Tiada 'Paksaan' dalam Islam

Salam kepada sesiapa yang membaca; Hidup ini sangat pelik. Manusia terlalu banyak yang lupa diri, kurang didikan agama dan terlalu berani. 

Pemikiran dan idea yang kadang-kadang menyimpang jauh dari pegangan agama. Tadi jalan-jalan baca entri blogger lain. 

Mula-mula membaca hati kecik kata ok, bagus blogger ni. Dia ada prinsip yang dia pegang dalam hidup. dari segi penulisan semuanya ok. 

Tiada 'Paksaan' dalam Islam

Sampailah satu entri yang buat aku rasa kecewa. Ya pada mulanya aku berniat nak jadi follower dia, menjadi follower bukanlah sebab aku setuju dengan apa yang dia tulis tapi sekadar nak tahu idea-idea dia tentang isu semasa. 

Mungkin separuh apa yang diutarakan aku setuju dengan dia, tapi bila dia comment bab agama aku mula membantah.

Kalau aku letak link kat sini confirm semua akan kata ya, “ saya juga follower dua orang blogger ni”. Ramai pengikut sebab setiap entry mendapat respons yang tinggi dari pembaca. Owh frust. 

Kenapa blogger yang sebijak ini, yang dikurniakan kelebihan untuk influences people from their writing ditakdirkan mempunyai fikiran dan kepercayaan yang aku fikir dan yakin salah. 

Isu yang biasa didebatkan adalah tudung. Isu aurat. Ya saya tahu apa itu kebebasan. Bertudung atau tak itu hak anda. 

Kata mereka/ramai orang isu bertudung adalah isu sensitive. Suka hati mereka untuk bertudung atau tak. Tapi bagi aku bila namanya kau adalah muslim, umat yang mengaku islam. 

Bilamana anda memilih dan diberi hidayah untuk memeluk islam anda harusla menutup aurat. Tiada pilihan untuk mendedahkan aurat atau menyalahkan takdir yang anda belum menerima hidayah. 

Sampai bila nak salahkan orang lain untuk kekurangan diri sendiri? atau salahkan takdir? “tiada paksaan dalam Islam”. Betul. tiada paksaan untutk memeluk islam. 

Sebab atas dasar tu manusia/umat islam selamba badak buat apa yang mereka. Ya Islam tak paksa so aku bebas walaupun aku mengaku islam. 

Tapi harus di ingat, sekali melafaskan yang kita adalah umat islam maka kita wajib mematuhi setiap larangan dan suruhan Nya. 

Owh membebel seperti ustazah macam aku baik sangat. Tidak aku juga selalu terlepas pandang, pandang remeh bab-bab hukum. 

Tapi aku sentiasa berdoa yang aku tak akan diduga untuk semua ni. Aku tak nak anak aku nanti tak pakai tudung, perangai cam sial dan macam2 lagi. 

Biarlah keturunan aku biasa-biasa aja. Dan sudah pasti menjadi cemerlang dalam bab agama. Dah lama aku pendam saja pendapat aku tentang isu tudung, 

Aku jadi marah bila blogger tu comment yang tudung hanyalah sekadar pakaian. Ya pakaian yang melambangkan siapa kita. 

Dan menutup anggota badan menggunakan pakaian adalah kewajiban kita. Bila jatuh hukumnya wajib secara automatik kalau tak buat kau dapat dosa.

Aku tak sanggup nak cakap, itu hak kau, atau itu kubur kau, kau yang tanggung. Sebab kita adalah bersaudara, sesama islam aku just harap sesiapa yang tak pakai tudung mula menutup aurat. 

Mungkin orang akan jawab , buat apa pakai tapi tak ihklas. TAPI bila kau start bertudung Allah tahu niat korang. 

Mungkin sekadar mencuba, dan mungkin kita tak sedar hidayah yang mungkin datang bila kita mencuba. 

Aku banyak belajar bila lihat jenazah abah dulu. Bila manusia tu mati amalan semasa hidup je yang menemani kita. 

Takut perasaan tu bila kita takda amalan semasa hidup. memikirkan kita akan berseorangan bila dalam kubur.

Maaf kepada sesiapa yang terasa. aku juga banyak kekurangan. sikit sangat ilmu di dada. Aku berdoa pembaca-pembaca yang aku anggap seperti adik beradik aku sekurang-sekurangnya berfikir tentang apa yang aku tulis ni. Moga korang dibukakan pintu hati, akal fikiran untuk berubah. Sekian.

