Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Rodiah Amir
Aku terpanggil nak buat perkongsian tentang hukum pakai baju ada gambar binatang dan lebih memeningkan pakai baju gambar haiwan terlarang bagi orang Islam khususnya iaitu anjing dan babi.

Sebelum ni pernah kecoh pasal pakai baju gambar haiwan najis berat ni sebab ada selebriti Malaysia beri anak dia pakai baju gambar anjing. 

Aku buat perkongsian ini pun adalah dengan niat berkongsi ilmu dan juga beri kesedaran terutama untuk diri sendiri. Tak ada ilmu jadi kita carilah okeh.


Hal Baju Gambar Anjing Dan Hukumnya

Macam-macam hukum dan pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Maka aku tergerak hati nak cari penerangan tentang hukum ni.

Terpegun sekejap sebab rasa macam tahu apa hukum tapi kena refresh semula. Aku ingat lagi, ustazah masa aku sekolah agama dulu pernah beritahu tapi aku jadi ingat-ingat lupa.  

Cari punya cari aku dapat penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pasal gambar di baju ni.


Gambar-baju-anjing



Hukum Pakai Baju Gambar Anjing


Ustaz kata;

Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa, hukum ialah makruh memakainya contoh macam gambar ayam,burung, manusia.

Yang tak bernyawa hukumnya khilaf (harus) contoh gambar kereta, motor, makanan etc.

Kalau sewaktu sembahyang memakai pakaian tak kira gambar makhluk bernyawa atau tak bernyawa hukumnya adalah makruh.

Dan, ketika sembahyang  memakai pakaian yang ada gambar haiwan mughallazah (anjing,babi), tanda salib, gereja, atau logo persatuan Kristian hukumnya adalah haram. Kita dikira 'mempromosi' ajaran lain. 

Khas untuk peniaga, ustaz Azhar Idrus tekankan yang pakaian yang ada gambar arak, iklan arak, gambar salib, baju-baju persatuan gereja dan seangkatan dengannya diharamkan peniaga nak jual.

Kita dikira subahat. Bertanggungjawab dan berkongsi dosa. Sebelum jual semak dulu gambar, tulisan-tulisan yang terdapat kat pakaian tu.

Ustaz tambah lagi, kalau pakai pakaian (dalam atau luar sembahyang) yang menunjukkan aurat perempuan contohnya gambar perempuan pakai bikini hukum dia haram di pakai. Kenapa? Sebab aurat tu haram dilihat.

Senang cerita, ustaz Azhar Idrus guna kaedah usul fiqh yang berbunyi: apa yang haram kita lihat maka haram kita ambil benda itu.

Harapnya penerangan aku tak peningkan pembaca. Benda yang elok di kongsi bersama. Aku pernah masuk kan link video ceramah ustaz, tapi ada problem (masalah blog). 

Jadi untuk korang yang nak dengar sendiri ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan bab hukum pakai baju gambar binatang boleh search je di Youtube. 

Harap masih available video tu - Klik Link Sebelah ni 'Ustaz Azhar 2010 - Hukum Pakai Baju Gambar Binatang' ada ceramah Ustaz masa tahun 2010, Ustaz share dalam Youtube channel beliau bertarikh May 26, 2010. 

Diharap perkongsian aku sedikit sebanyak memberi pencerahan dan jawapan yang korang cari. Kalau ada jumpa maklumat tambahan macam hadith atau ayat Quran boleh lah berkongsi dengan aku di ruangan comment ya.



Tags