Di Sebalik Tabir Hari Minggu Seorang Emak

Di Sebalik Tabir Hari Minggu Seorang Emak | Hari minggu datang lagi. Hari Sabtu yang dinanti oleh semua suri rumah sebab hari sabtu lah hari untuk melepaskan tugasan sebentar kepada pasangan. Walau bukan sepenuhnya hari minggu ialah hari yang patut di raikan macam keluar makan, beli barang dapur atau paling tidak ambil angin dekat taman. 

Jasa Seorang Emak

*credit kartun hasil KartunisUbi

Semalam tengok video confessing by a mom yang tengah menangis sebab anak dia dah 40 minit menangis crancky. Masa dia rakam tu, anak dia dalam baby chair dalam kereta. Rasa nak peluk je that lady. Diah faham that feeling. Bila anak tiba-tiba menangis nak perhatian lebih, menangis walau kita dah buat semua benda. Rasa oh my. Apa lagi yang tak cukup. Bayangkan Diah dengan tiga anak yang baru nak kenal erti dunia. 

Ok perkongsian ni bukan nak menakutkan all ladies’ yang masih single dan tiada anak ok. Anak itu menyeronokkan, tapi anak datang bersama tanggungjawab. Bila dah bertukar status menjadi seorang emak atau bapa, tanggungjawab tu besar sangat. That is why ilmu dalam diri sangat penting. Ilmu yang akan bantu kita bila seorang emak blur bila anak meragam, anak tak sihat dan anak bertanya tentang kerja sekolah. Ilmu juga buat kita jadi kuat dan positif. 

Sila jangan takut bila Diah buat statement anak datang dalam kehidupan kita beserta tanggungjawab. Oleh sebab tanggungjawab ini lah yang menjadikan kita matang. Hari demi hari kita akan belajar sesuatu yang baru. Kita belajar tentang manusia. Penat memang penat tapi ia nya berbaloi. 

Macam entri kali ni, ia adalah entri random yang bercerita tentang di sebalik tabir menjadi suri rumah. Bukan mengeluh tapi sekadar berkongsi. Penulisan juga jadi satu terapi. Seronok bila dapat meluahkan. Harapnya bila satu masa bila Diah terbaca entri ni Diah akan tersenyum sebab Diah dah dapat lepasi saat-saat yang Diah rasa sukar being a housewife. 

Untuk suri rumah di luar sana. We can do it! Don’t give up. Anak-anak serta suami amat perlukan kita. Jadi lah emak yang positif sebab emak Diah dulu rilek je jaga 10 anak. mana ada hiburan dan tempat melepaskan keluh kesah macam blog ni. tapi emak survive besarkan anak-anak jadi orang berguna. Alhamdulillah. 


10 comments:

  1. Jadi Mak dan isteri ada kalanya kena ada juga "me time"

    https://www.celikvitamin.com/blog/rawatan-efektif-untuk-penyakit-hati-berlemak-atau-fatty-liver/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Pesanan yang bermakna. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pesanan untuk diri sendiri supaya lebih kuat ni hiihih

      Delete
  3. singgah sini dan follow back..eheheh
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cuya,

      Button follower problem agaknya..xnaik pulak latest follower..dah follow back pon

      Delete
  4. mommies aaaaare the most precious people in the world =D

    ReplyDelete
  5. pengalaman yg bgus utk dikongsi diah. CR yang single ni kadang jaga anak spupu sekejap pun mengah dah..respect utk housewife mcm Diah.

    ReplyDelete
  6. tiada cuti bagi kita yang bergelar isteri dan ibu.
    bila dah lalui menjadi ibu baru tahu penat lelah ibu kita menjaga anak2 masa dulu kan..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.