Pemergian, Kehilangan Abah

Berat jari nak menekan keyboard laptop berat lagi hati nak menerima kehilangan dalam kehidupan aku baru-baru ini. 

Kehilangan insan yang teramat penting dalam hidup aku. hilangnya satu permata yang tak mungkin ada penggantinya. 

Perginya takkan kembali lagi. tanggal 29 Disember 2010, merupakan tarikh yang cukup menyentap jiwa raga bila abah telah meninggalkan kami selama-lamanya. 

Kematian abah agak mengejut. Ya memang abah dah lama menderita sakit tapi malam tu abah nampak sihat. 


Pemergian, Kehilangan Abah

Abah masih berselera makan, berborak dengan ahli keluarga kalau ikut apa emak sampaikan. Agak terkilan kerana aku tak dapat berada di sisi abah semasa saat nafas terakhir abah. 

Masih terbayang dan terasa arwah ada bersama kami. 

Walaupun abah garang dan kadang-kadang buat kami adik beradik rasa jauh hati tapi rasa sayang tu tetap menggunung tinggi.

Semasa hayatnya, arwah seorang yang sangat mengagungkan tetamu. tak kira siapa pun yang datang kerumah pasti akan dilayan macam raja. 

Pantang ada yang kurang arwah akan cepat-cepat menambah atau membeli yang baru. Dulu, masa kecil aku selalu makan hati bila abah lebihkan orang luar dari anak-anak. 

Bila sedikit besar aku mula paham kenapa abah begitu. bila tetamu datang kerumah bermakna makan besar untuk kami sekeluarga. 

Masa itulah abah akan beli pelbagai lauk. ada ayam, daging, sotong dan macam-macam lagi. tujuannya satu; biar tetamu yang datang berpuas hati dengan layanan kami.

Arwah juga seorang yang penyayang cuma arwah tak pandai tunjukkan. arwah lebih terkenal dengan kegarangannya. mana tak nya, 

Dari kecik semua adik beradik arwah di ajar ilmu silat. abah adalah guru silat tapi pelik abah agak berat hati nak menurunkan ilmu persilatan kepada anak-anak sendiri. 

Abah lebih senang melatih orang luar berbanding kami. Mungkin kami adik beradik tidak menunjukkan minat yang mendalam. yang pernah belajar ilmu pertahanan diri pun cuma aku dan adik yang bongsu. 

Itu pun sekadar untuk sukan. Silat olahraga. pernah juga beberapa kali abah dijemput untuk majlis bukak gelanggang, menjadi jurulatih dan apa sahaja yang berkaitan dengan persilatan abah mesti bersemangat.

Kepantangan abah bila mak atau anak-anak masuk ke dapur adalah kebersihan. abah tak suka bila memasak atau berada di dapur tapi rambut tidak disikat atau diikat rapi. 

Jika ada rambut yang tak sengaja terjun dalam makanan dan lebih malang abah yang terjumpa pasti abah akan berhenti makan pada saat itu dan terus cuci tangan. abah geli katanya. 

Kami sentiasa berjaga-jaga takut dimarah abah. bebelan nya boleh tahan pedas. Abah juga akan marah kalau kami mencuci pinggan mangkuk dengan kurang cermat. 

Arwah tak suka bila cawan/pinggan kaca berlanggar antara satu sama lain. kasar katanya. Arwah memang suka manjakan cucu-cucunya. 

Kalau kami adik beradik semasa kecik jarang di ajaknya melepak makan breakfast di kedai bersama, tapi kalau cucu memang tak payah mintak pon arwah dah bawak. hurmm jeles-jeles. 

Cucu-cucu selalu menang bila nak pilih siaran TV, cucu-cucu selalu dapat duit raya, cucu-cucu yang selalu dicium, bila abah nak cium semua lari. abah ada misai, Tu sebab cucu-cucu geli bila abah cium. hahhahahah. 

Anak-anak cikgu yang mak jaga pon rapat dengan abah. macam atuk sendiri. sikit-sikit nak bawak jajan untuk atuk. 

Sekarang bila atuk tak de semua tanya-tanya mana atuk, kenapa tak bawak atuk pergi hospital, kenapa tak rawat atuk. sedih Allah je yang tahu.

Sekarang yang tinggal hanya kenangan. gambar-gambar abah, video abah, baju-baju dan barang simpanan peribadi abah. 

