Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah

Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah 

Sekarang peperangan di antara doktor dengan pengasas serta penjual produk kesihatan tengah meletup di Facebook. Kalau dulu kena pergi ke klinik baru dapat dengar pendapat dan nasihat doktor. Sekarang ni dah ramai doktor yang baik hati untuk mengedukasi masyarakat terutama bab makanan kesihatan ni dekat internet je. 

Walau pun begitu usaha murni ni mendapat tentangan hebat dari pengasas dan penjual produk kesihatan. Marahnya mereka apabila doktor melabel kan produk mereka sebagai produk sampah. 


Produk Sampah


Ciri-Ciri Produk Sampah Yang Anda Kena Tahu


Apa sebenarnya produk sampah yang doktor-doktor ni labelkan sehingga penjual-penjual serta pengasas produk jadi marah sangat-sangat. Suka hati je sampahkan produk orang ya doktor. 

Produk yang tidak berdaftar, produk yang membuat janji dan harapan yang berlebih-lebihan (over claimed), dan juga produk yang membahayakan kesihatan pengguna boleh dikategorikan sebagai produk sampah. Contoh makan produk A boleh tinggi macam KLCC. Ini Contoh. 

Hati-hati bila anda makan sesuatu produk kesihatan dan sebelum makan kena la semak dulu produk tu berdaftar atau tidak, rujuk la doktor sebelum ambil. Bukan semua produk kesihatan adalah produk sampah, yang mana dah selamat di daftarkan dan penjual tidak hanya menanam tebu di tepi bibir in sha Allah bawa manfaat kepada pengguna. 


Pilih produk yang berdaftar NOT dan MAL


Sebelum ni Diah juga kabur-kabur bila orang tanya tentang NOT dan MAL tapi selepas baca penerangan Doktor Amirul Amzar tentang pendaftaran produk dan beza NOT dan MAL ni baru la faham. 

NOT - satu label yang menyatakan produk itu berNOTIFIKASI dengan KKM, bukan berdaftar. Pengusaha produk hanya perlu mengisi borang dan mengisytiharkan produk mereka tiada bahan merbahaya, lalu mereka dapat NOT. 

Tiada ujian makmal. Kita tak tahu kesan sampingan, dan kita tak tahu keberkesanan. Kalau pengusaha jahat, bila dah dapat NOT, mereka campur dengan bahan terlarang. Itu yang banyak NOT kena tarik balik. NOT ini biasanya untuk produk kosmetik, yang mana tidak dimakan dan tiada tuntutan kesihatan.

MAL - satu label untuk produk kesihatan. Untuk mendapatkan MAL, kena lalui ujian makmal dengan makmal yang berkelulusan KKM. Produk yang ada MAL diuji tiada logam berat, tiada kuman dan tiada bahan terlarang. 

Namun, kesan sampingan masih boleh berlaku, tiada ujian keberkesanan dan juga produk berMAL masih boleh dicampur cemar. Paling biasa berlaku produk berMAL ini mempunyai tuntutan melampau atau overclaim. Konon sembuh kencing manis, sembuh kanser dan sebagainya.

Ini menipu lagi merapu. Kecuali kalau ubatan hospital yang ada ujian klinikal, ubat-ubat ini ada nombor MAL juga.

Kalau nak tahu penerangan lebih lagi pasal produk sampah ni rajin kan diri ikuti doktor-doktor ni dekat Facebook. Mereka berikan nasihat percuma tapi dengan ayat yang tegas dan pedas. Boleh follow Doktor Amirul Amzar, Doktor Rusyainie Ramli dan Doktor Rafidah. 

Apa yang penting, jaga kesihatan diri sebelum sakit. Untuk Diah sendiri Diah lebih tekankan pemakanan yang sebenar. Agak-agak tak cukup vitamin telan lah buah selagi boleh. Dah pernah merasa sakit masa kecik, seksa sangat dan trauma sudahnya. 


Ulasan Filem Munafik 2

Filem Munafik 2 dah keluar di pawagam. Berduyun-duyun yang pergi tengok. Untuk Diah mampu baca review cerita ni je sebab sejenis penakut nak tengok cerita hantu. 

