Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah

Rodiah Amir

Pergaduhan Doktor Dan Produk Sampah 

Sekarang peperangan di antara doktor dengan pengasas serta penjual produk kesihatan tengah meletup di Facebook. Kalau dulu kena pergi ke klinik baru dapat dengar pendapat dan nasihat doktor. Sekarang ni dah ramai doktor yang baik hati untuk mengedukasi masyarakat terutama bab makanan kesihatan ni dekat internet je. 

Walau pun begitu usaha murni ni mendapat tentangan hebat dari pengasas dan penjual produk kesihatan. Marahnya mereka apabila doktor melabel kan produk mereka sebagai produk sampah. 


Produk Sampah


Ciri-Ciri Produk Sampah Yang Anda Kena Tahu


Apa sebenarnya produk sampah yang doktor-doktor ni labelkan sehingga penjual-penjual serta pengasas produk jadi marah sangat-sangat. Suka hati je sampahkan produk orang ya doktor. 

Produk yang tidak berdaftar, produk yang membuat janji dan harapan yang berlebih-lebihan (over claimed), dan juga produk yang membahayakan kesihatan pengguna boleh dikategorikan sebagai produk sampah. Contoh makan produk A boleh tinggi macam KLCC. Ini Contoh. 

Hati-hati bila anda makan sesuatu produk kesihatan dan sebelum makan kena la semak dulu produk tu berdaftar atau tidak, rujuk la doktor sebelum ambil. Bukan semua produk kesihatan adalah produk sampah, yang mana dah selamat di daftarkan dan penjual tidak hanya menanam tebu di tepi bibir in sha Allah bawa manfaat kepada pengguna. 


Pilih produk yang berdaftar NOT dan MAL


Sebelum ni Diah juga kabur-kabur bila orang tanya tentang NOT dan MAL tapi selepas baca penerangan Doktor Amirul Amzar tentang pendaftaran produk dan beza NOT dan MAL ni baru la faham. 

NOT - satu label yang menyatakan produk itu berNOTIFIKASI dengan KKM, bukan berdaftar. Pengusaha produk hanya perlu mengisi borang dan mengisytiharkan produk mereka tiada bahan merbahaya, lalu mereka dapat NOT. 

Tiada ujian makmal. Kita tak tahu kesan sampingan, dan kita tak tahu keberkesanan. Kalau pengusaha jahat, bila dah dapat NOT, mereka campur dengan bahan terlarang. Itu yang banyak NOT kena tarik balik. NOT ini biasanya untuk produk kosmetik, yang mana tidak dimakan dan tiada tuntutan kesihatan.

MAL - satu label untuk produk kesihatan. Untuk mendapatkan MAL, kena lalui ujian makmal dengan makmal yang berkelulusan KKM. Produk yang ada MAL diuji tiada logam berat, tiada kuman dan tiada bahan terlarang. 

Namun, kesan sampingan masih boleh berlaku, tiada ujian keberkesanan dan juga produk berMAL masih boleh dicampur cemar. Paling biasa berlaku produk berMAL ini mempunyai tuntutan melampau atau overclaim. Konon sembuh kencing manis, sembuh kanser dan sebagainya.

Ini menipu lagi merapu. Kecuali kalau ubatan hospital yang ada ujian klinikal, ubat-ubat ini ada nombor MAL juga.

Kalau nak tahu penerangan lebih lagi pasal produk sampah ni rajin kan diri ikuti doktor-doktor ni dekat Facebook. Mereka berikan nasihat percuma tapi dengan ayat yang tegas dan pedas. Boleh follow Doktor Amirul Amzar, Doktor Rusyainie Ramli dan Doktor Rafidah. 

Apa yang penting, jaga kesihatan diri sebelum sakit. Untuk Diah sendiri Diah lebih tekankan pemakanan yang sebenar. Agak-agak tak cukup vitamin telan lah buah selagi boleh. Dah pernah merasa sakit masa kecik, seksa sangat dan trauma sudahnya. 


Tags