Aku doakan abah tenang disana. abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. setiap yang hidup pasti akan mati. dan aku semakin redha belajar menerima apa itu kehilangan.

Al-fatihah.

Kereta Kena Pecah Dalam Basement Tertutup

Hari ni masih lagi dalam keadaan terperanjat dek kejadian semalam. Sangat marah dan tak tersangka dengan apa yang berlaku. 

Dah kena batang hidung sendiri baru la paham macam mana kekecewaannya. Macamana aku nak terangkan, nak tenangkan. 

Cerita sedih, kereta kami jadi sasaran pencuri. Paling sedih walaupun kami letak kereta dalam kawasan AeonBig Wangsamaju tapi perompak tu berani buat kerja. 

Kereta kena pecah oleh perompak yang tak berhati perut. Kurang hajar punya perompak. Kasut, syiling dan beberapa barang lain lesap. 

Pintu kunci pon habis terkopak. Mungkin dia cungkil guna screwdriver. 

Kereta Kena Pecah Dalam Basement Tertutup

Ceritanya bermula begini; dalam pukul 6 petang setelah pulang dari kerja, aku suruh MrZ pick up aku kat LRT and menuju ke sebuah pasaraya yang biasa kami pergi. 

Niat aku nak tunaikan solat asar sebab tak dapat nak solat kat office then teruskan niat nak bayar bil api dan air di pejabat pos. 

Walaupun internet di hujung jari, pembayaran secara manual lebih praktikal bagi aku. Mungkin sebab tak nampak cashier tu koyak bil and pas kat aku resit selepas bayar jumlah duit so aku lebih senang berurusan di kaunter walaupun menunggu lama. 

Setelah selesai urusan solat, makan dan bayar bil jam dan tunjuk kul 7.30malam. Aku cadang nak solat Maghrib dekat rumah sebab badan dah bau busuk. 

Semuanya harus ditukar. So dengan riang hatiku perut dah kenyang melangkah balik ke parking area.  Kami parking di kawasan tengah-tengah yang ada sign ‘K4’. 

Kawasan yang agak berbau tapi masih ok. Buat pengetahuan semua bukanlah sekali dua datang ke pasaraya AeonBig ni.  

Dah banyak kali dan macam dah percaya sepenuh hati dengan keselematan walaupun memang dah ada sign, semua atas tanggungjawab pelanggan yang parking. 

Percaya harga yang murah dan berpatutan, percaya barang-barang segar dari ladang, dan percaya dengan management termasuklah layanan staf-staf serta faktor keselamatan.



Apa yang berlaku; jalan cepat-cepat nak balik rumah kejar waktu Maghrib. Sampai je dekat kereta, terperanjat sangat. 

Pintu sebelah driver telah di umpil bahagian lubang kunci. Jahanam habis kena korek. Masa ni speechless sangat. 

Dan button dah unlock dan bawah tempat seat driver yang biasanya MrZ letak kasut tu dah berselerak dan mata terus meliar check apa yang hilang. 

Blur sekejap. Air Muka MrZ berubah, aku bila dah gelabah mula banyak bercakap. Mata melilau cari security guard dan setelah 10 minit macam orang hilang arah baru dapat panggil security guard yang menunggang basikal. 

Hasil perbincangan amat menyakitkan hati, guard buat muka bodoh dan seakan menganjing marahkan kami tinggalkan barang berharga dalam kereta. 

Rasanya macam cakap dengan tiang so tak puas hati naik atas cari security room (tujuan asal adalah murni, jangan biarkan perompak bermaharajalela dan mengharapkan pihak security dapat buat sesuatu untuk mencegah kejadian buruk tidak berulang kepada pelanggan yang lain. 

Jumpa guard yang bertugas (pon macam tiang), buat aduan dan tulis report. Bukan lega, tapi bertambah sakit hati bila guard yang ni pon sama je. 

Dia cakap, “pihak kita tak kan bayar ganti rugi sebab kita dah tampal amaran yang segala risiko ditanggung oleh pelanggan bila parking kereta. 

Jadi pihak encik tak akan bayar apa-apa la ye, kerosakan pintu kereta saya encik? (tanya kami dengan ikhlas) dan guard menjawab ‘bukan awak sorang je kena macam ni, kita tak akan bayar. “ shit. 

Dem. Tanya lagi apa nak buat lepas ni? “ ok awak dah report kat sini awak boleh report kat balai polis...ayat mati disitu.

Jawapan paling biadap pernah aku dengar.




