Café Jom Cha By Farm Fresh

Rodiah Amir

Siapa suka susu Farm Fresh mesti akan suka minuman teh bobba dari Jom Cha ni. Kalau nak tahu Jom Cha merupakan jenama kios minuman oleh Farm Fresh Sdn Bhd.

Bukan setakat produk minuman tapi ada juga Soft Serve – Ice cream pelbagai pilihan topping.

Café-Jom-Cha-By-Farm-Fresh

Lagi best Jom Cha dah buka oulet baru yang dekat dengan Diah terletak dalam AeonBig Wangsamaju. Dari segi harga, lebih kurang dengan jenama Bobba tea yang ada di pasaran.

Di Jom Cha produk minuman yang dijual pada harga bermula RM7.90. Harga berbeza ikut pilihan perisa / topping.



Café Jom Cha By Farm Fresh

Ini merupakan pengalaman pertama Diah ke Jom Cha. Dari segi layanan staff, urusan pembelian, pilihan minuman dan aiskrim serta suasana dalam kios dia menyenangkan hati bagi Diah.

Pemilihan perabot, susun atur dan hiasan dalaman café Jom Cha cantik. Menimbulkan mood ceria dan selesa. Disediakan kerusi dan meja untuk pelanggan.

Nak tangkap gambar pun cantik. Lighting dia cun. Terang je.

cafe-Jom-Cha


Cuma sedikit ‘kekurangan’ bagi Diah ialah mereka hanya menerima Credit Card, Debit Card dan e-wallets sahaja untuk pembayaran.

Sepanjang Diah dekat sana ada juga nampak keluarga, pasangan yang keluar semula bila baca notis di kaunter.

 

Café-Jom-Cha

Menu Minuman & Soft Serve – Ice cream café Jom Cha

Bagusnya Jom Cha tawarkan pelbagai jenis minuman seperti Fresh Milk jenama Farm Fresh, Minuman Yogurt, Teh, Latte, minuman Plant-Based dan Soft Serve – Ice cream pelbagai topping.

Pilihan yang dicadangkan kalau datang ke Jom Cha ialah Farm Fresh Milk with Brown Sugar Boba, Belgian Milk Chocolate, dan juga Kurma Milk with Brown Sugar Boba.

Kalau nak kelainan boleh cuba Banana Butterscotch, Mango Tango, Crystal Salted Caramel atau Sahara Macchiato Coffee.

Antara pilihan minuman yogurt yang ada seperti Strawberry, Mango & Citron Yogurt. Kalau ada kesempatan Diah nak cuba Latte dia pula.

Tak mahu fresh milk tapi mahu minuman Plant-Based boleh cuba Soy Belgian Chocolate, Farmer’s Oat Milk Caffe Latte atau Farmer’s Oat Milk Mocha Latte.

 

Apa Kami Cuba di Jom Cha?

Anak-anak teruja nak cuba Soft Serve – Ice cream manakala Diah lebih berminat nak cuba minuman susu coklat Farm Fresh.

Pertama kali cuba jadi kami pilih menu yang familiar dan rasa selamat untuk dicuba.

Kami cuba Farm Fresh Milk Soft Serve – Mango Crystal Boba, Farm Fresh Milk Soft Serve – dark Chocolate Sauce & Belgian Milk Chocolate.

Soft-Serve-Jom-Cha By Farm Fresh


Memang padu la rasa aiskrim dan milk tea dia. Terasa pekat Belgian Milk Chocolate tu. Berbaloi untuk dicuba. Lagi satu, tekstur boba dia sedikit berlainan dengan minuman boba lain yang Diah pernah cuba.

Rasa kenyal dan crunchy. Susah nak describe tapi memang kena dengan selera Diah. Farm Fresh Milk Soft Serve – Mango Crystal Boba tu pun sedap.

Milk-boba-tea-Café-Jom-Cha


Terasa la Mango dia. Kalau makan dessert macam ni memang kena makan kongsi-kongsi. Elak membazir. Makan manis banyak sangat pun tak elok juga kan.