Tapi tadi tengok trailer dia macam best gila. Baca review netizen memang berbaloi la kalau tengok. Adakah akan dapat lawan kutipan Filem Hantu Kak Limah?

Munafik 2 ni berkisar tentang pertarungan antara hak & batil yang mampu menggegarkan jiwa. Berjayakah Ustaz Adam melawan orang-orang munafik yg menentang Allah dan Rasulnya. 


Ulasan Filem Munafik 2

Didalam Al Quran, golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah  dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yg bakal ditentang Ustaz Adam didalam filem "Munafik 2".


Review Filem Munafik 2


Semua pelakon hebat ada dalam cerita ni, tapi paling Diah salute lakonan Maya Karin. Nampak kematangan di situ. Chewah. 

Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah,Weni Panca,Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron. 

Korang tengok la trailer dia ni


SINOPSIS FILEM: MUNAFIK 2

Serius! 20 minit pertama aku tonton cerita ni, aku rasa nak keluar panggung. Filem ni bermula dengan sedutan babak dari filem pertama. 

Dari babak pertama ini, penonton terus diasak dengan dengan adegan-adegan seram yang mendebarkan.

Babak debar pula disambut kejutan yang bertubi-tubi. Lepas satu, satu, kemudian lagi satu, macam tak ada hujung. 

Ia begitu laju dan kerap sehingga tak sempat rasanya nak hela nafas.
Kalau hamil, sakit jantung, maka hati-hati.

Setelah itu, barulah filem ini perlahan sedikit dan membawa penonton soroti cabaran dan halangan Ustaz Adam dalam perjuangannya mencari jalan Tuhan.

Munafik 2 ni bukan cerita seram hiburan santai.

Isu yang dibawa oleh Syamsul Yusof dalam naskah ini agak berat dan sarat emosi. Ada kritikan sosial yang keras akan buat penonton ketap gigi. 

Ada peringatan tentang kealpaan kita pada agama. Ada babak yang mampu buat penonton mengalirkan air mata.

Serius ada yang menangis dalam panggung wayang tadi. Bait-bait ayat dalam filem ni memang cantik dan menyentuh.

Tapi jangan risau, sepanjang filem ini berlangsung, elemen seram tetap jadi tema utamanya. Ia tidak akan menghampakan penggemar filem seram. Pasti akan meremang.

Namun, ada beberapa perkara yang rasa boleh diperbaiki.

Banyak makhluk halus yang dipaparkan, tapi tak tahu adakah ia makhluk yang sama, atau makhluk berlainan. Tak tahu setiap satu berkaitan atau tidak. 

Ada satu entiti yang agak menonjol, kerana diberi ciri khusus. Aku fikir ia akan jadi entiti utama, malangnya sehingga akhir tidak dibangunkan watak itu secukupnya.

Jika ada perkara yang aku perlu kesal tentang filem ni, itulah yang aku kesalkan, entiti tu tak diberi nyawa sedangkan ia ada potensi tinggi. 

Jujur aku kata, watak itu yang aku bawa keluar panggung, dalam fikiran aku sampai sekarang.

Apapun, melihat pada reaksi dan sambutan penonton yang berada dalam panggung tadi, aku rasa kutipan hari pertama ni boleh cecah RM1 juta, walaupun hari ni Rabu.

Kau orang kena pergi tonton! Keluar panggung mesti kau insaf (kecuali kalau hati kau dah hitam). Gadis-gadis jangan lupa bawa tisu. Kalau hamil, eloklah tangguh dulu tontonan.
Filem seram harus tonton!

PLOT: ⭐⭐⭐
LAKONAN: ⭐⭐⭐⭐⭐
KESERAMAN: ⭐⭐⭐⭐⭐
KESELURUHAN: ⭐⭐⭐⭐
*skala 5 bintang*

Credit FB Kamarul Ariffin Nor Sadan (Pengulas Filem Seram)


Review filem Munafik 2 best ke?



Ini lagi satu review dari  FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

3 perkataan untuk menggambarkan filem Munafik 2 : Meremang, Seram dan Menginsafkan.

Aku fikir Syamsul Yusof telah letakkan KPI kepada diri sendiri, filem yang terbaru mesti lebih bagus dari filem yang sebelumnya, dan itulah yang bakal kau perolehi setelah menonton filem terbarunya ini.

