Lagu Yes Sir, OST Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter

Rodiah Amir
1

Baru-baru ni Diah berkesempatan menghadiri pelancaran lagu OST Filem Coast Guard – Ops Helang bertajuk 'YES SIR' bertempat di Stesen Udara Maritim Subang.

Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH yang merupakan penaja utama bagi majlis ini.


Yes-Sir-OST-Filem-Coast-Guard-ops-helang

Selain tetamu VIP, majlis turut dimeriahkan oleh barisan pelakon, penerbit serta rakan media.

Lagu bertajuk 'YES SIR' terbitan COF Music menampilkan penyanyi popular tanah air, iaitu Zamani sebagai penyanyi utama dan juga penyanyi rap yang sedang meningkat naik iaitu Ariff Peter.

Boleh tengok official music video Yes Sir di sini


UNION-COFFEE-by-INCITE-FOODTECH


Lagu Yes Sir, OST Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter

Memang tak mengecewakan persembahan dari Zamani, suara memang power sejak dulu lagi dan semangat yang ditunjukan oleh Ariff Peter di atas pentas.

Lirik lagu ini mendalam dan rasa bersemangat bila di dengar. Lagu 'YES SIR' merupakan gabungan penulis lirik bersama iaitu Ariff Peter, HASRIL, OTROMEN, dan NASS.

zamani-


Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini :

Penyanyi: Zamani Ft. Ariff Peter

Durasi :3.02 minit

Music Arrangement: Pown Hasril & Jack Jafni

Mixing: Jack Jafni

Master: Jack Jafni

Publishing Produced: Cof

Music Publishin : Cof Music

 

Lirik Yes Sir

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi,

hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki,

 

Lautan luas, bahtera aku markas,

Jaga setiap sudut tiada mush yang terlepas,

Bukan soal berani ataupun siapa buas,

Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,

Habis peluru aku guna buku lima,

Lautan tenang tapi jangan main gila,

Biar putih tulang daripada putih mata,

Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti,

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi,

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

 

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut,

Panggilan perang aku sahut,

Roger dalam radar mana-mana area laut,

Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,

Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,

In amaran,

Kita masih aman asal tak langgar sempadan,

Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan.

Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,

Kalau perlu ku lawan,

 

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi.

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki

Yes Sir,

Hidup kena steady

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati.

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki.

 

Majlis dimeriahkan dengan acara gimik yang sangat menakjubkan disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM1).

Teruja dapat tengok ketangkasan STAR TEAM beraksi mengiringi pelakon utama filem Coast Guard iaitu Saharul Ridzwan & Julia Farhana ke pentas utama untuk upacara pelancaran.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

STAR-Team-Maritim-Malaysia


Sinopsis Filem Coast Guard – Ops Helang

Menariknya, lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz.

Mengisahkan tentang cabaran yang ditempuhi oleh Leftenan Maritim Hafiz apabila berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan menjadi tebusan.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan filem eksklusif karya terakhir arahan Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif.

Semasa hayatnya beliau merupakan seorang penulis skrip dan pengarah televisyen dan filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi. Beliau terkenal sebagai penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.

Sebagai makluman, filem ini telah mendapat keriasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga bergaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi “Ops Helang” pasukan Maritim Malaysia.


Filem-Coast-Guard-ops-helang

Kerjasama in adalah semata-mata bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem Coast Guard: Ops Helang merupakan terbitan FLYING DEALS SN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION juga mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES.


Penerbit-David-Teo-Metrowealth


Filem ini bakal menemui peminat pada 2 Februari 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.

Jom sokong industri tempatan bersama-sama. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan