Hujung minggu lepas, aku bawa anak-anak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Kami pergi waktu hari bekerja jadi suami tak ikut. Kami pilih naik LRT je. Lebih mudah. Dapat luangkan masa beberapa jam dari satu booth ke booth yang lain sambil belek buku.
Masing-masing balik dengan
senyuman yang lebar. Misi berjaya. Ada beberapa perkara yang aku rasa berbaloi
dikongsi untuk sesiapa yang bercadang ke PBAKL, terutamanya jika pergi bersama
anak-anak.
1. Naik LRT Lebih Mudah Daripada Memandu
Memandangkan PBAKL berlangsung
masa cuti sekolah jalan raya memang penuh dengan kenderaan. Lebih praktikal
kalau naik kenderaan awam seperti LRT kalau datang sini. Selain jimat duit
untuk bayar parking, hati lebih tenang sebab tak perlu hadap kesesakan jalan
raya.
Lokasi masih sama iaitu di World
Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Ada beberapa pilihan bergantung dari mana
korang datang. Ada Monorel, LRT, MRT dan KTM Komuter.
Macam kami menggunakan laluan LRT
– Kelana Jaya (buat penukaran stesen di Masjid Jamek dan berhenti di stesen
PWTC.
2. Bawa Beg Roda Elak Badan Penat
Pengajaran berharga kami dapat
masa kami ke PBAKL 2023. Waktu tu pelik ya bila nampak ramai pengunjung tarik
beg roda. Bagasi beroda yang orang bawa kalau pergi bercuti tu. Newbie macam
kami waktu tu bawa beg galas saja.
Balik tu memang sakit bahu dan
lenguh pinggang. Kali ini lebih bersedia, memang pilihan yang tepat untuk bawa
beg roda. Masing-masing beli buku boleh tahan berat.
Nak berjalan sambil harung lautan
manusia memang tangan akan cepat lenguh. Lagi satu memang jimat tak perlu beg
plastik sebab semua sumbat dalam beg roda.
3. Tetapkan Bajet Elak Rambang Mata
Penting sangat untuk terangkan
kepada anak tentang harga dan tetapkan bajet. Sesungguhnya godaan membeli buku
itu memang wujud. Dah sampai sana memang rambang mata sebab banyak promo
penjual offer.
Anak-anak dah senaraikan buku
yang nak dibeli dari rumah. Jadi memang dah tetapkan dalam otak tak boleh
berbelanja dari had yang ditetapkan. Sejujurnya aku sendiri terlebih belanja
sebab aku beli Set Komik Jejak Muhammad.
Sedapkan hati sebab komik tu
memang semua orang dalam rumah boleh baca. Wajib ada dekat setiap rumah supaya
lebih kenal Nabi kita.
4. Kemudahan Tempat Makan, Surau & Tandas
Jangan risau sebab mudah nak cari
makanan. Ada café dekat dalam WTC dan dekat luar ada banyak gerai makanan. Kami
makan sekadar alas perut saja. Ada surau di aras 3. Cuma satu je aku tak
berkenan dekat sini tandas sebab tiada bidet. Memang aku elak ke tandas kecuali
kecemasan.
5. Rancang Perjalanan Datang Awal
Pesta buku bermula seawal 10
pagi. Untuk elak berhimpit datang lah pada waktu yang kurang sesak dan awal
pagi. Lebih tenang nak belek buku dan mudah buat pilihan. Kecuali kalau datang
PABKL nak jumpa penulis kesayangan korang memang kena tahan sajalah beratur dan
bersesak.
Rezeki. Alhamdulillah. Masa dekat reruai Nuktah, aku beli set Komik Nabi dan dapat tulisan nama Khat. Gembira dia tu tak dapat nak describe.
Walaupun penat berjalan hampir seharian, pengalaman ke PBAKL bersama anak memang berbaloi. Pengalaman anak-anak tu yang mahal. Dapat lihat keterujaan anak memilih buku tu seronok sangat. Kalau ada rezeki dan kesempatan, insya-Allah kami akan datang lagi pada tahun hadapan.





0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.