(dlm security room)




Selepas itu; Ternganga dengan apa yang berlaku. Macam ni perangai security guard di pasaraya besar layan pelanggan setia macam kami? 

Bukanlah suruh ganti pon, budi bahasa mungkin dapat merubat hati kami yang sedih bila tengok blackie dirogol. 

Aku harap orang lain tak terkena macam kami. Berhati-hati tak kira dimana anda berada, jangan bawak beg yang boleh menimbulkan keghairahan perompak untuk merompak padahal beg tu kosong je. 

Banyakkan baca zikir sebagai pendinding. Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta walau sebiasa mana anda dengan persekitaran. 

Cepat-cepat baiki lock/alarm kereta anda jika rosak dan terpaksa dikunci manual. Selepas kejadian, withdraw duit dan menuju ke workshop suh leng chai pasang alarm yang baru. 

Kesilapan berlaku bila kami lengahkan nak baiki alarm sebelum kejadian so perompak ambil kesempatan.





 
nota kaki*blackie sejenis kenari yang sensitif dan mudah terasa.

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Semalam ok tipu dua hari lepas saya telah menjengok blog kawan saya myYellow Sunflower dan entry yang ditaip saya rasakan ditujukan kepada orang2 seperti saya (orang yangg baru bertukar status). 

Entry yang dikongsi adalah berkaitan kerunsingan dia dalam memilih hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pengantin. 

Saya juga pernah mengalami dilema memilih hadiah terbaik yang rasanya berguna dan dapat men touching kan hati kawan yang mendapat hadiah tersebut. 

5 Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Maka saya telah tinggalkan comment yang pendek, sebab tak kan nak tulis berjela itu belog orang ok.dan saya kembali mengomen di belog sendiri. 

Ok ni list yang saya rasakan saya mahu (sebagai pengantin) jika tetamu yang hadir dan datang bawak hadiah.


1. Album gambar 

Bagi sesetengah orang nampak tak cool if bagi album sebagai hadiah. Tapi bagi saya yang telah dan baru berkahwin album sangat berguna. 

Saya amat-amat perlukan apatah lagi selepas mencuci gambar-gambar hasil dari majlis yang telah berlangsung. 

So bila pengantin buka hadiah dan dapat gunakan album tu, mesti dia kate “wah nasib baik si polan ni bagi album, tak payahlah nak beli album lagi, cantik pula tu album ni” seterusnya pengantin akan gembira.


2. Buku ilmiah 

Buku termasuklah segala bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan diyakini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Lebih baik jika buku yang diberi menyediakan tip-tip untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. 

Selalunya buku-buku saya akan cari di MPH. Memang banyak pilihan. Berdasarkan pengalaman, buku seperti ini sangat berguna kepada saya. 

Buku juga adalah salah satu barang hantaran yang saya beri kepada MrZ.


3. Set alatan memasak/dapur 

Okey untuk set ni mestilah lengkap dengan kuali,periuk, pisau, alat pembuka tin, senduk, sudu garpu, pinggan, gelas etc. 

Bila lengkap semua memang teramat gembira pengantin yang menerimanya. hihiihihih.. Tapi bagi ikut kemampuan. Untuk kawan baik sesuai la.


4. Voucher berbulan madu 

Yang ni memang nampak agak besar perbelanjaan nya dan perlu di refer kepada pasangan pengantin bila diaorang nak pergi honeymoon. 

Tapi ok what setakat bayarkan duit hotel dan suggestkan tempat menarik untuk pengantin bercuti. Dalam malaysia sudah. 

Bagi pengantin yang berfikiran macam aku, tempat honeymoon tak kisah dimana-mana asalkan dapat bercuti dengan suami.


5. Pakej spa/ pedicure/ manicure 

Yang ni memang menbantu sebab selepas kenduri berlangsung memang banyak kerja yang dibuat. Penat memang tidak terkira. 

So apakata bagi hadiah yang macam ni supaya pengantin dapat merehatkan dan memanjakan diri selepas penat bertungkus lumus.

Okey dah. Cukuplah membebel. Ni saya type berdasarkan apa yang difikirkan aje. Harap ianya berguna. 

Segala hadiah yang diterima dari tetamu memang menggembirakan saya dan MrZ. tak kisah kecik atau besar. tak dilupakan terima kasih kepada semua yang memberi hadiah sempena perkahwinan saya. 

Paling utama DOA dari tetamu yang hadir supaya pengantin berbahagia ke akhir hayat. Amin.