Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Urusan Keluarga

Rodiah Amir
9

Perasan tak kalau dalam group whatsapp sekolah ataupun kelas anak akan ada pemberitahuan anak tidak dapat hadir ke sekolah.

Tidak pasti sekolah lain amalkan cara yang sama atau tidak. Bersyukur sangat pihak sekolah ambil berat terutama bab kehadiran murid ke sekolah.

Kalau sekolah anak Diah, ibu bapa wajib beritahu dalam group whatsapp sebelum pukul 7.30 pagi setiap hari untuk memudahkan cikgu update dalam sistem.



Sebab-tak-hadir-ke-sekolah



Sebab-Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah 


Jadi mudah kalau anak tak sihat hanya berikan sijil sakit dari klinik. Tapi kalau anak tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan tertentu,cikgu dah ingatkan supaya ibu bapa buat surat rasmi sebagai makluman kepada guru kelas. 

Tidak boleh beritahu melalui whatsapp sahaja, kena ada surat sokongan. Jadi dalam surat itu lah ibu bapa akan nyatakan sebab anak tidak hadir. 

Kegagalan menghantar surat pemberitahuan akan mengakibatkan anak-anak terima surat amaran dari pihak sekolah. 

Surat Amaran 1, Surat Amaran 2 dan Surat Amaran 3 sehingga boleh membawa kepada kes buang sekolah atas alasan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

Waktu awal persekolah dibuka, cikgu dah berikan format untuk ibu bapa isi maklumat berkaitan sebab tidak hadir ke sekolah.

Simple tapi memudahkan semua pihak. Antara maklumat penting yang perlu dinyatakan ialah sebab tidak hadir seperti tidak sihat, tiada sebab, urusan keluarga dan lain-lain sebab.



Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Urusan Keluarga / Masalah Peribadi


Ada sesetengah sekolah menggantikan 'urusan keluarga' dengan 'masalah peribadi'. Mana yang cikgu cadangkan, itulah ibu bapa akan ikut. 

Jika menggunakan alasan tidak sihat, ibu bapa perlu beritahu jenis sakit dan beri sijil sakit sebagai bukti anak tidak dapat hadir.

Paling kerap berlaku ialah anak demam, batuk dan selesema. Maklumlah cuaca sekarang memang panas. Kurang minum air memang mudah jatuh sakit.

Selain itu, jika ibu bapa menggunakan alasan urusan keluarga / masalah peribadi, pihak sekolah meminta ibu bapa untuk menjelaskan alasan dengan lebih terperinci. 



Tak-hadir-urusan-keluarga



Contoh Sebab Tidak Hadir Sekolah - Urusan Keluarga / Masalah Peribadi

Berikut adalah contoh berkaitan urusan keluarga / masalah peribadi yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  1. Hak penjagaan anak
  2. Ikut keluarga bercuti / berkursus
  3. Jaga keluarga yang sakit
  4. Jaga ahli keluarga
  5. Bantu kerja ibu bapa
  6. Kematian ahli keluarga
  7. Menziarahi keluarga sakit
  8. Perpindah-randah
  9. Masalah pengangkutan
  10. Masalah bekalan air / elektrik
  11. Tekanan perasaan / trauma
  12. Kesempitan hidup
  13. Bangun lewat

Ada anak-anak yang terpaksa ponteng sekolah bila cuaca yang teruk contohnya hujan lebat. Jadi masalah kepada ibu bapa yang hantar anak menggunakan motosikal.

Tak kurang juga alasan masalah tiada pengangkutan. Pernah juga ibu bapa berikan alasan lift rosak. Bayangkan jika tinggal kawasan perumah flat dan rumah berada di tingkat yang tinggi.

Ada segelintir murid yang tinggal bersama datuk dan nenek. Jadi bila datuk ada temujanji kesihatan di hospital, murid terpaksa ponteng dan teman datuk ke hospital.



