Rumah Asam Pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera

Rodiah Amir
1
Awak peminat Asam pedas? Suka Lauk pauk menu masakan kampung? Apa! Tak minat? Huh lemah. Tiba kan nak emosi orang tak minat. Gurau je ok.

Kali ni aku nak kongsi port makan asam pedas dan juga menu lauk pauk kampung yang pastinya memikat selera. Aku kalau datang Melaka tekak teringin Asam Pedas aku singgah makan dekat sini. 



Rumah Asam pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera


Aku tahu tentang kewujudan kedai makan Rumah Asam Pedas Melaka secara tak sengaja masa balik Melaka selepas rancangan nak makan di restoran Sultan Salai Simpang Ampat tak jadi.

Kebetulan restoran Sultan Salai ditutup sementara sebab dia nak baik pulih kedai, aku perasan dia letak tar jalan di sekeliling kedai. Kira baguslah memudahkan pelanggan nak parking kalau datang makan.


makan asam pedas telur mayong di rumah asam pedas melaka


Rumah Asam Pedas Melaka Menu Asam Pedas Baik Punya


Sesekali bila balik kampung dan dapat makan lauk kampung memang seronok lah. Apa yang best dekat Rumah Asam Pedas Melaka ni ialah selain menawarkan menu asam pedas, dia juga ada menu salai seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api & gulai Daging Salai.


Gulai itik salai


Dekat sini korang boleh cuba pelbagai jenis Asam Pedas termasuklah Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembong, Asam Pedas Tenggiri, Asam Pedas Parang, Asam Pedas Telur Mayong, Asam Pedas Siakap, Asam Pedas Jenahak, Asam Pedas Merah, Asam Pedas Terubuk, dan Asam Pedas daging tetel.

Masih terbayang kesedapan kuah asam pedas dia. Ikut skala kesedapan, rasa asam pedas Rumah Asam Pedas Melaka memenuhi citarasa aku. Jangan pula korang marah kalau rasa dia tak seperti kau harapkan.

Oh ya, selain itu kalau tak mahu makan asam pedas mahupun gulai salai boleh lah cuba ayam kampung goreng, udang celup tepung dan menu lebih kurang dekat kedai makan lain.


Menu asam pedas lauk kampung


Lokasi Rumah Asam Pedas Melaka


Salah satu faktor yang menyebabkan kami singgah makan di sini ialah sebab kedudukan kedai ni betul-betul tepi jalan. Senang nak jumpa. Parking je depan kedai. Masa kami sampai waktu lunch, kereta dah berderet parking.

Kedai ni atas bukit jadi kena la mendaki sikit, tak sempat nak penat dah sampai pintu depan. Sedikit kesukaran untuk warga emas yang naik kerusi roda, tapi tak jadi masalah. Pakcik yang jadi penyambut tetamu tu ramah je bagi instruction suruh masuk bilik untuk sanitasi.

Sempat aku borak pakcik tu tinggal tak jauh dari kedai tu. Siap tunjuk lokasi rumah dia lagi. Punyalah friendly rasa macam bapak-bapak cerita pasal sedara mara bila balik kampung.


review rumah asam pedas melaka


Oh kalau nak mudah lepas keluar Tol Simpang Ampat korang waze je, tak sampai 10 minit boleh jumpa kedai ni.

Kedai agak luas, ada kawasan berhawa dingin dan masa aku datang kami pilih duduk area beranda menghadap jalan raya. Berpeluh juga la ketiak, tapi syok luas mata memandang.

Servis pun okay lah kita faham kalau waktu lunch ramai orang tidak la lambat sampai sejam. Acceptable.   

Kalau nak cuba makan di Kedai Asam Pedas Berkat Salam Bukit Katil pun okay juga. Nak makan Udang celup tepung, seafood boleh ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka.


udang celup tepung


Tercapai Hasrat Makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Setelah lama berhajat nak makan asam pedas Telur Ikan Mayong, akhirnya tercapai juga. Suami dengan anak-anak memang akan ikut je selera aku. 

Nak masak Telur Ikan Mayong tu aku tak reti, aku pernah cuba masak tapi gagal.

Buang je satu periuk, nasib masa tu beli sikit je. Selepas kejadian ambil pengajaran jadi kita makan dekat kedai saja. Tak membazir.

Rasa Telur Ikan Mayong nak explain macamana entah, kalau jenis tak suka ikan dia sedikit berbau hanyir. Masa kunyah dia meletus dalam mulut dan rasa dia macam makan telur ayam warna kuning tapi tak rasa apa.

Lah pelik pula aku explain. Maaf korang, sebab aku suka mencuba bagi aku biasa sahaja lah. Nak cuba lagi? Kita cuba menu lain la pula. Sebelum balik boleh bawa anak-anak ke The Shore Oceanarium


Kesimpulan

Jika korang dah lama teringin nak makan asam pedas dan menu lauk pauk kampung boleh la datang dan support makan di Rumah Asam Pedas Melaka. Syahdu weh makan sambil dengar bunyi unggas. Vibe kampung tu sampai lah.

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan