Sejadah Nawaitu – Arche Emrani Memory Foam

Rodiah Amir
10

Kali ni Diah nak kongsikan tentang sejadah yang Diah beli dari TikTok Shop jenama Nawaitu. Apa yang bagus tentang sejadah Nawaitu adalah kerana material sejadah yang mereka guna.

Sejadah yang Diah beli ni material dia menggunakan teknologi memory foam. Biasanya digunakan untuk bantal dan juga tilam.

Memory foam ni bagus sebab kebolehan dia untuk serap tekanan dan sejadah kembali ke bentuk asal. Kiranya tidak meninggalkan kesan lekuk bila dipijak atau sujud.

Sejadah-Nawaitu-Arche-Emrani-Memory-Foam

Jadi bila kita pijak sejadah tu dan sujud letak kepala elok je lembut dan sejadah tak kemek. Waktu sejadah sampai, penjual lipat letak dalam kotak jadi memang ada kesan lipatan. 

Tapi jangan risau, lama kelamaan kesan lipatan akan hilang. Boleh tengok gambar sejadah dekat atas ni. 

Dah lama hunting sejadah untuk kegunaan dekat rumah. Sebelum ni kami guna sejadah Neelofa, hadiah dari BFF sempena birthday beberapa tahun sudah.


sejadah-memory-foam-teknologi-Nawaitu


Sejadah Nawaitu – Arche Emrani Memory Foam

Elok je lagi sejadah dekat rumah tapi dalam hati dah pasang niat nak beli sejadah yang gebu, tebal dan kalau boleh kalau waktu sujud tu muka terbenam lembut.

Maklumlah, sedar diri nak dapat kusyuk dalam solat tu banyak cabaran dia. Kiranya ini adalah salah satu usaha lah juga.

Awalnya nak cari sejadah yang lembut berbulu tu tapi risau akan mengumpul habuk. Sejenis hidung dan muka mudah gatal-gatal. Alergi dengan habuk pun ya.

Setelah hampir lebih sebulan lebih guna sejadah ni baru seronok nak berkongsi dekat blog. Dengan niat siapa nak mencari sejadah yang berkualiti, lembut boleh dapatkan Nawaitu.

 

Sejadah-Nawaitu


Beli Sejadah Di TikTok Shop Nawaitu HQ

Seperti biasa bila buka je TikTok mesti tak terlepas tengok live. Satu hari tu secara tak sengaja masuk dalam live Nawaitu HQ.

Terbuka hati nak beli bila host terangkan ciri-ciri sejadah yang mereka jual. Selain daripada material yang digunakan, reka bentuk sejadah yang di jual lain dari kebiasaan yang ada di pasaran.

Ada reka bentuk yang diinspirasikan dari Masjid Quba, reka bentuk abstrak dan juga reka bentuk bulan dan gerbang (Arche). Diah berkenan dengan reka bentuk Arche.


design-Sejadah-Nawaitu-Arche-Emrani-Memory-Foam


Setiap reka bentuk berbeza butiran produk dan spesifikasi. Ada yang tebal dan ada yang jenis nipis. Kalau nak beli, kena tengok nak gunakan sejadah dekat mana.

Kalau selalu outstation dan nak letak di kereta, sejadah yang nipis dan mudah lipat paling sesuai.  Macam Diah pilih yang tebal dan kegunaan di rumah.

Paling penting ikut lah bajet korang. Harga pun berbeza ikut reka bentuk. Dapat free gift perfume sejadah dan dibungkus rapi di dalam kotak.

Jadi sesuai jika dijadikan sebagai hadiah.


Perfume-sejadah-Nawaitu

 

Review Sejadah Arche Emrani Memory Foam

Diinspirasikan oleh seni satu baris minimalis "Masjid", sejadah baharu ini memberikan lebih ketenangan dan keselesaan semasa melakukan ibadah. Datang dengan teknologi baharu COMFVEL. 

Memang elak sejadah yang ada corak berlebihan. Kalau boleh dua atau tiga warna sahaja termasuk corak. Jadi corak gerbang ni sesuai lah dengan konsep minimalis. 

Antara ciri lain ialah diperbuat daripada teknologi busa memori berlapis baldu menjadikannya permukaan yang lembut dan selesa.

Di permukaan belakang sejadah ni material dia Anti-slip khas untuk mengawal pergerakan sejadah. Tebal dia 20mm, manakala saiz ialah 123cm height x 65cm.


Sejadah-anti-slip


Tak risau kalau terkena habuk sebab mudah nak dibersihkan. Cara nak simpan mudah je, hanya gantungkan sejadah selepas guna.

Overall selepas beberapa bulan guna sejadah Arche Emrani dari Nawaitu ni rasa puas hati sangat. tercapai hasrat nak solat dalam keadaan aman dan seronok bila lama sujud tu tak rasa sakit kepala.

Jadi harapnya dapatlah latih diri untuk sujud lebih lama. Alhamdulillah. Nak dapatkan sejadah Nawaitu boleh rujuk TikTok Nawaitu

 

Catat Ulasan

10Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. waahhhhhh nti nak belikan untuk hadiah mak lah hehe

    BalasPadam
  2. simple saja design sejadah ni.. nampak mcm best

    BalasPadam
  3. Itulah nak cari yang kurang corak. Sedap pula bila pijak dan sujud

    BalasPadam
  4. just nice bentuk dia utk tempat sujud. mama mmg suka kalau memory foam, lembut aje serap hentakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak-anak kalau lepas solat dia datang baring terus kat sejadah

      Padam
  5. Suka sejadah yg jenis gebu mcm ni...

    BalasPadam
Catat Ulasan