Contoh Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Wabak / Penyakit


Berikut adalah contoh berkaitan Wabak / Penyakit yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  1. COVID-19 Bergejala
  2. COVID-19 Dengan kebenaran ibubapa
  3. COVID-19 Dikuarantin
  4. COVID-19 Penggiliran
  5. Denggi
  6. HINI
  7. HEMD
  8. Beguk
  9. Influenza
  10. Sakit mata
  11. Cacar air
  12. Malaria
  13. Chikungunya
  14. Kencing Tikus
  15. JE
  16. Kudis buta
  17. SARS
  18. MERS-COV
  19. TIBI
  20. Batuk Kokol
  21. Taun
  22. Hepatitis



Contoh Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Ancaman Keselamatan


Berikut adalah contoh berkaitan ancaman keselamatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  1. Krisis keluarga
  2. Ugutan daripada pihak luar
  3. Buli
  4. Culik
  5. Gangguan mistik / makhluk halus
  6. Pengganas/lanun
  7. Masalah infrastruktur
  8. Gangsterisme
  9. Risiko mencederakan murid lain
  10. Gangguan seksual
  11. Rusuhan di luar kawasan sekolah
  12. Binatang liar/buas/berbisa
  13. Pencemaran alam



Contoh Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Bencana Alam


Berikut adalah contoh berkaitan bencana alam yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  1. Tanah runtuh
  2. Jerebu
  3. Banjir
  4. Kemarau|
  5. Huian / Ribut
  6. Panas Melampau (El Nino)
  7. Pencomarn Sisa kimia
  8. Gangguan Bekalan Elektrik
  9. Gempa Bumi


Contoh Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah – Sebab-Sebab Lain

Berikut adalah contoh berkaitan sebab-sebab lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa:

  1. Terlibat Kes Jenayah
  2. Terlibat Kes Trafik
  3. Urusan rasmi agensi Kerajaan
  4. Proses perpindahan sekolah
  5. Imunisasi rendah (MBK)
  6. Terapi/Rawatan (MBK)
  7. Tantrum (MBK)
  8. Tidak melepasi saringan kesihatan (MBK)
  9. Upacara keagamaan
  10. munisast rendan
  11. Pertandingan/ aktiviti selain PM
  12. Peperiksaan/ ujian selain KPM
  13. Temujanji hospital/klinik
  14. Menjalani Latihan Industri
  15. Hail/Umrah
  16. Cuti Semeter KV



Ponteng-sekolah


Kesimpulan

Diah akan berkongsi dengan anak-anak tentang hal sekolah termasuklah bab tidak hadir. Tak lain tak bukan supaya anak-anak ada rasa tanggungjawab dan fokus dengan apa yang cikgu sampaikan di sekolah.

Sambil tu selit juga apa pengajaran yang boleh dipelajari daripada sebab kawan-kawan mereka tidak hadir ke sekolah.

Nak anak faham bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Kena bersyukur dengan apa yang mereka dapat dan bandingkan dengan kawan yang tak dapat apa yang mereka ada sekarang.

Semoga urusan persekolahan anak-anak kita semua mudah dan lancar. Sayang kalau terpaksa cuti lama, risau ketinggalan pelajaran.

Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. setuju sgt .. MA pun selagi boleh memang elakkan anak2 x pegi sekolah. nanti sayang tertinggal pelajaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian anak-anak nak kena catch up subjek banyak

      Padam
  2. group kelas ank bungsu ciknur pun sama. hari2 ada je yg update tidak hadir. ok kan senang cikgu kelas dpt info bila ank murid tiada dlm kelas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah musim pula panas sekarang. Bersilih ganti murid tak sihat

      Padam
  3. kalau di sek abe kie plak, murid2 yg x dtg pd hari seterusnya akan dipanggil semasa assemblu hari esoknya utk disoal-siasat. siapa yg x ada alasan kukuh akan dirotan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishh tegas ya. bagusnya. Sekolah anak tidak sampai dipanggil.

      Padam
  4. dulu jarang lah tak pergi sekolah kecuali sebab sakit sebab sekolah depan rumah je, nak ponteng lagi tak sanggup sebab nanti kena kemas rumah hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ponteng lagi tak best dari kena pergi sekolah kan..faham perasaan tu

      Padam
  5. senang macamni dah siap list. kita sbg ibu bapa bukan sengaja nak pontengkan anak-anak tapi kadang-kadang ada urusan yang tak dapat dielakkan.

    BalasPadam
Catat Ulasan