Tiada masa yang dibazirkan! Kau akan dibawa mengikuti setiap babak bermula dari minit pertama hingga ke akhir. Sedar-sedar cerita dah habis.

Itulah penangan filem ini tuan puan!

Jujurnya, jalan cerita Munafik 2.0 berkali ganda lebih baik dari yang pertama. Seram ya ampun! Plot cerita lebih mendebarkan. Penuh teka teki.


Review Filem Munafik 2 arahan syamsul yusof



Watak Abuja lakonan Nasir Bilal Khan benar-benar menjadi. Jahat sungguh! Mulut aku tak habis-habis menyumpah celaka betul Abuja ni. Kurang ajar betul.

Maya Karin? Beliau membawa watak Sakinah, anak kepada Imam Malik. Jika Nabila Huda sebagai Maria berjaya melakonkan babak dirasuk jin syaitan hingga menjerit DAJJAL, apa kurangnya dengan Maya Karin.

Real sungguh beliau menjilat darah di lantai. Bila dirasuk jin, ganasnya lain macam. Paling seram, jin yahudi dalam badannya bercakap dalam bahasa arab, berlawan dengan Ustaz Adam. 

Hinggalah sekali lagi jin ini menyebut, Dajjal akan datang menyesatkan manusia, memerintah dunia selama 40 hari, sama macam Maria.

Lagi lama dirukyah, lagi banyak yang dibicarakan hinggalah menjerit Yakjud Makjud, Yakjud Makjud. Oh My!

Aku tak mahu ulas setiap babak dalam filem, nanti jadi spoiler pula. Cuma aku sangat tertarik dengan cara Syamsul Yusof berdakwah.

Kenapa Nasir Bilal Khan wataknya bernama Abuja? Jawapannya ada di babak terakhir. Ustaz Adam menyebut, "inilah Firaun pada zaman ini."

Terus aku teringat kata-kata Nabi saat Abu Jahal dibunuh ketika Perang Badar. Rasulullah sebutkan, Abu Jahal itu Firaun pada zaman ini."

Jadi, dapat aku simpulkan watak dan nama Abuja itu diambil contoh dari Abu Jahal, musuh kuat Nabi saat Islam baru mula bertapak di Mekah dan awalan di Madinah.

Yang kedua, ada satu momen Ustaz Adam membaca doa yang disarankan Nabi selepas habis bacaan Tahiyat Akhir. 

Ia bermaksud, "Aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, aku berlindung dariMu dari azab api neraka jahanam, aku berlindung dariMu dari fitnah hidup dan mati serta aku berlindung kepadaMu dari fitnah Al-Masihud Dajjal."

Sengaja Syamsul jadikan watak Abuja sebegitu. Seolah-olah nak audien tahu inilah perumpaan Dajjal Al-Masih yang akan muncul di akhir zaman nanti. 

Ramai yang mengikutinya, beliau ada kuasa untuk membunuh dan membiarkan sesiapa sahaja untuk hidup hingga manusia jadi buta untuk terlihat perkataan Kaf Fa Ra di dahinya.

Dalam filem ini, Mawi dan rakan-rakan tetap teguh beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka tetap solat dan membaca Al-Quran, namun dilakukan secara sembunyi-sembunyi, di dalam rumah, tanpa pengetahuan Abuja dan pengikutnya.

Begitu juga dengan Sakinah, si Maya Karin. Bagi menyelamatkan akidah, beliau lari dari kekejaman Abuja dan membawa anaknya masuk ke dalam gua.

Mashaallah! Bukankah momen ini gambaran kisah pemuda Al-Kahfi yang menyelamatkan akidah mereka hingga bersembunyi di dalam gua?

Yang ketiga, jin iblis serta syaitan banyak menyedarkan umat Islam dengan dialog padu saat watak utama dirasuk. 

Aku perasan, banyak skrip rasukan iblis yang dituju tepat kepada kita, umat Islam terutama golongan ulamak, ustaz apatah lagi pengikutnya.

Boleh jadi, Syamsul sekalu pengarah mahu kita sedar kalau kau sukar untuk terima ajakan para daie untuk berbuat kebaikan, kau dengarlah apa yang nak diberitahu oleh jin iblis syaitan ini.

