Resepi Donut Cheese Chocolate senang

By Rodiah Amir - December 27, 2016

Resepi Donut Cheese Chocolate  

Hari tu dah janji dengan anak nak buat donut so alang-alang tu nak share resepi donut yang tiba-tiba viral di Facebook. Berduyun-duyun la yang buat dan tunjuk hasil men donut masing-masing. Aku pun tak ketinggalan nak cuba.

Ini bukan sekadar donut biasa, sebab ni donut ada cheese dan sebab rajin tambah pulak coklat dalam dia. Coklat masakan tak sempat beli so hentam jela coklat yang ada. Sedap jugak. Yang pasti donut ni even sejuk, doh dia pon masih lembut.


Cara Buat Donut Cheese Chocolate  

Bahan-bahan untuk membuat Donut Cheese C adalah seperti berikut:
  • Yis
  • Air suam
  • Marjerin
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Mozarella cheese
  • Susu pekat
  • Coklat
  • gula icing

Cara-cara untuk membuat donut cheese chocolate adalah seperti berikut: 

1. Bancuh satu sudu gula dengan setengah gelas air suam kemudian kacau dengan setengah paket yis. Rehatkan bancuhan selama 20minit supaya kembang. 


2. Lepas 20minit Yis tadi dah kembang baru bancuh dengan setengah gelas air suam dan kacau dengan 2 sudu susu pekat manis. 

3. Ambil 500gram tepung gandum di gaul dengan 2 sudu besar marjerin sehingga sebati. Masukkan bancuhan yis bersama susu. 

4. Uli Doh bagi tak melekat di tangan. Kemudian, rehatkan doh selama 30 minit. Pastikan doh di tutup dan elak dari terkena udara atau air. 


5. Selepas 30 minit, boleh canai dan tekap ikut acuan kemudian isi doh dengan coklat atau cheese. Boleh letak filling selain cheese and chocolate tapi aku tak pernah cuba.

6. Susun doh di atas dulang dan direhatkan doh selama 30 minit. Penting untuk rehatkan doh selepas ditekap ikut acuan. Kalau ikut pengalaman aku, kalau tak rehatkan doh boleh sebabkan donut menjadi keras. 

7. Goreng dengan api perlahan dan masak hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang. 

Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.