Semalam Diah berkesempatan menghadiri majlis prapelancaran Hotel Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. 

Kalau nak tahu, Wyndham dahulunya dikenali sebagai Pullman Kuala Lumpur Bangsar dan transformasi ini menandakan ketibaan jenama Wyndham Grand yang pertama di Malaysia.

Lebih istimewa, tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. 


Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur


Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Kini Di Malaysia

Memetik kata-kata Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, 

"Ketika kami menjenamakan semula dari Pullman ke Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, kami teruja untuk membawa tahap baharu kemewahan dan layanan bertaraf dunia ke Malaysia,"

Menjadi pilihan pengunjung kerana terletak di Kawasan strategik Bangsar, salah satu daerah yang paling dikunjungi di Kuala Lumpur. 

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menakjubkan yang menggabungkan kemewahan, kemudahan dan kecanggihan. 


Prapelancaran-Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur



Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Jadi Pilihan

Wyndham Hotels & Resorts adalah penyedia perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka dan merupakan pemberi francaise hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 9,200 cawangan di lebih daripada 80 buah negara.

Dengan jumlah 513 bilik mewah, dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, ia menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk tetamu yang hadir bagi tujuan perniagaan ataupun percutian.

Komitmen yang optimum terhadap kecemerlangan dan lokasi strategik menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemewahan dan kemudahan.



Fasiliti & Kemudahan Wyndham Grand Bangsar

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang teliti menjanjikan keselesaan dan ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk. 

Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang canggih dan dewan utama yang besar, menjadikannya pilihan ideal untuk acara korporat, persidangan dan perhimpunan sosial. 

Sama ada anda merancang perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau perayaan istimewa, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan majlis anda.

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menempatkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keinginan setiap tetamu. 


Wyndham-Grand-Bangsar


Nikmati detik-detik ketenangan dan peremajaan di spa, nikmati ciptaan masakan yang lazat di restoran santapan mewah, kekal aktif dan cergas di gimnasium yang serba lengkap, dan nikmati kemewahan servis di lounge eksekutif.


Wyndham-Grand-Bangsar-Kuala-Lumpur


Kesimpulan 

"Lokasi strategik kami di Bangsar, ditambah dengan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa, meletakkan kami sebagai destinasi utama untuk pelancong yang mencari gabungan kecanggihan dan keselesaan yang sempurna." - Mr TK Lee (Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur)

9 Ulasan

  1. semoga Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur terus sukses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel dia not bad kak, makanan pon okay la hari tu

      Padam
  2. Di Indonesia wyndham termasuk hotel favorit juga. Dulu saya pernah stay di wyndham Solo, dan servicenya luar biasa bagus. Hotel juga menarik. Dan semua cawangannya di kota-kota Indonesia juga rating tinggi. Terutama jakarta dan Bali.

    Next kalo ke KL, saya jadi nak stay di wyndham grand πŸ‘πŸΏπŸ˜„.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kalau pasaran di luar negara dia dah ada nama. Tapi di Malaysia, Bangsar adalah lokasi mereka yang pertama. Datang Malaysia boleh stay di sini

      Padam
  3. Semoga Wyndham Grand Bangsar KL terus suksess & makin berkembang...

    BalasPadam
  4. Semoga sukses dan terus berjaya, review beberapa orang katanya sih bagus.

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.