Mereka mahu menyesatkan. Biarkan umat Islam dalam kebodohan label melabel antara satu sama lain. Aku lebih mulia, lebih alim, lebih dekat dengan Tuhan. 

Jemaah aku lebih baik dari kau, ketua kami pemegang kunci syurga, hinggalah umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Inilah mesej yang ingin IBLIS sampaikan dalam Munafik 2.0. Umat Islam ini lemah, lembik dan mudah terpedaya dengan dunia. Cintakan kehidupan, takutkan mati.

Paling menakutkan, ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah tentang ulamak yang Allah ibaratkan seperti anjing yang menjelir lidah diungkapkan dari dialog Ustaz Adam. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Entahlah kawan, speechless juga aku nak mengulas bab ini. Jika Hantu Kak Limah sarat dalam kritikan kepada marhaen, Munafik 2.0 pula kritikan keras buat kita Umat Islam. 

Entah bagaimana mahu menghadapi fitnah yang dibawa oleh Dajjal jika kaum muslimin seperti yang kita saksikan hari ini.

Ramai. Berbilion jumlahnya. Nampak kuat. Tetapi seperti buih-buih di lautan.

------------------------------

Pergilah menonton. Kena support filem ini. Tak ramai pengarah filem yang mahu mengangkat aspek keagamaan seperti Syamsul Yusof. Beliau genius!

Cuma, aku nak pesan kepada abang-abang di luar sana. Jika kau tonton bersama isteri, bersabar banyak-banyak ya. Pasti orang rumah kau tak henti-henti memegang lengan dan menyorok bawah ketiak sampai kau lenguh.

Kau kalau tak kahwin, jangan buat macam tu pulak. Kalau menggatal juga dalam pawagam, aku doakan jin yahudi yang rasuk Maya Karin datang dalam tidur dan cekik leher sampai kau sesak nafas. Amin.

Jadi, aku kasi 9/10 bintang untuk filem Munafik 2.0.

Credit FB - Akhi Fairuz Al-Jengkawi 

Ha amacam ada teringin nak tengok tak? Pergi lah support filem tempatan.

6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi

6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi 

Raya Haji yang lepas genaplah Airis Safiya berusia 7 bulan. Pejam celik cepat je masa berlalu. Kalau ikut jadual suntikan imunisasi suntikan seterusnya ialah pada usia 9 bulan. Alhamdulillah perjalanan suntikan imunisasi Airis berjalan lancar dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia. Jururawat pun ramah walaupun kemudahan dekat klinik tu kurang selesa kalau di bandingkan dengan klinik kesihatan Setapak. 

Seperti biasa sebelum mendapat suntikan imunisasi jururawat akan pastikan keadaan kesihatan anak dalam keadaan baik. Macam Airis hari tu dia selesema tapi bebas demam jadi masih boleh diberi suntikan. Kalau selesema dan tidak ada kahak dan selepas diperiksa doktor jururawat terangkan tiada masalah kalau diberi suntikan. Apa pun dapatkan nasihatan doktor. 

6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi

Di Sebalik Tabir Hari Minggu Seorang Emak

Di Sebalik Tabir Hari Minggu Seorang Emak 

Hari minggu datang lagi. Hari Sabtu yang dinanti oleh semua suri rumah sebab hari sabtu lah hari untuk melepaskan tugasan sebentar kepada pasangan. Walau bukan sepenuhnya hari minggu ialah hari yang patut di raikan macam keluar makan, beli barang dapur atau paling tidak ambil angin dekat taman.

Semalam tengok video confessing by a mom yang tengah menangis sebab anak dia dah 40 minit menangis crancky. Masa dia rakam tu, anak dia dalam baby chair dalam kereta. Rasa nak peluk je that lady. Diah faham that feeling. Bila anak tiba-tiba menangis nak perhatian lebih, menangis walau kita dah buat semua benda. Rasa oh my. Apa lagi yang tak cukup. Bayangkan Diah dengan tiga anak yang baru nak kenal erti dunia. 

Jasa Seorang Emak

*credit kartun hasil KartunisUbi