Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu

Rodiah Amir
9

Semalam selesai uruskan pembelian buku untuk Tingkatan Satu, anak yang sulung. Pengalaman pertama kali anak masuk ke Sekolah Menengah memanglah kelam kabut.

Habis je sesi persekolahan yang sudah, dalam dua minggu pertama cikgu dah kongsikan surat tawaran penempatan tingkatan satu.  

Dalam surat dinyatakan tarikh perlu hadir ke sekolah untuk buat pengesahan penerimaan tawaran. Diberi masa empat hari untuk hadir ke sekolah dan buat pengesahan.

Dijadikan kisah, kami terima dua surat dengan dua tarikh berbeza. Ikut apa guru kelas sampaikan, surat kedua merupakan tarikh terkini. 

Dari side ibu bapa, kita anggap perubahan tu biasa.



Penempatan-Tingkatan-Satu



Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu


Rupa-rupanya tidak ya. Bayangkan tarikh sebenar pengesahan adalah mengikut surat tawaran pertama.

Kelam kabut bila dapat tahu, nama anak naik dalam group telegram sokongan sekolah. Kelam kabut hubungi guru di sekolah lama dan dia beri nombor Guru PK HEM sekolah menengah.

In short, selesai pendaftaran dengan bantuan guru pada lewat petang melalui whatsapp. Terlepas pendaftaran rasmi dan kami banyak sangat terlepas maklumat penting.

Antaranya, sesi pembahagian kelas dan aliran murid. Waktu pendaftaran boleh mohon pertukaran, boleh juga berbincang dengan guru dan diberikan juga link Telegram untuk Kumpulan sokongan ibu bapa.

Oh ya, keputusan MRSM hari tu tiada rezeki dia nak belajar dekat situ. Waktu entri ni ditulis Diah masih tak tahu keputusan Sekolah Khusus - Asrama Penuh 


persediaan-sekolah


 


Hari Orentasi Tingkatan Satu


Sedikit terkilan tapi yakin Tuhan aturkan yang terbaik untuk Ikhwan. Banyak sangat Allah tolong. Mudah segala urusan.

Tarikh seterusnya adalah Hari Orentasi Tingkatan Satu. Perlu dihadiri oleh murid dan ibu bapa. Waktu itulah pihak sekolah akan terangkan lebih lanjut tentang aliran kelas.

Tapi untuk murid yang mahu buat permohonan pertukaran kelas kena datang ke sekolah dan serahkan surat rasmi.

Apa-apa keputusan bergantung kepada perbincangan dan budi bicara sekolah. Oleh sebab banyak sangat benda yang kabur kami putuskan untuk berjumpa pihak pentadbiran sekolah.

Alang-alang singgah koperasi untuk beli buku tulis dan buku modul Latihan. Selesai semua urusan kami ke pejabat untuk berjumpa Guru PK HEM.

 


Permohonan Tukar Kelas


Sementara menunggu Hari Orentasi cikgu ada kongsikan senarai nama murid mengikut kedudukan kelas. Ada enam kelas semuanya dan penyusunan berdasarkan murid DLP, murid BYOD dan juga Keputusan UASA.


subjek-tingkatan-satu



Diah kongsikan dekat bawah tapi ini tak lengkap sangat. Simpan sini supaya senang nak rujuk di masa hadapan.


Kelas A = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

Kelas B = Mata Pelajaran teras + Geografi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Muzik

Kelas C & D = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Muzik

Kelas E & F = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

 

Nanti dah masuk Tingkatan Empat baru ada pilihan Sains, Teknikal, Akaun, Ekonomi, MPV Perabot, MPV Landskap dan Kemanusiaan.


kelas-sekolah-menengah



Majoriti Ibu bapa nak masukkan anak ke kelas DLP. Ramai ibu bapa yang terpinga-pinga termasuklah Diah. Sekolah Ikhwan sebelum ni bukan DLP juga BYOD jadi nasib dia bergantung semata-mata kepada Keputusan UASA.

Sekolah izinkan buat permohonan tapi semuanya bergantung kepada mesyuarat dan syarat kelayakan kena tengok Keputusan UASA juga.

Sebagai ibu bapa mestilah nak beri yang terbaik untuk anak. Jadi sebelum buat apa-apa keputusan kami putuskan untuk berjumpa dengan PK HEM.

Kami minta pendapat wajar atau tidak untuk Ikhwan mohon ke Kelas DLP. Alhamdulillah kami lega dengar jawapan PK HEM.

 

Minta kawan-kawan yang membaca doakan segala kemudahan buat anakanda Ikhwan Hafeez. Aishh emak jadi emosional kalau melibatkan anak ni. Moga yang baik-baik sahaja semuanya.


Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Pengalaman anak sulong juga adalah pengalaman pertama buat kita, Insha Allah ke depan nanti dah mudah dah.
    Semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan Ikhwan 🤲

    BalasPadam
  2. Allahumma yassir utk anakanda Ikhwan :) selamat belajar kat sek men ya :) anyway tq sbb sudi singgah dan drop komen kat my lil blog

    BalasPadam
  3. Mudah-mudahan segala urusan ananda di permudah dan lancar yaa..amiin🤲

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan urusan Ikhwan Hafeez aminnnn

    BalasPadam
  5. fuhh, masuk tingktan 1 sekrang pun ada beza2 ye...Linda pun kena tengok2 dah nie..sebab tahun 2025, abang Mu'az nak masuk tingktan 1 dah...

    BalasPadam
  6. Tahniah, anda tersenarai sebagai pemenang segmen "Pencarian Bloglist Blog Sharhanah". Blog anda telah dipautkan ke dalam bloglist saya. Semoga ukhwah kita sesama blogger akan berpanjangan sampai bila-bila💐

    BalasPadam
  7. Moga segala urusan berkaitan dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  8. comel je dorang.. semoga dipermudah segala urusan

    BalasPadam
Catat Ulasan