Selamat Hari Raya, Raya Kan Sebulan
Tahun ni turn beraya di Bera. #TeamRayaBera
Tema family aku kali ni warna
merah.
Anak teruna kesayangan yang
pilih.
Raya ketiga baru balik ke
Melaka.
Diberi kesempatan menyambut
Syawal dengan orang-orang kesayangan.
Walau Raya kali ni tak semua
adik beradik dapat berkumpul tapi sambutan Syawal tu tetap meriah. Raya kali ni
pakat duduk rumah je.
Kesihatan mak tak mengizinkan
dan ditambah pulak aku yang baru habis berpantang.
Lagi pulak risau Raudah
meragam.
Malam raya melepak kat beranda
tengok jiran tetangga main mercun.
Siapa kata orang Malaysia
miskin? Banyak je jiran tetangga aku bakar duit.
Kaya-kaya semua.
Selepas kaum adam selesai
Solat Hari Raya
Maka aktiviti Pagi Raya bermula dengan sesi bermaafan, bagi
duit Raya ke anak-anak saudara
dan sesi bergambar.
Makan sampai kenyang dan
tunggu tetamu datang rumah.
Menu Raya seperti biasa
ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, lemang kukus dan sate.
Tahun ni kami malas berpenat.
Beli sate siap cucuk. Tinggal bakar
je.
Itu jela cerita Raya kami. Apa paling penting dapat berkumpul dan buat mak gembira.
Alhamdulillah.
Dikesempatan ni, aku
sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf
andai terkasar Bahasa penulisan.

Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.