntungan 3.88 peratus setahun dan istimewanya aku boleh pilih 4-digit terakhir sebagai nombor akaun. Kira customize nombor akaun. Seronok jadi antara yang terawal ada akaun. 

Lebih menambah keyakinan, pelanggan akan dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. 



savings-pot-Aeon-Bank


Savings Pot Di AEON Bank

Untuk tarik pelanggan, Aeon tawarkan kadar keuntungan yang menarik dengan hanya simpan, perolehi keuntungan dan keluarkan dana pada bila-bila masa. 

Ada fungsi Savings Pot yang boleh korang guna untuk percutian, kenderaan baru, pendidikan, kesejahteraan & kesihatan, haiwan peliharaan atau apa-apa yang korang suka. 

Selain AEON Bank, Bank Negara Malaysia memberi kelulusan lesen bank digital Islam kepada: 

  1. KAF Investment Bank Sdn Bhd 
  2. Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; 
  3. GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd
  4. Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.



cara-daftar-akaun-Aeon-Bank


Cara Mudah Daftar AEON Bank

Mari aku kongsikan cara mudah nak buka akaun Aeon Bank. Hanya tiga Langkah mudah diperlukan jadi pelanggan Aeon Bank.

Detail lengkap boleh rujuk website ini https://www.aeonbank.com.my/ms/deposit

Pertama, boleh download aplikasi AEON Bank di Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple Store untuk pengguna IOS. 

Isi maklumat peribadi, kena upload selfie dan MyKad. Selesai semua, pendaftaran berjaya korang berjaya buka Akaun Simpanan-i. 

Langkah ketiga, untuk aktifkan akaun korang kena buat pindahan minimum RM20. Siap.


Jadi apa tunggu lagi, jom buka akaun di AEON Bank dan mula menyimpan. Maksimumkan keuntungan daripada simpanan korang dengan cara mudah, selamat dan patuh syariah.