Resepi Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Rodiah Amir
0
Donut antara kuih yang aku jarang buat sebab aku rasa susah nak hasilkan donut yang gebu dan lembut. Bukan setakat donut je, apa jua kuih melibatkan yis memang aku surrender. 
Silap langkah yis tak mengembang. 

Tapi rupanya tak mustahil dan tak lah sukar mana nak buat donut lembut disaluti coklat kalau tahu resepi yang betul. 

Aku terjumpa resepi donut yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan paling penting tak payah uli ataupun tunggu lama. 


Cara Buat Donut 2 Bahan Tak Perlu Uli, Mudah & Gebu

Lepas bancuh boleh terus digoreng. Resepi donut guna dua bahan ni dah lama viral dan terbukti menjadi. Kiranya peratusan untuk gagal tu amatlah tipis. Ramai ibu dah mencuba jadi aku pun tak mahu terkecuali. 

Resepi donut 2 bahan mudah nak buat


Memandangkan anak-anak sedang membesar dan kerap lapar, donut atau pun kuih keria memang menjadi menu pilihan untuk dijadikan sarapan mahupun menu waktu minum petang. Lagipun bahan yang diperlukan cuma dua jadi tak salah mencuba. 

Andai kata tersalah buat pun tidaklah kecewa sangat. Jom aku kongsikan resepi donut 2 bahan mudah nak buat. Bahan yang diperlukan ialah tepung naik sendiri dan yogurt. Resepi asal dari perkongsian di Facebook. 


Bahan-bahan Resepi donut 2 bahan


Bahan-bahan:

Sediakan 1 cawan (140gram) tepung naik sendiri (tepung kek) dan 190gram plain yogurt. Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sebati. 

Tak perlu tambah bahan lain. Kalau tiada tepung kek boleh buat sendiri dengan gantikan 1 cawan tepung gandum  dicampur dengan 2 sudu teh baking powder.

Kalau tak suka guna Yougurt boleh gantikan dengan ½ cawan susu cair. 


cara bancuh doh donut 2 bahan


Cara masak: 

Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Goreng dalam minyak yang panas. 

Gunting adunan dari piping bag dalam saiz yang kecil. Angkat bila donut bertukar warna keperangan. 



cara goreng donut ball


Tips penting nak buat donut:

1. Buat kecil-kecil, saiz duit 50sen je. Kalau besar nanti dalam dah tak berapa lembut.

2. Masak menggunakan api sederhana kecil je, kalau api besar nanti donut tak sempat mengembang sepenuhnya dan tak lembut.


Mudah bukan? Boleh salut dengan icing sugar atau cicah dengan sos coklat. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)