Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) secara rasminya dah keluarkan tarikh bagi Matriks Pembelajaran (MP) Tahun 4, 2026 minggu lepas. Anak aku antara anak bertuah yang terpilih menjadi first batch bagi matriks pembelajaran tahun 4.
Jadi secara rasminya juga emak
dah mula berdebar. Takut woi. Anak baru naik tahap dua yang sebelum ni di tahap
satu memang aman tanpa peperiksaan besar.
Tahun 2026 pula ada kejutan untuk
anak-anak. Mengambil jalan selamat supaya anak kekal bertenang, semestinya aku
pun kena bertenang walaupun dalam otak dah macam ribut taufan.
Masa awal-awal dulu aku memang
tak faham apa Matriks Pembelajaran tu? Kenapa tak sebut ujian atau pentaksiran
kan lebih mudah nak faham. Canggih betul nak guna perkataan “matrik”.
Merujuk LPM, Matriks Pembelajaran
(MP) ialah pentaksiran yang dibangunkan untuk mengukur penguasaan murid secara
standard, holistik dan berterusan berkaitan aspek literasi, numerasi serta
kompetensi pembelajaran murid. MP dilaksanakan berasaskan pendekatan Pentaksiran
untuk Pembelajaran.
Tarikh pelaksaannya dah tak lama
ya iaitu pada 6 hingga 8 Oktober 2026. Mata pelajaran yang terlibat: Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Bahasa Cina (SJKC) dan Bahasa
Tamil (SJKT).
MP akan jadi penanda aras
kebangsaan yang setara untuk semua murid di Malaysia yang berdaftar dengan KPM
sebab soalan matrik disediakan oleh LPM.
Sebagai emak aku cuba fahamkan
juga kepentingan MP sebab cikgu terangkan yang MP bukan peperiksaan yang
tentukan kelas depan atau kelas belakang. Tapi nak kenal pasti murid faham tak
apa mereka belajar.
Masih lagi guna julat markah dan
gred serta tafsiran tahap penguasaan murid bagi memberikan gambaran yang lebih
jelas tentang penguasaan murid. Markah 82 dan ke atas, A.
Tujuan utama sistem nak murid dapat
aplikasi kan apa mereka belajar ke dalam kehidupan. Kenapa Tahun 4? Sebab tidak
terlalu lambat untuk bantu persediaan murid sebelum melangkah ke sekolah
menengah.
Emosi aku jadi roller Coster
turun naik sebab format untuk mata Pelajaran terlibat tak sama dengan UASA. Format
baru. Payah pula tu. Awal aku positif lagi, sekarang aku di fasa separa positif
lepas ni aku boleh mengamuk aku rasa. Ahaks.
Format pula baru diberitahu. Setakat
ini sekolah anak aku belum panggil lagi untuk penerangan. Mana maunya nak
panggil selagi belum dapat maklumat lengkap.
Aku sempat study sikit format pentaksiran
dan contoh soalan. Mak ayah yang ada anak tahun empat pergi lah ke laman
sesawang LPM untuk keterangan lanjut.
Tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi nak siapkan mental fizikal anak. Nak kena buat banyak latihan untuk Raudah terutama mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Mak is takut.







0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.